CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37310|Reply: 92

saper ada pengalaman uruskan harta pusaka

[Copy link]
Post time 25-4-2007 04:35 PM | Show all posts |Read mode
hi all..
i just nak tanya sesaper kat sini yg ada pengalaman uruskan harta pusaka arwah parents yg x sempat nak buat sebarang wasiat.

skang ni i ada problem x tau camna cara yg palling betul utk nak uruskan pemindahan nama2 bagi segala aset arwah my father (e.g: kereta, rumah, tanah) termasuklah juga mutual fund & pampasan dr tempat kerja arwah(they required LA from amanah raya)


ada sesetengah org advise me to go to Pejabat tanah bhgn pesaka kecil & ada juga advise suurh pegi amanah raya. i tak tau nak g yg mana satu. confius...

pastu plak camna i nak elakkan semua asset2 tu kena guna sistem faraid sbb i still got brother sbb melalui selalu nyer org kata kalu ada anak lellaki harta tu x kan pergi mana.

someone can explain????? please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 11:50 PM | Show all posts
dah lama tak sentuh law since zaman study dulu..

bila jadi begini (die intestate?), memang kena appoint seorang administrator.  kalau awak nak jadi administrator, kena la dapatkan LA dari amanah raya.  selepas itu baru boleh guna harta arwah untuk settlekan hutang dan buat pindahmilik.

sebagai seorang yang beragama islam dan beriman dengan-Nya, wajiblah turuti sistem faraidh.  kalau ada wasiat pun, tak boleh lebih 1/3 dari jumlah harta (rasanya).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 08:08 AM | Show all posts

Reply #1 safbrina's post

My experience dulu, I pegi pejabat tanah. dia akan bagi borang and fill in all the assets yang ada (duit, umah,tanah, shares etc) then letak nama waris2. And kene appoint authorised person so takyah suma waris gi wat urusan. Cam my case, we appoint our dad coz kami suma duk KL so any urusan with land office & court depa akan liaise ngan my dad je la.Tak sampai 2 years suma dah settle...Asset2 tu dibahagi sama-rata.

Amanah raya i tak tau la camna procedure nyer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 12:48 PM | Show all posts
since ko ada tanah better pegi pejabat tanah/pusaka sbb amanah raya takde bidangkuasa kalau ada tanah. dioarg boleh uruskan duit and property boleh alih je selalunya... dan yg paling best kat pejabat tanah cost u murah je tak macam pejabat amanah raya nearly 4% fees diaorg daripada jumlah aset.

so kalau pejabat pusaka mendapati harta tu lebih RM600k dia akan transfer kes tu ke mahkamah pada tahap ni baru ko carik lawyer...kesimpulannya tak payah pergi amanah raya langsung...

pasal faraidh tak semestinya digunakan kalau semua waris setuju nak bahagi cara sebaliknya...can pm me if any...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 03:00 PM | Show all posts

Reply #4 elbecks's post

eh ceritalah kat sini.  aku pun nak belajar jugak.  aku cuma tau kena ikut faraidh aje.  lepas tu, kalau waris-waris dah pakat bersetuju (termasuk anak lelaki tu), baru dibahagi-bahagikan.  lagi satu, cemana diorang tukar nama dalam title kalau tiada LA?

rasanya bab ni kan, ramai yang tak tahu jadi aku rasa sesuai sangat kalau ilmu dikongsi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 04:26 PM | Show all posts

Reply #5 Gemukkkkkkk's post

tq to all yg sudi memberi idea yg sangat membantu.

boleh tak i tau saper sebenarnya yg dianggap waris dlm kes harta pusaka ni. let say i gunakan pejabat tanah bhg pesaka ni utk submit my application.

as i know, kalu kita guna amanah raya and the applicant agree to use sistem faraid, saper yg akan dipanggil utk menetukan waris2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #6 safbrina's post

kalau pejabat tanah tu, tak tau le pulak pasal saya pun tengah nak belajar dari elbecks.  tengah tunggu dia reply.

as for amanah raya, boleh refer ke link ini untuk info (take note of the word 'apply' used) :  http://www.arb.com.my/faqs/estatemanagement.html

petikan:
Who can apply for the Letter of Administration (LA)?
Application can be made by :
1. Heirs of the deceased such as widow or widower, male and female children, parents, siblings and others
2. Creditors such as moneylenders, banks, cooperative and others

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 27-4-2007 03:00 PM
eh ceritalah kat sini.  aku pun nak belajar jugak.  aku cuma tau kena ikut faraidh aje.  lepas tu, kalau waris-waris dah pakat bersetuju (termasuk anak lelaki tu), baru dibahagi-bahagikan.  lagi  ...


tak semestinya harta simati kene difaraid kan... kalau semua waris bersetuju utk bahagi sama adil ke atau apa cara sekalipun boleh... kalau diperingkat pejabat pusaka tu kene sign borang persetujuan bhwa instead dibahagi faraidh bahagi ikut cara dlm borang per setujuan (waris tentukan)...kalau diperingkat mahkamah kita boleh buat surat perjanjian ikatan keluarga so harta tu takla kene faraidh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 27-4-2007 05:16 PM


tak semestinya harta simati kene difaraid kan... kalau semua waris bersetuju utk bahagi sama adil ke atau apa cara sekalipun boleh... kalau diperingkat pejabat pusaka tu kene sign borang pers ...



ok..good new to everybody!!

i baru manage to call pegawai yg incharge harta pusaka ni. selama ni call susah betul nak get trough.
ok..let me explain it!!

1) 1st skali kita perlu nilaikan sama ada harta semua tu (tanah, kereta, duit, saham etc) tidak melebihi rm600K. Jika tak, boleh proceed di pejabat tanah ni. tp kalu lebih, kena apply terus ke mahkamah tinggi which is has to appoint lawyer.(cost lawyer ni x brapa mahal if compare to fees charge by amanah raya-around rm2k jer)

2) let saya nilai harta x sampai rm600K, kita kena isi satu form senaraikan semua segala harta arwah beserta lampiran. tempoh permohonan selalunya adalah 6 bulan jer.

3) tapi, if nilai harta is more than rm600K, mintaklah your lawyear instruct what to do. selaunya tempoh dlm setahun jer. depends on your lawyer.

4) pasal sistem pembahagian faraid plak, pegawai tu kata itu ikut budi bicara pegawai yg handle. kalu dia kata kena faraid, then org yg terlibat utk faraid ni is ISTERI ARWAH, PARENTS ARWAH, ANAK2.

5) katakanlah parents arwah meninggal after arwah pergi, bahagian utk parents tadi akan jatuh kepada adik beradik arwah. tp mengikut pegawai tu, bahagian tu pun x byk sgt.

p/s: pegawai tadi tu kata, dia x prefer i g amanah raya sbb dia kata amanah raya tu mark-up melampau sgt. sampai 4%.

fuh..lega skit lepas dgr jawapan dari dia. tp i lupa plak nak tanya dia. camna i nak buat valuation for all the cars that belong to my father ni ek???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:49 PM | Show all posts
aha sabrina... baguslah ko dapat info tu dari pejabat tanah... tapi kalau ikut pengalaman aku berusrusan dengan pejabat pusaka lembah kelang ni prosedur nye mcm ni:

1) ko kene dapatkan borang permohonan bicara kuasa beserta borang persetujuan waris
-siapa waris? anak2 suami , isteri, ibu dan bapa... kalau ada anak lelaki lagi senang cerita sbb senarai waris yg layak akan jadi pendek.

2) kalau waris bersetuju utk bagi secara sama rata atau cara2 lain kena nyatakan... kalau tak kene bahagi secara faraidh... cara mana nak bahagi kene tentutan sendiri BUKAN ditentukan oleh pegawai pusaka .. pengiraan bahagian faraidh pejabat pusaka boleh buat.

3) senaraikan sekali segala harta kalau ada geran tanah kene buat carian rasmi... kalau duit kene dapatkan surat pengesahan dari bank atau apa2 institusi kewangan

2) kalau area lembah kelang ni panggilan bicara kuasa tu mengambil masa 6 bulan ...

3) pegawai pusaka akan nilaikan harta ko tu ikut penilaian JABATAN PENILAIAN HARTA bukan penilai yg kita lantik sendiri mcm buat valuation bank.

4) kalau pejabat pusaka dapati nilai lebih RM600 k diaorg akan keluarkan surat utk pindah ke mahkamah tinggi baru cari lawyer, kita tak leh skip prosedur ni walaupun ikut kiraan kasar kita property tu dah lebih RM600 k.

5) lets say harta tu dalam 600k kebawah pegawai pusaka akan keluarkan perintah menurut surat persetujuan kita sign mula2 tadi atau menurut faraidh...

6) dah ada perintah pembahagian tu baru kita masukkan geran untuk didaftarkan di pejabat tanah ,,, ini kita panggil transmission kosnya kalau tak silap aku RM10 satu geran lepas tu kalau ada duit simati kat bank ke kita pakai perintah ni juga utk keluarkan.

dan aku setuju jangan pegi amanah raya... sbb cost kat pejabat tanah jauh lebih murah

dan senang cerita nak settle segala sampai daftar transmission tu adalah dekat setahun setengah baru settele...

prosedur mahkamah nanti aku sambung citer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:52 PM | Show all posts

tukar nama dalam title takde LA

aku rasa tak leh tukar nama kalau takde LA dan perintah pembahagian..

sbb kalau pusaka kecik (pejabat pusaka) kene ada perintah dari pegawai pusaka baru boleh masuk nama..

kalau court ko kene ada LA dan perintah pembahagian... kalau ada LA je boleh la masuk nama tapi ada perkataan "sbg pentadbir" itupun nama pentadbir je... kalau nak jual atau tukar nama pada 3rd party kene dapatkan perintah pembahagian dari mahkamah...

tu setahu aku la... kalau ada org tukar nama org yg dah mati tanpa perintah ni,,, aku rasa tu sindikit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 06:01 PM | Show all posts

Reply #11 elbecks's post

elbek..

pentadbir pusaka boleh terdiri dari waris sendirikan??
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 06:03 PM | Show all posts

Reply #12 safbrina's post

boleh... tak yah guna org luar nanti kene bayar fees lagi... pemohon letak sorang je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 02:11 PM | Show all posts
nak tanya jugak....arwah mak aku cuma tinggalkan sedikit duit (itu pun duit pencen arwah bapa aku) dan sedikit barang kemas.  Aku cuma anak tunggal dia.  Masih ada ibu saudara (kakak kandung arwah mak) yang hidup (seorang).  Anak-anak abang arwah mak (abang dah meninggal).  So .... perlukan aku faraid semua duit dan barang kemas nih?  Aku takut termakan duit haram.  Tolong laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 04:44 PM | Show all posts

Reply #10 elbecks's post

Good info becks....

I baru nak berjinak2 ngan LA ni....budak baru belajar la kan..
satu apa pun tak tau dan x ingat
Thanks bro....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2007 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 10-6-2007 03:50 PM
bersabarlah kalau berurusan dgn Pejabat Tanah. Mereka ni tak profesional. Banyak maklumat yg tak lengkap diberikan.

Sekali saya saya disuruh dtg ke Pejabat Tanah utk ambil geran tanah selepas ...



zul...
u pegi pejabat tanah mana??

ok..for all, i would like to thanks coz by info given to me before, i manage to handle on the application for LA dr pejabat tanah.

for your information, aku dah berjaya submit application aku kat pejabat tanah petaling. bukan susah sgt pun. just ikut jer panduan yg diberikan. lagi pun pegawai yg in-charge tu is quite helpful & baik gak.
so, pada sesapa yg ada masalah pasal LA ni, kalu korang ada kemusykilan, korang boleh ler tanya kat aku. apa yg aku boleh tolong, aku akan tolong jawabkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #14 ThreeSya's post

ko ni lelaki ke pompuan... kalau lelaki ko boleh dapat semua... kalau pompuan ko kene cari sedara yg lain ... kalau takde gak akan ada portion yg pegi baitulmal
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 11:34 AM | Show all posts

Reply #18 safbrina's post

bagusla ko buat sendiri... jimat duit... rajin2 la follow up utk dptkan tarikh bicara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 10:52 AM | Show all posts

Reply #21 zulyusoff's post

zul...
u all tak call dulu ker sblm pegi ke pejabat tanah tu???

waktu apply borang hari tu, depa tak provide dgn list of document required ker??
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 12:07 PM | Show all posts
reen tgh uruskan petukaran nama kete arwah mak kepada nama reen...firstly..kena minta sijil faraid dari mahkamah syariah..2 kali pergi turun naik mahkamah..dah dpt pun sijil faraidtu (anggaran sebulan nak tunggu sijiltu).....so sekarang ni pergi ke amanah raya berhad lak...dorang yang akan berhubung dengan jpj utk pertukaran nama tu...yang ni memakan masa skit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052809 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list