CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

All About Sekolah Kluster -

[Copy link]
Post time 13-7-2008 09:56 PM | Show all posts

Reply #160 coyotemawi's post

Pentadbir sekolahku menolak tawaran menjadi skolah kluster....may be next time...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 13-7-2008 21:56
Pentadbir sekolahku menolak tawaran menjadi skolah kluster....may be next time...



sayawifenikmie..
better la tolak...
kat sini..meeting kluster aje
dah banyak kali ..
tapi kekadang keputusan tergantung2 gitu..
serba serbi tak kena..

lebih baik jadik sekolah biasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2008 01:00 AM | Show all posts


tak silap....
debat piala perdana  yang before hanya kepada SBP
now dah dibuka kepada kluster schools pula.

nak mention sikit pasal bahas piala perdana menteri ni -

zaman masa saya in primary school dulu -- bukan main suka
tengok LIVE kat tv -- sebab sekolah kakak saya pun sokmo
menang...  

tapi nowadays - ada yang tak tahu  tentang bahas ni --

what a change in time -

just like tilawah alquran -
dulu masa kecil2 siap pergi stadium tengok tilawah
(musabaqah)  tapi bila dah pindah ke pusat islam..
and then... ke negeri2 lain...  dah tak berapa mendapat
tempat..

strange kan...  masa berubah camtu ---  sedih though -
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-7-2008 01:00


tak silap....
debat piala perdana  yang before hanya kepada SBP
now dah dibuka kepada kluster schools pula.

nak mention sikit pasal bahas piala perdana menteri ni -

zaman masa saya in ...



dexa..
cara debate pun dah berubah sekarang ni
last weekend tolong kawan jadik judge utk bahas BI..
tengok score sheet plus other sheets dalam file tu
aiyoooo...
fening2 lalat ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 12:49 AM | Show all posts
bangga sekolah sendiri masuk cluster school speaking of debat perdana, saya pon dulu sangat suke tengok..rasa cam bersemangat la konon2 tengok org debat tu..haha..what a memory
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #163 dexa's post

ana antara org yg suka tgk debat kat tv dulu..laa ni mcm dah suram
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2008 03:24 AM | Show all posts
Status Sekolah Kluster ditarik jika hambar

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pelajaran tidak akan teragak-agak untuk menarik balik status Sekolah Kluster yang diberikan sekiranya sekolah terpilih tidak menunjukkan prestasi sepatutnya.


Selain sekolah, kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan memberi amaran kepada pengetua kanan yang gagal menunjukkan prestasi baik dalam menyampaikan apa yang sepatutnya mereka sampaikan sebagai pemimpin pendidik.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata kredibiliti dan tanggungjawab dalam memastikan apa yang sudah diberikan menepati kehendak dan harapan masyarakat itu perlu kerana sebagai pendidik segala tindak tanduk mereka dilihat oleh orang ramai.

揚erkara itu penting kerana kita tidak boleh memberi pengiktirafan kepada mereka yang tidak layak kerana ia akan memberikan kesan yang tidak baik di mata masyarakat,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 12:15 AM | Show all posts
Status Sekolah Kluster berjaya tingkat pengurusan, pencapaian
Oleh Norliza Abdullah


USAHA Kementerian Pelajaran mengiktiraf sekolah cemerlang dengan menganugerahkan status Sekolah Kluster berjaya menyuntik semangat pengurusannya meningkatkan pencapaian.

Kesungguhan mereka terbukti, antaranya ada sekolah luar bandar menjalin kerjasama pintar dengan sekolah di bandar bagi memacu kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Ashah Samah, berkata Sekolah Kluster yang menjadi penanda aras kecemerlangan menyeluruh itu memberi suntikan baru kepada pengurusan melakukan yang terbaik.

Sebagai contoh, katanya, Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak mengadakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat hingga melonjak kecemerlangannya dalam akademik dan kokurikulum.

Beliau berkata, kesungguhan itu juga membolehkan sekolah berkenaan dianugerahkan Commonwealth Education Good Practice Award 2009.

“Sekolah ini meletakkan penanda aras khusus untuk mencapai kejayaan dengan meningkatkan prestasi akademik dan memperkasakan kokurikulum, selain pembabitan ibu bapa dan masyarakat.

“Kecemerlangan Sekolah Kluster juga terbukti menerusi rangkaian kerjasama akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping mempunyai kebitaraan dan kejayaan membanggakan.

“Kami kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan sekolah terbabit dengan memberi komitmen penuh membabitkan kerjasama semua pihak, termasuk alumni,” katanya kepada Berita Harian.

Ashah berkata, usaha kerajaan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dengan mengiktiraf sesebuah sekolah mengikut kebitaraan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Menerusi fasa pertama dan kedua, katanya, masing-masing 30 sekolah diberi status Sekolah Kluster, manakala 60 lagi dalam fasa ketiga.

“Antara syarat pemilihan Sekolah Kluster ialah kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan kemenjadian murid.

“Kecemerlangan kepemimpinan sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta program inovasi dan kreativiti yang sudah diterokai oleh sekolah.

“Bagi kecemerlangan budaya sekolah serta kebitaraan (niche areas), ia membabitkan pelbagai aktiviti antaranya pancaragam, orkestra, rugbi dan pasukan beruniform,” katanya.

Ashah berkata, pengukuran pencapaian berbeza mengikut kategori sekolah kerana gred purata sekolah (GPS) untuk Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dinilai dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau menjelaskan penilaian GPS bagi Sekolah Berasrama Penuh (GPS2.5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (GPS3.5), Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian, masing-masing (GPS4.0).

Pencapaian sekolah dalam tempoh berkenaan juga katanya, mensyaratkan 80 peratus ke atas pelajar lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau kelulusannya menunjukkan peningkatan atau GPS pada paras 2.0.

“Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dicapai, Sekolah Kluster digalak membantu meningkatkan sekolah lain menerusi pelbagai kaedah.

“Sebagai contoh, sekolah berhampiran diberi peluang menggunakan kemudahan sumber di sekolah berkenaan, selain berkongsi kepakaran untuk dimanfaatkan bersama.

“Kerjasama ini bagi melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama, sekali gus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara,” katanya.



**************************************************************


banyak betul jenis2 sekolah yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan -
kluster ada, smart school ada, sekolah khas untuk pelajar pintar ada -
harap... kalau ada sekolah2 macam ni - lagi bertambah bagus murid2 -
jangan pulak lagi ada sekolah macam ni;  lagi buruk pencapaian students
dan discipline yang tak begitu bagus -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2009 01:27 PM | Show all posts
sekolah kluster dgn sekolah berprestasi tinggi?
apa bezanya?
knapa sistem pendidikan mengamalkan 'diskriminasi' dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah-sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2010 09:34 PM | Show all posts
sekolah kluster dgn sekolah berprestasi tinggi?
apa bezanya?
knapa sistem pendidikan mengamalkan 'diskriminasi' dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah-sekolah.
carihairil Post at 23-12-2009 13:27




sekolah cluster ni pengetuanya juga terpilih untuk pergi kursus yang ditawarkan oleh KPT
untuk establishkan lagi sekolah masing2... juga peruntukan untuk sekolah tersebut banyak -

yang berprestasi tinggi tu saya tak berapa pasti.. tapi pada saya sekolah yang prestasi tinggi
ni adalah macam sekolah cluster juga... cuma kemudahan mungkin tak diberi macam cluster -

kalau ada sesiapa yang tahu lebih lagi... boleh share la, eh -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054945 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list