CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Gangguan Seksual / panduan pencegahan

[Copy link]
Post time 21-5-2007 06:31 PM | Show all posts
setahu aku lar..kes sexual harrasment nih aka raba2 jer

susah nak buktikan pendakwaan dia kat court

tu kadang2 cam report polis pon tak guna..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2007 08:45 AM | Show all posts
PEGUAM SYARIE MENULIS: Akta gangguan seksual wajar disegera
Oleh Nurhidayah Muhd Hashim


ANDA sedang menaip di meja, tiba-tiba datang rakan setugas lelaki memeluk dari belakang dan anda menjerit kerana terkejut. Lelaki itu kemudian pergi meninggalkan anda. Keesokannya, ketika anda sedang bekerja, kakitangan itu datang lagi dan berkata: 揂wak nampak mengghairahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 09:59 PM | Show all posts
Perangi jenayah seksual

SAYA amat dukacita dan pada masa yang sama amat marah dengan kes jenayah seksual yang kelihatan meningkat dari hari ke hari. Oleh yang demikian, saya teruja untuk lebih lantang bersuara tentang masalah ini lebih-lebih lagi apabila saya sendiri telah menjadi mangsa jenayah seksual pada April lalu.

Merujuk kepada laporan bahawa hanya dua peratus daripada 11.6 juta pekerja yang melaporkan kes jenayah seksual di tempat kerja kepada Kementerian Sumber Manusia, begitu menyedihkan.

Ini kerana rata-rata mangsa mengalami trauma dan malu atas kejadian malang yang telah menimpa mereka. Oleh itu, mangsa lebih rela mendiamkan diri, lebih-lebih lagi tidak ada akta khusus di bawah jenayah seksual ini untuk membela mangsa jenayah seksual.

Berdasarkan pengalaman pahit saya sendiri, majikan lebih rela membayar mangsa daripada membiarkan mereka melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Ini kerana selepas peristiwa yang tidak disangka-sangka itu terjadi ke atas diri saya, saya terdengar cerita daripada rakan sekerja yang lain bahawa sebelum ini sudah pernah terjadi beberapa kes lain yang sama.

Tetapi mungkin kerana takut dibuang kerja, malu dan menerima pampasan wang ringgit agar tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, mangsa terus berdiam diri dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Maruah

Saya telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan sebaik sahaja saya mengalami kejadian yang menjatuhkan maruah saya. Saya juga telah membuat laporan kepada pihak polis tetapi kenapa tindakan begitu lambat diambil?

Mungkin kerana kes yang menimpa diri saya ini dipandang remeh dan tidak sepenting kes lain yang dianggap lebih besar seperti kes bunuh.

Tetapi saya ingin menegaskan, oleh kerana kes jenayah seksual yang dipandang remeh dan tidak berapa dipedulikan oleh segelintir pihak, maka terjadinya kes yang lebih serius dan besar seperti kes rogol dan bunuh ke atas wanita lain yang menjadi mangsa.

Lebih menyedihkan mangsa berpakaian menutup aurat, kanak-kanak malahan orang tua. Adakah pihak polis hanya mengambil berat setelah berlakunya kes yang lebih berat?

Seharusnya masalah harus diselesaikan sewaktu ia kecil sebelum menjadi besar kerana sekiranya mangsa telah menjadi mayat, semuanya sudah terlambat.

Saya secara peribadi bercadang untuk memulakan kempen antijenayah seksual. Saya telah menghubungi dan menghantar e-mel kepada Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di dalam dan luar negara kerana saya bukan sahaja ingin menjadikan kempen ini di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa.

Selalunya kes jenayah seksual dilakukan secara sulit dan mangsa tidak mempunyai saksi yang dapat memihak kepadanya. Jika terdapat saksi sekalipun, ia kenalan kepada penjenayah seksual tersebut dan akan berbohong untuk melindungi penjenayah.

Saya telah menjadi mangsa jenayah seksual. Walaupun pada malam kejadian saya trauma, tetapi kejadian tersebut tidak akan mematahkan semangat saya untuk membangkitkan perkara ini kerana saya berpegang kepada pepatah 慴erani kerana benar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 04:12 PM | Show all posts
Menjadikan gangguan seksual sebagai jenayah
Oleh Nor Aziah Mohd. Awal

GANGGUAN seksual berbeza dengan jenayah seksual. Ia adalah satu isu yang hangat diperkatakan hari ini. Buat masa ini telah ada Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja.

Kerajaan telah bercadang menjadikannya satu undang-undang yang memberi kesan yang lebih jelas kepada masyarakat.

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Menurut Artikel 4 Kod Amalan 1999, gangguan seksual ialah perlakuan bercirikan seksual yang tidak diingini atau disenangi termasuklah ganggu secara verbal, tidak verbal, visual, psikologi mahupun secara fizikal.

Ia juga didefinisikan sebagai menyebabkan suatu gangguan terhadap pekerja wanita di tempat kerja mereka dengan mendesak atau mencemuh mereka melalui perbuatan, perkataan atau bukan perkataan yang berbau lucah yang tidak disenangi.

Ramai wanita tidak tahu pun dia diganggu secara seksual seperti apabila seorang rakan sekerja lelaki sering mengatakan dia sangat tertarik dengan punggung atau payudara rakannya itu.

Ramai lelaki yang suka membuat jenaka yang berunsur lucah atau membawa maksud berganda (double meaning). Ini juga sering menimbulkan rasa tidak selesa dan apa yang kita lihat berlaku di Parlimen dahulu adalah satu contoh yang sangat biasa.

Jika gangguan seksual berlaku, apakah perlindungan undang-undang yang sedia ada?

Biasanya, jika ia berlaku di tempat kerja maka Kod Amalan 1999 ini bolehlah digunakan. Namun ia tiada kuasa undang-undang.

Dengan demikian tidak hairanlah ramai pekerja wanita tidak menggunakannya atau melaporkan kejadian gangguan seksual di tempat kerja.

Kebanyakan pekerja wanita jika diganggu secara seksual akan merasa amat tertekan dan bersalah. Malah ramai yang merasakan mereka menyumbang kepada gangguan tersebut seperti merasakan mereka tidak sepatutnya berpakaian sedemikian atau sebagainya.

Dalam kebanyakan pekerja wanita sendiri yang memohon untuk berhenti kerja atau kerana terlalu tertekan tidak datang bekerja sehingga menyebabkan tindakan tatatertib dan pembuangan dilaksanakan terhadapnya.

Dalam kes Lilian Therera de Costa v. Mejar (B) Zulkifli Mokti (1996) 2 ILR 1794 Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa perbuatan defendan terhadap plaintif adalah satu gangguan seksual dan pemecatannya adalah salah di sisi undang-undang.

Apa yang defendan lakukan ialah meraba dan mencium plaintif semasa plaintif berada di biliknya.

Defendan juga telah memeluk dan meraba payudara plaintif semasa plaintif berada di dapur pejabat defendan. Dalam kes ini plaintif telah tidak datang bekerja kerana terlalu diganggu dan ketidakhadirannya menyebabkan dia dibuang kerja.

Plaintif telah membawa kesnya ke Mahkamah Perusahaan dan ia adalah satu suatu pengiktirafan bahawa gangguan seksual adalah suatu kesalahan walaupun bukan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Kesalahan

Peruntukan undang-undang yang paling rapat dengan gangguan seksual ialah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu 搮 mengaibkan kehormatan seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau menunjukan apa-apa benda.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 01:57 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Kasi pecah telur dia :cak: then buat telor dadar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 09:10 AM | Show all posts

Setuju atau tidak?

Atasi gangguan seksual dengan seni bela diri

SENYUMAN seorang wanita boleh menjadi penyebab kepada gangguan seksual di pejabat. Begitu juga sikap ramah dengan menegur dulu seorang lelaki dan berpakaian baju kurung tanpa memakai kain dalam.

Ini antara kajian yang dibuat oleh saya selaku penerbit dan wartawan majalah Seni Beladiri serta pernah terlibat dalam beberapa kempen menangani masalah ragut, rogol dengan sebuah yayasan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), gangguan seksual dan aduan-aduan melalui e-mel.

Senyuman sebenarnya adalah senjata pemikat wanita kerana itu orang tua-tua sering berkata; 揇ari mata turun ke hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2007 03:47 PM | Show all posts

sebuah artikel lama

Mangsa gangguan seksual diarah tukar ke Jempol

KUALA LUMPUR 15 April - Mangsa gangguan seksual, Rubiyah Togi, 38, hari ini mendakwa beliau telah diarahkan berpindah tempat kerja dari Seremban ke Jempol, dipercayai kerana laporan polis berhubung kesnya bulan lalu.

Beliau menerima arahan tersebut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan secara pos bertarikh 9 April yang memintanya melaporkan diri di tempat barunya itu pada 16 April ini.

``Saya baru menerima surat tersebut pada 11 April lepas dan diarahkan bertukar ke Pejabat Daerah Jempol sementara tempat saya pula akan diambil alih oleh operator dari tempat itu,'' katanya.

Beliau yang datang ke Pejabat Utusan di sini hari ini menyifatkan pertukarannya itu sebagai `luar biasa' dan menganggapnya sebagai satu tekanan berikutan pendedahan kesnya itu di Utusan pada 22 Mac lalu.

Utusan sebelum ini menyiarkan muka depan kisah Rubiyah yang mendakwa dua pegawai atasan di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban telah melakukan gangguan seksual terhadap- nya secara lisan dan fizikal sejak awal tahun ini.

Rubiyah ditemani suaminya Mazli Marzuki, 41, dan aktivis sosial badan bukan kerajaan, Lim Ai Yim dari Persatuan Pergerakan Wanita (Awam).

``Saya tidak kisah ditukarkan ke mana pun tetapi masalahnya saya sudah mempunyai rumah sendiri di Seremban sedangkan tempat baru itu pula terletak 80 kilometer jauhnya dan ini amat menyusahkan saya berulang-alik setiap hari,'' katanya.

Ibu kepada lima orang anak itu menambah, dengan pendapatan tidak tetap suaminya sebagai kontraktor dan pendapatan bulanannya sendiri pun tidak mencukupi, arahan tersebut ternyata amat menyusahkan kehidupannya sekeluarga.

Beliau mendakwa di pejabatnya sekarang pun masih banyak lagi kekosongan yang belum diisi dan daripada 30 operator mesin pemprosesan data, hanya tiga orang termasuk dirinya sahaja terlibat dalam pertukaran itu.

``Cukuplah saya sekeluarga dipulau oleh saudara mara, kini pihak atasan pula semacam menekan saya berikutan pendedahan kes berkenaan yang dianggap mencemarkan imej jabatan,'' katanya.

Beliau bagaimanapun akur dengan arahan tersebut walaupun berat menerimanya kerana tidak mahu dianggap ingkar kepada perintah am jabatan.

Sementara itu, Lim memuji keberanian Rubiyah yang sanggup menerima risiko menegakkan kebenaran selain tabah menghadapi pelbagai dugaan di samping sokongan tidak berbelah bahagi suaminya itu.

``Bagi pihak Awam, kita berharap lebih ramai lagi kaum wanita berani tampil memberi pendedahan sedemikian memandangkan tiada undang-undang khusus bagi menangani gangguan seksual sekarang,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 04:45 PM | Show all posts
Gangguan seks dimasukkan dalam Akta Pekerja
15-08-2007 03:39:56 PM  

KOTA BARU:  Kementerian Sumber Manusia akan memperkemaskan lagi Akta Pekerja 1955 untuk menangani masalah gangguan seks di tempat kerja secara lebih menyeluruh.

Pengarah Bahagian Standard Perburuhan kementerian itu, Wan Zulkifli Wan Setapa, berkata satu lagi klausa yang menyebut mengenai pencegahan dan pembasmian gangguan seks di tempat kerja akan dimasukkan dalam akta itu.

"Dengan adanya klausa tambahan itu, ia akan lebih memperincikan masalah gangguan seks di kalangan pekerja dan majikan dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan (jika berlaku gangguan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Penubuhan Mekanisme Dalaman Bagi Mencegah dan Membasmi Gangguan Seks di Tempat Kerja di sini hari ini.

Wan Zulkifli berkata masalah gangguan seksual di tempat kerja perlu diatasi secepat mungkin kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi pekerja seterusnya menjejaskan prestasi kerja.

Sejak 1999, sebanyak 221 kes gangguan seks telah dilaporkan kepada kementerian itu.

"Saya yakin kes yang tidak dilaporkan juga tinggi sebenarnya tetapi atas beberapa faktor, pekerja takut untuk melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja," katanya.

Wan Zulkifli berkata disebabkan itu kementerian mencadangkan agar semua majikan memperkenalkan mekanisme dalaman di tempat masing-masing bagi mengatasi masalah itu tetapi ini masih kurang mendapat sambutan.

"Hanya 125 syarikat yang telah mewujudkan mekanisme tersebut," katanya.

Wan Zulkifli meminta mangsa gangguan seks supaya tidak takut untuk melaporkan perkara itu kepada JTK. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 03:00 AM | Show all posts
Member aku kat sebelah ni asyik tengok gambar blue jer.. rimas aku kalau terpandang.. sampai kena keraskan kepala lak.. kang terpandang lagi di waktu yang salah... dah la aku duorang jer keje neh  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 09:24 AM | Show all posts
Tidak tahu atau sengaja?
Oleh SABITHA MARICAN

BARU-baru ini kita dikejutkan dengan berita empat lelaki membuat aduan bahawa mereka telah diganggu secara seksual oleh rakan sekerja mereka iaitu wanita. Ini agak memeranjatkan.

Sebelum ini wanita yang sering mengadu sedemikian. Berita ini mendapat pelbagai reaksi - lucu, tidak kurang juga yang menuduh lelaki tersebut sebagai 憀embik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 05:09 PM | Show all posts
kalau kita masuk sesuatau website pastu keluar pop-up lucah camne? tu kira sexual harassment tak? bulan posa dah nak dekat ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2008 10:13 AM | Show all posts
Kenapa malu mengadu diganggu secara seksual?

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

SEBAGAI pekerja wanita, pernahkah anda berasa terganggu atau tidak senang apabila rakan sekerja lelaki sengaja mencuit pipi, tangan, pinggang atau lebih berani lagi, mencubit bahagian tubuh lain dengan sengaja dan berulang kali?

Anda sebenarnya berhak melakukan sesuatu untuk menghentikan gangguan seksual tersebut seperti memberi amaran kepada pesalah laku, membuat laporan kepada Jabatan Buruh, pengurusan syarikat atau polis.

Pada tahun 2006, statistik aduan kes gangguan seksual oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 2,023 kes dilaporkan dan 1,646 daripadanya berjaya diselesaikan sementara selebihnya masih dalam siasatan.

Menurut Artikel 4 Kod Amalan 1999, gangguan seksual membawa definisi perlakuan bercirikan seksual yang tidak diingini atau disenangi termasuklah secara lisan, perbuatan, visual, psikologi mahupun secara fizikal.

Ia juga didefinisikan sebagai menyebabkan suatu gangguan terhadap pekerja wanita di tempat kerja dengan mendesak atau mencemuh mereka melalui perbuatan, perkataan atau bukan perkataan yang berbaur lucah dan tidak disenangi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, kebanyakan kes gangguan seksual tidak dilaporkan oleh mangsa kerana beberapa faktor.

Antaranya, rasa malu untuk membuat aduan, bimbang dijadikan bahan sindiran, takut tidak dinaikkan pangkat atau diberhentikan kerja sehingga menyebabkan mangsa terpaksa memendam perasaan dan mengalami tekanan emosi pada akhirnya.

Dalam kebanyakan kes, pekerja wanita sendiri yang memohon untuk berhenti kerja atau tidak datang bekerja kerana terlalu tertekan sehingga mengakibatkan tindakan tatatertib dan pemecatan dikenakan terhadapnya.

Menurut Yen Yen, meskipun sukar, mangsa perlu tampil membuat aduan untuk menyingkirkan persepsi negatif masyarakat terhadap cara mereka berpakaian dan seksualiti wanita berkenaan.

揗engapa rasa malu, kita tidak mahu perkara itu berterusan sehingga terjadi kes rogol yang merupakan peringkat terakhir gangguan seksual.

揓ika ragu-ragu, berikan amaran kali pertama dan kedua jika anda tidak suka atau terganggu dengan gangguan itu, tetapi kali ketiga anda mesti bertegas membuat aduan kepada pihak atasan,拻 katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kod Amalan Untuk Mencegah dan Mengendalikan Kes Gangguan Seksual di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Teks yang dihasilkan oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) itu merupakan inisiatif julung kalinya di peringkat IPTA dan kesinambungan kepada Kod Amalan Bagi Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999.

Pada masa ini, Kod Amalan 1999 itu digunakan sebagai garis panduan untuk majikan dan pekerja namun ia tidak mempunyai status undang-undang malah bukan juga akta atau peraturan di bawah mana-mana akta tertentu.

Sejak itu, kerajaan bercadang menukarkan Kod Amalan itu menjadi undang-undang yang boleh digunakan dan memberi impak lebih berkesan kepada masyarakat memandangkan perlaksanaannya kini tidak jelas sama ada dipatuhi dan dilaksanakan atau sebaliknya.

Pada masa yang sama, pertubuhan bukan kerajaan seperti Kumpulan Tindakan Bersama Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG), Sisters in Islam, Women抯 Aid Organisations (WAO) dan banyak lagi masih memperjuangkan cadangan Rang Undang-Undang Cadangan Gangguan Seksual.

Cadangan itu antara lain agar mereka yang mengalami gangguan seksual atau menyaksikan peristiwa tersebut boleh membuat aduan kepada badan yang dilantik, tanpa mengira sama ada tempat kerja mereka mempunyai dasar yang tersendiri untuk menangani masalah atau tidak.

Ia bertujuan melindungi pekerja kontrak, pembantu rumah (orang gaji), penuntut, ahli kelab, atlet, pelanggan dan ahli perbadanan perindustrian.

Justeru, kata Yen Yen, tidak hairanlah ramai pekerja wanita tidak menggunakan Kod Amalan itu atau melaporkan kejadian gangguan seksual di tempat kerja.

揌anya segelintir majikan menyediakan prosedur berkaitan aduan gangguan seksual walaupun perkara ini sebenarnya penting untuk mengurangkan kes gangguan seksual.

揔ita perlu mengkaji apakah faktor yang menghalang mangsa membuat laporan, adakah masalah berkaitan polisi, kesukaran perlaksanaan atau menyimpan maklumat yang rahsia,拻 katanya.

Yen Yen menambah, kementerian itu sedang mengkaji cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk mewajibkan semua pegawai atasan Jabatan Sumber Manusia di sektor awam dan swasta mengambil kursus gangguan seksual bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu terbabit.

Jelas beliau, pihaknya akan terus memberikan input kepada Kementerian Sumber Manusia berkaitan perkara itu sehinggalah kesemua syarikat dan agensi mempunyai prosedur masing-masing yang boleh dipatuhi dengan jelas.

揝ekarang, konsepnya 憈erpulang kepada anda
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 09:56 PM | Show all posts
saspennyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 12:08 PM | Show all posts
Kalau wat aduan ada tak ditanya "ada bukti tak?"
payah la kalau dia minta bukti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2009 09:28 PM | Show all posts
Akta Gangguan Seksual Akan Digubal

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Akta Gangguan Seksual akan diwujudkan di negara ini bagi menangani isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita termasuk menghapuskan gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon berkata pihaknya sedang membincangkan mengenai akta itu bersama Kementerian Sumber Manusia berhubung cara terbaik bagi meningkatkan usaha menangani masalah berkaitan wanita selain garis panduan sedia ada.

"Pada masa kini, Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999, merupakan satu-satunya garis panduan yang digunakan oleh kerajaan bagi menangani masalah itu," katanya selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita di Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, Ahad.

Beliau berkata gangguan seksual berlaku dalam apa jua bentuk sama ada fizikal, lisan, isyarat dan gangguan psikologi yang merupakan sesuatu yang sangat serius dan kesalahannya kini diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan.

Noriah berkata kementeriannya juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam dalam membincangkan mengenai isu berkaitan wanita khususnya gangguan seksual.

"Selaku seorang wanita dan individu, saya yakin semua orang perlu 'privasi' dalam kehidupan, cadangan itu (akta itu) akan dilihat dan dibincangkan dengan lebih lanjut, bukan keputusan sehari dua, ia satu cadangan yang baik untuk diambil kira," katanya.

Menurutnya, bilangan kes gangguan seksual di kalangan wanita lebih tinggi daripada yang dilaporkan memandangkan kebanyakan mangsa masih mempunyai perasaan malu dan takut untuk membawa kes mereka ke pihak berkuasa.

Dari 2005 hingga 2008, sebanyak 3,906 kes gangguan seksual termasuk kes rogol dan cabul dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebanyak 27 kes tindakan tatatertib melibatkan sektor awam dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook dalam ceramahnya berkata berdasarkan statistik, punca kes-kes keganasan rumahtangga yang dilaporkan kepada PDRM, sehingga Mac tahun lepas antara lain akibat penagihan dadah (sembilan kes), mabuk dan judi (lapan kes) dan perebutan anak (tujuh kes).

Bagi tahun 2007 pula menunjukkan sebanyak 60 kes membabitkan perselisihan faham disebabkan pihak ketiga bagi pasangan suami isteri dan 25 kes bagi penagihan dadah, mabuk dan judi dan 36 kes dalam perebutan anak.

"Kes-kes yang mempunyai elemen jenayah sahaja akan disiasat oleh pihak polis dan semua kes yang lazim ditangkap melayakkan polis membuat tangkapan...membuat laporan polis bukanlah satu jalan penyelesaian, oleh itu kaunseling adalah salah satu langkah yang perlu dipertimbangkan," katanya.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2009 02:59 AM | Show all posts
Akta khas lindung wanita daripada gangguan seksual

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Akta khas bagi melindungi golongan wanita daripada keganasan dan gangguan seksual di semua tempat selain di tempat kerja akan digubal tidak lama lagi.

Pada masa ini, pesalah hanya dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual yang dilancarkan pada 1999.

Hukuman yang dikenakan terhadap pesalah bagaimanapun bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara majikan sama ada menggantung atau memecat pekerja berkaitan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon berkata, hukuman yang jelas dan akan dikuatkuasakan di semua tempat itu telah dicadangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Menurutnya, kajian penggubalan undang-undang itu akan turut melibatkan Kementerian Sumber Manusia.

"Pada masa ini pesalah hanya dikenakan amaran, turun pangkat atau dibuang kerja, nampaknya ini tidak beri pengajaran apabila jumlah kes rogol dan cabul masih tinggi iaitu 3,906 dari 2005 hingga 2008.

"Saya yakin jumlahnya terus bertambah, justeru kita akan kaji mengenai akta khas itu bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Peguam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keganasan dan Gangguan Seksual Terhadap Wanita anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kesihatan Wanita (PSKKWM) di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua PSKKWM, Datin Blanche Olbery dan penceramah bebas dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fatimah Yusoff.

Noriah berkata, pihaknya telah menubuhkan Pusat Sehenti Krisis Wanita (OSCC) di setiap klinik kesihatan di seluruh negara sebagai platform untuk wanita melaporkan aduan berkaitan kes keganasan dan gangguan seksual.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2009 11:24 AM | Show all posts
Panduan pencegahan gangguan seksual di dalam tren

MENGGUNAKAN pengangkutan awam seperti tren seharusnya merupakan satu pengalaman yang selamat dan selesa.

Walaubagaimanapun, dalam situasi hari ini, para penumpang harus sentiasa berwaspada di atas kemungkinan berlakunya kes gangguan seksual di dalam tren.

Menyedari kemungkinan ini, maka KTM Berhad ingin berkongsi tips dan cadangan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa gangguan individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, tiada undang-undang khusus berkaitan gangguan seksual dalam pengangkutan awam di Malaysia.

Apa itu gangguan seksual?

Gangguan seksual adalah perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual seperti berikut:

Gangguan secara lisan

Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, cerita, jenaka atau membuat bunyi-bunyian, kritikan atau pujian yang berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seorang tersinggung atau terhina.

Gangguan secara isyarat

Gangguan yang dipamerkan dengan memberi maksud atau keinginan yang berunsur seksual, seperti menjeling, menggoda, menjilat bibir, menunjukkan anggota sulit atau bahasa isyarat yang lucah.

Gangguan secara visual

Menunjukkan gambar atau objek melalui bahan cetak, atau media elektronik seperti telefon, kamera, audio-visual sehingga menyebabkan penumpang berasa terganggu, tersinggung atau terhina.

Gangguan secara fizikal

Gangguan berbentuk fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati seseorang dalam keadaan terlalu dekat sehingga menyebabkan seseorang itu merasa kurang selesa, memeluk, memegang, menepuk, mengosok, mencubit, mencium dan meraba seseorang sehingga dia merasa terhina dan tersinggung.

Apakah yang boleh dibuat oleh penumpang bagi mengelak daripada berada dalam situasi di atas?

Rancang masa perjalanan anda bagi mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam pada waktu larut malam.

Semasa berada di dalam tren, pastikan anda berada di tempat yang selamat (seperti berada di kalangan penumpang sama jantina atau mereka yang membawa keluarga).

Jika anda mendapati diri anda berseorangan atau berada di kalangan hanya beberapa orang individu di dalam koc, adalah lebih selamat dan selesa sekiranya anda berpindah ke koc yang mempunyai ramai penumpang.

Di dalam tren yang sesak, pastikan posisi badan anda berada dalam keadaan paling selesa dengan sentuhan yang minimum antara anda dan penumpang lain.

Tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku gangguan seksual di dalam tren

Jangan panik. Segera berpindah ke tempat/koc yang lebih selamat.

Cakap dengan kuat dan tegas. Maklumkan kepada pengganggu untuk memberhentikan perbuatan yang dilakukan. Jika perlu, pekik atau jerit untuk menarik perhatian orang lain.

Duduk/berdiri di tempat lain seperti berhampiran penumpang yang lain jika anda merasa lebih selesa berbuat demikian;

Ambil tindakan yang agresif ke atas pengganggu seperti menyembur pewangi, mencucuk dengan pin tudung, menghentak kaki penganggu dengan hujung payung atau apa saja tindakan yang difikirkan terbaik untuk keselamatan diri anda. Ini akan menarik perhatian orang lain dan akan memeranjatkan pengganggu dan menghalang hasratnya;

Segera laporkan gangguan atau ugutan penumpang kepada Pusat Panggilan KTM Berhad, 03-22671200 antara pukul 7.30 pagi hingga 9.30 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum atau anda boleh hubungi talian Bantuan Kecemasan KTM Berhad, 03-22631194 selepas pukul 9.30 malam;

Segera membuat laporan polis sekiranya pengganggu melakukan sesuatu seperti mencabul kehormatan. Ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Mintalah bantuan kakitangan atau pegawai KTM Berhad yang bertugas. Cuba beri gambaran yang jelas kepada polis tentang pengganggu tersebut, bahan bukti seperti rakaman gambar pengganggu (melalui telefon bimbit dan sebagainya) dan jika boleh dapatkanlah seorang saksi kejadian tersebut untuk turut hadir bersama-sama anda.

Unit Khidmat Pelanggan KTM Komuter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 09:07 PM | Show all posts
KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

PERLAKUAN, KEADAAN ATAU PERBUATAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI GANGGUAN SEKSUAL

(a)        Gangguan Secara Lisan
Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut

(b)        Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)
Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain

(c)        Gangguan Secara Visual
Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

(d)        Gangguan Secara Fizikal
Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

(e)        Gangguan Secara Psikologi
Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.


baca kat thread GS @ bod CI
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:30 PM | Show all posts
dulu masa kerja kat satu opis ni majoriti mmg pompuan staff...tp ade 2 org ajer lelaki...yg sorang tu mmg bagus orgnye tp yg sorang lg ni ya ampun muka cam apa2 perangai pun kelaut...suka meraba n selongkar barang2 staff...

selalu staff pompuan ngadu kat qies depa kena raba ler n barang kena selongkar then mamat tak semegah ni suka tipon depa tgh2 malam .... nak jadi citer satu ari dia cam nak buat perangai ngan qies...sebelum dia sempat nak buat apa2...qies sergah dia ugut kata nak report bos then report polis...apa dia ingat qies takut ngan dia...walaupun badan dia besar dari qies...jgn harap ler ku nak takut...sejak kena warning ngan qies...dia kurang dah meraba bebudak ni...kalo qies ada jalan tunduk ajer...baru nak bukak mulut dah kena tengking ngan qies....saja buat ganaz...jgn bagi muka org gini...staff selalu kena usik sbb takut nak marah dia...tp ngan qies...jgn harap ler...

so bagi perempuan2 diluar sana jgn takut bersuara kalo kena gini...wat pe nak takut bukan wat salah pun kan...org2 cam ni mmg kena ajar ... hidup menyusahkan org ajer...:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056048 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list