CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3488|Reply: 5

Aduan secara sistematik ke atas pusat fesyen dan kecantikan

[Copy link]
Post time 19-3-2007 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Ada antara kita yang selalu mengunjungi pusat-pusat kecantikan atau kedai-kedai fesyen dan kadang-kala merasa kecewa dengan service serta produk mereka yang tidak memenuhi tuntutan naluri untuk kelihatan lebih cantik dan menarik...

Namun, berdiam diri bukanlah jawapannya kepada persoalan tersebut...adakah anda mahu lebih ramai kaum hawa merana kerana produk kecantikan menambah lagi jurang antara diri anda dengan yang tersayang?

Adakah kerana fesyen terkini yang anda pakai tidak memenuhi spesifikasi (bukan citarasa yer..kerana citarasa vary depend on person who wores it..) maka adakah anda mahu terus digelakkan oleh rakan sekerja atau boyfriend anda sendiri kerana mereka menyangka anda meminjam baju housemate anda?

Kini, ape yang saya selalu nampak ialah ramai kaum hawa suka mendiamkan diri apabila mengalami situasi sebegini...ada antara mereka yang berani, saya tahu semua nie...tapi mereka melakukan pekara-pekara yang membuang masa dan tak masuk akal untuk mengadu masalah mereka...boleh anda bayangkan muka pegawai polis di balai polis segambut apabila seorang wanita masuk ke dalam balai polis kerana hendak buat aduan yang krim muka yang dia baru beli 2 hari lepas menambahkan masalah jerawat pada kulit muka dia?   I mean c'mon laa!! Polis tuh banyak lagi kes-kes lain!!

Ikuti prosedur di bawah, jika tiada aral melintang aduan cik/puan boleh diproses dengan pantas bagi memastikan perjalanan proses undang-undang tidak terjejas. Aduan bole dilakukan secara PERCUMA! (Sajer Caps lock sebab orang Malaysia kan suke benda FREE.. )

1. Buat aduan secara online, ringkas dan menjimatkan masa anda yang telah dihabiskan untuk bershopping, di NCCC e-aduan.

2. Isikan butir-butir diri anda seperti yang tertera di dalam borang online tersebut. Isikan juga particular syarikat atau individu yang anda ingin adukan kepada pihak berwajib. Pastikan alamat mereka lengkap kerana urusan surat-menyurat akan dilakukan oleh NCCC.

3. Pihak NCCC akan memproses aduan anda dan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat atau individu terbabit dan mereka dikehendaki reply dalam masa 14 hari dati tarikh surat tersebut. Surat cik/puan juga akan di C.C. kan ke kemeterian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, FOMCA, Adun-adun kawasan berkaitan dan kepada cik/puan sendiri. Jika syarikat atau individu terbabit melihat C.C. surat tersebut yang dihantar ke otai-otai tersebut, mereka tiada cara lain melainkan memberi tunjuk sebab kepada NCCC atau menemui Cik/Puan untuk tujuan settlement.

4. Jika syarikat atau individu tersebut konfiden bole menang dan buat dono pada aduan cik/puan, maka setelah tempoh 14 hari tamat dan tunjuk sebab tidak diberi kepada NCCC, maka NCCC akan menyerahkan pekara tersebut kepada Tribunal Pengguna di Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Sekian saja tips saya pada kali ini. Teruskan bershopping dan anda sentiasa yakin yang anda akan dilindungi sebagai pengguna!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2007 12:05 PM | Show all posts
bagus bagus..
kasik stick kat atas

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 12:17 PM | Show all posts
Failkan aduan di sini secara online:

http://nccc.org.my/index.php?option=com_facileforms&Itemid=41



ni posting pembuka thread kat bod legal.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 12:39 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

So far, ini kaedah yang agak pantas tanpa 'red-tape' bagi pengguna membuat aduan...kalau mengadu kat polis kang kena halau pulak..

Kalau ngadu kat TV3 nanti nampak cam over-exposure pulak..

So, cik/puan2 sekelian, gunalah saluran yang betul agar aduan anda bole diproses dengan pantas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:00 PM | Show all posts
kalau nak saman terus boleh tak?

hehehe apa dokumen yang mesti ada?

laporan perubatan? lagi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

Dalam hal nie aku rase dokumen yang penting ialah:

a). Resit transaksi;

b). Medical report (jika ada);

c). Surat-surat sokongan berkaitan.

Lampirkan bersama dokumen-dokumen tersebut mase buat appointment. Kalau nak pegi buat appointment alamat NCCC ialah di Sungei Way, Petaling Jaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059395 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list