asumi This user has been deleted
|
erm....aku budak br belajar..
tak tau sgt psl kopm nie....
blh tak sesaper blh habaq kat aku mcm mane benda dlm bitcomet tue b'fungsi..
aku tak paham la istilah-istilah berikut....cthnye...
KB/s Dn - KB/s Up - Speed/Peer
satu lagi, aku ader arr msk satu forum nie..
diorg ckp pasal seed, reseed and ade lg lah benda lain pasal seed...
aku hrp le bebenor klu ade org blh tlg akue.....: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 asumi's post
KB/s Dn - kelajuan download
KB/s Up - kelajuan upload
leecher - pendownload file dari torrent site
seed - penupload file ke torrent site |
|
|
|
|
|
|
|
Intro
Bit torrent adalah sejenis protocol untuk file transfer. Bit torrent client adalah applikasi yang menggunakan protocol tersebut. Korang boleh menggunakan Bittorrent untuk share dan download apa2 file yang dikehendaki.
Pertama-tama sekali, korang memerlukan bittorent client untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh protocol yang disediakan oleh bittorrent.
Bahasa Bittorent
Seterusnya anda perlu tahu beberapa terminology yanag selalu digunakan:
Seeder = Seeder adalah orang/user yang mempunyai file yang complete dlm pc nya tetapi tak semestinya seorang Uploader
Uploader = Orang yang upload torrent file ke web. selalunya dia yang menjadi Seeder yang pertama.
Leecher = Orang yang tidak mempunyai file yang complete (juga dikenali sebagai PEER). Leecher akan download file dari seeder (dan juga akan upload .piece. file yg dia ada kepada peer/leecher lain yg tidak mempunyai piece tersebut)
Tracker = engine@script yang .keep track. sesiapa yang ada (seed/leech) apa dan piece file apa yang member tu ada.
Swarm = kumpulan computer yang terlibat dengan activiti satu torrent tertentu.
Ratio = Jumlah Total yang anda Upload/Total yang anda Download. Juga dipanggil stats.
Client = program/software yang digunakan untuk download Bit Torrent.
Macam Mana Torrent Berfungsi
Program P2P selain dari torrent berfungsi sperti berikut. Katakan korang ada satu file yg aku nak cari.. So aku terpaksa beratur dibelakang org depan aku utk dapatkan file tersebut sehinggalah aku sampai giliran aku utk donlod file tersebut. So, jika barisan tu panjang aku kena beratur lama utk dapatkan file tersebut.
Tapi yang bestnya torrent neh, cara dia bekerja dengan menggunakan kaedah yang berbeza:
Utk memahami dgn cara yg senang bagaimana torrent berfungsi, cuba bayangkan aku ada buku, 100 mukasurat, dan 10 orang nak baca/copy buku tersebut secara serentak. So aku akan bahagi kepada setiap orang 10 mukasurat utk depa baca/copy, dan bila depa dah baca/copy, depa akan pass mukasurat yang dah dibaca/copy kepada org lain, dan dia akan amik mukasurat yang dia belum ada dari orang lain.
So masa tu, aku boleh tinggalkan buku tersebut dan biarkan depa baca/copy utk sesama mereka sehinggalah setiap orang mempunyai sebuah bulu yang complete.
So samalah jugak konsepnya dengan file yg korang share melalui torrent. File yang dikongsi akan dibahagikan kepada pieces yang kecik2, dan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan keep track sapa yang ada pieces tersebut, dan sesiapa yang belum ada pieces tersebut sehinggalah semua pieces tadi berkumpul menjadi satu file yang lengkap didalam pc korang.
Aku dah install Client, pastu nak Buat apa?
So, utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah terlebih dahulu donlod .torrent files (saiz nya kecik, hanya bebrapa Kb). File .Torrent neh mengandungi informasi-informasi berkennaan dengan file yang dikongsi, berapa pieces file tersebut dipecahkan, dan tracker apa yang announce.
So utk dapatkan file yang dikongsi, korang kenalah bukak .torrent file neh dlm client supaya file tersebut didonlod. Utk dapatkan file neh, kena lah ada SEEDER, kalu tak donlod korang tak jalan.
Download akan bertambah cepat jika ramai SEEDER dan sedikit PEER, dan akan jadi lambat jika ramai PEER tapi SEEDER kurang.
Apa kelebihannya berbanding ngan network P2P lain
Kelebihan utama torrent adalah kerana sifatnya yang Versatile. Disebabkan oleh Bit Torrent hanyalah satu protocol/kaedah utk kongsi file, tak akan ada restriction terhadap jenis2 file yang boleh dikongsi.
Perbezaan yg ketara berbanding dengan network p2p lain adalah:
a.Korang tak perlu bagi kesemua bahagian (pieces) file korang kepada setiap orang yg nakkan file tersebut. Korang boleh bagi sedikit shj kepada setiap orang dan depa akan share ramai2. mcm contoh buku tadi.
b.Bila korang start bagi sikit bahagian tersebut, availability pieces tersbut jugak akan bertambah, sebab setiap orang juga boleh share bahagian tersebut kepada org lain. dan seterusnya. So bila banyak org share bahagian-bahagian tertentu, speed torent juga akan bertambah, dan lagi ramai orang berminat utk dapatkan file tersebut. Ini berlainan dengan konsep network p2p lain yg mana korang terpaksa beratur panjang nak dpatkan file tersebut.
*credit to jiwang torrent |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
Reply #4 jimbait's post
great explaination :love: |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih lah kepada yg sudi mengajar,
baru aku kenali apa itu torrent,
selama ni dok dolot pakai ares dgn limewire jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|