CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7944|Reply: 44

Kenangan ku.......

 Close [Copy link]
Post time 22-3-2007 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Aku ni teringin gak nak tulis cam orang lain...tapi tak reti, nak tulis bunga bunga, cintan cintun semua. Walau pun camne pun aku nak gak tulis, tak kira sedap ke tak, aku nak gak tulis....tapi tulis mengenai kenangan aku je lah......Ni aku startlah ya?........

Zaman kecik kecik

Aku teringatlah masa aku mula2 masuk sekolah darjah satu dulu....mak aku hantar dua bodyguard tuk hantar aku ke sekolah. Best bodyguard aku ni...cun lak tu. Tak de lah pakai kereta  gi sekolah...pakai kaki je. Bukan main lawa lagi aku masa tu, baju putih melepak, kasut pun putih. Nak kesekolah ni, aku kena jalan kaki....tak reti lak aku nak explain berapa jauh jarak dari rumah.....tapi jalan kaki tu penat gak lah. Sampai je kat sekolah, hati aku dah berdebar2, tangan dok pegang tangan kakak aku, tak mahu lepas. Ye lah kan pertama kali masuk kesekolah, tapi kakak aku yg nombor dua tu pandai pujuk......pujuk punya pujuk, akhirnya aku pun join lah kelas pertama aku.

Aku ingat lagi chikgu pertama yang masuk kelas aku tu, namanya chikgu B. Anak dia pun sama kelas dengan aku gak. Cikgu ni, badan dia  ni kira besarlah gak, pakai cermin mata. Trend chikgu, seluar dia selalu naik ke perut, bukan ke pinggang. Agak nya pasal perut dia tu kedepan sangat . Chikgu ni garang woo....kecut perut aku kalau dia ni mengajar. Lepas tu ada sorang ustazah, tapi aku dah lupa nama dia, anak dia pun sama kelas dengan aku.

Selepas aku dah mula serasi bersekolah, mak aku dah tukar bodyguard lak. Kali ni abang aku jadi bodyguard aku. Aku kena pergi sekolah dengan dia. Abang aku ni ntah apa pesennya, tak mahu jalan dengan aku.  Menonong je dia jalan kedepan, terkial kial aku dok ikut kat belakang. Eksen ke apa ke? mentang mentang sekolah dia besar dan sekolah aku kecik. Sekolah dia depan sekolah aku je.  Bila aku dah mula pandai berkawan, lama lama dia tinggalkan aku pergi sekolah sendiri. Ok lah tu, tapi pagi pagi aku kena pergi sendiri gak, balik dari sekolah baru dengan kawan kawan.

Satu hari tu aku terlupa bawak buku....aku dah lupa buku apa, tapi tengahari  tu memang subjek yg kena pakai buku  tu lah. Apa lagi, chikgu B dah naik darah, katanya......"sapa tak bawak buku, berdiri atas kerusi "........apa lagi aku lah yang kena, dah aku yang tak bawak buku tu. Berdiri lah aku atas kerusi, tapi kira ok gak lah berdiri tu sebab aku boleh tengok pemandangan kat luar tingkap, sebab tingkap kelas aku lebar sesangat, jadi tak de lak aku boring dok dengar celoteh chikgu kat depan. Tak pulak aku sangka, yg kakak aku datang jemput aku hari tu, dah nampak aku berdiri. Bersemburlah pertanyaan dari dia kenapa aku berdiri. Lepas tu dia boleh buat lawak  lagi kat aku tu, katanya mak aku tak de kat rumah dah pergi ke Singapura. Jam tu gak aku melalak....."nak ikut....nak ikut".....kakak aku mana dia sangka aku nak nyanyi lagu tu kan??...dah lah malu orang dok tengok, terpaksa lah ngaku dia tipu je.....ha..ambik kau, kena sebijik dengan aku.

Rumah family aku rumah gomen, sebab bapak aku keje gomen masa tu. Rumahnya berkembar dua, ada anjung kat depan, bilik tido cuma dua je. Dapur lak kat belakang, kena turun tangga nak ke dapur. Ada kawasan luas sebelah tangga tu dan kat tengah2 ada kolam .....bukan kolam renang...kolam isi air. Lepas tu dikeliling pagar kayu warna hitam. Rumah gomen dulu dulu cam tu lah pesenya. Kat dapur lak ada dua bilik kecik ...macam bilik stor. Tapi yang paling aku takut nak ke dapur ni, sebab open space dia, yang paling gerun bila tengok kat pagar tu, sebab atasnya ada bukit kecik. Kira nya kalau orang tu berdiri atas bukit tu boleh nampaklah kat dapur rumah aku...dah lah ada lak pokok pisang bagai lak  kat belakang pagar tu.  Port peberet aku, pokok jambu kat belakang rumah....pantang lah pokok tu berbuah, aku lah yang dulu panjat.

Kawan kawan aku semuanya yang duduk kat kawasan  yang sama, tapi rumah masing bukan dekat dekat. Bukan kat belalkang, kat sebelah atau kat depan.......jauh lagi dari rumah aku. Kiranya nak pergi rumah dia orang ni aku kena jalan kaki, samada ikut belakang rumah orang atau ikut jalan padang. Ye lah kan, dah rumah aku sorang je duduk kat atas bukit, rumah dia orang semua bawah bukit. Yang paling aku suka sangat , pergi sorang rumah kawan aku ni, bapak dia chikgu besar, adik beradik dia ramai perempuan, semua terer2 belaka. Sebab apa aku suka sangat pergi rumah dia?...sebab aku boleh pinjam komik kakak dia. Tapi aku cuma boleh tengok kat rumah dia je, tak boleh bawak balik......kedekut kan???.  Kawan aku ni kira jenis yang pandai lah, belajar pandai , melukis pandai...ada gak lah dia ajar aku macam mana nak melukis waktu senja.

Kawan aku yang sorang lagi tu, anak chikgu B. Asal pergi je kerumah dia, mesti dia ajak main masak masak. Gamaknya dia teringin nak jadi suri rumah tangga kot?. Habis lah segala daun dia petik buat jadikan makanan. Main lak kat kebun mak dia. Ada sekali tu dia betul  betul masak nasi atas tempurung, siap ada api semua.  Kalau tak salah aku ada ikan goreng sekali lah. Aku apa lagi, bedal je lah, dah dia masak tu, tak kan nak tengok je.....tapi yang buat aku geram sokmo kat dia ni, asyik nak memerintah je, dia je yang nak buat itu ini, dia je yang pandai buat semua.......Bila fikirkan aku ni tak banyak kawan, diam je lah.


Aku ni masa kecik memang terer nakalnya, walau pun aku tak banyak kawan, tapi idea kat kepala hotak tu banyak. Ada sekali tu jiran aku kat sebelah rumah, kapel orang melayu balik kampung. Dia orang terlupa lah bagi tahu kat benggali roti jangan bagi roti. Entah macam mana benggali roti tu dah tinggalkan roti kat beranda rumah dia orang. Aku yang kepoci ni, ternampaklah roti sebuku atas lantai. Punyalah sedapnya aku nampak roti tu....ye lah kat rumah aku tak pernah dapat roti, asyik asyik cekodok, lempeng pisang...cedokok, lempeng pisang. Sebab teringin sangat nak rasa  roti ni, aku pun pulun lah roti tu...ye lah budak budak masa tu, mana tahu salah ke tak?.... Entah macam mana mak aku dapat tahu.....ni mesti kes kakak aku gi mengadu ni....Dia punyalah siaran radio dia ...rasa rasanya mahu lah dekat nak berjam jam.....sampai aku tak berani lah  nak balik kerumah, menyorok sana sini. Dah dekat nak senja, aku tak gak balik kerumah, nyorok kat pokok pisang, sampai kakak aku jumpalah. Eh!..naik kat rumah, mak aku pasang lagi radio dia.....nasib baik lah tak kena penampar.....Serik tul aku masa tu......tobat aku tak buat benda camtu lagi.....tak sanggup rasanya telinga aku nak dengar siaran radio mak aku....


Aku rehat jab...nak gi bank.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 11:16 AM | Show all posts
nice story ... nanti sambung blk erkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2007 12:55 PM | Show all posts
Masa aku darjah 4, adalah sorang chikgu pelatih datang mengajar. Punyalah hensem chikgu tu.....kat mata aku dgn kawan 2 aku, chikgu tu memang hensem. Taim dia mengajar je, semua mata lekat kat  depan. Mata aku pun kat depan gak .....dok tgk muka dia...apa yg dia ajar, aku pun tak tahu. Sekali tu adalah taim break dari belajar, dia mintak lah sapa sapa yg nak nyanyi pergi depan kelas. Ewah!!!...taim tu, punyalah aku tak sedar, dah angkat tangan dulu, nak nyanyi kat depan. Apa lagi, chikgu ni mempersilalah aku tampil kedepan.  Dengan penuh gaya, aku ke depan. Cukup punya sukalah dapat ke depan....bukan suka sbb nak nyanyi, tapi suka sebab chikgu tu  kat sebelah aku. Chikgu pun kata..."ha... nyanyilah".....Bila aku pandang je kat depan...tengok muka kawan kawan aku, ada yang tengah melopong tunggu aku nak nyanyi, aku dah jadi gementar satu macam. Tapi aku redah gak nyanyi...nyanyi cam orang kena demam sejuk...menggigil gigil....pitching toksah cakap lah...semuanya lari bertaburan. Agak agak aku chikgu tu mesti lebar senyum dia bila dengar aku nyanyi.

Aku ingat lagi ada satu budak ni, anak YB  kalau tak salah, boleh tahan hensem gak budaknya. Suka sangat dia ejek aku...sikit sikit ejek aku. Rasa nak pelekong je dia. Lepas tu aku ni suka sgt aktip kat bahagian hiburan, cam masuk kelas musik, masuk kelas tarian. Sekolah aku, tiap tiap tahun kena jadi wakil sekolah buat persembahan masa hari jadi Sultan. Ada sekali tu sekolah aku buat tarian tempurung. Tempurung bukan sekolah yg supplykan, kita orang yg menari kena cari dan buat kasi dia licin. Aku dah aim dah, kat sapa aku nak jadikan partner aku.....sekali tu chikgu tarian aku dah potong stim lak...dia gi tukar aku dengan anak ustazah sekolah aku.  Budaknya gempal sikit badan dia, kiranya dengan aku ni cam beauty & the beast lah lebih kurang. Tapi dia ni punyalah tak suka berpartnerkan dengan aku....muka dia masam mencuka je.  Aku lak taim nak ketuk tempurung kat tempurung dia , aku ketuk kuat2...nasib baik tak pecah tempurung tu....kalau tak naya je aku kena cari tempurung lain.

Kat rumah, walau aku ni kira masih budak lagi, tapi mak aku dah bagi keje kat aku. Keje aku petang petang sapu sampah kat laman dengan siram bunga. Kira pekerjaan tetap aku lah setiap hari...jangan lah termiss satu hari....tak pasal pasal nanti radio mak aku berbunyi. Mak aku ni, masa tu kira dia lah permaisuri dalam rumah. kalau ada tetamu yang datang kerumah dan dia tengah borak borak, jangan lah taim tu aku gatal2 nak mintak itu ini kat dia....lepas balik je tetamu dia, siap kau!!!.habis aku kena cubit sana sini. Nak lalu depan orang pun kena elok elok, tak de pakai redah  je, kena tunduk. Kalau lah 100 tetamu yang datang , mahu bengkok pinggang aku ....asyik tunduk je nak jalan...... Lagi satu mak aku ni, dia suka sangat tengok pilem hindustan....yg jadi mangsa dia.... aku.   Kalau dia nak tengok pilem hindustan, mesti dia bawak aku sekali. Entah apa yg sedapnya cerita hindustan tu aku pun tak tahu...yg aku tahu  masa tu...dok tengok dia orang dok nyanyi keliling pokok, satu lagu, bajunya dah 5 kali tukar...tu pasal sampai la ni aku tak suka tengok hindustan.  Lagi satu mak aku suka sangat bawak aku balik ke rumah kakak sedara dia. Nak pergi kerumah kakak sedara dia ni kena naik bas, lepas tu jalan kaki, tempoh lak landasan keretapi......lepas tu barulah sampai ke rumah dia.


Kakak sedara mak aku ni, aku panggil mak long. Setiap kali aku datang, mak long ni asyik kedapur je. Rumah dia, rumah limas, kira cam bentuk  rumah kampung, dapur kat bawah. Asal aku datang je, aku tengok dia kat dapur dengan terompah dia. Dari pagi sampai lah kemalam kat dapur tu jugaklah dia duduk.....dia naik keatas pun masa nak tido. Rasa aku lah, kalau lah dapur tu ada tempat tido, mahu dia tido kat situ. Anak dia ramai lelaki, ada anak cina pompuan dia ambik jadikan anak angkat. Kalau mak aku dah borak borak dengan mak long, aku lak buat hal sendiri, habis2 pun aku tunggu keretapi lalu...boleh tengok kat tingkap. Aku ni kecik2 suka sgt baca komik.....tak reti baca pun aku suka tgk je. Adalah abang sedara mak aku duduk kat sebelah rumah mak long tu. Rumah dia banyak komik komik melayu....banyak tul wei!.....Aku ni kaki rayau, rayau lah ke rumah dia......tapi nak tgk komik dia, kena tunggu dia tak ada, kalau tak, dia perambat aku keluar. orang tak boleh usik komik dia. Ala ...macam lah dia sorang je ada komik masa tu......tapi aku ni memang degil...tengok gak lah....kalau dia marahkan pun ...aku buat bodoh je...

Masa aku darjah 5.....mak aku dah suruh aku gi pasar. Gi pasar kau!!!!.....baru je darjah 5....tapi sebab mak aku ni Queen , terpaksa gak lah pergi. Pasar tu jauh lak tu, kena naik bas. Kakak aku tukang tulis apa nak beli, tukang ajar nak naik bas nombor berapa, turun kat mana. ...siap bekalkan aku bakul pasar sekali. Mahu tak mahu  kena pegi gak tu...mengigil2 aku naik bas, bayar tambang  bas semua. Elok lak konduktor bas tu tak tanya aku apa2....Sampai kat pasar, kena beli betul2 barang yg ditulis...dua tiga kali lah aku dok check barang yg aku beli. Dah beli semua, balik kerumah, lega aku!!!!...kiranya cam aku pas examlah....Bila aku kenangkan balik, sampai hati mak aku suruh aku gi pasar masa aku baru je darjah 5, kira masih budak lagi....tapi bila fikir balik, best gak pengalaman aku gi pasar ni.....dapat naik bas.....

Aku adalah adik lelaki sorang, ni mak aku ambik anak sedara, jadikan anak angkat. Masa taim dia bersekolah rendah, bukan main lagi dia naik kereta pergi sekolah. Mak aku sewakan kereta untuk dia.  Punyalah geram aku...taim aku gi sekolah, dia suruh aku jalan kaki je....tang adik aku siap naik kereta lagi. berbulu je aku tgk adik aku. Aku kena buat keje rumah, dia relak je main sana sini. Ada ada masa tu rasa nak pelekong dia sebiji, tapi takut lak dia ngadu ngan mak aku......tapi yg bestnya...aku lebih sikit dari dia.....aku pandai belajar dari dia......

Mak aku ni ada lah sorang kawan dia dari Melaka, kira cam golongan mak nyah lah. Dia kalau datang kerumah aku, siap pakai kain pelikat baju melayu dengan payung hitam tak tinggal....lebih kurang cam rupa ceti gak lah.  Bila masuk je kerumah soalan pertama dia..." kau tak tinjau wayang nah!".... aku masa tu, pelik gak, nak buat apa lak mak aku ni gi tinjau wayang. Aku panggil dia Pak Tunggal....pasal apa Pak Tunggal?.... aku pun tak tahu..agaknya dia sorang je , tak de adik beradik....Tapi kan...... Pak Tunggal ni expert dalam masak memasak, buat biskut , buat kek bagai. Mak aku byk belajar kat Pak Tunggal ni. Ada ada masa nya lak...aku dengar lah dia  kata Lahabau kat mak aku....masa tu aku tak faham lah apa maksudnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 03:16 PM | Show all posts
sambung la lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 11:58 AM | Show all posts
Abah  aku ni putih orangnya, memang tak suka gaduh gaduh, buat keje pun rajin....tapi satu je slacknya abah  aku ni, dia suka minum. Mula2 dulu dia ok, tak minum, tapi semenjak naik pangkat, kawan pun ramai, jadi banyaklah tgn dan kaki yg mengajar dia bukan2, tu yg buat mak aku bengang tu. Walau pun dia mabuk, tak lah dia macam ****** estet yg mabuk tu siap tgn , kaki naik ke bdn bini  dan anak2. habis2 pun dia bising je kat atas katil....membebel2. Setiap kali balik dari keje, dia mesti naik beca, ada dua penarik beca yg kenal sesangat dgn dia ni...satu Cina, satu India. Setiap kali balik mabuk , keje aku kena papah dia naik kerumah, bukak kan kasut dia semua.

Satu hari tu, entah macam mana turn abang aku lak  papah abah aku dari beca naik kerumah, dia pun duduk kan lah abah aku kat kerusi, nak bukakkan kasut abah aku.......tup..tup..dia tgk setokin je......kasut ntah kemana?.....dia pun tanya lah....." Bah, kasut abah mana?"..... jawab abah aku......" dah jual"....Melopong kita orang dengar, yg lebih menghairankan kita orang, camne abang aku boleh tak perasan, bapak aku tak berkasut masa papah dia naik kerumah????. Mak aku punyalah membebel...katanya.." ari ni jual kasut...esok lusa ntah2 seluar dalam pun awak jual".....Seminggu lepas tu aku tgk mak aku dok cari2 benda kat tempat simpan baju.....dia tanya kat kakak aku...tanya kat kazen aku...tapi sorang pun tak nampak. Entah macam mana satu hari tu dia ternampak lah seluar panjang abah aku terselitlah  benda yg dia cari....... dia pun tanya lah kat abah aku......" awak pakai seluar dalam saya ni pesal apa?"......masa tu abah aku dah sober dah., selamba je dia jawab....." dah tak jumpa seluar dalam saya, saya ambik lah awak punya".......Kita orang kat bilik sebelah, bagai nak rak, ketawa.....bayangklan lah bapak aku tu kurus, mak aku lak gemuk, camne lah seluar tu boleh muat kat dia......


Lupa lak aku nak bagi tahu, jiran sebelah rumah aku bukan lagiorang melayu, tapi dah tukar lak orang India. Walau pun India, tapi penganut Christian. Anak dia 10 semuanya, 9 lelaki 1 je pompuan. Anak pompuan dia Philo, kawan dengan kakak aku dan dengan aku sekali. Mak Philo ni aku panggil Aunty Mary....orangnya gempal, tapi baik hati.....laki  dia lak....ketot dari dia...lebih kurang tinggi kat bahu Aunty Mary je....tapi laki dia ni garang . Yang paling aku respek lah kat Aunty Mary ni, setiap petang dia akan tunggu laki dia balik keje. Dia akan berdiri kat belakang rumah mengadap jalan yg akan dilalui olih laki dia nanti...setiap petang aku tengok dia berdiri kat situ....tunggu laki dia balik. Anak anak Aunty Mary ni, yg lelakinya semuanya hensem hensem lak tu......yg kecik2 tu semuanya jadi kawan sepermainan aku....main kejar2, main sorok2, semua dengan dia orang. Kalau pukul 9 malam je....pintu rumah dia, semua dah tutup....taim dia orang anak beranak sembahyang. ...siap lah dengan nyanyi2 dia....

Aku teringat dulu, si Philo ni jatuh cinta kat kazen dia....dia punya description pasal kazen dia ni, buat aku dan kakak aku ternanti2 lah nak tgk camne rupanya John, kazen dia ni. Kata Philo. kazen dia ni baik hati, hensem.....katanya......." saya byk suka sama dia lah, hari2 ingat sama dia"......Satu hari tu ada lah kenduri kat rumah dia, cepat2 dia panggil kita orang , katanya kazen dia John akan datang kerumah dia ari tu. Kita orang ni apa lagi, tak sabarlah nak tgk rupa hensem John ni. Tibalah tetamu2 dia....sekali Philo ni jenguklah kat beranda rumah kita  orang, nak tunjuk yg mana satu John buah hati dia ni. aku dengan kakak melopong tgk rupa si John ni...terpegun  sampai tak terkata lah.......John yg kacak, yg hensem ...dahi dia luas, sekali pandang macm dekat2 nak botak, badan lak gempal....aduh!!...kat mana hensem nya si John ni, kat mata Philo ni  aku pun tak tahu....rasanya abang2 Philo lagi hensem. Jenuh aku dengan kakak aku hentam dia.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 01:50 PM | Show all posts
hahahaha......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2007 02:41 PM | Show all posts
lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 06:38 PM | Show all posts


adeiiiii.. sakit perut ku ketawa..
tak dapat nak bayangkan rupa seluar tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2007 06:24 AM | Show all posts

Tak tahan gelak baca last entry tu.... Bila nak sambung ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2007 12:00 PM | Show all posts
Masih terbayang kat kepala aku, satu budak ni , dia dalam darjah 6, boleh gilakan aku yg baru je darjah 5. Aku part part yg macam ni memang bodoh piang punya...tak reti nak handle....tapi yg aku tahu, aku cukup malu dan meluat bila dia menunjuk depan2 yg dia suka kat aku...kiranya satu kelas tu tahu lah budak ni gilakan aku.....Asal nampak je kelibat dia, aku lari menyorok...sedapat2nya aku akan elak dari bertembung dgn dia. Bila dia masuk sekolah menengah, hati aku punyalah lega..........

Satu hari tu Ustaz kat sekolah, ajak lah kita orang sapa2 yg nak  belajar mengaji pergi ke surau rumah dia. Aku pun nak gak lah join sama, bukan sebab nak mengaji sangat, tapi sebab kawan2 aku semuanya nak ikut belajar mengaji.  Macam mana aku masa  tu boleh nak join sama, aku pun tak tahu....sbb surau kat rumah ustaz tu  jauhhhhhh....... Bayangkan lah, aku baru je darjah 6, nak gi mengaji petang2, aku kena jalan kaki turun bukit, lepas tu naik bukit, lepas tu jalan  ke surau .....lengoh gak lah kaki nak jalan tu. Kalau taim balik dari mengaji, ikut kawan2 balik, ikut jalan lain.....sebab nak singgah beli ais skrim potong, kemudian   nak kerumah aku, kena lintas padang bola.

Keluarga aku ni, walau pun abah aku keje gomen, tapi sbb dia ni suka sgt mabuk, jadi duit tu kira sempitlah sikit, sbb dalam rumah aku ramai orang. Abah  aku ni walau pun dia mabuk, tapi dia baik hati. Parents aku ni   ada hobi pelik sikit......mak aku suka ambik anak sedara yg kena rekjek dek mak bapak dia orang. Macam kazen aku  sorang, yg  mak tiri tak suka kat dia....yg sorang lagi lak, sbb rumah dia dah ramai adik beradik, tak cukup nak menampung dia. So mak aku ambiklah dia orang duduk sama kita orang. Abah aku lak.....ambik bapak orang yg kena rejek dek  anaknya. Ntah mana lah dia dpt sorang India tua, bawak balik, suruh duduk kat rumah kita orang. Rasa aku, masa tu radio mak aku bukan 24 jam lagi......tapi berhari2 on je kat abah aku. Kita orang panggil orang tua ni Tata....tapi dia tahu lak bawak diri tu. Dia duduk kat stor sebelah dapur. Dia banyak tanam sayur kat belakang rumah aku. Akhir sekali kakak aku yg dah kahwin tu ambik Tata ni duduk dengan dia kat Port Dickson, sbb mak aku tak habis2 membebel, sbb Tata ni mabuk selalu.......dah lah abah aku mabuk, tambah lak Tata ni mabuk ...mahu tak pening mak aku.

Sebab mak aku ni selalu kekurangan duit, jadi adalah orang ajar dia main nombor ekor.....sapa lah lahabau yg ajar dia , aku pun tak tahu.  Punya minatnya kat main nombor ekor ni, sampai adalah buku khas tuk ramalan nombor ekor ....buku cina!!!.Dah gila nombor ekor tu satu hal, percaya lak kat bomoh.!!!!!.....Memang masa tu keluarga aku ni jahil tetang agama.
Depan rumah aku tu adalah satu jiran ......dia ni memang percaya sgtlah kat bomoh. Kakak aku dengan mak aku pun join lah sekaki. Satu hari tu, bomoh ni ajak lah kakak dan mak aku gi panjat gunung......ni gunung kat daerah aku lah....tak payah lah aku sebut nama gunung tu.

Aku tak tahu lah berapa ramai yg pergi...yg aku tahu, mak aku, kakak aku dan kazen aku pergi. Tak terbayang lah kat kepala aku camne mak aku yg gemok tu boleh panjat naik gunung. Masa dia orang panjat tu, adalah kat satu tempat yg curam. Nak panjat keatas batu yg terletak diatas, tak de jalan, di ibawahnya gaung. Aku tak tahu lah berapa jauh jaraknya antara batu dibawah dengan batu diatas....tapi dia orang letaklah kayu antara dua batu ni. Kiranya nak naik keatas tu kena merangkaklah kat kayu tu pelan2. Mula2 orang lelaki naik dulu...kira senang nak tarik orang bawah naik keatas. Bila turn mak aku nak naik ketas  kayu tu, memang lah seksa. Bayangkanlah dia nak naik atas kayu tu dengan kain batik dia. jadi tuk menyenangkan dia....kakak aku dengan kazen aku tukang tolak dia dari belakang.  Korang bayangkan lah mcm tolak gajah naik atas bukit........tapi akhirnya mak aku lepas gak lah naik.  Yang buat aku gelak guling2 tu, ada ke bomoh tu kata nombor yg mak aku mintak tu nanti jin gunung tu post kat rumah aku..........macam manalah mak aku boleh percaya semua ni???.


Taim nak turun gunung lak, mak aku buat hal lagi. Jalan punya jalan, sekali tu kaki mak aku susah nak bergerak....dia pun heran lak.....cakap kat kakak aku kenapa kaki dia susah nak melangkah. Kakak aku pun heran gak...belek punya belek......sekali tengoknya seluar dalam mak aku dah terlondeh kat kaki....patutlah tak boleh jalan.  Mak aku selamba je ambik seluar dia masuk dlam bag. Esoknya kazen aku demam, mak dan kakak aku lak, satu bdn lenguh2. Sekali tu kakak aku kat Pahang talipon, kazen aku yg sorang tu jawab. Kakak aku tanya lah mana mak aku, jawab  kazen aku, mak aku letih sbb panjat gunung. Kata kakak aku......" nanti suruhlah mak panjat gunung tahan pulak".......


Kakak aku yg nombor 3 ni, dia terer sikit dari kita orang adik beradik. Masa kecik2 sedara abah aku yg bela dia, sbb dia orang tak ada anak. Dia ni pantang ada party marty, mesti nak pegi. Mak aku yg garang mengalahkan singa tu, dia boleh tipu hidup2. Dia ada kawan2 yg bagi signal kat dia, kalau ada parti mlm tu. Bila mak dan abah aku dah tido, dia senyap2 kuar rumah. Kawan2 dia dgn boipren masing masing dah tunggu dalam kereta. Ni taim dia, taim gilakan officer dlm army. Sekali tu dia tak leh balik , sbb kem kena curfew. Masa tu dia gi party kat kem. Besok pagi tu baru dia balik....mak aku boleh tak perasan tu....sbb kakak aku ni kira terer lah berlakon..... Dulu ada sekali kes, dia kena marah ngan mak aku......kalau tak salah sebab dia goreng cekodok pisang.....ntah terlebih tepung ke?..terkurang pisang ke?....mak aku dah mengamuk. Mak aku ni brekfast mesti ready on time, gitu gak lunch dengan dinner..... Mak aku cuma tahu gi makan je. Taim aku kena pun ada gak....tapi aku terlebih malang sikit dari kakak aku....sbb periuk belanga melayang2 atas kepala aku. Gamaknya mak aku nak praktis buat flying saucer......nasib baik lah aku ni pandai elak...cam  dlm  cerita matrik......
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 24-3-2007 12:51 PM | Show all posts
aku yang kesedihan hr ni boleh gelak guling2 baca cerita ko....

teruskan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 01:33 AM | Show all posts
hahaha..nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2007 09:31 AM | Show all posts
Zaman Remaja


Tibalah masanya aku masuk kesekolah menengah pulak. Kali ni sekolah aku  memang jauh dari rumah, kena naik bas dua kali nak ke sekolah. Keluarga aku pun dah berkurangan.....sorang kazen aku dah pegi ke London, sorang lagi dah ikut kakak aku. Bapak aku.....cam tu gak, tak berubah2. Mak aku pun camtu gak...tak gak berubah2 pun.....karekter pun ngalahkan mak tiri Cinderalla lak.......

Sama2 masuk dgn aku ke sekolah menengah ni sorang kawan aku yg sama2 bersekolah rendah dgn aku dulu. Dia ni masa sekolah rendah dulu memang kemaslah orangnya, pakai seluar pendek, baju putih, rambut pendek belah tepi....main bola sepak tu peberet dia lah masa tu. Rupa dia pun rupa cam mamak, sbb keterunan dia memang keterunan mamak. First taim masuk sekolah menengah, aku terkejut beruk tgk dia dtg. Mana taknya aku terkejut......dia dtg kesekolah pakai baju putih.......skirt biru........Yg bestnya, rambut sytle  lelaki tu, terlekat kat kepala dia.  Bayangkan lah muka sebijik cam lelaki, pakai lak skirt, tak ke kelakar je rupanya. Tapi nak buat camne kan??.....dah dia ni pompuan ...... Mak dia teringin sgt nak anak lelaki, jadi bila taim dia kuar, mak dia dah pakaikan dia dgn pakain budak lelaki.....tu yg terbawak2 sampai ke besar tu. Dia ada adik pompuan sorang.....adik dia ni ...Ya Rabbi!!!...gedik nak mampus, dah lah tu, sombong lak. Eksen toksah cakaplah....aku cukup berbulu dgn dia. Dia selalu je buli abang dia....ops!!..bukan abang , kakak. Ada lah orang bagi tahu kat aku dulu, masa adik  dia nak kahwin dulu, pihak pengantin lelaki bagi kat kakak dia satu persalinan gak, sbb langkah bendul. Kawan aku ni dptlah sepasang kasut lelaki, sepasang baju kemeja, sepasang baju melayu lelaki , ....lepas tu tie rasanya.  Sure kawan aku ni bergaya sakan dgn pemberian adik ipar dia............


Kat sekolah menengah ni, aktiviti tari menari ni memang tak lepaslah dari aku.....walau pun aku ni nari pun bukan pandai sgt......tapi sbb dpt escape dari kelas tu yg aku join tu. Chikgu2 kat sekolah tu , boleh dikira dgn jari yg lawanya......yg lain2 tu.....semuanya mak2 orang yg bdn montel2 belaka. Kadang2 tu bila tiba boring dengar chikgu membebel kat depan.....nak2 pulak chikgu2 yg montel ni......aku bayangkanlah kat depan aku tu gajah....... Subjek yg paling aku minati...subjek sejarah, ntah pesal aku minat sgt sejarah......padahal bukan senang nak ingat tarikh2 sejarah ni....

Masa dalam form 2, aku dah mula pandai baca buku2 romen......mcm Barbara Cartland......minat gila aku baca buku tu, walaupun aku bukan faham sgt pun. Faham sikit2 pun jadi lah......nak cari makna dlm dictionary.....aku lak tak de dictionary.....mana lak aku mampu nak beli, nak beli buku sekolah ni  pun dah seksa. Buku2 tu aku pinjam kat kedai.....kira masa tu murah gak lah nak pinjam. Kadang2 tu si Philo, jiran aku bagi pinjam lak buku dia. Masa ni aku dah tak main lagi dengan adik2 Philo......ish!!!..malu lah dah besar panjang....tapi yg aku tak malu....jatuh cinta!!!!.... kat adik si Philo.  Orang  zaman sekarang kata apa??...cinta monyet???......camtu lah aku masa tu, tapi tak lah aku cam monyet terlompat2, panjat pokok bagai. Tergila2 aku tgk si B adik Philo ni. Bila dia depan aku, nak angkat muka pandang dia pun malu.....tapi bila orang tu tak  de, tergedik2 aku dok mengintai dia sana sini. Kadang2 tu sesaja je aku lalu lalang depan rumah dia.....konon2 ambik angin kat tepi bukit......harap2 si B ni muncul....... lama gak lah aku tergila2 kan si B ni. Nasib baiklah mak aku tak tahu.....kalau tak mahu dia perambat penyapu kat aku......

Ada sekali tu mak aku gi Kuala Lumpur, tinggal aku dgn kakak dan abah aku. Mlm tu cam biasalah abah aku mabuk. Kita orang dah rasa boring sgt dok dengar abah aku melalut je atas katil tu..... kita orang ambik keputusan kuar rumah malam tu, ikut pintu belakang.  Kita orang pergi ke lake garden......gi skodeng orang berasmara dana........tapi kita orang cari kapel2 cina yg tgh seronok duduk kat bangku2 kat balik2 pokok. Dah seronok skodeng orang sana sini....dah tgh malam baru balik kerumah, taim tu abah aku pun dah tido......

Masa cuti sekolah, kakak aku yg no. 2  duduk kat kem kat Pahang bawak aku kerumah dia. Kira seronok gak lah gi jalan2.....tapi yg tak bestnya rumah dia kat pinggir hutan pahang. Hari2 aku dok dengar ungka menyanyi2.....bersahutan2 lak tu...Bila malam lak, aku takut sgt nak tido, sbb bilik dia luas, tingkap lak byk...rasa2 cam orang intai je aku kat tingkap tu. Ada lah sekali tu, kakak aku suruh aku tepon kat kedai barang yg ada kat kem tu. Aku ni manalah pandai pakai tepon pun.....terus je aku angkat tepon......tak de nak cakap hello bagai, mintak lah barang yg kakak aku pesan, mintak bawang, mintak susu, mintak ikan bilis. Sekali orang yg kat sebelah sana dok tanya aku ......aku nak cakap dengan sapa?......aku pun pelik gak lah, terus panggil kakak aku. Rupanya yg aku dok pesan barang tadi tu dgn operator!!!!.......patutnya aku mintak sambungkan kat kedai.......tu lah eksen konon pandai  pakai tepon...sekali termalu sendiri.

Ada2 masanya cuti sekolah kakak aku yg no. 1 tu ajak aku gi rumah dia di KL. Cakap pasal kakak aku ni, masa dia anak dara dulu, suka sgt baca buku taim mkn. Mak aku sikit pun tak marah, dah lah tu, dia pun cam mak aku gak, semuanya adik2 dia yg siapkan, masak jarang lak tu...rasa2 cam tak pernah tgk pun dia masak. Yg rajinya kakak aku yg no. 2 dgn yg no. 3. Kakak aku masa tu eksen lah, sbb dia dah jadi chikgu.....kiranya masa tu mak aku bangga lah dpt anak jadi chikgu. Cuba taim aku dok buat cam dia , baca buku masa nak makan......melenting mak aku......." taim nak mkn, taim tu nak baca buku....tak baik baca masa makan!!".........rasa nak je aku cakap.....kakak aku baca tak pe lak......kang tak pasal2 kena sebijik lak......

Abah aku ntah apa mimpinya,  satu hari tu bawak  balik 2 ekor angsa......angsa hidup ni!!!...bukan yg dah kena sembeleh....Aku dah agak dah, sure keje aku bertambah lagi ni.  Memang betul pun, tiap tiap ptg kena cari angsa ni bawak balik kerumah. Angsa2 ni  pun satu , tak ngeti2 nak duduk dlm reban......asyik2 nak berjalan je. Kalau jalan dekat2 tu tak gak apa....ni melilau pegi rumah orang. Kadang2 tu ada2 masa, jauh lak dia berjalan tu......jenuh aku dok kena cari, halau balik kerumah. Bila dah jumpa je.....aku pun membebel lah kat angsa2 ni......"tak ngeti2 ke nak duduk dlm reban, gatal sgt nak berjalan je....jln dekat2 tak boleh ke?.....ni tak, nak gak jln jauh2"........gamaknya kalaulah angsa ni pandai jawab, sure dia jawab......" suka hati aku lah nak jalan mana baik"..........Angsa ni pun tak hidup lama.....sbb tak lama lepas tu dia dah jadi rendang angsa!!!....
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 26-3-2007 09:57 AM | Show all posts

Reply #13 Kimmy's post

tak sambung ke hr ni kimmy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #14 ummi_nuur's post

InsAllah malam karang sambung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 10:34 PM | Show all posts
Ada satu kali tu, sekolah aku kena buat  satu persembahan  tarian kat rumah menteri besar. Chikgu yg mengajar kami tu, chikgu India serani. Masa praktis ok lah, tak de rasa apa2.....rasa seronok sakan dpat buat persembahan kat rumah  menteri besar. Aku lak yg paling seronok, sbb dpt escape subjek yg aku tak suka. So, satu hari tu chikgu bawaklah pakaian yg kami semua kena pakai masa menari.  Kalernya merah menyala, siap ada seluar pendek semua, berjerut kat bawahnya. Masa tu yg aku tahu rasa seronok, dpt pakai baju camtu. Tibalah hari untuk buat persembahan, kita orang semua excited sesangat . Mula2 sekolah lain yg buat persembahan, kita orang tukang tgk dulu. Bila tiba turn kita orang, masing2 ambik tempat. Bila dah start menari, barulah aku rasa malu yg amat2...rasa nak terjun je kebawah.......

Mananya aku tak rasa malu...tarian kami tu bukan tarian inang. lemah gumalai.....tapi tarian tu  cam tarian can can...ala yg tarian orang perancis suka nari kat pentas...yg angkat2 kaki tu, lepas tu tunjuk2 belakang. Tarian aku lebih kurang camtu lah, cuma tak tunjuk belakang je.....Mahu tak meleleh orang2 tua kat depan tu dok tgk  kita orang angkat2 kaki...patutlah aku tgk ada sorang  orang tua tu tak berkelip2 mata dia dok tgk kita orang.  Baju dahlah  pendek, mini skirt pun kalah....kalau tak adalah seluar pendek tu, mahu meleleh air  liur orang2 kat situ tgk kita orang.....semua dpt tgk wayang  preee.....sbb dia orang semua duduk kat bawah, kita orang menari atas pentas....... dalam hati aku berbakul2 aku menyumpah chikgu yg ajar kita orang menari ni......

Masa aku sekolah menengah, aku tak berani lah nak ngengada ada affair dgn budak sekolah lain......tak de terniat langsung nak berpacar2 ni . Aku jadi bodygurad kawan aku adalah . Kawan2 aku semua dok sibuk boipren sana, boipren sini...budak sekolah sana hensem lah, pandailah, kayalah......ish!!..mcam2 lah.  Aku paling takut kat mak aku....tu yg aku tak berani tu. Lepas kakak  no. 3 aku kahwin, baru aku jinak2 nak merasa camne suka kat budak lelaki.

Kakak aku ni kahwin pun kira kahwin paksa gak lah.....mcm cerita orang dulu2. Dia ada boipren, hensem boipren  dia, putih melepak kulit dia....tapi keje dia askar biasa je. Mak dan kakak2 aku yg dua orang tu, nak dia kahwin dgn orang yg keje dia stabil, yg ada pangkat sikit.  Pulak tu calon pilihan dia orang ni memang gila kat akak aku ni..... Jenuh gak lah dia orang ni dok pujuk kakak aku suruh kahwin dgn pilihan dia orang. Kesian gak lah aku tgk akak aku masa tu.....nangis je. Yg paling kesian tu masa dia kena bagi tahu boipren dia yg dia nak kahwin.....aku tukang  jadi bodyguard dia. Sedih je aku tgk boipren dia, bak lah aku ni kecik lagi, kalau tak, lama dah aku sambar boipren dia. Patah hati ulam jantung lah boipren dia, bawak diri ntah kemana? Akhirnya kahwin lah akak aku dgn pilihan keluarga aku. Walau bagaimana pun. kehidupan dia orang bahagia hingga abang ipar aku meninggal.

Ada satu kali tu aku pegi ke rumah kakak aku di Port Dickson. Kakak aku no. 1 ni kahwin dgn pegawai askar, jadi setiap pegawai yg pangkatnya Capt ke atas  mesti ada batman......ni bukan batman yg terbang2 tu......nama je batman... nape lah letak nama batman, nasib baik tak superman......tapi kejenya cam orang gaji gak....orang gaji pada abang ipar aku. Makna nya keje dia...gosok uniform abang ipar aku, kilat kasut, kilat semua medal2 dia. Entah macam mana ,  satu hari tu, dia dpt lah budak baru jadi batman dia. Budak ni kira rajin gak lah, baju siap gosok, kasut siap berkilat semua. Abang ipar aku mintaklah uniform kat batman ni, dia nak pakai......so budak ni dgn rajinnya bawaklah. Sekali tu abang ipar aku tanya......" paku mana?.....bawak paku sekali"....... Batman ni pun pergi lah ke bilik dia........dia dtg balik,..... bawak satu biji paku.......bagi kat abang ipar aku. Tercengang orang tua tu, tanya nya....."paku ni nak buat apa??...saya nak paku yg lekat kat baju ni"......Rupanya batman ni tak faham maksud "paku".....paku yg dimaksudkan, yg lekat kat uniform tu......bukan paku dinding!!!!!.... Aku yg ada kat situ, tak sampai hati lah nak ketawa....senyum lebar2 je......camne lah rupanya abang ipar aku pakai paku dinding kat uniform dia......

Satu malam tu , tengah kita orang semua tido, abah aku terdengarlah mcm bunyi orang kat  luar rumah.  Tak pernah lah aku jumpa orang yg macam abah aku ni.......bukannya dia bangun pergi investigate......dia kejut mak aku!!!. Dia suruh makaku pergi tgk. Bak lah mak aku ni orang yg berani....bangun gak orang tua ni .....tapi mulut membebel gak....ada lak suruh bini gi tgk....dia relak je atas katil. Rupanya abah aku ni paling takut dgn hantu......bayangkan orang lelaki takut dgn hantu, baik lak mak aku yg berani sakan.  Jenuh gak lah dia kena sindir dgn mak aku.

Bila abah aku pencen awal, kita orang semua kena pindah rumah. Ok gak lah rumah tu, rumah banglow empat bilik. Seronok gak lah aku dpt bilik sendiri. Masa ni cuma aku je yg terpaksa berdepan dgn mak aku, tapi mood marah  dan ego dia dah kurang sikit dah. Ni yg buat aku jadi berani sikit.....berani suka kat budak sebelah rumah aku. Kat mata aku, budak tu masa tu hensem sgtlah...padahal matanya sepet cam cina...camne aku boleh berkenan, aku pun tak faham. Agaknya sbb dia tinggi dari aku kot?...ye lah dia dah form 5, aku lak form 3.  Budak ni, bilik dia kat belakang, aku lak sesaja je gatal letak radio kat bilik belakang rumah aku....saja nak cari alasan dengar radio kat belakang.....konon2 boleh lah aku intai2 kat tingkap tgk dia. Kadang2 tu dia dtg rumah aku tgk Tv.....adik aku tukang layan dia.  Opportunity dah ada depan  mata aku, tapi aku tak gak berani .....sbb malu aku tu tebal yg amat2.....toksah kan nak bercakap, nak duduk depan tgk Tv masa dia ada pun, aku tak berani.......sbb malu.  Lama2 aku je yg syok sendiri, tuan punya badan relak je........buat dek.....

Selepas abah aku meninggal, kita orang pindah rumah lagi, rumah yg kakak aku buatkan tuk mak aku. Aku tak lama lah duduk dgn mak kat situ, adalah dalam 2 tahun, lepas tu aku ikut kakak tinggal dgn dia kat KL. Kakak aku tukarkan aku sekolah kat KL.  Masa dgn kakak aku lah, semua yg terpendam, yg tersimpan selama ni, keluar dari diri aku. Yg dulu cam tikus , dah jadi cam rimau lak...tak takut kat sapa2 lagi...ye lah mak aku tak de dgn aku lagi. Aku dah berani berkawan dgn budak laki2...sbb sekolah aku ni sekolah campur. Kawan2 aku ramai lak yg lelakinya dari yg pompuannya......tapi aku masih jaga diri sendiri....kakak aku ada....aku pun segan gak dgn abang ipar aku. Apa yg aku buat pun tak delah sampai melampau2...setakat berkawan dgn budak laki2 kat sekolah je. Tak pernah lak aku ni pergi ikut dia orang gi merambu sana sini. Kalau setakat balik sekolah sama2 tu, biasalah.

Rumah kakak aku ni jauh dari sekolah aku, aku kena tukar bas dua kali nak kesekolah.  satu hari tu, aku nak balik rumah lepas sekolah. Aku duduk kat belakang, orang pun tak ramai....adalah sorang mak chik India ni duduk kat depan, kat belakang dreber bas. Badan dia gemuk, kira nya tempat duduk tu cukup tuk dia seorang je lah, tak boleh orang  lain  nak share. Bas dreber taim aku dulu, memang terer2....sekali tu dia buatlah korner baring....aku terpaksalah pegang handle kerusi tu kuat2. Entah macam mana, mak chik India kat depan tu , tak boleh handle body dia yg gemuk tu, terkeluar dari  tempat duduk dia,  melekap bdn dia kat depan dreber bas tu......nasib baiklah ada railing besi kat situ, kalau tak mahu dia peluk dreber bas tu. Aku kat belakang, dah tak tahan nak gelak dah.....puas aku tahan jgn gelak kuat2.

Aku dulu pun pernah gak jadi cam mak chik ni...masa aku baru balik dari tuition. Aku naik bas nak balik rumah, pulak taim tu orang semua baru balik pejabat, jadi bas pun penuh lah. Aku redah gak lah, sbb hari dah petang. Aku ni dahlah  kecil molek, mana tgn aku sampai nak pegang tali bas, orang lak penuh, himpit sana, himpit sini. Tiba2 je, bas tu buat mergency break......aku yg tak pegang apa2, jatuh terlentang dlm bas. Aduhai!!!.....malu, cukup malu....tak tersorok rasanya muka aku ni......nasib baik , aku pakai seluar panjang...kalau pakai skirt...tak tahulah nak cakap......

[ Last edited by  Kimmy at 27-3-2007 12:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 06:58 AM | Show all posts
beshh...beshhh..nk lagi kimmy
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 27-3-2007 09:53 AM | Show all posts
vote kimmy...... teruskan usahamu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2007 11:15 PM | Show all posts
Satu hari tu sekolah aku nak adakan satu majlis, sempena penubuhan satu kelab. Aku lak member kelab ni...tu pun bukan aku yg suka nak  join ni....tapi kawan2 lelaki  aku pedajal letak nama aku.  Tahu2 je aku dah jadi member, tu pun bila aku ternampak nama aku kat  board sekolah. Yg tak bestnya, majlis ni compulsory, sapa2 yg member mesti dtg. Aku dah bengang dah, mcm mana nak bagi tahu kat kakak aku.... Seharian, aku dok jenuh intai kakak aku...tgk mood dia camne. Masa aku bagi tahu kat dia......sound system aku  cam cd dah rosak....tersekat2. Nasib baiklah mood dia elok ari tu....dia lepaskan aku pergi ...tapi dgn syarat....dia yg hantar dan ambik aku  balik. Kira alright lah tu.....

Kalau ikutkan hati, aku bukan nak sgt pun pergi......hati aku berat beribu tan. Sampai kat sekolah, kawan2 aku dah tunggu,. Dia orang bawak aku masuk kedewan......masa tu lah aku dah mula  panik. Mana taknya....lampu nya malap, warni warni.....lip lap...lip  lap...Selain dari kawan2 aku tadi...sorang mahkluk pun aku tak kenal...yg ramainya budak2 dari  form 6....tu pun ramai budak2 cina.....budak melayu pun ada gak.Menyesal tul aku....beribu2 kali menyesal ....rasa nak hantuk je kepala  kat dinding.  Tak tahan, aku terus keluar dewan.  Aku dah nekad dah, tak kira apa pun ,aku nak balik.....tak kiralah balik camne.....jalan kaki pun aku sanggup, asal keluar dari situ. Bukan main nekad aku masa tu.......Sampai je kat pintu pagar sekolah .....pintu tu boleh berkunci lak. Rasa nak meraung kat situ gak....rasa nak je aku gegar pagar tu biar dia roboh......tapi pagar tu pun tak heran kat aku......dia besi...hempap aku sekali je....sure aku jadi arwah.....

Rasa nak menangis aku......tapi aku nangis gak akhirnya. Aku duduk kat tangga yg lampunya malap, lepas tu nangis sorang2. Masa tu tak de rasa takut apa pun.....yg aku takut tak dpt keluar dari sekolah tu. Tengah2 layan diri menangis. Adalah sorang mamat ni lalu, ternampak lah aku yg tgh nangis2. Dia pun tanya, pesal apa aku nangis. Aku pun ceritalah, aku nak balik, tapi pintu pagar dikunci. Dia cakap, chikgu yg pegang kunci tu dah keluar, dia ajak aku masuk ke dewan......tapi aku tak mahu. Dia pun terus bla..........

Rupanya mamat ni ......nama dia H pergi cari sapa2 yg kenal aku kat dalam dewan. Tak lama lepas tu dia dtg balik dgn kawan2 aku. Kawan2 aku pujuk aku masuk kedalam dewan.....mula2 aku jual mahal. Salah sorang tu dia boleh cakap kat aku......"meh lah masuk kat dalam, kau continue nangis kat dlm lak"...... tapak tgn aku gatal je nak lekap kat pipi dia. Bila aku fikir2kan balik.....buatnya aku berdegil nak duduk sorang2 kat tangga tu, adalah orang lain yg dtg teman dan borak2 dgn aku.....orang yg bukan orang....ish!!! seram aku. Mahu tak mahu terpaksa lah aku masuk kedalam dewan. Mula2 tu ok lah kawan2 aku temankan aku....tapi bila tgk je orang menari sakan, dah naik gian lak sorang2 nak join sekaki. Ditinggalnya aku terkonteng2 sorang2. Aku cari lah tempat duduk yg jauh sikit, yg agak2 terlindung sikit tapi boleh nampak pintu dewan.

Tengah aku duduk sorang2 tu, aku ternampak simamat H datang menghala kat aku. Sudah!!! kata aku, apa lak yg dia nak ni??....yg nak dtg kat aku tu pehal?. Mamat ni dtg duduk sebelah aku...lepas tu dia ayat kat aku......nama sapa?.....duduk kat mana?.....dah lama ke join kelab ni?.....yg ramai2 tu kawan2 kelas aku ke?.......mcm wartawan lak, bertalu2 tanya. Nasib aku baik lak.....sbb masa tu aku ternampak chikgu yg pegang kunci tu masuk kedewan. Apa lagi, terus je aku meluru kat chikgu tu ....tinggalah si H sorang2 tercengang2.....Aku pinjam tepon sekolah, tepon kakak aku suruh jemput.

Besoknya kat sekolah, kehidupan ceria  dan bebas aku mula berubah. Rupanya kejadian malam semalam, satu kelas dah tahu. Ok lah tu, cuma cerita aku menangis.......tapi yg buat aku  rasa tak berpijak kat tanah ni......cerita ada budak form 6 suka kat aku. Sapa lah yg bodoh suka kat aku ni....aku kenal pun tidak budak2 form 6 ni. Part yg ni lah yg aku silap....sbb  aku kenal sorang budak form 6...budak yg tolong aku malam tadi. Mulut tempayan tul budak ni......habis semua orang dia bagi tahu yg dia suka kat aku. Ya Rabbi!!...malunya aku...malu yg amat2...budak ni pun satu biol...baru je mlm tadi kenal dgn aku...tak kan hari ni dah suka lak??. Aku  buat dek je, bila kawan2 aku perli2 aku, ejek2 aku....aku tak anggap budak ni serius....tapi aku silaplah.....budak ni memamg serius suka kat aku. Kat rumah, aku belek rupa aku kat cermin, kat mana yg buat si H ni gila kat aku?......nak kata aku lawa sgt...tak gak....hidung aku tak lah mancung pun, bibir pun taklah nipis....rambut pun tak lah panjang mengurai.....bdn pun tak tinggi.....heran tul aku. Sampai aku tanyalah kat kazen aku......aku ni lawa sgt ke?.......jawab dia...tak lah..kau  ni kemetot......

Asal aku gi sekolah je, si H ni dah tunggu aku...kalau tak tunggu kat tangga, tunggu kat depan  kelas. Seksanya rasa nak gi sekolah. Kat tangga tu kira ok lah sikit, sbb orang tak nampak, ni yg kat depan kelas ni.......punya lah ramai kawan2 aku dok lepak kat depan kelas...kat situ gak lah dia nak tunggu......kalau tunggu jauh sikit tak gak pe...ni betul2 kat pintu kelas. Kalau aku ada sayap, nak je aku terbang masuk ke kelas. Dah tunggu tu satu hal...mata lak asyik tgk kat aku je. Aku pura2 baca buku....tapi cam tembus lak mata dia kat buku tu.....Dalam aku tak suka kat H ni....tapi bila dia bagi present masa birthday aku...aku ambik lak. Ye lah dah orang bagi...sayanglah kan present tu!!!. H ni cerdik, mana kawan2 yg kamcing dgn aku, dia buat kawan,habis rahsia aku dia korek.

Yg buat aku tak tahan tu, aku gi library, dia ada, aku gi kantin dia ada......gi tandas tu pun dia gak!!!.....nasib lah dia  tak berdiri kat pintu tandas...mahu semput aku nak buang air......Aku sakit , hari2 dia tepon kat rumah, tak dtg sekolah 3 hari, dia yg dtg kerumah aku. Cuti sekolah, dia kirim surat....aku lak memang tak suka baca surat yg cintan cintun ni...geli rasanya.Dah berapa kali dah dia nak cakap depan2 dgn aku, tapi aku selalu elak. Kalau balik sekolah , tahu dia tunggu, aku ajak member pompuan teman aku jalan sama2. Kiranya tak de chance lansung lah dia dpt bercakap sorang2 dgn aku. Sekali tu kawan aku bagi tahu, yg H ni kalau tak nampak muka aku, nampak bumbung rumah pun jadi lah. Aku bagi tahu kawan aku....gi cakap kat H....tgk je lah bumbung rumah aku tu hari2.....Kawan aku  yg sorang lagi lak, rumah dia berdekatan dgn rumah H.....dia kata satu hari tu dia dengar si H dok jerit nama aku.....patutlah aku tersedak satu hari tu masa makan.

Kawan pompuan aku , satu hari tu dia nasihat kat aku....tak baik aku elakkan diri dari H, hari ni aku hampakan hati dia, besok2 orang lain akan hampakan hati aku....dia mintak aku lembut hati pada H. Aku termakan lah nasihat dia....aku pujuklah hati aku supaya lembut pada H.....bukan maknanya  aku suka pada dia, tapi aku kesian......tapi seksanya Tuhan je yg tahu. Asal aku tgk je muka dia, aku menyampah yg amat...bukan dia ni buruk, atau tak hensem.....tak tahu kenapa aku tak boleh suka kat dia.......satu hari tu dia dpt bercakap depan2 dgn aku, masa nak balik dari sekolah. Dia punya ayat Ya Rabbi berbunga2......dia suka2 sgt kat aku, mkn nya selalu tak lalu, tido selalu tak lena, mandi selalu tak basah....rasa nak terkeluar muntah hijau dari tekak aku...loya cam orang mengandung...... Aku pun jawablah.....kalau dah mkn tak lalu,  tak payahlah mkn...tido tak lena, berjaga je lah....mandi tak basah..dry clean je lah...Memang aku tak ngetilah nak cakap elok2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2007 12:05 AM | Show all posts
Dalam pada H dok gilakan aku...aku lak dah gilakan orang yg lebih tua dari aku.  Setiap hari aku tunggu bas gi sekolah, mesti ada sorang mamat ni yg tunggu bas kat situ gak....dia nak pergi keje. Setiap hari mesti aku nampak dia kat bus stop tu. Entah macam mana satu hari tu, dia duduk sebelah aku.....mulalah kita orang berkenalan. Mamat ni rupa pun boleh tahan gak. Satu hari tu dia ajak aku gi dating...ok lah tu sbb dating waktu siang. Dating kat muzium Negara...punya byk lah tempat ada ke kat muzium gi dating...gi lah dating kat shopping komplek ke?.....dpt gak menjamu mata. Tapi tu lah pertama kali dan terakhir kali aku keluar dgn sorang lelaki.......aku dah rasa lain macam je bila dgn dia......mana taknya....dia tinggi, .....bukan sedang tapi tinggi......dan aku lak kemetot, cam ayam serama....rasa aku.....lebih kurang cam Laurel dan Hardy lak.Naik sakit lak tengkuk aku dok pandang kat atas je....aku rasa tengkok dia pun sakit sama gak..sbb dok pandang kat bawah je.....

Mak aku, semenjak aku duduk KL ni, dah berubah lak sayang kat aku. Agaknya dia miss, takde anak pompuan lagi yg tinggal dgn dia. Tapi asal ada je cuti aku mesti balik, jengukmak aku......kadang2 tu aku balik sendiri naik bas sorang2. Kali ni mak aku dah pindah rumah kat sebelah rumah lama, kakak aku buatkan rumah banglow tuk mak aku. Asal hari raya je, aku yg dulu balik kg, sbb nak tolong mak aku. Kakak aku yg sulung tu cam biasalah...dah siap rendang , ketupat semua, barulah nampak muka dia anak beranak.Yg aku tak tahan dgn akak aku ni.....setiap kali hari raya, ipar duai mesti dtg rumah aku nak berhari raya. Setakat berhari raya tu aku boleh faham lah....Hari raya mestilah orang nak dtg kerumah......yg buat aku dgn kakak no. 3 aku geram tu, asal dia orang dtg je.....kita orang berdua mesti kena kerah masak lauk lain.....tu yg kita orang feddup tu...tu tak masuk lagi, setiap pagi raya tak kira lah satu  hari raya ke?....dua hari raya ke?.....tak pernahnyalah kita orang ni dpt pakai baju raya on time.....Orang dtg kerumah, aku dgn kakak aku dok pakai baju tido lagi...tak habis2 kat dapur.Pernah pada satu hari raya, aku tido......terlalu mengantuk .....sbb mlmnya aku dok dengar siaran radio 24 jam.....

Dalam ramai adik beradik ni...aku yg paling pembersih sekali. Kalau aku tgh menyapu kat ruang tamu, siap bagi amaran kat anak buah aku   jgn sepah2.....kat kakak aku pun aku bagi amaran gak.......tapi kat abang ipar......tak beranii.... Sampai sekarang tabiat pembersih aku tak hilang. Aku teringat anak sedara aku tegur mak sedara aku.......kenapa mak sedara aku pakai gigi besi???...orang dulu2 kan suka pakai gigi mas.....tapi budak kecik...... ingatnya tu gigi besi. Tapi bila dia senyum kat luar rumah waktu tengahari.....memang memancar2 lah gigi dia.....pernah gak aku tanya, kalau jual gigi dia kat pajak gadai , laku tak????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.107391 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list