CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

- ARCHITECT -

[Copy link]
Post time 8-2-2007 07:40 PM | Show all posts

Reply #92 pinkunoneko's post

probs nyer saper2 pun mmg bleh design..tp bab implementation..out!!!tukang rumah kat kampung lagik pandai wat calculation strcture n space trus kat site..ramai budak2 baru grade skg neh syok sendirik atas kertas jek..asyik kena bambu ngan bos jek ..tp kena ingat..kalo firm arkitek tmpat kita keje takde conection lagsung ngan local otoriti brpangkat tggi skit keje approval mmg lembab..kalo x masakan datuk bandar dbKL dulu kena sacked..!!!CF pun dibuat jual beli ceh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


encik_hyper This user has been deleted
Post time 8-2-2007 08:38 PM | Show all posts
ui....aku baru tinggalkan beberapa hari...da kencang gak post2 kat sini eh.....huh panjang2 post masing2...hahaha
Reply

Use magic Report

encik_hyper This user has been deleted
Post time 8-2-2007 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by civicbiru at 8-2-2007 07:40 PM
probs nyer saper2 pun mmg bleh design..tp bab implementation..out!!!tukang rumah kat kampung lagik pandai wat calculation strcture n space trus kat site..ramai budak2 baru grade skg neh syok send ...


gua setuju beb!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by civicbiru at 8-2-2007 11:40
probs nyer saper2 pun mmg bleh design..tp bab implementation..out!!!tukang rumah kat kampung lagik pandai wat calculation strcture n space trus kat site..ramai budak2 baru grade skg neh syok send ...



bro civicbiru....inilah realiti beb ...
(masalah bila baru grade ni setahun dua, dah kenunnya tahu semua)
tade hal lah beb ... malaya lah katakan ... maleh den nak layan ...
dah jadi barah ... (kata che det ... dah lama dahhhh ...)
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 02:29 AM | Show all posts
halaman ke - 5 ini , kita cerita sedikit tentang Professional indemnity insurance,
untuk melindungi para 'ARKITEK' (hanya mereka yang memiliki kelulusan mengamalkan praktis arkitek pt III , dipanggil ARKITEK) dan nama ini dilindungi oleh Lembaga Arkitek.

secara kasarnya, insurance ini diperlukan untuk melindungi ARKITEK yang terpaksa mempertahankan firma atau individu apabila berlaku kecuaian atau melanggar syarat kontrak sesuatu projek.

Pihak Lembaga Arkitek mensyaratkan setiap firma mengambil insuran ini sebagai perlindungan yang memungkinkan pihak pemilik projek, juruperunding atau orang awam mengambil tindakan mahkamah jika berlaku perkara seperti kecacatan bangunan kekal, perubahan rekabentuk tanpa dipersetuju pemilik projek, masalah di tapak projek, kesilapan likisan butiran / detail dan sebagainya. ringkasan rujukan insuran yang diperlukan seperti berikut :

Professional indemnity insurance

Professional indemnity insurance indemnifies you from the legal liability and legal defence costs you may incur as a result of breaching a duty of care to your clients.
Classed as a 憈raditional
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:37 AM | Show all posts
Originally posted by sodoq at 8-2-2007 08:20
so kesimpulan nyer jadi draughtsman lagi best la dari jadi arkitek nie.........................bleh tak draughtsman nak jadi arkitek tak pion nak letak gelaran kat pangkal nama mcm drg polan bin  ...


bj tolong jawabkan soalan enche sodoq ni.

so kesimpulan nyer jadi draughtsman lagi best la dari jadi arkitek nie

bj tekankan sekali lagi ... perkataan 'ARKITEK' hanya merujuk kepada seseorang yang lulus peperiksaan LAM, pt III. dan memenuhi syarat yang digariskan. rujuk akta arkitek, 'code of conduct'
mereka layak dipanggil arkitek dan mengamalkan praktisnya dengan dilindungi akta berkenaan.

enche sodoq ; sama ada jadi draughtsman atau jadi arkitek agung ... kedua duanya penting .
arkitek boleh jadi seronok apabila hasil kerja digunakan memberi keselesaan kepada kehidupan manusia, membina masyarakat yang menghormati, kejiranan yang harmoni  .

dan begitu juga sebaliknya apabila arkitek menyebabkan kehidupan manusia semakin rosak, ianya akan mengundang sumpah seranah manusia juga. sebagai contoh : pada 1960-an, bangunan kediaman awam rekaan Le Corbusier yang memenangi pertandingan senibina ketika itu di peranchis telah dirobohkan selepas 10 tahun digunakan. bangunan kediaman awam rekaan beliau telah gagal mengatasi masalah sosial masyarakat di situ seperti penagihan dadah, kesilapan perancangan susunatur ruang, pencahayaan dan fungsi telah menyebabkan bertambahnya masalah sosial spt rogol, rompak, dadah dsb.

begitu juga bangunan kediaman awam di Sheffield UK (bentuk melingkar spt. ular), telah ditinggalkan sekian lama akibat masalah yang sama. kompleks perumahan ini gagal membentuk persekitaran awam yang sihat untuk penghuninya. kini ia hanya dihuni oleh golongan tua dan miskin.

di tanah melayu pula, kerjaya arkitek menjadi tidak seronok boleh dilihat pada projek perumahan awam DBKL contohnya, flat pekeliling, (saiz bilik minimum untuk 8 orang anak, dan juga projek perumahan mampu milik pemaju  t****. dalam kes ini, arkitek sebagai pegawai penguasa mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan (architects instruction) kepada kontraktor supaya memperbaiki kecacatan bangunan sebelum rumah dipindah milik kepada pengguna terakhir (end user).

malangnya, kuasa arkitek seperti tidak bernyawa apabila segelintir mereka hanya mahu mengeluarkan CPC (certificate practical completion) dengan cepat dan menerima bayaran penyiapan projek daripada pemaju. apatah lagi, CMGD belum lagi dikemukakan. akhirnya, pengguna, rakyat golongan marhain terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk memperbaiki bumbung bocor, tandas tersumbat, lantai retak dan sebagainya. sedangkan bangunan yang masih belum bersedia dikeluarkan CF (certificate of fitness occupation) ini sepatutnya diperbaiki kontraktor & pemaju dengan arahan Pegawai Penguasa (superintendent officer).

di pejabat majlis tempatan pula, berdasarkan pengalaman bj, ianya masalah rasuah. salah satunya (ada tugas baru .. namanya Tukang Swap Fail) ... inilah barah yang bj maksudkan. barah yang menunggu masa. dah tak boleh dibuat apa lagi. sekadar kesedaran individu, dan juga tulisan bj di dalam cari.com.my ini merupakan usaha terakhir yang bj mampu. kawan kawan yang lain lebih tahu bagaimana mengatasinya. bj ucapkan tahniah.

bleh tak draughtsman nak jadi arkitek tak pon nak letak gelaran kat pangkal nama mcm drg polan bin  ...

pelukis pelan boleh mengamalkan praktisnya sendiri apabila lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia. mereka akan dikenali sebagai pelukis pelan berdaftar . mereka boleh menggunakan gelaran Pelukis Pelan Berdaftar dengan ruang tugas / kuasa yang terhad seperti bangunan rekaan tidak boleh melebihi 2 tingkat, keluasan kurang dpd .... bla bla ... . sila rujuk akta arkitek, kalau nak letak gelaran di pangkal nama macam Ar.... kenalah sediakan duitnya banyak banyakkkkkk .. untuk bayar saman .

harap jawapan bj membantu.
sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2007 03:41 AM | Show all posts
enche hyper ... maaflah gua tulis panjang sangat daaaaaaaaa ...

weh tepek gambo la beb ... mimosa pudika kaa , samania saman kaa , cocos nucifera kaaa, ixora sunkist kaaa ....  bunga taik ayam kaa ...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 06:28 AM | Show all posts
Originally posted by sodoq at 8-2-2007 08:20
so kesimpulan nyer jadi draughtsman lagi best la dari jadi arkitek nie.........................bleh tak draughtsman nak jadi arkitek tak pion nak letak gelaran kat pangkal nama mcm drg polan bin  ...



samb....


arkitek lagi best daripada draughtsman apabila :
mereka yang benar benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai arkitek ini sahaja yang tahu menggunakannya. contohnya, jika arkitek merekabentuk bangunan kondominium 35 tingkat untuk didiami manusia, arkitek terlibat mendapat manfaat 'saham' di akhirat juga kerana menjadi sebahagian daripada kumpulan penting yang menyediakan tempat tinggal di dalam kehidupan manusia di dunia.

begitu juga sebaliknya, jika mangkuk tandas kondominium ini menghadap atau membelakangkan kiblat umat Islam, selama itulah arkitek ini akan menerima 'sahamnya' selama mana mangkuk tandas ini digunakan. Tanggungjawab ini bukanlah ringan. ianya perlu diisi dengan ilmu. belajar bukan setakat 6 atau 7 tahun sahaja.  

sebab itulah bj tuliskan lebih awal ... 'ARKITEK' ini menuntut kecekalan dan ilmu sepertimana profesion yang lain. bukannya untuk berseronok seronok, gah dengan gelaran dan sebagainya. tiada gunanya gelaran Ar. jika kualiti projek menjadi bahan cemuhan, sumpah seranah masyarakat. sesetengah arkitek terpaksa bersekongkol dengan pemaju projek sepertimana banyak projek perumahan terbengkalai. seperti  juga masalah rasuah, sedikit sebanyak memang terlibat kerana bidang ini adalah barisan hadapan sesuatu projek, yang pertama tahu ke mana perginya wang amanah rakyat. ini yang dipanggil 'arcipan' atau 'arcipet' ... perosak bangsa dan masyarakat. (bj harap yang berkenaan membaca tulisan bj. hanya kesedaran individu sahaja yang mampu mengubahnya)

ramai di kalangan pemegang ijazah sarjana muda senibina di tanah melayu (diploma di UK) menukar profesion setelah beberapa tahun di dalam bidang ini, antaranya disebabkan isu yang bj kemukakan di atas. bukan bj tidak menggalakkan enche sodoq menjadi arkitek, cuma lengkapkan ilmu secukupnya bukan setakat ilmu senibina sahaja.

selamat berjaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 7-2-2007 10:07 AM
tuh la senario sedeyyy kat mesia nieh... busan aku.... ni  client bos aku tuh nak tuh nak nieh lah... lunching dah nak dekat.. design asik ubah jer lah penat aku... kang tak siap aku gak kene...

... kat emsia nieh... client is always right.. which is bad for achitecture field.: ...



kekadang terpaksa diminta perubahan2 atas dasar meminimumkan future problem ataupun atas sebab kos..
Di malaysia ni  praktis pembangunan  adalah berdasarkan allocation dan bukan berdasarkan keperluan.
Projek Government pon based on budget.

Di malaysia ni, SOA & GFA semua nak yang banyak2 dan bagus2 dan high end ,budget  ciput jer.
Cost per MS   squeezed to the minimum. macammana nak  kekalkan design/finishes yang bagus...
Reply

Use magic Report

encik_hyper This user has been deleted
Post time 9-2-2007 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by budakjawa at 9-2-2007 03:41 AM
enche hyper ... maaflah gua tulis panjang sangat daaaaaaaaa ...

weh tepek gambo la beb ... mimosa pudika kaa , samania saman kaa , cocos nucifera kaaa, ixora sunkist kaaa ....  bunga taik ayam ...


waahhh hampehs, aku tempek mimosop elengi dgn hopea odorata kang...hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 27-1-2007 02:55 PM
ada tak sesiapa architect di forum / yang masuk di board ni??dan mungkin ada forumers yang berminat nak menjadi seorang architect -ive been dealing with architect firms -  their HR and what ...


mungkin ada forumers yang berminat nak menjadi seorang architect -
yang ada simpan minat mungkin dah rasa cuak dan hilang minat lepas baca semua citer2 negatif yg dimomokkan disini.


harap mana2 architect kat sini - boleh juga menambah dan beri buah fikiran ye --

menambah ye, beri buah fikiran pun ye. tapi sejauh mana ia membantu architecture scene di malaysia? nak bagi kesedaran pd org2 berkenaan through cari.com.my? hahahahhaaha....good attempt!

kalau nak cerita benda2 negative semua field ada. pegawai bank pun songlap duit, org pejabat agama pun amik rasuah. kat mana-mana pun ada manusia jenis ni. nak cerita mesti tak abisnya. tapi apa solution?

most of firms ada connection ngan authority. takde connection dia tak bukak firm. berani ke bukak firm buta 2 macam tu hanya berbekalkan ilmu yg ada je. pastu for young architects, camner nak masuk firm2 bagus nie? rasuah gak? huhuhuhu....kalo sendiri pun tak yakin dengan kebolehan sendiri..hmm..masuklah firm ciput2 setakat buah rumah kedai tu..yg nyawa2 ikan.pastu tunggu approval 8 tahun..kuangkuangkuang. nie baru citer malaysia, belum lagi dengar citer arkitek indonesia, thailand mengeluh sumer ye tak...korupsi dimana-mana saja..


hahahahhaha...buat umah kampung apa susah my 7yr old bro pun boleh design. lukis kotak, hah pilih tang mana nak buat bilik air tang mana nak buat bilik..eh taknaklah buat bilik air kat sana, nak buat kat sinunlah..ok jom calculate..huhuhu....senangkan? rumah kampunglah katakan..yelah malaya mana ada highrise. sumer umah kampung je....


itulah,setakat belajar 7 tahun tu takde menda. it's just a starting point je.30% je. lagi 70% lagi in the real world. but it helps isn't it? daripada 7 tahun tulah dorang kenal architecture ni. kalau asyik fikir negative je susahlah. baik ban je archi course nie. memanglah byk newly grads nie yg syok sendiri pasal tak berpijak di bumi yg nyata. main design je ikut suka hati dia kononnya2 very creative..memanglah kena bambu..wahahahaha...pathetic. ingat architecture nie semata2 design je ke? budak2 camni jgn kata kena bambu dgn boss silap2 masa belajar repeat subject design 2,3 kali, masa crit manjang kena kutuk ngan panel pasal buat design syok sendiri..huhuhu..kesian..

thread nie utk bg dorongan, motivasi, bukan tempat nak melepaskan perasaan tak puas hati dsb. tak puas hati, bosan blah gi oversea. so in the end apa yg mereka buat utk membantu? takde apa kan? solution tarak. setakat cakap bolehlah.  


[ Last edited by  pinkunoneko at 9-2-2007 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

encik_hyper This user has been deleted
Post time 9-2-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #108 budakjawa's post

BJ senang citer keje oversea eh....takyah poning2 pale...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:15 AM | Show all posts

Reply #112 encik_hyper's post

aku pun..taget nak pegi uganda or somalia..negara2 kelas ke 3
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 10:20 AM | Show all posts
terima kasih kepada en. bj atas jawapan yg tepat dan bernas.sokesimpulan nyer kita harus memnegakkan kembali hak2 arkitek nie.ok dahclear,dan tak kish la bagi yg bercita2 tuk jadi arkitek mc sy nie teruskan jer la.aper2 kejre pon payah gak,so kite try la cari jlnpeneyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 04:58 PM | Show all posts
kite buat firm arkitek bersekutu dari Forum Cari...amacam?
hihi
berdebat sampai letih...
bersama2 kite design smthg yg bawa manfaaat kepada masyarakat


sorry selingan..... :nyorok:

suke baca bacaan provocative mcm encik hyper n en bj nih...menjana minda
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 05:25 PM | Show all posts
alamak ter'post' dua pulak
maaf semua ...

[ Last edited by  budakjawa at 9-2-2007 09:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by civicbiru at 9-2-2007 02:15
aku pun..taget nak pegi uganda or somalia..negara2 kelas ke 3



weh civic... mcm best je migrate ni yek ?
aku pun nak migrate lah  ... aku nak ke Bukina Faso
lepas tu ke Ulan Bator ...   (altantuya manisss)  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by aabu at 9-2-2007 00:46



kekadang terpaksa diminta perubahan2 atas dasar meminimumkan future problem ataupun atas sebab kos..
Di malaysia ni  praktis pembangunan  adalah berdasarkan allocation dan bukan berdasarka ...



agree with enche aabu
good posting anyway
thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 11:59 PM | Show all posts
salli ada some questions to ask...harap-harap arkitek kat forum ni boleh jawab

1.  apakah perbezaan architect grads from US as compared to those yg graduate from UK universities?
  (in terms of quality n knowledge)

2.  how easy/hard is it for an arch grad from US to be recognized by msia?
3. what are the procedures to be recognized?
4.  if the grad kerja kat US for a while n already have an architect licence over there, can he/she dapt recognition terus bila dah balik msia?

[ Last edited by  salliwalli at 10-2-2007 12:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by salliwalli at 9-2-2007 15:59
salli ada some questions to ask...harap-harap arkitek kat forum ni boleh jawab

1.  apakah perbezaan architect grads from US as compared to those yg graduate from UK universities?
  (in terms of quality n knowledge)

2.  how easy/hard is it for an arch grad from US to be recognized by msia?
3. what are the procedures to be recognized?
4.  if the grad kerja kat US for a while n already have an architect licence over there, can he/she dapt recognition terus bila dah balik msia?


enche sali ;
bj cuba jawabkan,

1.  apakah perbezaan architect grads from US as compared to those yg graduate from UK universities?
  (in terms of quality n knowledge)

secara kasarnya , pengiktirafan kualiti dan ilmu berbeza antara US dan UK. negara bekas komanwell (negara yang pernah dijajah oleh UK) menggunakan undang undang yang di wujudkan di UK. dari segi kualiti dan ilmu, bezanya adalah rujukan akta terutamanya undang undang kecil bangunan seragam. UBBL di malaya mengguna pakai dasar yang sama seperti mana yang diguna di UK. begitu juga corak pendidikan, kaedah pengajian, kaedah penilaian pelajar senibina, banyak menggunakan BS (british standard) . sejak akhir akhir ini, praktikal di malaya menggunakan MS. US pula ada sistem US sendiri / AS (american standard).

walaupun sesetengah sekolah senibina di US diajar oleh arkitek terkemuka dunia, seperti sekolah sekolah 'serpihan' arkitek terkemuka yang sealiran, ianya masih menggunakan sistem pengajian / pendidikan US. SCI Arc contohnya, adalah sekolah senibina terbaik dari segi teori kerana diajar oleh Tom Mayne, Gehry, Eisenmann dll. tetapi bila pergi ke praktikaliti, teknikal, adalah berbeza dengan kaedah yang digariskan oleh CAEM (council of architectural education malaysia)

sedangkan di UK, kebanyakan sekolah senibina yang diiktiraf oleh LAM menerusi CAEM, mengguna pakai UBBL yang sama dan diiktiraf oleh ARB. ini termasuklah akta akta lain yang berkaitan spt. strata title act, architect act, oleh itu, pendedahan terhadap sistem yang sedang diguna pakai di dalam industri senibina di malaysia adalah sama dengan apa yang diajarkan di sekolah senibina.

buat masa ini, kebanyakan sekolah senibina di australia, ireland, UK, hong kong dan new zealand diiktiraf oleh LAM.


2.  how easy/hard is it for an arch grad from US to be recognized by msia?
mudah atau susah bergantung kepada usaha individu dan kesungguhannya. ada siswazah arkitek dari US, menduduki peperiksaan senibina pt III , mengulang 3 kali terus lulus. dan ada pula siswazah arkitek yang lahir dari sekolah senibina tempatan , mengulang periksa 8 kali baru lulus. yang penting bila pulang ke malaya, bekerja dan memohon untuk menduduki peperiksaan pt I dan pt II .

3. what are the procedures to be recognized?
menduduki ijian yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Senibina Malaysia menerusi LAM-PAM
. isi borang permohonan, dan bayaran yuran ujian LAM
. bawa portfolio yang asal semasa di sekolah. cd / gambar foto / cetakan semula tidak diterima. portfolio dan bayaran ini, jika gagal kemungkinan besar tidak akan dipulangkan.
senarai subjek kursus, transkrip peperiksaan perlu disertakan.

enche sali perlu menduduki peperiksaan pt I dan pt II yang dikendalikan oleh LAM-PAM.
dalam peperiksaan ini, ada 3 peringkat.
peringkat 1 = pemeriksaan silibus sekolah dan kandungan kursus yg dipelajari
peringkat 2 = portfolio dan ujian lisan
peringkat 3 = tugasan projek. bergantung kepada penilaian pemeriksa profesional arkitek. apa yang kurang di peringkat 1 & 2.

kalau lulus peringkat 1 & 2 , enche sali sudah lulus utk pt I dan pt II . dan enche diiktiraf.
jika gagal peringkat 2, enche sali perlu mengambil peringkat 3
jika gagal peringkat 3 ini, enche perlu mengulang semula tahun berikutnya.

selepas lulus pt I dan pt II, enche bolehlah bekerja 2 tahun minimum di firma arkitek profesional yang berdaftar dengan LAM.
dan memohon pula untuk menduduki peperiksaan pt III . beserta syarat syarat lain.


4.  if the grad kerja kat US for a while n already have an architect licence over there, can he/she dapt recognition terus bila dah balik msia?
ini pendapat bj ya,
apabila balik ke malaya, lesen dan sekolah masih tidak diiktiraf. dan perlu mengikuti prosedur pengiktirafan seperti di atas.
kemungkinan syarat dilonggarkan, iaitu selepas bekerja di malaya minimum 2 tahun di firma arkitek profesional berdaftar, hanya perlu temuduga / ujian lisan sahaja. perlu rujuk kepada LAM untuk maklumat lebih lanjut.

pejabat LAM ada di tingkat 17, blok F , ibu pejabat JKR di KL

harap maklumat bj yang ringkas ini membantu.
sekian.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084572 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list