CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25078|Reply: 33

~` POKOK INAI `~

[Copy link]
Post time 5-2-2007 02:10 PM | Show all posts |Read mode
iFA ..nak kenalkan pokok inai semula pada semua....maybe ader yg dah lupa coz skg senang beli yg serbuk ajer...masa zaman mude2 dulu...susah payah menumbuk daun pokok inai nie masa mokcik2 nak kawen atau bertunang ..sedikit info pasal pokok inai...


http://www.melur.com/images/myherba/inai.jpg


Nama Tempatan:Inai[/td]
Nama Saintifik:Lawsonia Inermis[/td]
Nama Lain:Henna,pacar jawa(indonesia),[/td]
Famili:Lythraceae [/td]
Lokasi dijumpai:Tumbuhan taman dan laman[/td]
Asal:[/td]
keterangan:[/td]
Inai ialah sejenis tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna pucat.Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang dan biji benih.Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap dengan bintik-bintik kehitaman.Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan untuk mewarna kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengaliran yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama
[/td]
kegunaan:
Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan untuk:
1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan). Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan.Untuk luka bersalin dan pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
2.Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih didalam bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum.
3.Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali seminggu.
4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi.
5.Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.

sumber : www.melur.com


[ Last edited by  razifah at 5-2-2007 02:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2007 02:23 PM | Show all posts
Tajuk :
Mewarnakan Rambut
Hadith :  
Dari Ibnu Sirin r. A katanya:.擜ku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:擜dakah Rasulullah s.a.w mencelup rambut baginda?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 06:47 PM | Show all posts
razifah... kat nursery ada jual ke pokok inai ni... iLa tgh cuba tanam pokok ni dari batangnye.. tak tau lah boleh idup ke idap.. bukan apa.. pokok ina ni banyak gunanye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 06:50 PM | Show all posts

Reply #3 ilahairi's post

ifa tak pernah terjumpalah ila...tapi kalau nak tanam memang dr batangnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 06:53 PM | Show all posts
S. Jibeng (Cikgu Amir Kasmadi)

Inai Di Jari

Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu hai dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata

( korus )
Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu-rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkeorban dalam bercinta

( ulang korus )
Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 06:57 PM | Show all posts


daun inai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2007 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 15-2-2007 06:50 PM
ifa tak pernah terjumpalah ila...tapi kalau nak tanam memang dr batangnya..



mekacih ya... akan ku cuba sedaya upaya utk menanamnye ...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 08:26 PM | Show all posts

Reply #2 razifah's post

Pokok Katam yg dari Yaman tu camna pulak rupanya ye? kalau ada photo...atau nama scientificnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2007 10:25 PM | Show all posts
mcm tau2 je ifaa.. kak noor tgh cari inai.. nak warnakan uban yg dah banyak kat kepala ni.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 11-3-2007 10:25 PM
mcm tau2 je ifaa.. kak noor tgh cari inai.. nak warnakan uban yg dah banyak kat kepala ni.. hahaha..


hehhehe guna inai mekah aje kak hannah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #10 mok_nik's post

Betul ckp Mok nik tu kak noor....murah juga...skg tgh femes inai mekah yg dlm tiub....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 02:42 PM | Show all posts
masa kecik2 dulu selalu tumbuk daun inai dgn sepupu sepapat,
pastu gilir2 pakaikan masing2.

oh bestnya di saat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 12-3-2007 02:34 PM
Betul ckp Mok nik tu kak noor....murah juga...skg tgh femes inai mekah yg dlm tiub....


iyelah.. anak dara saya pun sebok ngan inai tu. babysitter dia yg pakaikan.
sekali balik rumah, tgk jari dah merah je.
alahai anak dara aku sorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 12-3-2007 02:34 PM
Betul ckp Mok nik tu kak noor....murah juga...skg tgh femes inai mekah yg dlm tiub....


mok nik tak suka pakai inai ..sejak dulu hingga kini

teringat masa nak nikah dulu ...mok nik tak mahu pakai inai, belah family mok nik tak kisah tapi mertua suruh pakai, dia kata cam bukan nikah kawin kalau tak pakai inai. dan bubkanadat kat perak nikah tak pakai inai ... uhhh siksanyaaa pakai inai nih masa tu .... kejap aje pakai .. tak sempat merah pun. ari nikah jeling mertua mok nik kat jari menantunya yg tak merah menyala
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 11:14 PM | Show all posts
moknik.. ifa.. kena cari inai mekah lah ni ya.. cara mana nak inai rambut?? tak pernah buat lah.. tapi kak noor suka juga tgk uban kat kepala ni.. sebab kalau tgk org highlight rambut.. serupa mcm uban2 kat kepala kak noor ni.. dia banyak belah depan.. dan tepi.. ala2 highlight.. pandai dia cari lokasi.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 11:17 PM | Show all posts
bila moknik ckp psl nikah ni.. teringat time kak noor nak nikah.. kawan satu opis yg dok betul2 depan meja kak noor yg tukang pakaikan inai.. kak noor kenang jasa dia.. kami kawan baik sampai kini.. dah ckp kat dia.. nanti hang kawin, kita pulak yg pakaikan inai.. tapi jodoh dia lambat sgt.. dia baru kawin 10 tahun yg lepas.. so.. masa tu kak noor jadi tukang andam dia.. caya tu.. tak pernah2 buat.. tapi atas permintaan dia, buat lah juga.. pastu semua kata muka dia ala2 uji rashid.. bukan takat andam.. siap jadi pengapit lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by razifah at 12-3-2007 02:34 PM
Betul ckp Mok nik tu kak noor....murah juga...skg tgh femes inai mekah yg dlm tiub....


betol tuh Ifa...me yg tak suke pakai inai pun..dah terjebak...sbb senang nak pakai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 01:12 PM | Show all posts

Reply #17 amamiya5674's post

huhuhuhu
yg lagi dasyat bole try pulak nak lukis2 kerawang kat tangan. Bf jeling benci hahahaha ....amatur
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 13-3-2007 01:12 PM
huhuhuhu
yg lagi dasyat bole try pulak nak lukis2 kerawang kat tangan. Bf jeling benci hahahaha ....amatur



aikk.. yg ni kan yg indian jual..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #19 noor_hannah's post

yg dr mekah skg nie siap dalam tiub kak noor....yg dulu2 dr mekah jual serbuk ajer...yg dalam tiub ni siap bancuh...just picit jer utk diguna....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.269712 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list