CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32462|Reply: 98

KUZI

[Copy link]
Post time 29-12-2006 02:29 AM | Show all posts |Read mode
untuk hari raya kali ini, akak teringin nak masak kuzi pula instead of rendang.  Anyone has the recipe?

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 2-9-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 10:10 AM | Show all posts
mist, boleh cuba resepi ni;

Kuzi Ayam

1/2 ekor ayam - potong 4 dan goreng

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
Kisar/blend halus
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan C
1/2 peket rempah kuzi
4 sudu tomato puree
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 cawan susu cair
1 gelas santan pekat
sedikit susu pekat
Serbuk lada putih.
Garam

Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B yang dah digaul dengan rempah dan sos. Masak hingga rempah masak. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan susu cair. Bila dah agak pekat masukkan santan, dan bahan lain.
Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng. Boleh tambah bawang goreng, kismis dan gajus.

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 04:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:16 AM | Show all posts
lagi satu cuba mist cari dalam Food & Recipe Archive pun ada resipi kuzi ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 10:50 AM | Show all posts
kuzi ni kalau makan ngan roti jala memang mabeles!!! nanti kalau ada masa, nunu tempek resepi. nak unggu baby tido dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:06 PM | Show all posts
kalau nak ayam tu sedap ..
tumbuk bwg putih,halia dan zat faran@kum [email protected] sedikit garam  
sedikit sahaja sudah memadai...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:18 PM | Show all posts
kuzi ni macamane rupenye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2006 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by nurin at 29-12-2006 10:10 AM
mist, boleh cuba resepi ni;

Kuzi Ayam

1/2 ekor ayam - potong 4 dan goreng

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
Kisar/blend halus
10 ulas bawang me ...


Tq Nurin.  Masalahnya akak tak jumpa rempah kuzi ni ada jual kat mana sekarang.  Dulu-dulu memang akak pernah jumpa dan dari situ lah akak tahu sedapnya kuzi ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 29-12-2006 10:50 AM
kuzi ni kalau makan ngan roti jala memang mabeles!!! nanti kalau ada masa, nunu tempek resepi. nak unggu baby tido dulu...


ciku_nunu,
Baby cepatlah tido.  Aunty Mist tak sabar nak dapat resipi kuzi dari mama baby.

Nurin,
memang betul sedap dimakn dengan roti jala.  Inilah plan akak pun.

zawiah89,
tq for the tips.  Nak kenan pi cari saffron pula ni.  Hari tu berzaman simpan saffron yang kak ipar bagi sebab tak tau nak guna.

kebayan,
kuzi ni adik beradik rendang juga.  Tapi warna nya cerah sebab guna susu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2006 12:31 AM | Show all posts
satu lagi akak nak tanya.  Rasa-rasa macam pernah dengar kuzi kambing.  Kalau nak guna kambing instead of ayam, sama juga ke rempah-rempahnya.

Tadi dah try search, tapi tak jumpalah kuzi.  Cari sendiri kat digest terjumpa pula kerutub ayam.  Ini pun satu lagi my favourite yang pernah dicuba.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 01:37 AM | Show all posts
setau akak la...rempah kuzi ni hanya ada dijual di negeri Cik Siti Wan Kembang/kelate
sebab orang kelantan ni..kalu ada gulai kuzi ni..maka gempaklah majlis tu...
boleh digantikan sama ada nak guna ayam, daging @,kambing
ianya menggunakan hanya susu cair sahaja..tidak dimasukkan santan..
tomato puree juga boleh digantikan dgn tomato cap Del Monte...
Del Monte mmg suit ngan gulai kuzi

[ Last edited by  zawiah89 at 30-12-2006 01:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Makning61 This user has been deleted
Post time 30-12-2006 06:43 AM | Show all posts
Makning dulu pernah buat kuzi tapi dah lupa resepinya, nanti makning tanya sifu (abang makning) cadangan nak buat raya ni. Jemulahasyik  rendang je. Lagi pun nak masak nasi buah, lauknya kalau x dapat resepi kuzi nampaknya buat masak tomato je lah. Kuzi abang makning memang sedap masakan orang johor. Nantilah makning cuba dapatkan dan tempek disini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by kebayan at 29-12-2006 06:18 PM
kuzi ni macamane rupenye?




KUZI AYAM

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas  bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan  ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih  atau roti.


[archived]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 04:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 09:15 AM | Show all posts
Kakak zie buat kuzi letak badam..manis & tak pedas..resepi lengkap takde..lenkali nak kena mintak sbb kuzi dia sedap sangat:love:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 09:34 AM | Show all posts
adabi ada rempah kuzi.

pada pendapat saya, kuzi paling sedap daging kambing. kalau lembu atau ayam tak berapa sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by zieA at 15-1-2007 09:15 AM
Kakak zie buat kuzi letak badam..manis & tak pedas..resepi lengkap takde..lenkali nak kena mintak sbb kuzi dia sedap sangat:love:


kakliza pernah buat kuzi taruk badam dan manis..
tapi anak2 tak ebrapa makan dan rasa muak sikit..
tu pasal kakliza buh cili sikit..dan cili sebiji-sebiji dalam kuah tu sebab aklau nak pedas..makan jer cili tu...:nerd:
tapi kalau dah ada kismis..otomatik dia taklah pedas...

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 10:09 AM | Show all posts

Reply #15 hanieliza's post

betul jugak tu k. liza, kalau anak2 tak suka yg manis..buat yg pedas. Lagipun yang manis tu tak sesuai utk makan dengan nasi..cuma sedap utk makan besama roti jala atau roti kosong:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Diela_79 This user has been deleted
Post time 15-1-2007 10:19 AM | Show all posts
Mana nak cari rempah ni.. Rempah kerutub selalula jumpe:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 01:42 PM | Show all posts
rempah kuzi ni kat kelantan jer ada kot
nasi selalu kirim dgn inlaw sbb mmg peberet hubby
kalau ikut mak mertuanya style
bahan2 semua kena goreng dulu (ayam, badam, kismis & bawang)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:04 PM | Show all posts
teringat masa kat hostel dulu2.. roomate org kelate selalu bawa kuzi... dia kata isi kismis n bawang banyak2 baru best, x yah isi gula, rasa manis2 gitu.. but honestly mmg sedap lerr kuziii niii

[ Last edited by  rimbun at 15-1-2007 02:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2007 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by Diela_79 at 15-1-2007 10:19 AM
Mana nak cari rempah ni.. Rempah kerutub selalula jumpe:hmm:


wah nampaknya boleh kkliza jadi pengedar...

tapi pengedar rempah kuxi jelah yer.. bukan yg salah dalam undang2 tauu...:no:

aceli kakliza pernah nampak rempah kuzi keluaran ADABI..
tapi kakliza tak pernah cubalaaa...







[ Last edited by  hanieliza at 15-1-2007 02:30 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.287618 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list