CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10246|Reply: 65

Cinta Kedua...

 Close [Copy link]
Post time 7-4-2007 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua....saya nak letak cerpen saya kat sini bleh tak? First time menulis, so harap kawan2 kat sini sudi memberikan kmen untuk saya perbaiki tulisan saya di masa akan datang.

Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2007 08:12 PM | Show all posts

Cinta Kedua

2006

Debaran di dadaku semakin kuat apabila menghamipiri meja yang diduduki lelaki itu. Aku tersenyum kepadanya sepanjang aku melangkah kepadanya, cuba melindungi resah di hati yang bertandang. Namun, seakan mengerti yang aku hanya membohongi diri, senyumanku tidak berbalas.

"Dah lama tunggu?" Tanyaku, cuba melindungi debaran di dada. Segera ku menarik kerusi di hadapannya dan duduk.
"Baru je, dalam sepuluh minit" Sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arahku. Aku tahu, sebagaimana aku cuba memerhatikan perubahan pada diri dia, dia juga begitu. Itu yang sampai langsung tak boleh nak senyum kat aku tu!

Selepas membuat pesanan, kami meneruskan perbualan. Pada mulanya, masing-masing agak kaku. Aku sebenarnya sudah lama cuba melupakan lelaki ini apabila jejaknya tidak dapat kukesan. Namun, Allah temukan juga kami, walaupun telah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Dalam getar yang semakin kuat memalu hati, aku cuba berlagak biasa. Cuba berlagak gembira bertemu seorang kawan lama. Soalan demi soalan terkeluar dari mulutnya, betul-betul ingin tahu apa yang terjadi kepadaku selepas 10 tahun kami berpisah. Aku jawab sejujur yang boleh, walaupun tidak semua perkara kuceritakan kepadanya. Pengalaman menjadikan aku lebih berhati-hati, supaya tidak memberikan kepercayaan 100% pada orang. Cuma, dia langsung tidak menyentuh tentang kami, walaupun hati ini meronta untuk bertanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2007 09:46 PM | Show all posts
Semalam, setelah bertahun-tahun aku dalam pencarian, akhirnya aku berjaya memperolehi nombor telefon bimbitnya. Kebetulan aku bertemu dengan Lily di HKL, kawan kami sewaktu di kolej dulu. Dia datang untuk menjalani pemeriksaan kandungannya, sedangkan aku menjalani pemeriksaan kesihatan yang menjadi rutinku kerana masalah migrain. Daripada Lilylah, aku memperolehi nombor telefon bimbitnya.

Malam itu, aku cuba menghubunginya. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan....doaku untuk menghilangkan debaran yang begitu hebat memalu hati. Bagaimana agaknya dia? Masih seperti dulukah? Aku sempat berkira-kira di dalam hati sementara menanti panggilan berjawab.

"Hello" Satu suara lelaki menyambut panggilanku
"Assalamualaikum" Aku memberi salam dalam kegugupan.
"Waalaikumussalam. Boleh saya tahu siapa ni?" Dia bertanya.
Beberapa saat aku terdiam. Rindunya aku pada suara itu!
"Haikal..." Aku bersuara sayu.
Beberapa saat dia pula terdiam.
"Anis...is that you?" Dia masih mengenali suaraku!

Panggilan telefon itulah yang membawa kepada pertemuan kami. Pertemuan semula setelah sepuluh tahun terpisah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 11:03 PM | Show all posts
nak lagi.. mcm best je. ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2007 11:44 AM | Show all posts
1995...

Pendaftaran pelajar di kolej K, persedian memasuki universiti. Selepas mencium tangan mak dan abah sebelum mereka pulang, aku terus ke dewan. Sedang aku leka meneliti jadual minggu orientasi, dengan tangan sebelah lagi memegang fail, tiba-tiba bahuku dilanggar. Habis bertaburan fail yang kupegang, memuntahkan segala isi perutnya.

"Maaf"

Aku yang mula rasa hendak marah terdiam. Pemuda yang melanggarku itu terus memungut kertas-kertas yang bertaburan dan menyerahkan kepadaku. Sempat dia melemparkan senyum sebagai tanda meminta izin untuk beredar barangkali. Sempat juga ku memerhatikan tag nama pelajar minggu suaikenal yang tergantung di poket bajunya. Mohd Haikal. Entah kenapa hatiku berdebar sewaktu bertentangan mata dengannya sebentar tadi.

Minggu orientasi...lebih kepada perkenalan. Kami dibahagikan kepada kumpulan, dan setiap aktiviti sepanjang orientasi dijalankan dalam kumpulan.

Seminggu selepas orientasi, kami mula dibahagikan kepada beberapa kelas tutorial. Pagi Isnin, hari pertama memulakan kuliah, aku berjalan kaki menuju ke bilik yang telah ditetapkan mengikut jadual yang diberikan oleh pihak pengurusan kolej. Sampai saja di sana, aku mencari tempat duduk. Kulihat ke seluruh kelas yang mulai penuh dengan para pelajar. Tiba-tiba mataku tertumpu ke wajah itu. Lelaki yang melanggarku tempoh hari. Hmmm...satu kelas rupanya. Entah kenapa hatiku berminat untuk mengenalinya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 05:06 PM | Show all posts
smbung lagik,knapa stop?baru nak lyan,dah stop.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2007 05:15 PM | Show all posts
Jap arr...kuar jap tadi pi beli barang...nanti sambung lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2007 05:20 PM | Show all posts
"Assalamualaikum semua" Tiba-tiba bangun seorang pelajar lelaki.
"Sebelum kita mulakan kelas, apa kata kita mengenalkan diri masing-masing. Saya mulakan dengan diri saya. Nama saya Mohd. Kamal, berasal dari Selangor"

Dan seterusnya, bangunlah seorang demi seorang memperkenalkan diri.

"Nama saya Mohd Haikal. Berasal dari Johor"

Ohhh...orang johor rupanya.

"Saya Anis Sofea, dari Melaka" aku meperkenalkan diri.

Sebaik saja kami selesai menjalankan sesi suai kenal dalam masa yang terhad itu, masuk seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an, memperkenalkan diri sebagai Cikgu Maizon, yang akan mengajar subjek matematik. Kelas pertama, kami hanya diperkenalkan tentang skop pembelajaran sepanjang semester.

Beberapa minggu, kami sudah mula dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

"Anis...aku nak cakap sesuatu dengan kau" Lily menyapaku yang sedang tekun membuat laporan amali Kimia. Cikgu Rosli yang mengajar subjek Fizik cuti kerana tidak sihat, jadi kelas petang itu dibatalkan. Aku mengambil kesempatan itu untuk ke perpustakaan membuat rujukan untuk laporan amali.

"Apa dia?" Aku bertanya sambil tanganku masih lagi menulis.

"Aku nak buat study group dengan Haikal dan Fiza. Kau nak join sekali tak?" Tanya Lily. Mereka bertiga berada dalam satu kumpulan  sewaktu di minggu orientasi dulu. Cuma apabila pembahagian kelas tutorial dibuat, kami bercampur dengan pelajar dari kumpulan lain.

Hmmm...mungkin ini peluang untuk aku mengenali Haikal dengan lebih dekat, hatiku berbisik. Tidak kusedari aku tersenyum sendiri. Ish, Anis...datang sini untuk belajar...kau nak fikir ke lain pulak. Ala...bukan nak buat apa pun, nak kenal lagi rapat dengan dia..apa salahnya...hatiku bersoal jawab sendiri.

"Hoi! apa yang kau senyum ni?" Lily mengejutkanku
"Tak ada apa-apalah" kataku berdalih
"Habis tu, macamana keputusan kau? Nak tak join kitorang?"
"Hmm...oklah kalau macam tu. Bila nak mula?"
"Kami cadang petang esok. Apa kata kita berkumpul dulu sekarang, pastu bincang jadul study kita?"
"Aku ok jer. Kat mana nak jumpa?"
"Haikal dengan Fiza pergi jumpa Cikgu Maizon tadi, tanya pasal soalan tutorial. Lepas tu diorang nak ke sini. Haikal mintak kita berkumpul dekat bilik tayangan kat tingkat atas. Kat sini nanti mengganggu orang pulak"
"Tapi diorang berdua tu tahu ker aku nak join ni?"
"Tahu. Sebenarnya, Haikal yang suruh aku ajak kau join sekali"

Ha? Haikal yang ajak. Hmmm...kenapa tak cakap sendiri. Dalam hati sukanya bukan kepalang, tapi sedaya mungkin kucuba sembunyikan perubahan riak wajahku dari dilihat oleh Lily.

Sedang leka kami berbual-bual, kami terlihat Haikal dan Fiza melangkah masuk. Haikal memberikan isyarat supaya kami mengikutnya naik ke atas. Memandangkan dia seorang AJK perpustakaan, jadi kami tidak boleh masuk ke bilik tanyangan tanpa dia. Kalau kena tangkap, habis la.

"So Anis jadi la nak join kitaorang?" Soal Haikal
Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.

"Ok, sekarang ni. Kita buat jadual. Kita start petang esok lepas habis kelas. Nak mula ngan subjek apa ya?"

"Aku rasa kita mula dengan Maths dulu la. Kita bincang soalan tutorial yang cikgu bagi semalam. Lusa kan dia nak tengok" Aku memberi cadangan. Kulihat Lily, Fiza dan Haikal mengangguk setuju.

[ Last edited by  Cutie at 8-4-2007 05:23 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2007 10:01 PM | Show all posts

Reply #1 Cutie's post

salam... boleh boleh silakan~!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 09:38 AM | Show all posts
smbung lagik cutie,bestlah citer ni.plzzzzz.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 12:11 PM | Show all posts
best gak citer ni..jgn lame2 nak smbg citer ni eh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:33 PM | Show all posts
orait.. dah jumpa sasaran baru.. mana thah... thah ooo thah.. nih dah ada sorang lagik sasaran kita nak ligan nih.. thah oo thah.. kepada cutie.. isif kenalkan diri yer.. lepas nih kalau ko tak sambung... aku cari hang sampai lubang cacing.. tu..tu thah tuu... minah tuh ko bebaik tau.. kang dia tikam cam nih:@ ...heheheheh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:13 PM | Show all posts
buat lawaklah isif ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 06:32 PM | Show all posts
hehehhe...terima kasih semua....kerana memberi galakan...
sebenarnya...citer ni dah siap lama dah tulis kat blog...
copy paste kat sini sikit-sikit...
kalau copy paste semua nanti.....tak thrillll....

ahaks!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 06:37 PM | Show all posts
1996

Haikal lebih banyak mendiamkan diri. Mesej yang disampaikan melalui roomate ku semalam membawa ku ke mari....bilik yang menyimpan kenangan kami. Study group kami berempat merapatkan kami berdua. Lily dan Fiza turut menyedari perubahan itu tetapi mereka tidak berkata apa-apa memandangkan kami tidak pernah declare apa-apa. Aku sendiri merasakan keserasian bersama Haikal. Namun, untuk mengharapkan perhubungan lebih dari seorang teman seperjuangan, aku tak berani.

"Semalam saya dapat surat dari JPA" Haikal memulakan bicara.
"Surat apa?" Tanyaku
"Saya diterima further study ke UK" balas Haikal.
"Ohhhh.....tahniah" sahutku, perlahan. Tak tahu apa perasaanku ketika itu. Sedihkah? Pemergian dia bermakna kami akan terpisah oleh lautan luas.
"Saya ingat awak pun dapat. Ada jugak kawan nak study sama-sama" Haikal meluahkan kebimbangannya
Aku tersenyum tawar.
"Rezeki masing-masing Haikal. Allah dah tentukan awak berjaya ke UK sedangkan saya meneruskan pengajian di universiti Malaysia. Mana-mana pun, matlamatnya sama, kan. Untuk berjaya. Saya doakan kejayaan awak" Aku bersuara perlahan.
"Saya pun doakan awak" Haikal tersenyum.
Aku membalas senyumannya itu dan terus berlalu.

Dua bulan selepas itu, aku mendaftarkan diri ke universiti di utara tanahair. Haikal sempat menulis surat kepadaku, menceritakan tentang kesibukannya membuat persiapan untuk berangkat. Aku pula sibuk dengan orientasi dan aktiviti-aktiviti untuk mengenali suasana kampus.

Haikal terbang juga. Aku hanya mampu mendoakan dia. Kami terus berhubungan melalui surat. Dan tanpa aku sedari aku manjadi penunggu setia kepada surat-surat kirimannya. Kad birthday, gambar, key-chain dan bermacam lagi souvenir mengiringi setiap surat kirimannya. Sehinggalah setahun kemudian, peti suratku sepi tanpa surat-surat darinya lagi. Tak apalah, mungkin dia sibuk. Kucuba memujuk hati.

[ Last edited by  Cutie at 9-4-2007 06:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 06:56 PM | Show all posts
<table cellpadding="0" cellspacing="0"><tr><td><embed quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" bgcolor="#000" width="328" height="94" src="http://static.esnips.com/images/widgets/flash/esnips_player.swf" flashvars="theTheme=blue&autoPlay=no&theFile=http://www.esnips.com//nsdoc/9768994f-0092-43f8-b3f8-335fc6cb459b&theName=Mariah Carey-My All&thePlayerURL=http://static.esnips.com/images/widgets/flash/mp3WidgetPlayer.swf"></embed></td></tr><tr><td align="center"><a style="color: #000" valign="bottom" align="center" href="http://www.esnips.com/doc/9768994f-0092-43f8-b3f8-335fc6cb459b/Mariah-Carey-My-All/?widget=flash_player_esnips_blue">Mariah Carey-My Al...</a></td></tr></table>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2007 06:57 PM | Show all posts
alamak...tak jadi lak...nak letak lagu....baru boleh feel baca cerita ni....buat kat blog boleh, kat sini takleh lak...camner ni...

[ Last edited by  Cutie at 9-4-2007 07:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by isif at 9-4-2007 01:33 PM
orait.. dah jumpa sasaran baru.. mana thah... thah ooo thah.. nih dah ada sorang lagik sasaran kita nak ligan nih.. thah oo thah.. kepada cutie.. isif kenalkan diri yer.. lepas nih kalau ko tak s ...



beratur belakang isif dgn thah...hehehe nk menyebuk kejor org plak...

cutie...a good start...keep on posting...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 08:22 AM | Show all posts
sambungannyerrr lum ada lg kerr??
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by aina_shaira at 9-4-2007 02:13 PM
buat lawaklah isif ni.


..sekali sekala menyakat org baru kan!!...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.482132 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list