CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Kesihatan Lelaki : Artikel (Pelbagai)

[Copy link]
 Author| Post time 16-7-2007 04:48 PM | Show all posts
Kenapa lelaki mandul?
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

BERBULAN lamanya anda dan isteri mencuba, malah mungkin telah lebih setahun berlalu. Namun, sekali pun anda melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang langkah kontrasepsi, pasangan anda tidak hamil juga.

Di manakah silapnya? Kemungkinan besar, ada sesuatu yang mengganggu usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

Ketidaksuburan atau kemandulan bermaksud ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki, memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kira-kira 60 peratus daripada kes pasangan yang mengalami masalah ini membabitkan faktor lelaki.

揝ebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masalah kesuburan berpunca daripada lelaki manakala 20 peratus lagi adalah gabungan faktor lelaki dan wanita.

揔erana itulah apabila satu-satu pasangan itu mengalami masalah untuk mendapatkan anak, orang lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan dan bukannya wanita sahaja,拻 katanya.

Menurutnya, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah kemandulan tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Sesetengah daripada mereka yang mempunyai gangguan hormon mungkin mendapat isyarat dari segi perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada mahupun menghadapi kesukaran fungsi seksual.

Punca ketidaksuburan lelaki

- Kesukaran ereksi dan ejakulasi. Kira-kira lima peratus pasangan tidak subur berhubung rapat dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal memperoleh atau mengekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, dalam jumlah yang kurang dan ke arah belakang serta, kerap melancap.

Kekerapan dalam melakukan hubungan seks memainkan peranan yang penting. Kajian mendapati, pasangan yang bersetubuh purata empat kali seminggu akan mengandung selepas enam bulan.

- Air mani yang tidak normal. Air mani yang terlalu tebal boleh menyukarkan sperma untuk bergerak ke trek reproduktif wanita.

- Varikosele. Kumpulan vena (pembuluh darah) yang mengembang dan bergumpal-gumpal (seperti vena varikos yang berbelit-belit pada kaki) di dalam skrotum (kantung zakar) disebabkan oleh darah yang tidak mengalir keluar dengan betul dari skrotum.

揂kibatnya - lebihan darah bertakung di dalam skrotum. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap pengeluaran sperma.

揃agaimanapun, keadaan ini merupakan punca ketidaksuburan lelaki yang paling berpotensi untuk dirawat melalui pembedahan kecil pesakit luar,拻 kata Dr. Zamri.

Adalah dipercayai, hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran mani menyebabkan pembentukan benih tertindas.

Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih khususnya bagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori atau mereka yang perlu memandu beratus-ratus kilometer dalam cuaca panas.

Lelaki yang terdedah kepada radiasi misalnya seseorang yang mendapat rawatan kanser buah zakar juga boleh menjadi mandul ataupun menjejaskan kesuburannya.

- Kriptokidisme. Buah zakar yang gagal menurun ke dalam kantungnya, satu atau kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan kemandulan tetapi lebih penting lagi adalah kaitannya dengan kanser buah zakar.

- Penyakit-penyakit semulajadi seperti Sindrom Klinefelters di mana lelaki mempunyai buah zakar yang amat kecil dan tidak mampu mengeluarkan benih.

Terdapat juga penyakit yang menyekat saluran dan karung air mani atau pun saluran air kencing. Kerana itulah sesetengah lelaki dilahirkan dengan saluran air kencing yang terbuka pada sisi bawah zakar (hipospadias) atau atas (epispadias) sedangkan bukaan sepatutnya pada hujung zakar.

- Jangkitan yang terjadi ke atas buah zakar dan saluran air mani seperti beguk, tibi, penyakit-penyakit alat kelamin seperti gonorea dan siflis yang menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani

- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan penghasilan sperma serta fungsinya. Sesetengah ubat boleh menyebabkan disfungsi ejakulasi.

Contohnya, ubat antikulat Ketoconazole, Sulfasalazine untuk merawat penyakit keradangan usus, Spironolactone (antihipertensi) dan Allopurinol, colchicine (gout).

Diagnosis

Seseorang lelaki itu dikatakan subur apabila buah zakarnya mengeluarkan sperma sihat yang mencukupi.

Sperma juga hendaklah dipancutkan dengan baik, terus ke dalam faraj wanita. Ujian ketidaksuburan lelaki bertujuan menentukan jika ada di antara proses-proses ini yang rosak atau lemah.

- Pemeriksaan fizikal meliputi pemeriksaan alat kelamin dan soalan-soalan berkaitan sejarah perubatan dan tabiat seksual

- Analisis air mani adalah penyiasatan terpenting bila bercakap mengenai kemandulan lelaki.

Doktor akan meminta contoh air mani untuk diperiksa, sebaik-baiknya didapati hasil pengeluaran sendiri (onani).

Air mani tersebut kemudiannya akan dianalisis di makmal dari segi kuantiti, warna, kehadiran jangkitan atau darah, sebarang kejanggalan rupa bentuk atau struktur serta pergerakan sperma.

Pengambilan contoh air mani mungkin perlu diulang terutamanya jika ia langsung tidak mempunyai benih, satu keadaan yang dikenali sebagai azospermia.

- Pemeriksaan lanjut biopsi buah zakar akan dilakukan sekiranya timbul keadaan ini (azospermia) di mana secebis tisu buah zakar akan diambil untuk kajian mikroskop. Pesakit akan dibius setempat.

- Ujian hormon, di mana darah pesakit akan diuji bagi menentukan tahap testostero serta lain-lain hormon lelaki.

Rawatan

揔ualiti air mani pesakit selalunya menunjukkan peningkatan selepas melalui rawatan ubat-ubatan seperti hormon dan antibiotik atau, prosedur pembedahan.

揝ementara itu, lelaki yang ketidasuburannya tidak diketahui punca (idiopatik) boleh melakukan beberapa perubahan gaya hidup bagi tujuan yang sama, meningkatkan analisis air mani,拻 kata Dr. Zamri.

Lelaki dengan analisis air mani yang lemah dan tidak boleh dirawat atau sebabnya tidak diketahui masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan anak melalui teknologi reproduktif yang dibantu oleh makmal.

Antaranya, yang paling popular adalah persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) dengan menyuntik sperma tunggal secara langsung ke dalam telur.

Perubahan gaya hidup dan saranan umum

- Pakailah seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar sahaja kerana penggunaannya yang amat ketat juga boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki.

Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.

- Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih

- Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri tengah subur adalah penting umumnya pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan

- Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma

- Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita

- Bersenam. Senaman seperti aerobik membantu meningkatkan tahap testosteron, seterusnya mendorong kepada penghasilan sperma yang meningkat

- Hindari suhu panas yang boleh menyumbang kepada pengeluaran sperma terjejas

- Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Sesetengah pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang lelaki walaupun belum terbukti kesahihannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2007 12:07 PM | Show all posts
Tip-tip berguna semasa pengembaraan dan kerja

BiO-LiFE, pengedar produk-produk penjagaan kesihatan berasaskan alami dengan kerjasama Kesihatan, Mingguan Malaysia akan membawakan kepada anda tip-tip penjagaan kesihatan yang menyeluruh tetapi ringkas dan mudah diikuti selama lima minggu berturut-turut, menjelang detik-detik kemerdekaan tanah air kali ke-50 ini. Rakyat yang sihat dan mandiri (tidak bergantung fungsinya kepada orang lain) mampu menjamin golongan emas hari ini dan generasi masa depan bukan sahaja hidup lebih lama, tetapi kualiti hidup yang lebih baik.

- PENGARANG

Siri 3

21. Sekiranya anda mengalami masalah kencing yang kerap semasa waktu kerja, pelajari teknik senaman otot pelvik dan latihan pundi yang boleh memperbaiki kawalan otot. Alternatifnya, anda boleh mengambil suplemen bakteria bermanfaat yang mengandungi dua strain bakteria, Lactobacillus GR-1 dan Lactobacillus RC -14 yang terbukti secara klinikal untuk mengelak masalah urogenital di kalangan wanita.

Jiika anda lelaki berusia 45 tahun ke atas, anda mungkin mengalami pembesaran kelenjar prostat. Kombinasi herba yang mengandungi saw palmetto dan biji labu boleh membantu.

22. Penyakit jantung boleh menyerang lelaki dan wanita, walaupun wanita lebih cenderung mengalaminya pada usia yang lebih tua. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan minyak ikan yang diperoleh daripada bilis, sardin dan salmon boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung sehingga 20 peratus.

23. Bekerja memerlukan makanan berkhasiat untuk prestasi maksimum. Makanan berkhasiat akan memberi lebih tenaga dan stamina. Pengambilan ko-enzim Q10 dan L-karnitina tentunya memberi manfaat.

24. Kajian menunjukkan pengambilan probiotik boleh mengurangkan cirit-birit di kalangan dewasa semasa mengembara, terutamanya ke negara kurang membangun. Pengambilan 5 bilion Lactobacillus acidophilus NCFM
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:29 PM | Show all posts
nak tanya, bapa saya akan menjalani pembedahan utk kanser prostat. at the same time dia ada darah tinggi & thyroid. kalau dia buat pembedahan tu nanti, ada apa2 complication x ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:35 PM | Show all posts

Reply #22 Syd's post

nak tanya, bapa saya akan menjalani pembedahan utk kanser prostat. at the same time dia ada darah tinggi & thyroid. kalau dia buat pembedahan tu nanti, ada apa2 complication x ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:44 PM | Show all posts
hurmmm... lelaki  pon xleh buang air kecik dalam laut kan?



rasanya xde komplikasi kot, tp doc akan monitor semasa pembedahan berlaku kot kot jadi pa pe... then kalau terdapat komplikasi yg bermakna masa pembedahan doc akan cuba minimize kan sebaik mungkin... tp perlu diingat setiap pembedahan ader resikonye even minor surgery...

semoga pembedahan ayah awak berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #25 azz_azza's post

hurmmm... lelaki  pon xleh buang air kecik dalam laut kan?

tak faham..apsal tak leh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2007 05:58 PM | Show all posts

Reply #26 lows^man^lyrics's post

rasanya ader kaitan dgn sperm, sperm lemah kot... heuhue... nnt me konfem balik yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by lows^man^lyrics at 24-8-2007 05:00 PM

tak faham..apsal tak leh


abg loman tny2 tuh, mst salu duk wat la tuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 02:24 PM | Show all posts
thanx... hopefully semuanya selamat.. terima kasih atas nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #26 lows^man^lyrics's post

aku orang pompuan leh jawab ker
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 09:42 PM | Show all posts

Reply #29 seroja_pagi's post

all the best seroja .... keep us updated ya
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 11:05 AM | Show all posts
TQ GOOD INFO TO SHARE
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.914670 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list