CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

All About Sekolah Kluster -

[Copy link]
Post time 25-3-2007 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by cinattebbi at 25/3/2007 03:29 AM
salah satu langkah yang baik dalam pengwujudan sekolah kluster ni. namun ada beberapa persoalan;

pro(s)
1. menyediakan tahap pendidikan yang lebih baik dari segenap aspek seperti kemudahan, t ...

con (s)
1. bagaimana dengan kadar yurannya? mampukan anak2 petani atau golongan bawahan yang cemerlang untuk mendapat tempat disini? jika disediakan pinjaman...kena bayar berganda2 macam PTPTN ?

2. mewujudkan jurang yang lebih besar kepada pelajar sekolah biasa dan sekolah kluster yang akan dianggap lebih "kelasssssss"

3. Apabila sekolah dirangking/digredkan dengan memberi stratafikasi berdasarkan pencapaian (yg diukur dari segi keputusan peperiksaan) menyebabkan sekolah hanya mementingkan aspek intelek semata2 lalu mengabaikan aspek kecerdasan emosi, jasmani dan rohani. natijahnya, excellent student akan lahir tetapi weak dalam EQ dan penyelesaian/handling problems. Tidak pelik jika pointer 4.0 ke atas tetapi lemah dalam skill komunikasi, team work, pemikiran kritis dll. kerana asyik sibuk nak baca buku sebab sibuk nak dapatkan 30 A1 (contohnya).

4. Akan lahir pelajar2 dan guru2 elit dari sekolah kluster. jangat terkejut jika mereka agak "berlagak" berbanding pelajar dan guru dari sekolah biasa dan pedalaman. cuba fikir2 dalam2 dan renungkan.....ada tak perasaan seperti itu? bila kebetulan bertemu dalam sesuatu majlis...percayalah, ada nanti yang tak mahu bercampur gaul atas alasan "tak sama kelasssss"........

5. Jika terdapat guru atau pelajar dibuang sekolah
akibat kegagalan mematuhi piawaian, kemana halatuju mereka selepas itu?

6. dll

rgds,
tebbi


aku pun nak tahu..yang no.5 tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


cityphg This user has been deleted
Post time 28-3-2007 05:56 PM | Show all posts
pada aku sekolah kluster ni akan menambahkan beban cikgu yang sedia ada.nak maintain keputusan 80% ke atas setiap tahun boleh ke?rasanya cikgu sekolah kluster akan lebih terbeban dari pelbagai aspek..kalau cikgu2 sekolah kluster ni dapat elaun khas rasanya berbaloi jugak..ya lah gaji sama je satu malaysia tapi workload tak sama..habih tu sekolah yang tak kluster macam mana pulak?agaknya cikgu2 ni makan gaji buta dok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 08:37 PM | Show all posts

Reply #21 coyotemawi's post

..nanti ada yg kuar statment tak capai piawai..berhenti je.. he heh
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 28/3/2007 08:37 PM
..nanti ada yg kuar statment tak capai piawai..berhenti je.. he heh



aku juai nasik lemak ler kalu gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by cityphg at 28/3/2007 05:56 PM
pada aku sekolah kluster ni akan menambahkan beban cikgu yang sedia ada.nak maintain keputusan 80% ke atas setiap tahun boleh ke?rasanya cikgu sekolah kluster akan lebih terbeban dari pelbagai as ...



ct..tak dinafikan..
cam sekolah aku dah mula ada tusyen bahasa inggeris utk cigu2..
seminggu sekali wajib hadir..
8.30pm-10pm...
Reply

Use magic Report

cityphg This user has been deleted
Post time 29-3-2007 07:54 PM | Show all posts

Reply #25 coyotemawi's post

cikgu2 kena tuisyen 2 cikgu ETEMs ke? Kalu cikgu ETEMs memang ada program yang kena dihadiri program buddy support namanya. Bagus program ni kita share sama2 cikgu mcmana nak improve English.Rasanya semua sekolah kena buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2007 08:37 PM | Show all posts

Reply #24 coyotemawi's post

..he he aku nak jual nasi krabu ler he he....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by cityphg at 29/3/2007 07:54 PM
cikgu2 kena tuisyen 2 cikgu ETEMs ke? Kalu cikgu ETEMs memang ada program yang kena dihadiri program buddy support namanya. Bagus program ni kita share sama2 cikgu mcmana nak improve English.Rasa ...



bukan setakat cigu etems..cigu tak etems pun kena belaka
para ustaz..eh seme la..
siap ada test nak tengok bend grup mana derang akan masuk..
hehehhee
aku masuk bend paling rendah wakakakak
beginner nya..
belajar is..was..are..were...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 29/3/2007 08:37 PM
..he he aku nak jual nasi krabu ler he he....



wakakakkaka
jom kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2007 06:02 PM | Show all posts
30 sekolah kluster pertama diumumkan
30-03-2007

KUALA LUMPUR:  Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan antara 30 sekolah kluster yang terpilih terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak, sebuah sekolah pedalaman dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh di Kluang, Johor yang merupakan sekolah kebangsaan Orang Asli.

Katanya, kumpulan pertama sekolah kluster yang terpilih untuk ditingkatkan kecemerlangan terdiri daripada semua kategori sekolah.

Ini termasuk SJKC Keat Hwa, Alor Star bagi kategori sekolah aliran Cina, SJKT Simpang Lima, Klang bagi sekolah aliran Tamil, dan SKPK Alma, Pulau Pinang bagi kategori sekolah pendidikan khas, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata sembilan daripada 30 kumpulan pertama sekolah kluster ini terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK), tiga sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), dua sekolah menengah teknik (SMT), 11 sekolah menengah harian (SMH) yang terletak di bandar dan lima sekolah berasrama penuh (SBP).

Hishammuddin berkata sekolah yang terpilih ini "bukanlah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah terbaik di negara ini, tetapi merupakan sekolah cemerlang yang berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi lagi."

Beliau berkata pemilihan sekolah berkenaan telahpun disah dan diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad pada Selasa lepas.

"Kesemua 30 sekolah ini merupakan senarai permulaan yang boleh dijadikan contoh penanda aras kepada sekolah lain yang berminat untuk memohon sebagai sekolah kluster.

"Kementerian akan membuka permohonan kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk disenaraikan sebagai sekolah kluster bermula April ini," katanya.

Untuk tahun ini, 300 sekolah dari pelbagai aliran akan disenaraikan dan diklasifikasikan sebagai kelompok cemerlang, yang diharapkan dapat mengangkat martabat sistem pendidikan negara di mata dunia, katanya.

Sekolah lain yang terpilih terdiri daripada:

Sekolah Kebangsaan: SK Sultan Idris 2 (Perak), SK Infant Jesus Convent (Johor), SK Sri Gaya (Sabah) dan SK Zainab 2 (Kelantan),

SMKA: SMKA Al-Manshoor (P. Pinang), SMKA Sharifah Rodziah (Melaka) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu),

SMT: SMT Tawau (Sabah) dan SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan),

SMK: SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Victoria, SMK St John (kesemuanya di Kuala Lumpur), SMK Penang Free (P. Pinang), SMK (P) Sri Aman (Selangor), SMK Sultanah Asma (Kedah), SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), SMK Abdul Rahman Talib (Pahang), SMK Derma (Perlis), SMK Gunung Rapat (Perak),

SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Selangor), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).

Hishammuddin berkata sejajar dengan usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, kementerian itu telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan University of London-Kings College, United Kingdom hari ini bagi melaksanakan program lepasan ijazah secara intensif yang direka khas khusus untuk melatih pengetua dan guru besar dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Kings College merupakan kolej terbesar di University of London dan kolej ke-12 terbaik di Eropah dan ke-46 di dunia dalam senarai Times Higher Education Supplement.

"Kursus intensif ini menawarkan 'Post Graduate Certificate in School Management and Leadership' yang boleh diguna pakai sebagai kredit untuk pemegang-pemegangnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana," katanya.

Beliau berkata melalui program ini, kementerian akan menghantar pemimpin-pemimpin sekolah kluster ke UK bagi mengikuti latihan intensif dalam bidang pengurusan dan kepimpinan selama dua bulan.

"Pemimpin-pemimpin sekolah ini juga akan diberikan hands-on learning experience melalui bukan sahaja lawatan tetapi juga penempatan di sekolah-sekolah autonomi yang terpilih di UK," katanya.

Beliau berkata seterusnya, keupayaan dan kebolehan mereka akan diuji di sekolah-sekolah ini, dan melalui program ini pemimpin sekolah kluster akan didedahkan dengan pelbagai bidang ilmu berkaitan kepimpinan dan pengurusan khususnya cara mana untuk menguruskan sekolah masing-masing termasuk mengurus sumber manusia, kewangan, komunikasi, perhubungan awam dan lain-lain bersesuaian dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 06:20 PM | Show all posts
sekolah nkorang ada ker dalam senarai bawah ni? :cak:

Sekolah lain yang terpilih terdiri daripada:

Sekolah Kebangsaan:

SK Sultan Idris 2 (Perak),
SK Infant Jesus Convent (Johor),
SK Sri Gaya (Sabah)
SK Zainab 2 (Kelantan),

SMKA:

SMKA Al-Manshoor (P. Pinang),
SMKA Sharifah Rodziah (Melaka)
SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu),

SMT:

SMT Tawau (Sabah)
SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan),

SMK:

SMK Aminuddin Baki,
SMK Convent Bukit Nanas,
SMK Victoria,
SMK St John (kesemuanya di Kuala Lumpur),
SMK Penang Free (P. Pinang),
SMK (P) Sri Aman (Selangor),
SMK Sultanah Asma (Kedah),
SMK Sultan Sulaiman (Terengganu),
SMK Abdul Rahman Talib (Pahang),
SMK Derma (Perlis),
SMK Gunung Rapat (Perak),

SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya),

Kolej Islam Sultan Alam Shah (Selangor),
Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan),
Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 07:17 PM | Show all posts
kalu HM DIbenar pilih guru,sapa yg bayar gaji guru2 yg dipilih? konfius aku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by razhar at 30/3/2007 07:17 PM
kalu HM DIbenar pilih guru,sapa yg bayar gaji guru2 yg dipilih? konfius aku..



kalu cigu tu tak terpilih...
bermakna cigu tu kena angkat kaki ka?
ke mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 08:13 PM | Show all posts

Reply #33 coyotemawi's post

...ke mana lagi jual nasi lemak n krabu leee.... ni ler dia nak tambahkan lagi jurang.....tak cukup dalam ke "jurang Mariana" yang sedia ada....:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by sayawifenikmie at 30/3/2007 08:13 PM
...ke mana lagi jual nasi lemak n krabu leee.... ni ler dia nak tambahkan lagi jurang.....tak cukup dalam ke "jurang Mariana" yang sedia ada....:@



hmmm
boss ngan aku tak ngam sangat
hehehe
jadik peluang utk aku angkat kaki ada la kot..

hmmm nak ke derang campak aku ke sekolah rendah ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 12:00 AM | Show all posts
sapa2 buleh terangkan power yg HM tu ada secara jelas? yg aku terbaca,employ guru tu sebahagian dari power yg mereka dapat..yg lain2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by coyotemawi at 30-3-2007 23:46



hmmm
boss ngan aku tak ngam sangat
hehehe
jadik peluang utk aku angkat kaki ada la kot..

hmmm nak ke derang campak aku ke sekolah rendah ?  


campak ke tadika je kao tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 12:02 AM | Show all posts
so mana2 cigu yg nak kekal lama kat kg,mana2 tempat yg mereka suka..baik g bodek kuat2 si HM tu,jadi kroni..pemberian kuasa kpd HM membuka peluang yg luas UNTUK DISALAHGUNAKAN...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 31/3/2007 12:01 AM


campak ke tadika je kao tu..



alaaa up sikit la..
campak aku ke sekolah rendah..amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 31/3/2007 12:02 AM
so mana2 cigu yg nak kekal lama kat kg,mana2 tempat yg mereka suka..baik g bodek kuat2 si HM tu,jadi kroni..pemberian kuasa kpd HM membuka peluang yg luas UNTUK DISALAHGUNAKAN...



masalahnya aku bukan jenis yang suka mengipas..
aku tak kisah kerja kuat kalu boss aku tu jenis
yang membimbing..yang tak EMO...
masalahnya boss aku ni...
yang cerita silap tahun lepas..akan diulang2 sampai ada cerita baru..
tak ke macam budak2 boss aku tu?:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.144592 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list