CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9470|Reply: 17

Gantirugi / saman / penjara kerana sebabkan keruntuhan rumah tangga orang lain

[Copy link]
Post time 9-3-2007 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Wanita diarah bayar ganti rugi RM10,000 kes zina
08-03-2007 06:27:25 PM

PUTRAJAYA:  Seorang wanita diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk membayar ganti rugi RM10,000 kepada bekas isteri seorang doktor gigi yang wanita itu didakwa berzina dengannya, yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga pasangan itu.

Panel hakim Datuk Mokhtar Sidin, Datuk James Foong dan Datuk Zainun Ali juga memerintahkan bekas suami wanita itu, Shudesh Kumar a/l Moti Ram membayar sebanyak RM40,000 kepada bekas isterinya Kamlesh a/p Mangal Sain Kapoor, jumlah itu merupakan sebahagian daripada wang yang didepositkan dalam akaun bank Shudesh Kumar semasa perceraian itu.

Shudesh Kumar, 61, juga diperintahkan untuk membayar kepada Kamlesh, 58, pesara guru, sebanyak RM75,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan saraan bulanan RM1,000 yang tarikhnya dikebelakangkan ke 3 Nov, 2005.

Peguam bela Kamlesh, Karpal Singh berkata ia merupakan kes yang luar biasa.

Korum itu sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan Kamlesh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Nov, 2004 yang tidak memberikan wang saraan, aset perkongsian perkahwinan serta tiada perintah bayaran ganti rugi terhadap Kerpal Kaur selepas mahkamah memutuskan Kamlesh gagal membuktikan dakwaannya mengenai perlakuan zina itu melampaui keraguan yang munasabah.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, memerintahkan perkahwinan antara Shudesh dan Kamlesh dibubarkan atas alasan tidak lagi boleh diselamatkan.

Kamlesh mendapat hak penjagaan dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Pasangan itu berkahwin pada 1979. Menjelang waktu Shudesh memfailkan petisyen perceraian itu pada 2001, pasangan itu telah tinggal berasingan selama 11 1/2 tahun.

Kamlesh mendakwa perilaku bekas suaminya yang sebegitu telah menyebabkan dirinya tidak sanggup tinggal bersama dengannya.
Beliau juga memohon ganti rugi bagi zina mengikut Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 kerana beliau mendakwa Shudesh dan Kerpal, yang merupakan staf di klinik Shudesh, menjalin hubungan sulit dan berzina.

Shudesh menyatakan perkahwinan itu runtuh akibat perilaku Kamlesh yang tidak munasabah, seorang yang penuh syak wasangka, menyerang beliau secara fizikal dan celupar terhadap keluarganya.

Shudesh dan Kerpal menafikan dakwaan zina itu.

BERNAMA



[ Last edited by  Syd at 31-5-2009 09:20 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2007 09:59 AM | Show all posts
Dentist's mistress ordered to pay damages to ex-wife
09 Mar 2007
V. Anbalagan


--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: It抯 one up for the "First Wives Club". In a rare case, the mistress of a dentist was yesterday ordered to pay RM10,000 in damages to the man抯 ex-wife for wrecking the marriage.

The Court of Appeal said there was evidence proving beyond reasonable doubt that Kerpal Kaur, who was an assistant in the clinic of Dr M. Shudesh Kumar, had an adulterous relationship with him.

Judges Datuk Mokhtar Sidin, Datuk James Foong and Datuk Zainun Ali, who heard the appeal, were unanimous in their decision.

S. Kamlesh Mangal, a 59-year-old retired teacher, had named Dr Shudesh, 61, and Kerpal, 44, in her suit.

The decision yesterday was significant as a superior court had the opportunity to affirm two previous High Court decisions on the award of such damages to an aggrieved spouse.

The Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, which governed non-Muslims, states the court has the discretion to award such compensation to an appellant if it is satisfied that the marriage has irretrievably broken down due to an adulterous relationship with a third party.

However, it said such compensation should exclude any exemplary or punitive elements.

In 1997, Datuk Mahadev Shankar had awarded RM50,000 to the aggrieved party and in 2001, High Court Judge Datuk V.T. Singham ordered a payment of RM20,000. In both cases, the recipients were women divorced by their husbands.

Kamlesh was also awarded other forms of damages and maintenance:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 02:52 PM | Show all posts
saman jgn tak saman. Jagn memperkotak-katikkan wanita yg bergelar isteri. Dan ini amaran kepada wanita perosak rumahtangga org lain dan juga amaran kepada lelaki yg curang
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 02:54 PM | Show all posts
hah mcm ni baru takot sang suami nk cureng.. padan muke kene bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 07:18 AM | Show all posts
kes camnie pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 05:22 PM | Show all posts
Dah tua2 yg tak tahan tu.. hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2007 02:55 PM | Show all posts
Kes ni leh jd precedent ni...
Tp melibatkan non muslim...kalau muslim..rasa2 mcm tak lepas je...sbb muslim leh amalkan poligamy
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #7 Dilto's post

Yup, maybe ia leh jadik precedent bagi kes civil marriage tapi bukan untuk muslim marriage.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2007 02:04 AM | Show all posts
erk...BERZINA?
mati2 aku ingat malaly couple...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 06:06 PM | Show all posts
Perosak rumah tangga boleh disaman

Saya pernah membaca mengenai kisah seorang wanita yang menyaman kekasih suaminya dengan alasan menyebabkan keruntuhan rumah tangganya. Apakah keadaan yang membolehkan seseorang berbuat demikian dan bagaimana jika orang ketiga itu adalah keluarga mentua (yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga)?

Jawapan:

Adalah menjadi satu kesalahan bagi pihak ketiga (tanpa mengira sesiapa pun - ini termasuklah juga mereka daripada kalangan keluarga mentua) untuk mengganggu kerukunan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 33 dan 34 daripada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995; memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan.

Sekiranya mana-mana orang cuba menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya, ia adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh di denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

Justeru, hindarilah daripada perbuatan yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. Jika mana-mana pihak ingin mendirikan rumah tangga janganlah hendaknya diganggu mana-mana pasangan suami atau isteri yang sedang hidup bahagia dan boleh membawa kepada perceraian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 04:46 PM | Show all posts
11 setengah tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 11:08 AM | Show all posts
wah tak rugi aku masuk sini.
satu ilmu dah dpt.
thanks syd!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2009 09:21 AM | Show all posts
Dilema 'orang ketiga' Dilema

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK dan
SITI NOR AFZAN KASIMAN
ahad@kosmo.com.my


WAHEEDA

KEHADIRAN orang ketiga sering dikaitkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga selebriti. Kemunculan pelakon Memey Suhaiza menyebabkan Norman Hakim dan Abby Abadi bercerai.

Pelakon Fasha Sandha pula dicop pengacau rumah tangga Nora Danish dan Rizal hingga akhirnya mereka bercerai. Terbaru, penyanyi Waheeda pula dilibatkan dalam pergolakan rumah tangga Akhil Hayy dan Maizawati Zainal.

Bagaimanapun, menuding jari kepada seseorang memanglah mudah, namun menjadi orang yang dituduh menyebabkan rumah tangga orang lain runtuh adalah satu pengalaman yang menyakitkan.

揝ewaktu saya mengalami keadaan ini, macam-macam perasaan yang saya rasa.

揙rang luar pula sibuk memberi pandangan malah tohmahan. Saya pernah berada dalam keadaan itu dan saya faham perasaan mereka yang digelar orang ketiga,
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 09:41 PM | Show all posts
  siapla perampas2 laki org pasni.... x pasal2 bayar saman beribu riban xpun berjuta
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 12:08 PM | Show all posts
betui ke ada undang2 pasal ni?
tp bagus jugak.. xde la org senang2 nk kaco umahtangga org len kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 12:21 PM | Show all posts
Peguam Syarie Menulis: 'Perosak' rumah tangga boleh didakwa
Oleh Musa Awang

Dalang keretakan hubungan suami isteri rakan kepada Iblis Dasim

KEHADIRAN orang ketiga dalam rumah tangga mungkin daripada kalangan ahli keluarga sendiri, membabitkan campur tangan ibu bapa, mentua, adik beradik atau orang luar adalah sebahagian faktor penyebab keruntuhan rumah tangga.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman dalam satu kenyataan mengakui kehadiran orang ketiga sering kali dikaitkan sebagai punca hubungan suami isteri bergoncang.

Walaupun orang ketiga bukan punca utama perceraian, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat oleh LPPKN pada 2004, menunjukkan 12 peratus perceraian berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Ia merujuk kepada pasangan curang dan isteri enggan dimadukan.

Perbuatan memecah-belah atau menjadi dalang punca berlakunya perceraian sebenarnya adalah perbuatan dosa dan maksiat serta boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang jenayah syariah.

Perbuatan memutuskan silaturahim sesama Muslim adalah amalan masyarakat Arab jahiliah. Apabila Islam muncul, Baginda Nabi Muhammad SAW membawa perspektif baru, menyeru manusia supaya menjaga silaturahim.

Firman Allah yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biak lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 01:57 PM | Show all posts
new info... bagus jugak ada undang2 mcm ni.. walaupun dlm Islam boleh berpoligami, tak semua suami mampu bersikap adil. Salah seorang isteri, pasti  ada yg makan hati.. kepada 'dalang2' yg bersahabat dgn Iblis Dasim di luar sana, sendiri mau ingat lah... jangan tau seronok je berkasih dgn suami orang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2015 04:13 PM | Show all posts
haira replied at 1-6-2009 12:08 PM
betui ke ada undang2 pasal ni?
tp bagus jugak.. xde la org senang2 nk kaco umahtangga org len ka ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.078273 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list