CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abb7997

Black List/ CTOS / CCRIS [loans, cc, etc]

[Copy link]
Post time 2-4-2007 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by philipinoe2 at 2-4-2007 05:16 PM
dlm  bahse ringkasnye: corruption ade di mana2...


Betui!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #39 elbecks's post

standard practice la tu..  finance companies memang ada budget khas untuk bagi commission pada dealers.  kalau tak, tak dapat la merasa business dari dealers..  
dan untuk mudahkan loan processing, si dealer akan berkongsi commission tu dengan sesapa yang berkenaan.  yang serupa juga berlaku untuk car insurance.  sebab tu, better go through dealers kalau dah diketahui ada masalah credit.

setahu aku, ccris takde blacklisted kan sesapa.  ianya cuma info on type/total credit facilities yang kita ada di semua banks.  usaha pengeluaran nama dari ctos sepatutnya bermula dari pihak bank terlibat sendiri (sama seperti jika kita diblacklisted under BMC dimana banks perlu confirmkan setiap incidents).
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 03:09 AM | Show all posts
kalu aku nak mintak loan lepas ke tidak eh?

aku punya PTPN : tak penah miss setiap bulan, bayar ikut potongan gaji
aku punya loan personal dengan AMBANK pada tahun 2003 : tak penah miss setiap bulan, bayar ikut potongan gaji
kad kredit maybank : kad kredit ni dah di terminate pada 2005, sangkut dua tiga bulan pada tahun tuh, tapi aku dah klearkan balance, dalam RM1,000 something..dah setel
kad kredit cimb : masih dipakai, setiap bulan bayar, belen ada la dalam RM1,000 lebih...kadang kadang ada termiss sebulan dua...reason miss..aku dok oversea...takdak electronic banking nak bayar...suruh orang bayar kat KL..

kalu aku nak mintak loan rumah, korang agak nama aku blacklisted dak?
tq for advise..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 08:40 AM | Show all posts

Reply #43 livingstone's post

rasanya tak blacklisted sebab tiada masalah dalam servicing your credit facilities...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 10:35 AM | Show all posts
aku nak taye

bila nama seseorang tu akan masuk dlm senarai CTOS?

bila dia tak buat payment 4bulan ke atas atau baru sebulan nama dah ada kat CTOS

:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #36 aryoung's post

orang yg black list boleh membuat PL dgn bank rakyat..kawan aku penah memebuatnya tapi  dgn syarat kat kompeni dia tu boleh membuat potongan gaji..kalau keja gomen lagi cepat le approve..tapi loan tu hanya utk menyelesaikan masalah pinjaman saja..satu surat akan dikeluarkan oleh pihak bank(yg memb/list) utk diberikan kpd bank Rakyat..utk keterangan lanjut sila le call bank rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2007 09:29 PM | Show all posts

Reply #45 Chad's post

Sebenarnya once ko involved dalam ape-ape agreement yang melibatkan pemberian credit (loan rumah, keta, peribadi etc) secara automatik nama ko akan disubmitkan ke dalam CTOS oleh bank-bank atau badan kewangan yang ko buat pinjaman tuh.

Tujuan CTOS bukanlah untuk bankrupt kan orang, tapi lebih kepada sistem kawalan kredit orang ramai yang didokong oleh Bank Negara.

Lagipun, ade baik jugak CTOS nie...ia sebenarnya sebagai rujukan bagi bank-bank untuk tentukan sama ada loan ko bole lulus atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2007 11:53 PM | Show all posts
aku ingat masa keje bank dulu kt department HR.awat la ketua aku soh aku gi dept it cek nama n ic org nak apply keje ni....almaklumlah...budak baru grad masuk keje.rupa2nya nak cek ader hutang ke tak, masalah ngan bank ka, penjamin org ke.....padanla ade sowang candidate ni bagus tp head aku tolak..rupanya banyak hutang piutang...kalo candidate clear br ble call dwg untuk intebiu..bereh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by melayucyber at 17-12-2006 12:33 AM
Dari pemahaman aku dan dari info kawan2 aku yg bekerja di bahagian credit bank2, CCRIS adalah sistem terbaru dan terkini yg digunapakai oleh bank. CTOS adalah sistem lama dan yg paling lama adala ...



bank mana ni yek...?

my husband tgh tunggu loan keter dia approve ke tidak.. sebelum ni buat kat public bank... now pun try public bank gak.. so far takde la bad record dgn public bank ni... hopefully lepas la... cumanya risau tak leh lepas sbb loan yg nak dimohon tu lg tinggi dr yg sebelum ni... loan yg lepas dah buat 5 thn lepas... sebelum ni installment utk kereta tu RM640 x silap... utk yg baru ni dlm RM804 x silap.. kalau nak ikutkan dlm masa 5 thn tu mmg la gaji pun dah naik.. jd income dlm payslip pun kira ok la... cuma takut x lepas sbb komitmen byk... termasuk cc... tp so far cc dia byr on time...

kalo public bank ni tak lepas, agak2 ada ke bank lain yg boleh dicuba nasib yek...?

[ Last edited by  zaida at 29-5-2007 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by aryoung at 30-3-2007 05:15 PM
Mcm kes aku ni, jadi guarantor kpd abg aku tapi dia punya keta dah kena tarik, so dgn aku2 skali blacklisted. Pastu, ada sorang member aku ni nak apply personal loan kat satu bank ni, pegawai kat ...


saja nak bagi komen aku... sebab aku pun menghadapi masalah yang sama..

masalahnya nama aku pun kena blacklist disebabkan aku jamin adik aku.. 28K!! dia apply loan Bank Rakyat dulu...
lepas tu aku tak dengar apa2 berita dari dia atau surat dari bank.. mugkin dia dah sorok surat2 tu sebab aku alamatkan kat rumah mak.. sama dgn dia gak..

aku dapat tau ni bila aku tengah kesempitan wang dan nak apply bank rakyat.. berkobar2 nak apply ni.. konon boleh selesaikan hutang2 lama...

tapi hasrat tak sesampaian bila bank tolak kata nama aku dah diblacklist dah 2 tahun dah.. tunggu masa je nak bankrup sebab jamin adik aku.. now dia hutang dalam 28K

bila aku tanya bank.. the only solution is kalau aku nak loan aku approve. Aku boleh apply loan lebih (ikut max yg kita boleh), kendian.. daripada jumlah loan tu.. contohnya rm50K.. bank akan tolak siap2 RM28K utk settle loan adik aku dan aku akan dapat bakinya sahaja.. cara macam tu nama kita leh clean... tapi lepas tu pepandai arrange kat adik aku supaya bayar aku bulan2 sebab tolong settlekan loan dia...

tapi aku malas nak wat cam tu.. sebab:
1. loan yg aku dapat (baki) cuma seciput je dapat dan tak leh selesaikan hutang2 aku.. aku perlu rm50K untuk diri sendiri. bukan untuk bayar hutang orang rm30k dan aku dapat rm20k je
2. aku tak caya adik aku leh bayar bulan2 kat aku... dgn bank pun tak leh bayar tetap, inikan adik beradik.. banyak la songel.. macam2 alasan nanti..


sekarang ni aku tengah mencari kaalu ada financial yang boleh bagi loan sebanyak RM50k - RM60K dengan monthly yg aku mampu bayar... kalau ada sesapa boleh tolong.. tolong lah saya... saya sedang dalam kesempitan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by acegal at 21-3-2007 06:13 AM
Ni lah masalah yang sama dalam kes i, problem penjamin dah settle tapi dalam history masih permanent.

Tak leh nak remove, nak complaint ke bank negara pun payah sebab bank negara akan kata bank tempatan ada sebab tertentu tak nak kasi loan.

Loan pun atas bank discretion samada dorang nak kasi atau tidak, bank negara tak leh buat apa apa.

Tapi my opinion is jangan apply kat satu bank, applylah seberapa banyak bank yang boleh sebab lain bank lain peraturannya, mungkin ada bank yang longgar terms and condition nya.


Ini menunjukan penganiayaan memang wujud dari CTOS. Keratan akhbar hari ni menunjukan segala galanya....

Operasi CTOS disiasat

Agensi didakwa gagal kemas kini butiran kewangan individu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat operasi Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) berikutan peningkatan dakwaan agensi terbabit gagal mengemas kini status kewangan individu dalam pangkalan datanya, selain mendedahkan terlalu banyak butiran peribadi seseorang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata ada nama dikatakan masih disenaraikan dalam sistem CTOS walaupun sudah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain agensi itu memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang.

揔ini ada majikan menggunakan CTOS bagi memeriksa maklumat latar belakang bakal pekerja. Kalau agensi ini tidak memastikan maklumat yang diberi adalah terkini, ia akan menjejaskan peluang individu berkenaan.

揑a perbuatan tidak bertanggungjawab kerana pelanggan dikenakan bayaran bagi merujuk pangkalan data CTOS,
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:37 AM | Show all posts
Tan Sri, Datuk antara 780,000 orang kena CTOS

KUALA LUMPUR 22 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:38 AM | Show all posts
Sistem baru ganti CTOS diperkenal

KUALA LUMPUR 22 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:39 AM | Show all posts
Orang ramai perlu kemas kini data

KUALA LUMPUR 22 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 10:28 AM | Show all posts
Bagus Arr info yg ko tepek kat sini....aku Copy paste kat Mydocument..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:10 PM | Show all posts
Amik le kalau muka tak malu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 12:36 PM | Show all posts
apa lak ctos suruh kita update ngan diaorg masa mula2 masukkan nama dulu mana diaorg dpt info?

sapa2 yg pandai law, aku nak tanya ni tak langgar bafia ke? sbb kebanyakan maklumat kredit kat ctos ni dtg dari bank... mana pergi kerahsiaan pelanggan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 10:35 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by acegal at 24-6-2007 03:39 AM
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Chung Tze Keong berkata, orang ramai yang mahu 憁embersihkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 03:36 AM | Show all posts
Akhirnya kluar juga berita utama muka hadapan awal pagi ni...

Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS

KUALA LUMPUR 25 Jun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 03:53 AM | Show all posts
Lagi dari akhbar Utusan awal pagi ni..

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terkejut tetapi lega dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M. Kayveas berhubung Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).

Menurut beliau, kerajaan tidak pernah memberikan kebenaran atau lesen kepada CTOS untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada bank ataupun pihak lain bagi digunakan sebagai rujukan.

Dengan kata lain, CTOS tidak berhak menyimpan maklumat peribadi orang ramai. Anehnya, itulah yang berlaku untuk sekian lama sehinggakan ia menjadi agensi rujukan utama di negara ini.

Malah difahamkan, ada yang menggunakan CTOS untuk carian maklumat kewangan tentang calon pekerja dan lain-lain termasuk bakal menantu dan wakil rakyat.

Semoga pendedahan Kayveas mengenai perkara tersebut disusuli segera dengan langkah pembetulan. Sememangnya agensi itu wajar disiasat.

Cuma Awang tertanya nasib ramai individu yang disenaraihitamkan oleh agensi itu sehingga kini walaupun telah melangsaikan hutang atau disebabkan data tidak dikemas kini?

Maka siapa yang harus bertanggungjawab?

Awang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069439 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list