CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tieyramisu

[Penerbit] PTS Publication [by tieyramisu & ayuni]

[Copy link]
Post time 21-5-2008 04:45 PM | Show all posts

Reply #40 lavender_aqua's post

owhh..yer ker lavender.... kalo ade kesempatan nnt ci cuba bace ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 11:30 AM | Show all posts

Ulasan novel zikir-zikir cinta

http://novelpts.blogspot.com/

Novel ini, memberikan satu senyuman dalam seribu kerutan dahi. Ceritanya berkenaan dunia pondok yang bergelumang dengan kitab kuning dan juga cerita remaja yang sedang membuak-buak cintanya. Semuanya kisah itu dijarut dengan mahir lalu membentuk novel Cinta Islami yang indah. Seindah hamparan bulan pada tanggal 15.

Semuanya bermula dari sebuah sekolah pondok di Indonesia. Rusli lelaki yang mencari kebahagiaan akhirat akhirnya bertemu pula dengan cinta dunia. Cintanya jatuh kepada puteri kiai pondok.

Cinta di pondok hanya dikira cinta sekiranya ia berlangsung dalam pernikahan. Namun, dalam dunia yang penuh mencabar ini, ada kepercayaan yang pernikahan itu bukan sekadar cinta dan kejujuran. Sedangkan Rusli pernah berkata, 揂ku tidak punyai apa-apa, hanya cinta dan kejujuran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 01:30 AM | Show all posts
Sy pun suka buku2 keluaran PTS ni...

dulu tak brapa pandang sgt penerbitan ni, dulu lebih fokus pada penerbitan Al-Hidayah...

tp since masuk website PTS ni baru perasan penerbitan ni dah keluarkan banyak buku....buku2 ilmiah, novel ler...

dan buku2 dari PTS yg sy beli ialah Quran saintifik, ada apa dengan Islam dan terbaru Seindah senyuman(kisah nabi Muhammad dgn masyarakat)...

Alhamdulilah puas hati dgn ketiga2 buah buku ni cuma ada apa dgn Islam berat skit....

tapikan banyak sungguh buku2 PTS ni, menarik2 plak tu rasa cam na beli semua jer.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 01:39 AM | Show all posts

Reply #42 euphoria2's post

bagi sy novel ni cam best saja...sy suka sinopsisnya....

lebih kurang novel SYAHADAT CINTA jer latar tempat dan berlatarkan Islam....



http://pts.com.my/index.php/buku/1989/

novel syahadat cinta dah keluar sekali salju sakinah....minat sangat novel2 ni tp belinya belum lagi....

hmmm banyaknya novel terbitan PTS ni....menarik plak tu klau nak kejar rasanya tak sempat....

[ Last edited by  pinKy180 at 24-5-2008 01:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:07 AM | Show all posts

Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi



Khadijah : Cinta Abadi, Kekasih Nabi
Pengarang : Dr. Muhammad Abduh Yamani
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-983-192-439-6;

Sinopsis

"Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku." -Nabi Muhammad-

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)." -Nabi Muhammad, Utusan Allah yang terakhir.

Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi. Dia adalah sahabat pilihan Allah. Insan pertama yang beriman, berkorban dan berjuang di sisi utusan Allah pada setiap masa dan ketika. Setiap detik dan waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat Allah dan rasul.

Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. Kekasih yang menenangkan jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cintayang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman.

Buku ini menyorot segalanya tentang kehidupan isteri, kekasih dan sahabat yang paling dicintai Rasulullah; salasilah keturunan,kerjaya, peribadi, pengorbanan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi.


Sewaktu ke KL untuk interview di Radio Wanita beberapa minggu lalu, saya sempat beli buku ini di Kino. Buku ini juga saya bawa naik keretapi ke Tanah Merah, jadi teman saya di sepanjang perjalanan. Buku ini juga jadi kawan saya kala saya duduk di tepi anak sungai berhadapan dengan Masjid Jertih yang sedang dalam pembinaan.

Tak ramai yang mengambil Khadijah sebagai inspirasi, termasuk diri saya sendiri. Selama ini saya hanya kenal Aishah R.A. Saya tak berapa kenal dengan Khadijah. Orang hanya guna Khadijah bila calon isterinya seorang janda dan lebih berusia dari suaminya. Betul kan?

Di dalam buku ini tidak banyak dijelaskan mengenai siapa Khadijah sebenarnya. Terus terang saya katakan di dalam buku ini banyak mengandungi beberapa perkara yang diulang-ulang. Tentang Khadijah dan sepupunya, tentang Khadijah dengan Maisarah, bagaimana Khadijah mengatur rancangan untuk dekat dengan nabi setelah mengetahui keistimewaan nabi.

Khadijah dipilih oleh Allah untuk menjadi isteri nabi dan dia didatangi oleh beberapa mimpi yang bercahaya sebelum dia kenal Muhammad bin Abdullah. Ketika dia duduk bersama kawan-kawannya datang seorang pendita Yahudi dan mengatakan akan ada seorang perempuan dari kalangan kamu yang akan menjadi pendamping kepada nabi akhir zaman. Kawan-kawan Khadijah ketawa tetapi dia sebaliknya.

Khadijah seorang pemikir. Dia sangat bijaksana. Janda kaya yang dihormati. Kaum Arab sangat menghormati Khadijah dan tidakada seorang pun berani mengganggu Khadijah. Dia datang dari keturunan terhormat lagi mulia. Ketika suaminya dipulaukan oleh masyarakat Arab, Khadijah tidak menerima kesan itu. Dia masih dihormati. Namun dia tetap memilih untuk terus setia bersama dengan suaminya. Dari sini kita boleh lihat bagaimana masyarakat menerima Khadijah walaupun pada masa yang sama mereka membenci suaminya.

Khadijah sanggup turun dan naik ke gua HIra' tempat nabi berkhalwat. Dia menyediakan segala keperluan nabi. Panjang kalau saya nak tulis kat sini. Sesiapa yang dah baca buku ni, bolehlah berkongsi pandangan anda mengenainya.



p/s : mod bleh merge kat memana thread yg sesuai... ;)

[ Last edited by  nazurah at 12-6-2008 11:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:17 AM | Show all posts
wahh.. menarik nih..
cerita tentang wanita yang paling disayangi nabi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2008 11:42 AM | Show all posts
kat mana ya boleh dapat buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #1 nazurah's post

wow, menariknya... mmg kagum dengan khadijah ni
tapi notice selalu cerita dia tak la panjang.. just pendek pendek je
mesti buku ni kupasan menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #4 limau_nipis's post

saya kagum dengan sejarah hidup dan personaliti khadijah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 11:02 AM | Show all posts
kalau merge di benang PTS ok ker?
ataupun boleh tinggal stand alone sebegini..
mana nazurah prefer?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:40 AM | Show all posts
thread merged yer
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 11:50 AM | Show all posts
PTS dah ada novel cinta Islami

ni poster promosi yg derang buat utk popular,

banyak pilihan... pilihan yg sy pula (secara peribadi) ...Syahadat Cinta... lazat

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 12:13 PM | Show all posts


Tajuk: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit: PTS Islamika
Harga: RM 26.00
Mukasurat: 178 halaman

Sinopsis:

“DanAllah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungiBaitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yangingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupundaripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

TravelogHaji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraaninsan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat,budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik danbersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkauikehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalanasas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya,tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki olehjutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapankepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembacamengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalamhidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisanmasyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama danpanduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi merekayang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku inimempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

MuhdKamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA.Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan,Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar,Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis bukukepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers,Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility inMalaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagaimedia massa.

Pendapat saya:

Dalamkesempatan masa yang sedikit semalam, saya sempat singgah di PustakaMukmin unuk membeli sedikit bahan bacaan. Kebetulan, tangan sayamencapai buku Travelog Haji tulisan Dr Muhd Kamil Ibrahim untukcenderahati program yang akan dilaksanakan. Dalam keadaan yang hanyasebegitu, rupanya Allah berikan lagi saya keluangan masa untukmembacanya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mula-mulanya sayamenyelak bab pertama, sedikit demi sedikit, terasa hati sudah bertautdengan isi kandungannya dan ...more Dalam kesempatan masa yang sedikitsemalam, saya sempat singgah di Pustaka Mukmin unuk membeli sedikitbahan bacaan. Kebetulan, tangan saya mencapai buku Travelog Hajitulisan Dr Muhd Kamil Ibrahim untuk cenderahati program yang akandilaksanakan. Dalam keadaan yang hanya sebegitu, rupanya Allah berikanlagi saya keluangan masa untuk membacanya dalam perjalanan pulang kerumah.

Mula-mulanya saya menyelak bab pertama, sedikit demisedikit, terasa hati sudah bertaut dengan isi kandungannya danterus-terusan saya membacanya. Setiap bab, saya rasakan, sangatsignifikan. Saya benar-benar terkesan dengan pengalaman penulis yangtidak segan silu memberitahu tentang kekurangannya sebelum naik haji.Bayangkan bagaimana, bila mana Allah campakkan hidayah supaya manusiabenar-benar bertukar menjadi golongan yang lebih dekat dengannya, bagisaya penulis berjaya mengejar taraf menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Denganpenulisan yang bersahaja, Dr Muhd Kamil, tidak segan silu memberitahudia buta Al-Qur'an. Maka apabila Allah berikan kemudahan, maka diaberusaha sedaya mungkin untuk belajar dan akhirnya berjaya khatamal-Qur'an di Mekah. Kesungguhan dia benar-benar membuatkan saya kagum.Saya seolah-olah baru dikejutkan daripada mimpi yang panjang. Rupanyahaji itu bukan setakat pergi & balik haji sahaja, tetapi mempunyaimakna yang lebih mendalam lagi.

Saya terekesima dengankesungguhan penulis yang tidak putus-putus bangun malam untukbertahajud, dan solat hajat selama kira-kira setahun semata-mata supayaditerima menjadi tetamu Allah. Dan kemudian, bersambung lagi kepadakesungguhan beliau mengerjakan ibadah di Tanah Haram. Dan sekembalinyadari menunaikan rukun Islam yang kelima itu, penulis benar-benarberusaha untuk menjadi insan yang dekat di sisi Allah.

Sayamenitiskan air mata membaca buku ini, benar-benar saya merasakan betapabuku ini berjaya mengubah persepsi dan paradigma mengenai ibadah hajisecara peribadi. Bersyukur saya berjumpa dengan buku ini, sebelum sayamenunaikan haji. Sungguh-sungguh saya merasakan buku ini dapat menukarpersepsi sesiapa sahaja yang membacanya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 10:34 AM | Show all posts

Bakal Terbit Dari PTS - Salina Ibrahim



Bukan Yang Pertama dalam proses penerbitan oleh PTS Millenia.


NOTA:
* Cover ini masih di peringkat draf pertama oleh penerbit.

* Bukan Yang Pertama adalah novel bersiri Salina Ibrahim yang disiarkan setiap Isnin, Selasa & Rabu di ruangan Bicara Agama
   akhbar Utusan Malaysia sepanjang tahun 2007.

* Novel ini akan menemui pembaca tidak lama lagi.

Layari http://gengkicap.blogspot.com utk perkembangan terkini novel2 terbaru di pasaran.

[ Last edited by  aprilsnow at 17-7-2008 10:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 04:16 PM | Show all posts
blog PTS One

untuk info2 buku PTS (remaja) yg terbaru

http://pts-one.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 05:30 PM | Show all posts
ni teenage jer buku tp menarik tuk org dewasa nk baca jgk...
baru bli..

cinta laksa dan ubi-hanifah turkey
aku mahu saiz s-ain maisarah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 09:00 AM | Show all posts
ada promosi buku sempena kemerdekaan dan Ramadan
up to 20% diskaun
cek sini
http://pts.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:20 PM | Show all posts

TAJUK       : DOA UNTUK AKU
PENULIS   : BAHRUDDIN BEKRI
TERBITAN : PTS
HARGA      : RM22.90 M/S : 448

Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.

Komen saya:

Novel ni sesuai untuk remaja kanak2 peringkat sekolah menengah banyak motivasi, pembelajaran  yg tersembunyi. Humor yg spontan yg cukup mencuit hati buat kita ketawa dan senyum. Untuk ibu bapa sesuai sungguh dijadikan bahan bacaan musim cuti sekolah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by qimi08 at 14-11-2008 12:20 PM
?t=1226635707
TAJUK       : DOA UNTUK AKU
PENULIS   : BAHRUDDIN BEKRI
TERBITAN : PTS
HARGA      : RM22.90 M/S : 448

Adly yang sa ...


saya dah beli buku ini lepas baca review di blog Geng Kicap...Bagus mereka ni, cepat dan pantas dapat maklumat tentang buku2 baru dan bagus di pasaran..tahniah Geng Kicap:victory: :victory:

agree dengan qimi..buku Doa Untuk Aku ini mmg sangat bagus...
Ia sesuai utk semua lapisan masyarakat dan tidak terbatas untuk remaja sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by kenaripagi at 14-11-2008 12:46 PM


saya dah beli buku ini lepas baca review di blog Geng Kicap...Bagus mereka ni, cepat dan pantas dapat maklumat tentang buku2 baru dan bagus di pasaran..tahniah Geng Kicap:victory: :victory:
...



Mekacih Kenaripagi.. :flower: :flower: :flower:  
Selalu-selalu lah berkunjung ke blog kami

[ Last edited by  dyea at 14-11-2008 01:04 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.079251 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list