CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8649|Reply: 21

refinance rumah

[Copy link]
Post time 8-2-2007 09:34 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum....

nak minta pendapat dan pertolongan. saya nak refinance rumah saya tetapi saya tak tahu prosedur2 yg perlu dilakukan. Contoh:-

a) ayat2 yg popular ketika bercakap dengan pihak bank.
b) adakah extra2 bayaran yg akan dikenakan.
c) tempoh refinance
d) bank yg terbaik dgn kadar interest yg rendah
e) islamic / x islamic

diharap ada yg sudi memberi tunjuk ajar. tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2007 12:29 PM | Show all posts
Jawaban kepada persoalan ko:

a) Ayat ayat popular:
    Bang....o.....bang....saya nak buat loan dengan abang!!!!.
b) Extra bayaran: ada stamp duty, caj prepared agreement, caj loyer.
c) tempoh Finance : bergantung pada umur anda kalau muda tempohnya yang panjang kerana ada bank yang kasi bayaran balik hingga umur 65tahun.
d) bank yang interest rendah ; interest lebih kurang sama cuma structure payment sahaja yang berbeza.
e) Islamic/konvensional : bergantung kepada anda.

tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 11:55 PM | Show all posts
lagi satu nak tambah ialah valuation fee...  nanti bank akan appoint valuer untuk determine value rumah tapi yg bayar fees tu kita
dulu pernah kena dalam rm400...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 09:02 AM | Show all posts

Reply #3 iu78's post

Sebenarnya fees to bergantung pada property kita...lagi mahal property kita tuh lagi tinggi fees die.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:30 PM | Show all posts
valuer tu pulak mesti dikalangan panel bank jgn  main sebat je.nanti membazir duit je...

bawak dokumen cam biasa la, slip gaji 3 bulan, epf 3 bulan...

interest bank tu ko kene survey sbb setiap bank ada promotion diaorg yg tersendiri... tapi antara bank yg boleh dielakkan sbb interest mahal mungkin mcm bank rakyat, bsn...

samaada konvensional atau islamic? aku suka konvensional lagi walaupun dia ikut BLR sbb still murah berbanding islamic yg tetap.tapi kalau senang nak budget duit tiap2 bulan amik islamic lah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:14 PM | Show all posts
my hubby amik refinance loan gak...huh this month baru dpt cheque tu....but let me tell u this,proses sehingga dpt cheque tu mmg lame laa...ade la 6 month.....n charges yg berkaitan cam stamping,lawyer fee tu kena la prepare siap2...coz mahal..u takkan expect how much u have to pay untill u'll be informed by them.....
so far dh dpt tu alhamdulillah....but have to be patient!......
from my point of view, kalau nk wat refinance loan ni,rajin2 laaa korek2 maklumat from bank n find out which bank offer the best...also prepare duit utk charges2 yang berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2007 03:09 PM | Show all posts
boleh taksapeyg tau pasal interestbankni mane yg paling terendah
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 09:49 PM | Show all posts
ko masuk link kat bawah ni.... le ni cara ni popular... dia ada consultant sendiri...setahu aku kita tak payah bayar apa apa consultant fee... bank yg akan bagi comission kat dia,  ko check le dulu apa loan ko punya term, pahtu ko call diorg cakap ko nak refinance rumah ...dia akan tanya utk apa... utk settlekan loan cepat ke, utk byr kurang ke, nak duit ke...ikut ko je le.... pahtu dia akan refer le apa loan yg sesuai utk buat refinance.... ari tu aku tanya gak...tapi dia ckp aku punya loan AIA 5.99% tu antara the best offer... so dia tak dak jawapan utk masalah aku...






http://www.fiscal-wise.com.my/FiscalWiseWeb/MalaysiaHomeLoan.aspx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 04:48 PM | Show all posts
lepas siap rumah lama mana bleh setat buat refinance ni ek?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 05:05 PM | Show all posts
caj lawyer kita kena bayar balik ker... hmm..banayknyer caj kena bayar...untung kat mana buat refinance ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 07:14 PM | Show all posts
kalau nak cuba

amik
Daily rate... yg ada tak kenakan apa apa bayaran movement kos...


HSBC, ambank, ocbc,

antara bank bank interest terendah utk daily rates


leh bayar rumah sebulan 2 kali tu... bayar ansur ansur pun boleh...

cthnya sepatutnya bayar rumah sebulan 500
kita buat 5 kali bayar
100X5 kali sebulan pun leh...

YG BAGUSNYA ini daily interest...  kalau kita bayar 100X5 nie... kita leh pendekkan tempoh pinjaman kita... NAK TAU KENAPA... PI TANYA HSBC... dia tak selindungkan apa apa semua dia citer...


yg bestnya amik daily interst nie kalau kita terbayar lebih utk bulan tu... kita boleh bawa kuar duit tu semula...

makluman lanjut sila layari website HSBC ekekekek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 11:03 AM | Show all posts
Aku pon tak paham pasal refinancing nie. Aku amik loan rumah ngan BIMB. Last week dapat surat drp BIMB offer utk refinancing. So ape keuntungan pada aku untuk refinancing? Kurangkan monthly payment? Loan tenure? Apa pulak keuntungan dorang, sedangkan memang aku dah amik loan tuh ngan dorang (BIMB)...??
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 08:55 PM | Show all posts
nak tanya skit sapa2 yg tau kalau kita amik loan bank utk beli umah...lepas tu nak convert ke gomen loan plak, ada penalti tak yg pihak bank akan kenakan
kat kita...
saja nak tau sbb plan nak beli umah tapi blum sah jawatan lagi, kalau nak tunggu may be umah yg berkenan tu dah abis ...lg pun makin lama umah makin mahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #14 ieza_06's post

memang kene penalti kalau jual umah bawah 5 tahun... tengok dalam loan agreement, kalau public bank kene 3%
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 07:44 PM | Show all posts
tq elbecks...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 05:55 PM | Show all posts
rumah i native land... tak semua bank yg dpt refinance.. kat mana lagi boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #17 idase76's post

native land selalunya ada restriction to deal in property, ie tak blh suka2 jual/ beli/transfer,....tak tau pulak psl bank tak blh refinan ce
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:41 AM | Show all posts
Rencana

26 Mac, 2008 10:16 AM     


Pembiayaan Semula Rumah: Langkah Seterusnya

Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pembiayaan semula mungkin satu-satunya pilihan mencari mudah tunai bagi sesetengah orang menggunakan aset sedia ada.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelum ini, adalah lebih baik anda pertimbangkan pembiayaan semula hanya jika ia benar-benar menguntungkan anda.

Faktor penting yang perlu anda pertimbangkan ialah penjimatan kos yang diharapkan mesti jauh lebih daripada kos pembiayaan semula itu.

Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) telah menggariskan beberapa langkah mudah untuk menentukan sama ada anda boleh atau tidak boleh membiaya semula. Langkah-langkah itu adalah:

i. Dapatkan maklumat mengenai pinjaman yang ada.

Bagi pinjaman semasa, anda seharusnya mendapatkan maklumat seperti baki pinjaman, baki tempoh gadai janji dan kadar faedah pinjaman.

ii. Dapatkan maklumat akan pinjaman baru seperti terma-terma dan tempoh pinjaman baru itu serta kadar faedah bagi pinjaman baru.

iii. Hal-hal lain seperti kos pembiayaan semula, termasuk:

* bayaran memproses permohonan;

* bayaran guaman;

* duti setem;

* bayaran penilaian dan bayaran tebus (exit fee)

Bayaran tebus perlu dibayar kepada bank jika anda melunaskan pinjaman lebih awal untuk melakukan gadai janji baru.

Jadi, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga tempoh penalti tebus berakhir sebelum anda meminjam semula menggunakan aset yang sama.

Juga berwaspada akan promosi "Zero-Entry Cost" atau "Zero-Moving Cost" yang ditawarkan oleh kebanyakan bank. Di bawah promosi ini, anda menikmati pengecualian daripada bayaran memproses, bayaran atau yuran guaman, duti setem, dan duti penilaian (tawaran ini berbeza dari bank ke bank).

Bagaimanapun, bank mungkin mengenakan syarat-syarat - sebagai contoh, kadar lebih tinggi bagi bayaran atau yuran tebus. Lazimnya, bayaran yang dikecualikan ini dijadikan sebahagian daripada bayaran tebus (exit fee). Jadi berhati-hati dalam menilai pakej pembiayaan semula.

SELIDIK DAHULU

Anda harus memulakan pencarian anda dengan peminjam sedia ada. Besar kemungkinan mereka akan melayan permintaan anda untuk membiaya semula kerana tidak mahu kehilangan seorang pelanggan yang bagus.

Apa yang penting ialah membandingkan tawaran daripada sekurang-kurangnya empat buah bank.

Jika alasannya ialah untuk berpindah kepada kadar yang lebih menarik, maka anda perlu pastikan bahawa kadar itu akan kekal demikian di masa hadapan.

Untuk melakukan ini, teliti perubahan kadar standard bank-bank berkenaan, yang menunjukkan daya saing semasa.

Satu kadar yang rendah bermakna bank dapat menawarkan satu kadar kompetitif kepada peminjam sedia ada serta para pelanggan barunya.

Turun naik kadar mata wang juga memberikan kepada peminjam peluang untuk membiaya semula pinjaman perumahan mereka serta mengurangkan kos gadai janji. Setiap institusi kewangan menawarkan kadar berlainan, jadi carilah tawaran terbaik bagi anda.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 01:43 PM | Show all posts
wow..kalau tak bertanya sesat jalan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 01:44 PM | Show all posts
memang dalam perancangan nak buat refinance..stakat ni history dengan bank ok la.. rumah pon dah beli hampir 7 tahun cenggitu la..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.678711 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list