View: 3845|Reply: 0
|
Honey Kids makanan tambahan untuk kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Honey Kids makanan tambahan untuk kanak-kanakOleh RAHANA MD
BELUM makan malam dan jam baru pukul 9 malam, sesetengah anak-anak yang sudah bersekolah akan terlelap kerana kepenatan.
Persoalannya apakah bekalan makanan yang diambil oleh si anak atau apakah yang dimakannya ketika di sekolah?
Apakah mereka dapat menumpukan seluruh perhatian di dalam kelas atau letih, lesu dan tidak bermaya.
Sedar dengan perubahan yang dialami oleh sebilangan kanak-kanak yang sentiasa lesu, tidak bermaya dan bertenaga malah tidak menunjukkan komitmen pada pelajaran telah mendorong Rusniza Rusli, 35, memperkenalkan makanan tambahan berasaskan madu.
Ibu kepada tiga anak ketika ditemui di pejabatnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui berdasarkan keperluan semasa, anak-anak memerlukan makanan tambahan untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
揝ekiranya kanak-kanak makan dengan diet yang seimbang, pasti segala nutrien yang diperlukan akan diperoleh.
揃agaimanapun jadual seharian yang padat menyebabkan mereka terkejar-kejar memburu masa dan ada kala terlupa untuk makan makanan yang berkhasiat,拻 katanya.
Menurut Rusniza, otak terdiri hanya dua peratus daripada keseluruhan berat badan di dalam tubuh orang dewasa tetapi menggunakan 20 peratus daripada oksigen yang dihantar oleh darah.
揂pabila oksigen yang dihantar kepada otak berkurangan, kecekapan otak termasuk ingatan akan terganggu.
Rusniza memperkenalkan produk makanan tambahan berasaskan madu yang diberi nama Honey Kids dan Cocoa Kids.
揗akanan tambahan ini adalah alternatif kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak dibekalkan dengan zat makan yang diperlukan oleh anak- anak.
揂ntara kandungan di dalam Honey Kids adalah campuran madu, kurma dan cardamon (pelaga), perisa strawberi,拻 katanya.
Itulah sebenarnya tujuan utama Rusniza membekalkan Honey Kids supaya semua kanak-kanak merasa segar, bertenaga dan seronok untuk belajar, bermain dan berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan.
Ibu kepada Ain Najiha 7, Adri Nadzrin 6, dan Airil Nafiz 2, sebelum melangkah ke arena perniagaan pernah bekerja sebagai setiausaha dan juga pramugari.
Selain Honey Kids, beliau turut menawarkan Cocoa Kids sebagai alternatif kepada kanak-kanak.
揜amuan di dalam Cocoa Kids dalam bentuk serbuk juga bagus untuk otak kerana mengandungi madu, susu skim, kolostrum, pati Gingko Biloba, pati Gotu Kola dan pati Biji Anggur.
揝ebaiknya ambil kedua-dua bahan ini secara berselang seli iaitu pagi dan petang agar anak-anak sentiasa sihat dan cergas,拻 katanya. Rusniza boleh dihubungi di talian 017 6399189 atau e-mel: [email protected].
INFO PRODUK
* Ekstrak kismis antaranya mengandungi serat, kalsium, karotin besi, folik asid, potassium, sodium, magnesium, lemak, phosporus, protein dan vitamin B6.
* Honey Kids juga mengandungi ekstrak kurma madu yang mengandungi sumber terbaik untuk kalsium dan serat.
* Ia turut mengandungi zafran bagi memperbaiki ingatan, oksigen kepada otak malah di dalam perubatan Islam menjelaskan Zafran mampu membantu menjana otak dan memperbaiki minda.
* Pegaga digunakan untuk menguatkan kedua-dua benda putih dan kelabu pada otak, merangsang pembelajaran, menguatkan ingatan, menenangkan dan meningkatkan kualiti pelajaran.
* Madu membantu meningkatkan kesihatan, menyegarkan, mengeluarkan racun, baik untuk peredaran darah dan membekalkan oksigen yang cukup kepada otak.
* Honey Kids diberi kepada kanak-kanak ketika perut kosong pada sebelah pagi dan setiap hati. Elakkan minum lewat malam kerana kanak-kanak sukar tidur kerana ia menyumbang kandungan oksigen yang tinggi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|