View: 11109|Reply: 24
|
ERA PROFESSIONAL PUNCA KEMEROSOTAN MUTU BOLASEPAK MALAYSIA
[Copy link]
|
|
Tajuk ini mungkin ramai yang tak setuju dengan aku....
Tapi bagi aku itulah sebabnya PUNCA SEBENAR KEMEROSOTAN MUTU PERMAINAN BOLASEPAK MALAYSIA. Di bawah ini aku senaraikan faktor yang disebabkan secara langsung & tidak langsung kesan era professional ini.
1. HILANGNYA PEMAIN YANG MEMPUNYAI KARIER LAIN..
Mereka yang mempunyai pekerjaan dan karier yang stabil tidak akan berhenti kerja semata-mata untuk menjadi seorang pemain bolasepak secara tetap. Apakah seorang itu dapat hidup dengan bermain boalsapek di malaysia? Selepas habis karier sebagai bintang bolasepak ke manakah pemain ini ingin mencari kerja? Sedang mereka yang mempunyai karier ini bahkan lebih ada skill dari player bermain bola semata.
2. HILANGKAN THINKING PLAYER.
Pemain era amatur berasal dari berbagai latar belakang pekerjaan. Pengalaman dan pelajaran yang mereka terima ingin membolehkan mereka menyerapnya ke dalam permainan. Cubalah kaji tahap pelajaran pemain bolasepak malaysia era amatur dan era sekarang. Sedangkan mereka yang bermain bolasepak sekarang jarang yang hendak maju dalam pelajaran.
3. NEGERI TIDAK TUMPUKAN PEMBANGUNAN LIGA NEGERI
Sejak era pro ni, banyak negeri tidak mengendahkan pembangunan liga negeri yang selama ini menjadi tunjang kekuatan negeri semasa era amatur. Ini adalah kerana negeri ini akan membeli pemain-pemain nomad yang berpindah randah ini. Semasa era amatur, pemain berpindah pasukan kerana faktor pertukar pekerjaan.
4. PEMAIN AMATUR BERMAIN UNTUK NEGARA BUKAN DUIT
Pemain amatur dahulu bermain dengan penuh semangat kerana mereka bermain bola ini untuk negara. Mendapat panggilan untuk bermain bagi negara ialah satu penghormatan buat diri sendiri, negeri, kelab, tempat kerja bahkan kampung. Rakan-rakan akan memberi sokongan padu. Bonus duit dan lain-lain itu hanya perangsang tambahan.
5. PEMINAT MEMBERI SOKONGAN PADU
Bila pemain amatur bermain untuk negeri/negara, rakan sekerja, sahabat taulan bahkan satu kampung akan ke stadium. Pemain akan bermain bermatian-matian agar tidak memalukan tempat kerja dan juga kampung. Kalau main tak elok telinga akan pedih sepanjang masa....di tempat kerja...dan juga kampung. Pemain era pro....apakah ada perasaan ini? Main tak elok pun... tahun depan boleh pindah negeri ...
itulah antara faktornya....bahkan banyak lagi...! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berharap agar LIGA antara negeri (amatur ) dihidupkan semula...
Mana negeri yang pasukan AMATURnya menjadi juara dan naib juara layak ke PIALA MALAYSIA...... |
|
|
|
|
|
|
|
elok cuba buat team futsal lakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 dah ok dgn semi-pro they all ubah ke Liga M, then Liga Super...last2 mne yg M nyer, mne yg Supernye????
Apa ra....melayu kite ni pemalu sgt...malu nk suruh orang "atas" nun turun jawatan...Yg org "atas" nun plk tu buat bodoh beruuuuk je.....:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
interesting news......
Bundesliga sign agreement to assist Indian football
December 13, 2006
German football will assist India in rebuilding their professional league.
The management board of the Bundesliga has signed an agreement with the All India Football Federation to help establish a professional national league in the country.
India has been trying to revamp the league, which has struggled since its launch in 1996.
"Our first aim is to popularise German football in this side of the globe," Holger Hieronymous, Deutsche Futball Liga chief, said. "Also, we would be involved with the AIFF and exchange our know-how in management, organisation, youth programme and sporting activities." |
|
|
|
|
|
|
|
bola sepak malaysia sekarang nie memang dah teruk dahh..
eksyenn lebih dari permainan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Hang's post
I setuju dengan fakta you ini .. tentang kelembapan dan kemerosotan bolasepak malaysia. Bagi I selain daripada skill dan stamina .. pemain kita mesti gunakan fikiran dalam permainan baru lah strategi yang diajar oleh jurulatih boleh terlaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by edmundo at 12-12-2006 11:04 AM
Mula2 dah ok dgn semi-pro they all ubah ke Liga M, then Liga Super...last2 mne yg M nyer, mne yg Supernye????
Apa ra....melayu kite ni pemalu sgt...malu nk suruh orang "atas" nun turun j ...
org atas tu berdaulat beb........
nampaknye nak kene suh siti nurhaliza tolong pujuk nih......:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
respect la dgn hoki tuhh...
kalah jekk terus jurulatih letak jawatan... |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah le...aku setuju... :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 adbrutals's post
teringat di suatu ketika... coach dr luar.. mintak ape ntah ngan FAM.. something to with padang la.. ngan kemudahan latihan.. and then die ader bg cadangan ape ntah utk bola.. tapi FAM mcm buat tak layan.. (byk bener birokrasinye).. las2 coach tuh resign.. fedap.. tak masuk lagik ngan anak buah yg besor kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
karl heinz weigang yang penah bawak malaysia layak ke olimpik 1980.. ( pengurusan sebelum in)
bila diambil semula jadik director techinkal kot era pengurusan sekarang.... heran aku kenapa dia resign? |
|
|
|
|
|
|
|
ORANG ATAS KENA UNDUR!!!!
DEPA PI LAGAK BODOH AS IF NOTHING HAPPEN BL M'SIA KALAH!!!!
Td latest ranking FIFA...merosot lg ke tmpt 157!!!!
And FAM dgn bangsatnya dh bg alasan yg M"sia susah nk masuk final World CUp 2018 (sprt yg depa sndri target dulu)...depa anjakkan plk ke thn 2022~!!!!!
BODOH!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by edmundo at 19-12-2006 05:56 PM
ORANG ATAS KENA UNDUR!!!!
DEPA PI LAGAK BODOH AS IF NOTHING HAPPEN BL M'SIA KALAH!!!!
Td latest ranking FIFA...merosot lg ke tmpt 157!!!!
And FAM dgn bangsatnya dh bg alasan yg M"sia susa ...
Kenapa FAM sebelum ni target 2018?
barangkali kerana 2018 ialah GILIRAN ASIA untuk jadik tuan rumah. Dah sure FAM nak guna pintu belakang masuk WC 2018 dengan menjadi tuan rumah!!
Sehari sebelum FAM ubah target 2022, presiden FIFA dah umumkan penggiliran TUAN RUMAH ini akan dihapuskan pada 2018... belum tentu ASIA boleh jadi tuan umah!!! FAM mungkin melobi FIFA untuk 2022 bagi asia jadi balik tuan umah!!
CALON YANG LAYAK UNTUK ASIA BAGI TUAN UMAH WC
1. KOREA SELATAN ( DAH JADIK - SO NO CHANCE)
2. JEPUN ( DAH JADIK - SO NO CHANCE)
3. NEGARA-NEGARA ARAB ( NO CHANCE - CULTURAL DIFF.)
4. IRAN ( NO CHANCE - POLITICAL DIFF)
5. PAKISTAN/INDIA ( NO CHANCE - ECONOMIC/FACILITIES)
6. THAILAND/INDONESIA/VITENAM ( NO CHANCE/ ECONOMIC/POLITICAL UNSTABLE)
SERIOUS CONTENDER:
7. MALAYSIA
8. CHINA
9. AUSTRALIA
by 2022... AUSTRALIA MAY BE EXPELL FROM AFC..... kat doha pun dah dengar-dengar cakap ni.....
Malaysia pun mungkin guna isu.. rantau ASIA TIMUR dah jadi tuna umah tahun 2002... dengan sokongan/ undian wakil negara Arab & asia tenggara... malaysia mempunyai peluang cerah.... ditambahkan pula dengan kepakaran anak-anak malaysia yang digunakan semasa WC 2002 & 2006 akan di gunakan sebagai senjata.....
itulah analysis aku....... |
|
|
|
|
|
|
|
Weigang pernah bawak Malaysia layak ke Olimpik, tapi masa tu pengurusan camner ? lain kan ?
Sama jugak dengan Claude Le Roy, pemimpin FAM kata mamat ni tak berkaliber terus tak sambung kontrak, pastu dia pergi jadik coach cameroon elok jer camerron boleh masuk world cup........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Hang's post
setuju dengan hang dalam perkara ini
(perkara INI sahaja tau ;) )
lagi satu --
kita tak nak belajar dan tak humble --
bila saya baca sejarah bolasepak negara di awal2 70an
nama nama gah seperti Ghani Minhat, Mokhtar Dahari -
adalah sinonim dengan soccer di Malaysia --
SEMUA orang kenal
even south korea sendiri pun dulu berguru dengan malaysia
but where are they now in term of soccer and where is malaysia --
all those reasons yang hang wrote down
are some of the main reasons mutu bolasepak di negara ini
menjunam --
honestly - saya sendiri tidak langsung berminat menonton
kerana tak rasa ada interesting stuff -- dan pemain
pun main macam kambeng saja --
bukan agung agungkan western soccer teams
tapi the reality is -- malaysia soccer team sucks -
[ Last edited by dexa at 24-12-2006 10:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju sangat..............
antara cadangan untuk majukan bolasepak...........
1 ) Of course, kepala persatuan kena tukar.
2 ) Tukar management system dalam team.
- Manager adalah orang yg akan analyse strength pihak lawan, then decide apa strategy nak guna, siapa yang akan diturunkan, apa taktik nak guna, select player dari akademi atau pasukan lain dan propose untuk beli.
- Beberapa orang coach seperti goalkeeping coach, fitness coach, nutritionist etc. Mereka akan supply information kepada manager siapa yg fit untuk diturunkan, siapa yang tak cergas dsb.
Sekarang ni coach yg plan strategi, tapi last minute, manager akan decide supaya player kesukaannya diturunkan jugak. Tengok apa berlaku pada pasukan Selangor bila Amri Yahyah diturunkan. Tengok apa yang berlaku dalam final World Cup 1998 bila Ronaldo diturunkan.
3 ) Set up akademi yang betul betul jujur, bukan pilih sebab player tu anak sedara coach atau sepupu sepapat AJK persatuan bolasepak.
4 ) Peneraju utama tidak boleh terlalu ego menghukum kelab yang tak mampu untuk meneruskan perjuangan dalam liga.
5 ) Mindset pemain bolasepak perlu ditukar. Kalau dapat peluang training untuk pasukan luar seperti di Eropah, jangan bagi alasan makanan tak sesuai, rindu keluarga dan sebagainya.
tu pendapat aku ler......... |
|
|
|
|
|
|
|
diorang x nak try akademi bola sepak kat euro ke .. mane la tau .. dapat 1 team standing EPL. .. ye la.. dari kecik dah start main ngan org luar ... pendedahan lebih .. cara main mesti la power..... yg pegi bazir duit buat kompleks sukan bertaraf dunia buat ape kat uk tu... laknat. ...
x pandai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|