CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7296|Reply: 24

Betulke Kucing pembawa penyakit??

[Copy link]
Post time 19-9-2006 10:57 AM | Show all posts |Read mode
nak juga aku tau betul ke kucing ni bole bawa penyakit asma?aku tau ni dari orang2 tua le yg tak nak bagi anak2 mereka tidur gan kucing sebab bulu dia and nafas dia tu yg bawa penyakit..bole tak sesiapa bagitau sejauh mana perkara ni benar.....

setau aku bila tidur gan kucing hormon2 kita bole terganggu dan kalo pun kita tak dpt penyakit time muda, time tua pasti kita dpt pyakit pasal tidur gan kucing..ni aku dpt dari mak akula, sebab ada jiran aku tu dia memang suka gila gan kucing and tidur gan kucing2 dia time2 muda tapi skrg ni dia dah tua, mak aku kata dia ada penyakit ampus (asma) sebab kucing..tu yang aku curious ni..betul ke kucing nie bawa penyakit....tapi semenjak aku tidur gan kucing nie hormon aku pun mcm terganggu juga, pernah juga aku terbaca dlm article dekat internet yg mengatakan kucing bole juga menganggu hormon dlm badan  terutamanya badan wanita..so bole bagi pendapat dan fakta2 korang ke.........:love::love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 11:14 AM | Show all posts
kalau org tu ada asma
x digalakkan tido sama dgn kucing
coz menda nie leh trigger asma tuh
n maybe leh jd worst
tp kalau take langkah hati2 .. insya allah xde teruk sgt kene
mandikan kucing selalu .... nak hilangkan kekotoran + hama
fly pun ada asma
so umah kene vakum everyday + every sunday kene spring cleaning
n yes kucing ada sejenis kuman yg leh menyebbkan wanita x boleh pregnant
tp sume tu leh elakkan
tp kalau da elak n still kene gak so xleh nak kata per
per2 pun be careful semasa berinteraksi / gurau senda dgn kucing
kalau luka, cepat2 picit tmpt luka tuh n kuarkan darah
nie nak elakkan kuman tu masuk dlm badan
n letak minyak gamat
n yg paling penting pastikan kucing tu dlm keadaan bersih
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 11:23 AM | Show all posts

Reply #2 fly_in_d_sky's post

fly,

leh tak u terang lebih detail pasal tak leh ngandung tu?..
bkn aper, saya sometimes tido ngan kucing, and my cat selalu sebelom dia tido,
misti naik atas badan saya, jilat2 muka saya, geget idung seme...
and saya misti nak cium my cat, tak kira la kat idung ker kat muka...
and saya recently just got married,
cuak gak dgr kucing nie leh wat wanita tak mengandun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 11:36 AM | Show all posts
ya betul tu..fly boleh tak jelaskan bab tu..cos sa ni pun mcm kes tu juga tapi bukan pasal mengandungla tapi pasal hormon...dlm setahun ni hormon sa tak balancela tak dpt period...tu ke pasal tu????sa memang tidur gan kucing tiap hari.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 12:24 PM | Show all posts
kalau masa preg. x bleh dekat dgn kucing penah ler dgr
tp kalau sbb kucing x bleh preg lom penah lagi..

:hmm: kalau betul i kena buat sesuatu ni sbb
skang tgh planning nak dptkan baby..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 19-9-2006 11:24
kalau masa preg. x bleh dekat dgn kucing penah ler dgr
tp kalau sbb kucing x bleh preg lom penah lagi..

:hmm: kalau betul i kena buat sesuatu ni sbb
skang tgh planning nak dptkan baby..



aku penah baca dalam mingguan malaysia, kucing bleh jadi penyebab xbleh mgandung...
bini aku suke sangat cium kucing dan hormon bini aku tak menentu.
Tapi yg pasti kutu kucing mmg bahaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2006 12:46 PM | Show all posts

Reply #6 affazam's post

alamak ye ker...
kutu kucing mmg bahaya lagi satu air liur dia tu..
dia pon suka jilat bulu kita lak asik duk gomol2 dia..
tu belom time dia bersin lai.. perghhhh baper byk virus
dah tersebar...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 04:59 PM | Show all posts
Haaaaiii..xtau lah komen..walau apa yg org cakap pun tetap jugak nak cium kucing..sbbnya dpd kecik mmg idup dgn kucing..maklumlah parents dah bercerai berai..dok dgn ayah je..so teman sepermainan kucing aje ler...makan tido sumer dgn kucing...kekadang risau jugak kalo dpt penyakit..tp kalo dah takdir nak buat caner..alangkan org pon buleh dpt penyakit dpd suami/ister..HIV lah..siflis lah..dah sayang sgt kan, terpaksa je lah terima dgn redha..tapi harap2 tuhan melindungi dpd sebarang penyakit...Insya Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by rorygilmore at 19-9-06 11:23 AM
fly,

leh tak u terang lebih detail pasal tak leh ngandung tu?..
bkn aper, saya sometimes tido ngan kucing, and my cat selalu sebelom dia tido,
misti naik atas badan saya, jilat2 muka saya, geg ...



cam ner nak xplain ek
sebb fly baca dr artikel newspaper berita harian
artikel tu da lama
x ingat nama kuman tuh
rasanyer kalau belai + mesra dgn kucing xde per2
ni kalau tgn luka sebb kene cakar dgn kuku kucing
nanti lah fly cari n paste kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 05:51 PM | Show all posts
Air liur kucing pembawa maut
Oleh Hafizah Iszahanid

KUCING dilihat sebagai binatang peliharaan yang manja dan sentiasa dibelai. Bagaimanapun kucing juga boleh menyebarkan kuman ?artonella Henselae? (B.henselea) yang jika membabitkan komplikasi akan menyebabkan kematian.


Dikenali sebagai cat-scratch disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ia penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing. Ia dikesan sejak awal 1900.

Kuman B.henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai ?embawa?. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada B.henselea berbanding kucing dewasa.

B.henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada B,henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat.

Secara umumnya kata Pakar Perubatan Am dan Respiratori Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Fazilah Ahmad, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan doktor jika terkena gigitan atau cakaran kucing. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Di sana saban tahun 24,000 orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat gigitan atau cakaran kucing.

Begitupun, tidak mendapatkan rawatan bukan masalah besar jika tidak timbul sebarang komplikasi. Apatah lagi CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya, luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara tiga ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

?SD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid,? katanya.

Dr Fazilah berkata, jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh dan mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

FAKTA
GEJALA
1) Demam
2) Letih
3) Sakit Kepala
4) Hilang selera makan. Kurang lima peratus berhadapan dengan komplikasi yang teruk berikutan kekurangan daya imun tubuh.
5) Bengkak yang sangat sakit dan tidak surut dalam tempoh yang lama.

Golongan Berisiko
1) Kanak-kanak
2) Warga tua
3) Pesakit barah
4) Pesakit HIV
5) Penghidap diabetes
6) Pesakit yang mengambil steroid
7) Mereka yang membela dan gemar membelai kucing.

Diagnosa dan Rawatan
Tiga jenis ujian untuk mendiagnos CSD
a) Ujian kulit
b) Ujian darah
c) Ujian B.henselea (menggunakan cecair atau tisu dari kelenjar limfa yang bengkak)
Secara umum ia bukan penyakit yang serius dan tidak memerlukan rawatan tetapi bagi pesakit yang berhadapan kelenjar limfa yang membengkak dan sangat sakit, antibiotik diberikan. Jika kelenjar bernanah, pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Komplikasi CSD
1) Jangkitan kuman pada kulit otak atau pada otak (meningitis dan encephalitis). Ia berlaku pada tiga hingga lima peratus pesakit yang dijangkiti.
2) Radang pada retina mata

Dapatkan rawatan jika;
a) Cakaran atau gigitan tidak sembuh dalam tempoh dua ke tiga minggu
b) Kawasan gigitan bertukar merah dan membesar dua hari atau lebih selepas ia terjadi
c) Demam berpanjangan untuk beberapa hari selepas terkena cakaran atau gigitan
d) Kelenjar limfa yang membengkak dan sakit lebih dari dua atau tiga minggu
e) Sakit sendi atau tulang, sakit perut (muntah atau cirit-birit tetapi tidak demam
f) Berasa sangat letih lebih dari dua atau tiga minggu

Cegah CSD
1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.
2) Hati-hati membelai kucing
3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu
4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.


ref: http://www.ctimes.com.my/m/BHari ... 0709145801/Article/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 10:39 PM | Show all posts
psl kalu slalu rapat ngan kucen tak bleh pregnant, delin tak sure..
but i'm sure abt the fact that org pregnant seboleh-bolehnyer elakkan dari handle najis kucen
coz najis kucen ader some sort of kuman yg bleh menyebabkan baby dlm kandungan cacat
kalu terpakse gak (takde org lain dlm umah) then be careful..pakai glove bile nk buang najis kucen
i read abt this kat mingguan malaysia sum time back..
ofcos la tak semestinyer sume org bleh kene kan..sum ppl are lucky..sum ppl not soo lucky..pade yg dah tau tue..amek langkah berjage2
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:48 AM | Show all posts
Originally posted by delinquent24 at 19-9-06 10:39 PM
psl kalu slalu rapat ngan kucen tak bleh pregnant, delin tak sure..
but i'm sure abt the fact that org pregnant seboleh-bolehnyer elakkan dari handle najis kucen
coz najis kucen ader some sort of ...


yep true
taik + kencing kucing
be careful ......
neway, bukan kucing jer
tp rasanyer most animal pun ada gak yg leh bwk mudarat pd manusia
per2 pun kene hati2 .......
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 04:59 PM | Show all posts
Mcm mana pulak kalo tuan yg cakar kucing dia?Ataupun tuan yg slalu gigit kucing dia??Hehe..sbb aku slalu camtu..mampuih ler aku..kena pegi buat medical check up nih!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by Nyanya at 20-9-06 04:59 PM
Mcm mana pulak kalo tuan yg cakar kucing dia?Ataupun tuan yg slalu gigit kucing dia??Hehe..sbb aku slalu camtu..mampuih ler aku..kena pegi buat medical check up nih!


cakar / gigit kucing?
tuan pd kucing yg cakar / gigit kucing?
bior betul .... cam ne tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 10:51 PM | Show all posts

Reply #13 Nyanya's post

irk..ganehnyer..kuku ko lagi tajam ke yg dok cakar kucen tue hehehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 09:09 AM | Show all posts
dah byk kes sebab kucing... so... pandai2 la kan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 09:31 AM | Show all posts
Iyo lah..bila aku geram aku gigit telinga kucing aku..pehtu aku cakar perut dia..pehtu aku gigit idung dia..tau la boleh membawa penyakit walaupun kucing aku mandi seminggu sekali..tp biasa lah..manusia ni kan degil..cam org yg isap dadah tu..dah kata jgn..jgn..tp nak jugak..jadi adakah aku patut dimasukkan ke pusat pemulihan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:22 PM | Show all posts
Information yang bagus  ni...tq..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by an4zaara at 19-9-2006 12:24 PM
kalau masa preg. x bleh dekat dgn kucing penah ler dgr
tp kalau sbb kucing x bleh preg lom penah lagi..

:hmm: kalau betul i kena buat sesuatu ni sbb
skang tgh planning nak dptkan baby..

korang nak baca details pasal ni...tengok kat sini yek...

banyak info pasal ni...kucing pembawa parasit pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 12:57 AM | Show all posts
Originally posted by finnie at 22-9-06 09:35 PM

korang nak baca details pasal ni...tengok kat sini yek...

banyak info pasal ni...kucing pembawa parasit pembunuh



good info
so far kucing2 fly xde mkn daging mentah atau tangkap burung yg hidup
sume mkn mknan diorg jer
cuma hobi diorg ske tangkap lipas .......
but lately da x nampak lipas
ntah mane lari nyer .....
n now diorg just main sesama sendiri ..........
insya allah xde per2 ...... ^_^
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.526976 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list