CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2450|Reply: 5

mtk ajar

[Copy link]
asumi This user has been deleted
Post time 6-12-2006 09:36 PM | Show all posts |Read mode
erm....aku budak br belajar..
tak tau sgt psl kopm nie....
blh tak sesaper blh habaq kat aku mcm mane  benda dlm bitcomet tue b'fungsi..
aku tak paham la istilah-istilah berikut....cthnye...
KB/s Dn   - KB/s Up   - Speed/Peer   

satu lagi, aku ader arr msk satu forum nie..
diorg ckp pasal seed, reseed and ade lg lah benda lain pasal seed...

aku hrp le bebenor klu ade org blh tlg akue.....:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 09:52 PM | Show all posts

Reply #1 asumi's post

KB/s Dn - kelajuan download
KB/s Up - kelajuan upload

leecher - pendownload file dari torrent site
seed - penupload file ke torrent site
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:23 PM | Show all posts
Intro

Bit torrent adalah sejenis protocol untuk file transfer. Bit torrent client adalah applikasi yang menggunakan protocol tersebut. Korang boleh menggunakan Bittorrent untuk share dan download apa2 file yang dikehendaki.
Pertama-tama sekali, korang memerlukan bittorent client untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh  protocol yang disediakan oleh bittorrent.

Bahasa Bittorent

Seterusnya anda perlu tahu beberapa terminology yanag selalu digunakan:

Seeder = Seeder adalah orang/user yang mempunyai file yang complete dlm pc nya tetapi tak semestinya seorang Uploader

Uploader = Orang yang upload torrent file ke web. selalunya dia yang menjadi Seeder yang pertama.

Leecher = Orang yang tidak mempunyai file yang complete (juga dikenali sebagai PEER). Leecher akan download file dari seeder (dan juga akan upload .piece. file yg dia ada kepada peer/leecher lain yg tidak mempunyai piece tersebut)

Tracker = engine@script yang .keep track. sesiapa yang ada (seed/leech)  apa dan piece file apa yang member tu ada.

Swarm = kumpulan computer yang terlibat dengan activiti satu torrent tertentu.

Ratio = Jumlah Total yang anda Upload/Total yang anda Download. Juga dipanggil stats.

Client = program/software yang digunakan untuk download Bit Torrent.


Macam Mana Torrent Berfungsi

Program P2P selain dari torrent berfungsi sperti berikut. Katakan korang ada satu file yg aku nak cari.. So aku terpaksa beratur dibelakang org depan aku utk dapatkan file tersebut sehinggalah aku sampai giliran aku utk donlod file tersebut. So, jika barisan tu panjang aku kena beratur lama utk dapatkan file tersebut.

Tapi yang bestnya torrent neh, cara dia bekerja dengan menggunakan kaedah yang berbeza:

Utk memahami dgn cara yg senang bagaimana torrent berfungsi, cuba bayangkan aku ada  buku, 100 mukasurat, dan 10 orang nak baca/copy buku tersebut secara serentak. So aku akan bahagi kepada setiap orang 10 mukasurat utk depa baca/copy, dan bila depa dah baca/copy, depa akan pass mukasurat yang dah dibaca/copy kepada org lain, dan dia akan amik mukasurat yang dia belum ada dari orang lain.

So masa tu, aku boleh tinggalkan buku tersebut dan biarkan depa baca/copy utk sesama mereka sehinggalah setiap orang mempunyai sebuah bulu yang complete.

So samalah jugak konsepnya dengan file yg korang share melalui torrent. File yang dikongsi akan dibahagikan kepada pieces yang kecik2, dan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan keep track sapa yang ada pieces tersebut, dan sesiapa yang belum ada pieces tersebut sehinggalah semua pieces tadi berkumpul menjadi satu file yang lengkap didalam pc korang.



Aku dah install Client, pastu nak Buat apa?

So, utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah terlebih dahulu donlod .torrent files (saiz nya kecik, hanya bebrapa Kb). File .Torrent neh mengandungi informasi-informasi berkennaan dengan file yang dikongsi, berapa pieces file tersebut dipecahkan, dan tracker apa yang announce.
So utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah bukak .torrent file neh dlm client supaya file tersebut didonlod. Utk dapatkan file neh, kena lah ada SEEDER, kalu tak donlod korang tak jalan.

Download akan bertambah cepat jika ramai SEEDER dan sedikit PEER, dan akan jadi lambat jika ramai PEER tapi SEEDER kurang.


Apa kelebihannya berbanding ngan network P2P lain

Kelebihan utama torrent adalah kerana sifatnya yang Versatile. Disebabkan oleh Bit Torrent hanyalah satu protocol/kaedah utk kongsi file, tak akan ada restriction terhadap jenis2 file yang boleh dikongsi.

Perbezaan yg ketara berbanding dengan network p2p lain adalah:

a.Korang tak perlu bagi kesemua bahagian (pieces) file korang kepada setiap orang yg nakkan file tersebut. Korang boleh bagi sedikit shj kepada setiap orang dan depa akan share ramai2. mcm contoh buku tadi.

b.Bila korang start bagi sikit bahagian tersebut,  availability pieces tersbut jugak akan bertambah, sebab setiap orang juga boleh share bahagian tersebut kepada org lain. dan seterusnya. So bila banyak org share bahagian-bahagian tertentu, speed torent juga akan bertambah, dan lagi ramai orang berminat utk dapatkan file tersebut. Ini berlainan dengan konsep network p2p lain yg mana korang terpaksa beratur panjang nak dpatkan file tersebut.


*credit to jiwang torrent
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:30 PM | Show all posts
BITCOMET FAQ


Makna Status Icon

- nak start connect ke tracker

- Connecting to peer

- file tak complete Downloading/Uploading (peer)

- file complete & Uploading (seed)

- hash checking

- Tak boleh write ke disk***


*** berlaku mungkin sebab
- download file larger than 4GB and file system is FAT32 - solution: convert to NTFS
- file2 torrent yg korang sdg download mungkin mempunyai file yg sama nama, dan disave ke same folder.



Peer Section punya Legend
IP: IP address/port peers
%: berapa percent peer ada dah complete
KB/s Dn: Download rate korang dr. peer
KB/s Up: Upload rate korang kpd. peer
Downloaded: berapa byk ko dah donlod dr peer
Uploaded: berapa byk ko dah uplaod kpd peer
Initiation: samada connection di"establish" oleh korang (Local) atau peer (Remote) ****
KB/s Peer Dn: total download rate peer
Client Type: client peer
Error: berapa banyak bad pieces yg korang terima dr. peer - kalu banyak, ban ajer
DUd0u0":
-D: skrg korang tengah download dari peer tuh
-U: skrg korang tgh uplaod kat peer tuh
-d: client korang dok mintak data dr. peer tuh
--0: berapa kali korang dah mintak data dr peer tuh
-u: client peer dok mintak data dr korang
--0: berapa kali client peer dah mintak data dr. korang
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 6-12-2006 10:31 PM | Show all posts

Reply #4 jimbait's post

great explaination  :love:
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:20 PM | Show all posts
terima kasih lah kepada yg sudi mengajar,
baru aku kenali apa itu torrent,
selama ni dok dolot pakai ares dgn limewire jer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.249986 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list