CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

SEKOLAH SATU SESSI ATAU DUA SESSI -

[Copy link]
Post time 7-10-2007 03:02 PM | Show all posts
kita dah sedia maklum sekolah di bandar dah tak cukup tanah nak tmbh bangunan baru dlm kwsan sekolah yg sedia ada......sekolah aku tu ada 2 buah bangunan lama setingkat yg dah uzur tp takde apa2 tindakan utk roboh n bina baru pun....ini pula nak tmbh bgnan baru...mcm tak realistik saja......maelainkan dorg buka sekolah baru bg kawasan2 yg masih belum ada atau tak cukup dgn bil sekolah yg sedia ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2007 06:06 PM | Show all posts
ada juga dengar-dengar kata.. its okay kerajaan nak buat sekolah satu sesi..

balik kul 4.30 ptg.. tp pastikan setiap guru diberi hak yg sama seperti kakitangan kerajaan yang lain..

means.. tak perlu dah cuti sekolah .. tp diberi cuti sebanyak 30 hari setahun...
diberi waktu rehat dari kul 12.45 -2.00 (masa ni tak perlu ambil tahu langsung tentang budak)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 09:14 AM | Show all posts
kalau PM dengar semua mana-mana orang yang tak setuju jawabnya PM tak boleh nak buat kerja.....macam jugak dulu nak buat Mathematik dan Sains dalam bahasa Inggeriss.........juta2 rakyaat tak setuju TAPI buat jugak....sudahnya jadi apa????? begitu jugak nie nak buat sekolah dari pagi sampai kepetang........kalau mana-mana orang yang tak setuju tu tapi kalau kerajaan dah setuju korang semua nak hantar anak sekolah kat mana plak?????????? sanggup korang semua berpiket untuk membuat bantahan kat mana2 tempat??????????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 06:46 PM | Show all posts
huhu........ tanak la satu sesi.... kalu satu sesi tapi sampai 1.30/2.00, tu okay.... kalu sampai 3/4 macam ofis hour... tak mau la saya.... baik aku apply jadi pensyarah daripada apply jadi cikgu.......


[owh, aku masih seorg guru pelatih.... dan di Johor, tak de sekola rasanya yang sampai 3/4 pm kerana memberi laluan ke sekolah agama)
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 07:57 AM | Show all posts
kalo kelengkapan mencukupi spt yg kwan2 sebutkan... tak salah sekolah satu sesi....

tapi kalo plajar ramai, n kawasan sek pun tak mempunyai kemudahan yang minimum... elok lah sek dua sesi

kadang kesian jugak kpd plajar yg tak mampu, sbb duit makan diorang kadang cukup2 jerk... mana lagi tambang sekolah...walaupun sudah diberikan bantuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 05:23 AM | Show all posts
ada pro and kont :
sek satu sesi ni mmg rush le pagi2 tu dan chances nak kena stay back atas arahan org atasan tu memang ada. keje sentiasa ada. mcm aku, dari pagi sampai
le ke petang. mcm keje opis plak.

kalo sek dua sesi normally cikgu datang satu sesi je la sebab bese kongsi meja kan. takkan nak kacau buddy tu. tapi pada aku antara sesi pagi dan petang
baik sesi pagi sebab petang dah bleh pi wondow shopping
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2008 10:34 AM | Show all posts
tgk pada sekolah..if the got enough facilities..1 sesi ok la..tp kalu x cukup kene la wat 2 sesi..mcm sekolah aku..2 sesi..mane nak ckup..murid kalu campur dari standard 1 until 6..dah ade dalam 4000 org..bayang ar..kalu 1 sesi x crack otak nak kawal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #25 macademia's post

dah anak ko jenis "yes mom, ok mom, alright mom" tapi dalam kepale hotak ngan hati tu siap berdarah2 lagi .. teheheh

Korang pun tau otak manusia ni tak leh concentrate dengan baik more than 1 hrs ..
time aku student .. letih wooo belajar sampai kul 1 tengah hari ...
ape tah lagi kalau sampai kul 3 atau 4 petang

sebenarnya banyak pro ngan kon buat sekolah satu sesi
walau bagai mana pun keadaannya .. aku lagi suka sekolah 2 sesi
sekurang-kurangnya .. bebudak kecik .. form 1,2 tidak bercampur dengan bebudak form 456

bukan ape .. sah2 bebudak tu senang2 kene buli dek form 456 ... yg penting .. perangai buruk bebudak 456 ..tak de la diwarisi dek bebudak 123.

seken ... masa belajar yg penting .. sure senang nak masuk dalam pala otak ...
ko belajar laa one whole day... pastu cuba kira .. berapa banyak yg masuk dalam kepala otak ..

berbanding ngan komputer ... kita ni selalu kene reboot balik.. refresh ...
tu pasal .. kene balik umah ... makan minum .. lepak jap ..pastu start belajar balek ...

sekolah satu sesi ni sesuai untuk sekola yg mana pelajar2nya semua duduk dalam asrama.
sebab seme lebih mudah dirancang .. dari prep .. kepada tuisen .. kepada gerko ..

ape pun ... haku menolak ngan menjijikkan sesape saja yang MERASAKAN USAHA UNTUK MEMPERBAIKI TAHAP PENDIDIKAN SEBAGAI SESUATU YANG KELAKAR. cam sesetengah cikgu yg rasa diri tu excellent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2008 07:28 AM | Show all posts
Persekolahan satu sesi mampu dicapai

PUTRAJAYA 19 Jun - Pembinaan kompleks sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya diyakini mampu mencapai matlamat kerajaan dalam usaha mewujudkan persekolahan satu sesi di negara ini.

Timbalan Setiausaha Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Kementerian Pelajaran, Omar Taib berkata, konsep terbaru pembinaan kompleks sekolah juga turut mengambil kira ruang-ruang bagi menghidupkan suasana persekitaran yang sihat sekali gus pembelajaran terbaik.

''Pendekatan seperti ini amat praktikal dan bersesuaian bagi institusi pendidikan dan dilihat dapat menggalakkan suasana interaksi di antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan alam semulajadi.

''Suasana bangunan dan aktiviti pemikiran mempunyai kaitan yang kuat dari segi rangsangan mental dan membolehkan pelajar mentelaah pelajaran dan berfikir secara kreatif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan upacara simbolik penyerahan Kompleks Sekolah Presint 11 (Fasa 2) yang merupakan kompleks sekolah ke-17 di Malaysia, di sini hari ini.

Seramai 1,400 pelajar sekolah rendah dan 1,750 pelajar sekolah menengah berpeluang mengikuti pelajaran di sekolah tersebut apabila ia beroperasi Januari tahun depan.

Pembinaan kompleks sekolah yang mengambil elemen air dan landskap sebagai dasar reka bentuknya itu dilengkapi dewan, surau, astaka, kantin serta ruang perhentian bas.

Dalam pada itu, Omar berkata, pembinaan sekolah-sekolah baru sekarang perlu menitikberatkan konsep sekolah dalam taman bagi mewujudkan suasana nyaman untuk memberi keselesaan pembelajaran kepada pelajar.

''Kita harap konsep sekolah sebegini dapat memberi semangat yang tinggi kepada warga pendidik untuk melahirkan generasi madani, cemerlang dan terbilang," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 08:28 AM | Show all posts
satu sesi je.
tak perlu extend sampai 4.30ptg.
penat mental budak..petang kan tak elok utk belajar.
bagi la budak2 main, tak bg diorg rs tertekan belajar.

comei pernah mengajar di sek yg 2 sesi, comei dpt sesi petang.
phew!letih giler!
wlwpun boleh bgn lambat tp terkejar2 je rasa.
dah2 klu ada urusan luar, mmg kelam-kabut rs.
tambah lg, masuk kelas tengahari.
budak2 kebanyakannya ngantuk n tak selesa cos penat n panas terik.
plg tertekan klu kelas PJK...nak main tgh padang dgn panas terik, matahari atas kepala.
mmg rs nak pengsan.
klu budak2 wat hal, berak dlm seluar etc...bertambah la berasap kepala.


skang comei dapat sesi pagi.
lega.....
budak2 lebih bersemangat belajar.
tp klu nak ikutkan, di sek skang pun budak2 balik kul 4.30pm cos ada kelas KAFA.
tu pon ramai yg ponteng n main2.

so, pendapat comei.
buat jelah 1 sesi.2 sesi byk mslh.
bukan sj mslh studs n staff, tambah penat lagi utk cikgu.
mana sempat nak mark buku studs, wat analisa n prepare utk PnP.
tuh blm masuk tugas management lg cam pentadbiran sek, library etc.
patutnya semua sek dibekalkan cikgu pengurusan khas utk wat keje2 pengurusan supaya cikgu sumber bleh fokus pd PnP.
ops...dah melalut topik lain.
kesimpulannya, sokonglah sekolah 1 sesi, tamat kul 1.05pm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 3-1-2007 09:43 PM
nak tahu pendapat  forumers kat sini --
opted  one session school  ka atau 2 session
pagi  dan petang --

kerana ada sekolah yang satu sessi saja
dan banyak gak  sekolah yang still buat dua  ...

SEKOLAH SATU SESI
Kebaikan sekolah satu sesi
1. Masa belajar lebih panjang.
2. sekolah tidak terlalu sibuk (ramai orang)
3. Pembelajaran tidak terganggu oleh murid sesi lain.
4.Guru kenal lebih ramai murid.
5. Aktiviti murid mudah di pantau (tak ramai)
6. Kelas tambahan mudah dijalankan (sebelah petang)
7. Masalah sosiol kurang sikit (sekolah lebih terkawal)
8. Kemudahan sekolah lebih baik (tidak rosak)

Keburukan sekolah satu sesi
1. Penat belajar.. (masa panjang) bagi yang malas la..Bosan.
* Kalau sekolah satu sesi yang dipanjangkan masanya (dalam perancangan) seperti sekolah omputis pulak:
2. Perlu lebh kemudahan spt shower..kantin yang luas...dll
3. Belanja besar (buat banyak bilik darjah sebab murid ramai)
4. Hubungan kekeluargaan rengang (banyak masa dihabiskan di sekolah).

Kebaikan Sekolah 2 sessisebenarnya -ve)
1. Cepat balik ekekke terutama bulan puasa sebelah petang.
2. Meriah sebab ramai (leh ngorat ekeke)
3. Cikgu tak kenal (cikgu bingung sebab murid pagi ada murid petang lagi..umakkkk ramainya pelajar)

My point of View: elokla satu sesi.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 09:27 AM | Show all posts
actually aku pun dr skolah satu sesi kat KL ni..masuk kul 7.40 sampai kul 2 ptg..pastu ada training sukan, badan beruniform, persatuan..
so hari2 pas sekolah aku training smpi kul 5..so badan jadi cergas minda jadi cerdas.. ..
so aku cadangkan semua skolah jadi 1 sesi (smpi kul 2) pastu kurikulem...best siot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 09:59 AM | Show all posts
Punca kelewatan satu sesi

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha melaksanakan sekolah satu sesi tetapi masalah tanah dan sikap ibu bapa menjadi kekangan utama untuk merealisasikan matlamat itu.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kebanyakan sekolah dua sesi wujud di bandar kerana faktor tanah yang terhad dan harga tanah yang terlalu mahal.

"Sikap ibu bapa yang terlalu memilih sekolah berdekatan menyebabkan sekolah menjadi padat dan akhirnya dua sesi persekolahan terpaksa diadakan.

"Pembukaan banyak taman perumahan memerlukan pembinaan sekolah walaupun kita mempunyai sumber kewangan terhad," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan ProCanselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Abdul Rahman Arshad supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu sesi bagi membolehkan negara mencapai taraf pendidikan setanding negara maju.

Abdul Rahman berkata, sistem sekolah dua sesi yang masih dilaksanakan di sesetengah sekolah sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diamalkan di negara maju.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, persekolahan satu sesi ketika ini hanya dilaksanakan di negeri kecil iaitu Melaka dan Perlis serta melibatkan sekolah rendah.

Dalam hal ini, jelasnya, kementerian akan melaksanakan sekolah satu sesi secara berperingkat-peringkat dan menyediakan guru cemerlang yang berkualiti untuk membantu perkembangan sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 10:00 AM | Show all posts
Rahman mahu sistem satu sesi disegerakan

IPOH 22 Dis. - Kerajaan disaran segera melaksanakan sistem persekolahan satu sesi demi memantapkan proses penyediaan modal insan negara yang berkualiti menjelang 2020.

Tokoh akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, sistem persekolahan satu sesi yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang mesti diberi perhatian serius kerana tempoh menuju status negara maju semakin singkat.

''Kita mahu mencapai status maju dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Tiada satu pun negara maju di dunia ini yang mengamalkan sistem dua sesi seperti diamalkan negara sekarang.

''Sistem persekolahan kita mempunyai dua sesi kerana faktor sejarah berikutan pada awal kemerdekaan negara kita tidak cukup sekolah, tapi itu cerita 52 tahun dulu, keadaan sekarang sudah jauh berubah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga Pro-Canselor UPSI berkata, menerusi sistem sekolah satu sesi, pelajar dan guru boleh menjalankan kegiatan akademik dan kokurikulum sepanjang waktu sekolah.

Kata beliau, menerusi cara itu, cuti hujung minggu pelajar dan guru tidak akan terganggu dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sebagaimana diamalkan sekarang.

Jelasnya, dengan jadual waktu yang panjang, kelas agama dan bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil boleh diwujudkan untuk dipelajari pelajar tanpa mengira kaum.

''Idea sekolah satu sesi itu juga bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang sedang dipromosi kerajaan sekarang.

''Bagaimanapun idea ini hanya dapat direalisasikan dengan perancangan rapi dan komitmen kerajaan dan semua pihak terlibat," katanya.




lorrrrrrrrr nak jalankan satu sessi pun kena mengena ngan 1mesia shit gak ker!!!  sumer nyer 1mesia  cisssss...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 04:22 PM | Show all posts
kebanyakan sekolah di kelantan dan terengganu murid2 sekolah darjah 1 hingga 5 balik kul 4.30 petang. sebabnya diaorg kena attend kelas fardhu ain.  kelas biasa habis kul 12.45 or 1.15 n then kul 2 ptg diaorg akan mula dengan kelas fardhu ain.  klau di terengganu, hari selasa, murid tahun 3, 4 n 5 akan ada aktiviti kokurikulum. darjah 1 dan 2 rehat. darjah 6 slalunya ada kelas tambahan. jd tak de masalah satu sesi. memang dah kira satu sesi pun n balik kul 4.30 ptg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 09:18 AM | Show all posts
ok per...skolah satu sesi nie..tp ptg bt fardu ain ke...KAFA...atau aktiviti lain..xder laa study jekan..leh dipelbagaikan..so mgkin penggunaan guru diminimakan...ada guru pengawas je ke...

jgn laa ...
Potpouri Post at 27-9-2007 12:30




takat jd cikgu ganti just raser jd cikgu mcm 40 % jer.........try la jd cikgu tetap...takat ngajar mmg syok...beban tugas lain

ko tak raser...cikgu tetap pegang 1001 jawatan lain yang kaw2 punyer..

aku mmg tak sokong samapi 4.30 ptg..habis tu sekolah agama nak campak mana...bdk2 n guru pun dah larat ...tak boleh

samakan ngan kejer ofiss..kerja guru kena kawal disiplin murid,...bukan takat ngadap komputer ..dlm bilik ada air con
mcm kejer opis..pas tu sedap ajer turun naik ada lif..

kerja guru bkn takat pukul 2.00..balik kena wat lesson planning, buat BBM sket..semak buku2 murid...dll ..takat 2 bijik

buku takper..kdg2 beratus..

tu belum wat paper work panitia lagi..tugas 2 koko lagi ..latih budak main bola lagik..


tolongla pihak atasan paham sket kejer guru ni..........jgn main politik jer......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2009 10:53 AM | Show all posts
Sek start seperti biasa.. kul 7.45 pagi sek ren dan 7.30 bagi sek men..

satu sesi kat trg bukan bermaksud sekolah tu hanya ada satu sesi dan semua balik seperti biasa tengahari..
tp satu sesi ini ...
tuahayam Post at 5-1-2007 11:02


masa aku sekolah dulu sekolah aku antara sekolah yg terpilih untuk pilot project sekolah satu sesi.
mmg seksa la ramai yg tido masa sesi petang..bayangkn la jadualnya dari 7.30 am - 4.30 pm
pastu bila depa dtg balik hanya beberapa pelajar yg dipilih untuk diinterview dan isi borang soal selidik..
dan MALANGNYA pelajar2 terlibat diingatkn hanya menyokong dasar satu sesi..tak blh bg jwpn yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 09:26 PM | Show all posts
uii..aku pun tak sokong kalau camnie..mula2 sangka 1 sesi tu sampai kul 2..kalau sampai 4.30 confirm blik2 terbungkang..student tak yah cakap la..dengan cikgu sekali terbungkang aka "syahid".  walaupun aku nie guru baru nak belajar bertatih (minta tunjuk ajar daripada guru-guru senior lain yek ) )tapi time praktikm dulu sempat la stay kat sek sampai kul 4.30 coz der kelas selain koko..cian oo students..yg aku nie pun takyah cakap la..balik2 nak "syahid" rasanya tapi memandangkan nak siap bbm lgi, lessn plan lagi..mata yg ngntuk terpaksa disegarkan..dengar kata johor nak wat 1 sesi thn depan?..tul ker?pengambilan guru2 baru tahun depan ramai yg dapat ke johor..ramai sangat..rasanya der kaitan dengan sek 1 sesi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.220451 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list