CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuntum_ros

budget pindah rumah baru

  [Copy link]
Post time 27-10-2010 06:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by nordy at 27-10-2010 19:25

Reply 1545# Mulan

tak tahula mulan....rumah sekarang memang mahal

ini dah cari landed house, our budget will go beyond condo expenses...berpeluh!!
but like i said before, we just do big stuffs...furnitures all come later when we are in good "healthy" condition..hehe

talking abt stainless steel grill, in opinion...it's really look like chinese houses in shanghai n beijing
so be careful when u mix with ur current mode esp tropical style....just my single cent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 12:44 AM | Show all posts
Mulan & Haizdar,

maaf la kalau aku nak komen list tu.. ada tokok tambah sikit
item 2:
check defects... apa nak check?
antara yang terlintas dalam kapla otak ni ialah:
1- memula bukak S&P tu, tgok detail yang developer offer/janji dapat ke tidak.
2- periksa kuantiti/kualiti/lokasi soket point, point lampu, point kipas berserta hook, point AC, DB ok, wiring etc., kotak earthing ok (assuming meter dah pasang). ada rumah dipasang konduit pvc dalam dinding utk wiring... kalau sanggup, naik atas loteng tgok mcmn developer wiring, kualiti roof trust, tanda-tanda kebocoran etc.
3- periksa kuantiti/kualiti/lokasi kapla paip, sinki, tangki air, floor trap. cuba tadah air sebaldi penuh dan tuangkan ke sinki, floortrap, mangkuk tandas, etc. dikhuatiri ada clog sbb mungkin ada simen dibuang dalamnya. cuba tutup/bukak stopcock kat dinding utk lihat ok ke tak
4- periksa dinding utk kenalpasti keretakan (jika ada) samada plaster crack atau struktur yang crack, dan juga kesan-kesan basah (paip leaking atau waterproof failed)
5- cuba bukak tutup pintu-pintu or tingkap, smooth or not. tgok samada pemasangan pintu ok ke tidak. pemasangan tak ok or struktur rumah yang lemah boleh sbb alignment pintu out.
6- kalau sempat, datang lawat rumah waktu hujan lebat utk kenal pasti tiada kebocoran atap/bumbung. bawak torchlite jenguk ke atas.
7- btw, kekadang lubang access ke bumbung pun kene tgok, pernah jumpa lubang access berpalang kayu kat tgh2 sampai takleh nak masuk.
8- kalau kat luar, tgok kaki 5 dan dinding rumah samada ada crack atau tidak. tanah mendak boleh menyebabkan keretakan.
9-Ukur panjang dan lebar setiap penjuru bilik/kawsan/rumah sama atau tidak seperti dalam S&P. ada kes pemaju tak buat ikut saiz dalam S&P
10- check kalau kerja-kerja tiling ok ke tak. pastikan takde bunyi 'kosong' di sebalik tiles. lantai tile begini tak tahan lama, mungkin boleh 'meletup' or pecah.
11- kalau meter air dah pasang dan tanki dah dibersihkan dan diisipenuh, amik bacaan meter air. trip selepas itu (selang beberapa hari katakan), amik bacaan baru. ada perubahan atau tidak. utk kenalpasti ada atau tidak kebocoran paip air.
12- periksa longkang dan persekitaran...
13- lihat juga paip-paip kumbahan ada leaking atau tidak.

sesapa nak tambah sila tambah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 01:05 AM | Show all posts
Reply 1562# RizalRE


    sila sila.... very good checklist tu kawan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 01:12 AM | Show all posts
haizdar,

ni i dpt list tu dari forum mana ntah:

1) terima kunci
2) check defects
3) grill/pe ...
Mulan Post at 27-10-2010 16:45


Item 12,13,14 tu, kalau aku, cat dulu baru wat wardrobe and pasang aircond. kalau dah pasang wardrobe n aircond pastu baru cat... alamat la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 01:17 AM | Show all posts
Reply 1564# RizalRE


    o ye ker well i went with the developer's orig. paint, so taktaula. dalam semua list tu tak semua i buat. tak perlu & takde bajet besar..

sapa2 nak guna my checklist takleh malas baca takut ter-skip yours... naya!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 01:39 AM | Show all posts
Reply 1565# Mulan

same here.. memang langsung tak follow list Mulan tue... dah setahun dua duduk baru pasang a/c, wardrobe, etc. ni gara-gara nak buat sendiri la kununnya. duit ada, masa plak takde, masa ada duit plak takde. koho-koho la...rumah org dibuatnya, rumah sendiri asik tak dan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 01:44 PM | Show all posts
ada org tue.. baru pindah rumah. barang besar2 dah angku pakai lori, move sepenuhnya masa cuti sekolah nie.. plaster syiling dah buat... tapi yg peliknya, grill apa satu pon tak ada lagi. patutnya yg atas kepala (plaster syiling) tue nanti2lah dulu .. pelik pelik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply 1567# azima_

IMO, plaster siling ok gak wat dulu. kalau dah masuk barang-barang baru nak wat plaster siling... alamat letih la nak mengemas. plaster siling ni masa installation tu byk habuk. drill sana sini utk pasang frame alum dia. pastu nak taping and jointing lagi, pastu nak skim lagi... tu semua kerja berabuk tu. baik buat awal2 kalau nak elakkan masalah mengemas rumah. juga dapat elakkan masalah asma kalau kita ada baby atau anak2 yg ada alergik dgn habuk. lagipun, masa installation, barang2 perabot etc kat area tu kene clearkan sbb nak erect scaffolding...

seeloknya kerja-kerja kasar dan basah baik buat sebelum masuk rumah. tu pun kalau ada bajet la. buat yg basic pun jadi la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 03:20 PM | Show all posts
betul.. mmg PC kena buat dulu sebelum pindah. kalau dah duduk kat rumah tu, baru nak buat PC, bercinta la nak mencuci, nak mengemas... saya tgk tukang pasang PC tu dah siap bentang kanvas atas lantai... pastu scaffolding yg atas kanvas tu dipasang seluas bilik sbb nak make sure siling tu tak senget... itupun masih kotor & berhabuk 1 rumah... sampai ke luar tingkap. atas jenang tingkap toksah cakap la.

pasang grill pun berhabuk, tapi habuk bata tu kering dan jumlahnya kurang sket.

ada jiran saya, berani dia masuk rumah baru, isteri hamil anak pertama... tadak grill pun rumah dia. tingkap kaca sliding 3 panel lak tu... senang je kalau nak pecah masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 03:34 PM | Show all posts
tak semua org mampu... dan tak semua org terpk...
bagi yang tak mampu, 2 rumah nak kene bayar. rumah sewa dan rumah baru. kos pemasangan grill pun bukan murah esp utk orang yang tak mampu. kene plak anak nak keluar. bergolok gadai buat rumah, anak yang nak kluar perlu gak belanja riban riban...

so slalu-slalu la jenguk tingkap kita utk lihat rumah dia tu ada masuk pencuri ke tak. jgn dicop kaki skodeng dah la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 03:40 PM | Show all posts
Reply  azima_

IMO, plaster siling ok gak wat dulu. kalau dah masuk barang-barang baru nak wat pl ...
RizalRE Post at 28-10-2010 14:47


mmg berhabuk kalau duduk br pasang PC. sy 'baca' dari segi budget. budget limited, tp fikir PC dulu .. safety tak ambil kira, itu yg sy pelik.. brg2 besar dah bawa masuk tp lom duduk, tak takut gamaknya kalau malam2 kena curi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 03:46 PM | Show all posts
betul gak, kalau ada bajet wat PC, takkan takde bajet nak wat grill?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 04:00 PM | Show all posts
Ada org yg tak suka pasang grill (me too)...tapi sebab terpaksa..ai terpaksa gak pasang grill (mcm duduk dlm penjara..rumah bergrill sana sini). Mungkin org yg tak pasang grill ni dia dah "grill" rumah dia dengan bacaan pendinding (mana ler tau kan)..,my fren, rumah dia banglo, semua jiran2 dia pasang grill mcm2 petern moden antik dan sebagainya tapi my fren tu rileks jer...setakat hari ini..kes pecah rumah terjadik kat banglo2 yang bergrill..alhamdulillah, rumah my fren masih dalam perlindungan Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 04:28 PM | Show all posts
kenapa rasa terpaksa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 04:46 PM | Show all posts
kenapa rasa terpaksa?
RizalRE Post at 28-10-2010 04:28 PM


Rasa terpaksa sebab kekonon utk security lah kot...hihihihihihihi
rumah 2 tingkat..pasang grill sebab takut anak main tepi tingkap...jatuh (kes terjadi kat my jiran, rumah x pasang grill, anak main panjat2...jatuh..terus dia fobia jual rumah 2 tingkat dia..beli rumah setingkat...) selain tu sebab jiran2 semua pasang grill..nanti tak pasang grill..kena kata pulak (boleh tak bagi alasan mcm nih..) hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 04:55 PM | Show all posts
Rasa terpaksa sebab kekonon utk security lah kot...hihihihihihihi
rumah 2 tingkat..pasang grill ...
AnisSuraya Post at 28-10-2010 16:46



selain tu budaya hidup org mesia kot...umah kena psg grill..grill mesti salah 1 yg tersenarai benda wajib yg kena psg kt umah...heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 09:27 PM | Show all posts
Reply 1575# AnisSuraya


    hadui parts takut kene kata nih susah sikit la....

heheh saya ni jenis yg x ambik port apa org nak kata, yelah nak mengata tu senang, tp kalo sambil dok kata2 tu depa hulur rm1000 - rm2000 tu nak jugak dengar......
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:43 PM | Show all posts
entahlah, bab grill ni saya rasa saya kena pasang... at least rasa secure sikit dari tak pasang. org yg tak pasang grill ni mungkin berani dia lebih kot.

saya pun kurang gemar ada grill, mcm serabut je dgn langsir lagi, apa lagi.

nak senang, kita ingatkan diri.. 'trust in Allah/God, but tie your camel/horse'...
so bab pasang grill ni ialah part 'tie your camel/horse' la... gitu.

apapun itu hak masing2 lah... nak tanak pasang... kita tgk rumah jiran tu, setakat tgk sajalah, nak kepoh lebih2 tak berani lah sebab kita bukan nak menolong mana sgt... abis2 tolong pass no hp tukang grill jer pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 10:57 PM | Show all posts
Reply 1576# dealova04


    budaya pun mungkin... tapi kat mesia ni, kalau kita install hi-tech gadgets mcm cctv, alarm dll tu, harganya mahal (long-term kira), kena maintain sokmo, test buat drill ke apa... dah tu terhad kpd warga kota saja.. kalau yg jauh2 di ceruk ni susah nak harapkan supplier datang pasang/servis bagai.. kalau grill ni, mula2 jer mahal pastu takde apa dah... abis2 pun nak cat semula je.

tapi ada juga rumah di barat yg pasang grill sbg sebahagian dari deco rumah... psg kat luar tingkap siap ada tmpt gantung pasu bagai...

kalau di barat, depa negara maju... bila cctv ke alarm ke apa semua pasang, kalau ada penceroboh, panggil polis kejap je polis dtg.... kalau kat mesia, u bukan VIP/kroni polis, lambat la.

pastu perompak pencuri ni, biasanya terlepas camtu jer... takde nya nak takutkan undang2 sbb penguatkuasaan yg lemah.

grill la yg paling mudah utk diharapkan.

ada juga org yg takut nk decorate rumah di bhgian luar sbb takmo jadi 'umpan' pencuri/perompak... grill tak grill... tapi hidup kita ada constraint disebabkan penjenayah gini... *sigh*
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:51 AM | Show all posts
lagi satu, kalo x pasang drill, premium insurans ade tggi sikit...

ahaaaa, insurans umah ade amik x? untuk kebakaran, theft dll...

umah apt saya mmg dah ambik, pasal dalam master insurans kan, pastu bank pon tetapkan, kalo x amik yg master insurance, kene amik gak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.113395 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list