CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

- ARCHITECT -

[Copy link]
Post time 3-2-2007 10:36 PM | Show all posts

Reply #60 smeetasmitten's post

ntahler. tapi memang tak best. staff flow asyik in out in out je. leceh boss pompuan nih..hehhehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2007 10:37 PM | Show all posts
btw ada sesapa budak archi uia yg boleh sahkan bahawa uianyer archi degree lom pass part II lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 01:53 AM | Show all posts

Reply #62 pinkunoneko's post

aku ada kengkawan budak uia....
derang kata baru dpt Part II tawun lepas. 2006 <-----confirmed!

pinku....aku baru grad twun lepas...baru sambung balik BArch.
segan nak join sbb sume otai2 kat sini...hihi

sila tunjuk ajar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 08:58 AM | Show all posts

Reply #63 redsinner's post

ko baru grad tahun lepas nak sambung balik BArch? dulu ko buat diploma ke? kat mana? alah ingat raja lawak astro ke nak main otai-otai. yg lain2 tu memang architect so otailah kot but not me. aku slalu masuk thread nie pon sebab rasa cam relevant ngan aku. i was supporting my bf mentally and physically..dari kalerkan drawing zaman2 kat EDI dulu sampailah taipkan thesis sumer, buat research, sampai tido kat studio tolong dia buat kerja, dah macam part of the team lak. dah macam PA huhuhu.......so adalah exposed sikit to this field. apa yg dia buat, apa project dia dapat dia akan citer kat aku and explain bagi aku paham...
bila dia dah grad n dah jadik architect nie rasa cam fuh lega nasib baik grad on time, takde repeat2.  kalo aku tak involved dan tak tau apa dia buat aku takdelah excited sgt camnie kot..worth it lah aku tolong kan. tu pasallah aku cakap org yg nakmasuk archi field nie kena ada partner yg penyabar dan boleh diharap waktu kesuntukan masa nak submission hehehe..

[ Last edited by  pinkunoneko at 5-2-2007 09:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #52 True-X's post

aku HBP..USM..huhuhuhu...ko USM ker?..aku grad august 2005
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #52 True-X's post

aku HBP..USM..huhuhuhu...ko USM ker?..aku grad august 2005
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2007 05:35 PM | Show all posts

Reply #65 remizati's post

ko part 1 ker part 2... heheheheh aku pon HBP gak.. musti aku penah tengok muker ko... atau pon ko penah tengok muker aku.... aku batch sama ngan Arwah Maryam laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:33 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by dexa at 27-1-2007 06:57
Sentiasa kreatif, imaginatif
Oleh Siti Fatimah Hassan

Sentiasa kreatif, imaginatif
Oleh Siti Fatimah Hassan

BIDANG seni bina turut menjadi pilihan ramai pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) selepas membuat keputusan dengan memasang cita-cita untuk bergelar seorang arkitek.

Terdapat beberapa arkitek yang dikelaskan mengikut kepakaran masing-masing seperti arkitek perancang bandar, arkitek landskap, arkitek jurukur bahan, arkitek kapal, arkitek marin dan arkitek bangunan.
[quote]



--------------------------------------------------------------------------------

ulasan :

. merujuk artikel tulisan Siti Fatimah Hassan, arkitek kapal, arkitek marin adalah orang yang sama (Naval Architect)
. juru ukur bahan bukanlah arkitek
. perancang bandar bukanlah arkitek
. setiap pelajar yang lulus peringkat ke-2 / memiliki Ijazah diiktiraf LAM di Malaysia bukanlah arkitek. tetapi 'SISWAZAH ARKITEK'
. mereka yg lulus peperiksaan peringkat ke 3 . adalah 'ARKITEK'


dahulunya kerjaya arkitek ini merangkumi pelbagai skop spt. perancang bandar, juruukur bahan, pelukis pelan bangunan, pengukir, artis kesenian, , perekabentuk dalaman, artis ilustrasi dan sebagainya. kini, kerjaya ini hanya menumpu kepada bangunan (arkitek) manakala landskap (arkitek landskap). sbg contoh : michaelangelo yang merekabentuk bangunan piazza st peter di paris , mengukir sendiri kubah dan mengecat / melukis lukisan, merancang pelan induk, susunatur landskap dll  .

kerjaya arkitek (dilindungi akta dan undang-undang) hanya menumpu kepada bangunan ... selainnya dipecahkan kepada entiti / individu berbeza iaitu :

. perancang bangunan/planner (dilindungi akta undang-undang)
. juru ukur bahan :  Quantiti Surveyor (dilindungi akta undang-undang)
. pelukis pelan : building draughtsman (dilindungi akta undang-undang)
. perekabentuk dalaman / interior designer
. pengukir : sculpturist
. artis illustrasi :  illustration artists / 3D animator / designer
. arkitek kapal atau marin / naval architect (merekabentuk kapal laut)  (dilindungi akta undang-undang)

di banyak negara maju termasuk malaysia contohnya , penggunaan nama 'ARKITEK' amat dilindungi oleh undang undang dan mereka ini terikat dengan tanggungjawab / bebanan yang berat selama mana hasil kerja bangunan contohnya ... masih wujud di muka bumi ini.


oleh sebab itu, para siswazah yang menamatkan pengajian 6 / 5 tahun di peringkat ke-2 ... dipanggil 'SISWAZAH ARKITEK' (graduate architect) bukannya 'ARKITEK' ...

penggunaan nama 'ARKITEK' hanyalah kepada mereka yang sudah lulus peperiksaan profesional yang dikendalikan oleh LAM (Lembaga Arkitek Malaysia)  atau ILAM (Institute Landscape Architect Malaysia) atau AIA di US, RIBA di UK ... (Royal Institute Of British Architect) . mereka yang lulus dalam peperiksaan RIBA menerima pengiktirafan keahlian di dalam pertubuhan arkitek UK iaitu ARIBA (Associate Royal Institute Of British Architect). mereka bebas mengamalkan profesional praktis di mana mana negara komanwell.

kesimpulan :
Hanya mereka yang lulus peperiksaan profesional arkitek Bahagian ke-3 ini yang boleh menggunakan perkataan 'ARKITEK' di dalam urusan profesional mereka.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 09:25 AM | Show all posts

Reply #68 budakjawa's post

abg bj, saya dah check ngan LAM by phone tadi , grads yg dah dapat part II adalah layak dipanggil arkitek or registered architect but they have to register first with LAM. once the student finish his/her degree at any recognized institution, he/she also may register as an architect with LAM.those part III holders are called professional architects, and they also have to register with LAM. they said dulu memang dipanggil graduate architect tapi skang dah tukar.

nie saya copy frm LAM's website (susah nie nak adjust kat sini, asyik lari-lari je fontlah, spacelah..hish..) :

Architects
REQUIREMENTS FOR REGISTRATION AS ARCHITECTS

1. The applicant shall be a person who :

穂/size]is a citizen or permanent resident ofMalaysia;
穂/size]holds a qualification which is recognised by the Board
(Please refer to the List of RecognisedQualification).

2. An architectural graduate with qualification which is not recognised by the Boardshall be required to sit the Part I and II Examination conducted by the Architectural Examination Council of Malaysia
(Please refer to the Part I and IIExamination Handbook).

3. Application for registration must be submitted in the prescribed FORM A together with the following:
穂/size]2 copies of recent photographs
穂/size]A copy of the SPM and STPM certificate or the equivalent
穂/size]A copy of the Diploma or Degree
穂/size]Examination transcripts for each yearof study
穂/size]A copy of the Part I and IIExamination Certificate, where relevant.
穂/size]Registration fee for the amount of RM75.00 and RM 50.000 for the processing fee vide cheque / money order / bankdraft in favour of the 'Lembaga Arkitek Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 11:50 AM | Show all posts
aper beza arkitek ngan draughtsman,draughtsperson and seangkatan ngan nyer...................leh tak bg spesiifikasi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #70 sodoq's post

akitek design,run the project, liase with authority, jaga project kat site.. draftmen prepare the working drawing for submission, construction, all about the drawing...

... tp skrg tengok firm.. cam firm aku keje nie.. aku design aku gak kene g authority.. aku gak chair meeting.. aku gak g site aku gak kene wat working drawing...

.. ader firm senang.. akitek bg idea.. working drawing sumer draftmen wat... tunggulah aku tukar firm nnt
aku goyang kaki jaa.. hohoohhhoohh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 12:47 PM | Show all posts

Reply #71 True-X's post

hehhe...my bf pon terkangkang nak kejar masa..dah start kena gi authority dah, kena gi meeting lak, kengkadang dia tolong dianyer draughtsman hihihi...ATSA macam kilang dah..deadline singkat giler..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 01:25 PM | Show all posts

Reply #72 pinkunoneko's post

tuh laa pasal hehehe


soo sesape nak jadi akitek.. ku rase market skrg starting kl kat KL /penang 1800-2500.. setahun lebey keje leh le 2700-2900.. soo 3 thn leh le gaji korang naik 3k ++

.. ni berdasarkan gaji kengkawan dan senior2 aku.... kat KL dan penang

.. kl ader firm nak bagi 1800 ke bawah jer.. better korang carik firm lain kay....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 02:52 PM | Show all posts

Reply #73 True-X's post

hmm..on average dalam 2300lah..1800 tu kalo goyang kaki bolehlah kot bayar banyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by pinkunoneko at 6-2-2007 01:25
abg bj, saya dah check ngan LAM by phone tadi , grads yg dah dapat part II adalah layak dipanggil arkitek or registered architect but they have to register first with LAM. once the student finish ...



thanks pinku. checking in PAM web.
bj tahu perubahan nama ni (reg.arch & prof. arch). baru saja diubah 3 tahun lepas. sejak itulah lembaga membenarkan penggunaan Ar. di awal nama perofesional arkitek. bj tuliskan di atas ni apa yg berlaku sbl. ini... mcm sejarah la ... sebab masa tu pun bj masih bekerja di KL.

di negara luar mereka tidak menggunakan Ar. sepertimana Dr. Ir. dan lain lain. Masih tak faham kenapa waktu tu PAM beria ia sangat nak gunakan singkatan ni. mereka pun sudah memohon perubahan akta sejak sekian lama. cuma 3 tahun lepas baru saja diluluskan.

dan perlu diingat, perubahan akta menuntut tanggungjawab yang lebih luas/besar. kalau sebelum ini siswazah arkitek pt II tidak tertakluk secara terus atas tanggungjawab terhadap rekabentuk contohnya, kini pt II boleh didakwa di mahkamah sekiranya kesilapan dilakukan seperti kecuaian terhadap rekabentuk. contoh : kerusi roda OKU tidak boleh masuk ke lif, dlm kes ini arkitek pt II pun terlibat untuk didakwa. (kena rujuk akta berkenaan.)

kini prof. arkitek pt III boleh mengeluarkan sijil layak menduduki bangunan utk bangunan kediaman yg terhad. peranan yang diambil alih daripada PBT. bermakna penambahan Ar. dan perubahan akta menuntut tanggungjawab yang lebih besar terhadap profesion ini.

Bukan untuk berseronok seronok gah dengan gelaran yang diberikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 05:39 PM | Show all posts
di luar negara TIADA istilah arkitek berdaftar atau arkitek profesional. yang ada cuma 'ARKITEK'
semua pelajar yang menamatkan pt II akan bekerja sebagai pembantu arkitek / perekabentuk bangunan. sebab itu bj mengemukakan sejarah awal apa yg berlaku di Malaysia. sepatutnya penggunaan nama ini DILINDUNGI. bukan digunakan sewenang wenangnya sebaik tamat ijazah di Malaysia, (di UK diploma.)

seperkara lagi ... mengapa perlunya penggunaan nama awal Ar. untuk setiap arkitek berdaftar ?
tiada relevannya , jika menurut akta, pengiklanan menggunakan nama ini tidak dibenarkan.arkitek hanya boleh diiklankan melalui hasil terakhirnya. melalui bangunan yang dihasilkan. bukan melalui namanya. bj berpendapat, arkitek di malaysia berasa 'terancam dan tidak selamat' jika duduk dengan bidang profesional yang lain.

tiada relevannya mengikut apa yg dilakukan oleh jurutera = Ir. doktor = Dr ... selepas ini juru ukur bahan dan juru ukur tanah pun menuntut gelaran di pangkal nama. sedangkan di Malaysia, kerjaya arkitek ini semakin hilang kredibilitinya, profesionalism dan sesetengah arkitek berdaftar masih sanggup melutut dengan pemilik projek untuk mendapatkan projek waima memotong 50% bayaran minimum menurut akta.

apa tindakan LAM dalam hal ini ? adakah sekadar menerima yuran pendaftaran / memperbaharui lesen arkitek praktis ini setiap tahun ?

bagaimana dengan perlindungan terhadap arkitek yang tidak menerima bayaran perkhidmatan sepenuhnya walaupun pengguna terakhir sudah menggunakan bangunan ?

bagaimana dengan pt II yang bekerja lebih masa, sedangkan tidak dibayar oleh majikan ? apa peranan LAM dalam melindungi nasib profesional ini ?

bagaimana dengan undang undang buruh ? ... gaji minimum ? ... skop kerja ? jika LAM benar benar menuntut tanggungjawab daripada pt II dan pt III , hak hak mereka yang lain juga perlu DILINDUNGI.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 06:34 PM | Show all posts
sekarang ni uni yg aku tgh sambung belajar ni dikhuatiri x dpt LAM Part II...
sekiranya tak dpt, ape selalunye requirement utk aku bersiap sedia andaikata betulla rumors mengatakan kami kena buat exam Part II?

ada org kate, kena present portfolio, ada kate buat presentation, ade kate exam bertulis. sorry, blur sket...

nanti aku paste link RAIA and SONA....akan kucerita senario yg aku hadapi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by budakjawa at 6-2-2007 05:39 PM
di luar negara TIADA istilah arkitek berdaftar atau arkitek profesional. yang ada cuma 'ARKITEK'
semua pelajar yang menamatkan pt II akan bekerja sebagai pembantu arkitek / perekabentuk banguna ...


Sekarang kat m'sia registered surveyors (land, quantity, valuers) dah pakai SR.

The first person yg guna AR kat M'sia ni is AR Badul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:43 PM | Show all posts
Ar.              lawak ni dah karat la smeet !      

patutnya Ar. ni digugurkan / dibatalkan penggunaannya ... lawak
sebab tu arkitek malaya macam cipan . kontraktor dgn pelanggan makin naik tocang ...
gelaran pun mereka dah tak hormat ... jadik bahan lawak pula ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #79 budakjawa's post

tuh la senario sedeyyy kat mesia nieh... busan aku.... ni  client bos aku tuh nak tuh nak nieh lah... lunching dah nak dekat.. design asik ubah jer lah penat aku... kang tak siap aku gak kene...

... kat emsia nieh... client is always right.. which is bad for achitecture field
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.301387 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list