CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: jazim

SEMUA BERKAITAN ADAT-ISTIADAT TENTERA & POLIS

[Copy link]
Post time 29-5-2007 12:44 PM | Show all posts

Istiadat Mengarak Panji2 Yang Di Pertuan Agong

ari sabtu ni ada istiadat mengarak panji2 YDP Agung. sapa pernah tgk istiadat ni? apa sebenarnya yg berlaku? ingat nak turun dataran sabtu nih. first time nak pegi tgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 12:46 PM | Show all posts

Reply #1 huskers's post

Dalam bahasa inggerisnya "Trooping The Colours"  ada kaitan dengan zaman dulu-dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 01:04 PM | Show all posts
care to elaborate.....share with us your experience.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 01:30 PM | Show all posts

Reply #3 huskers's post

actually its nice to watch from the stands...but totally not fun to be in the parade itself lol...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 01:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #3 huskers's post

ko nak tengok apa yang berlaku tahun lepas, visit sini

http://abahwafi.fotopages.com/?entry=820519
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2007 02:51 PM | Show all posts
thanks for the links. tolong cadangkan lokasi yg sesuai utk org awam cam saya ni to get up close and personal. saya nak bawa video cam so kena carik lokasi yg sesuai utk amkbik video. tim aksih
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:30 PM | Show all posts
Aturcara Tahun Lepas

Seri Paduka berangkat ke istiadat mengarak panji-panjiKUALA LUMPUR 3 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail hari ini berangkat ke istiadat mengarak panji-panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.
Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid tiba di Dataran Merdeka pada pukul 8 pagi.
Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan isteri, Puan Sri Siti Hapsah Omar.
Sejurus ketibaan Seri Paduka, perbarisan mempersembahkan `Hormat Diraja' yang diiringi 21 das tembakan meriam dan lintas hormat penerbangan oleh lima pesawat helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bendera Malaysia, bendera ATM, bendera Tentera Darat Malaysia (TD), bendera Tentera Laut (TLDM) dan bendera Tentera Udara (TUDM).
Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 28 pegawai dan 550 anggota lain-lain pangkat daripada TD, TLDM dan TUDM sambil diiringi Mohd. Anwar dan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Abdul Rahman A. Wahab.
Majlis diteruskan dengan acara pembukaan medan oleh Gabungan Pancaragam Pusat ATM yang memainkan lagu Suriram, Tentera Benteng dan Pertahanan Negara.
Seri Paduka berdua kemudian menyaksikan perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dengan diiringi lagu Negaraku.
Perbarisan kemudian mara menghadap dan majlis bergema dengan laungan `Daulat Tuanku' oleh para anggota perbarisan dan disusuli dengan bacaan doa.
Kemudian majlis diikuti terbang lintas hormat oleh lima pesawat helikopter ATM sebelum panji-panji Seri Paduka diarak keluar.
Setelah perbarisan keluar padang, Seri Paduka berdua dipersembahkan dengan kawat senyap oleh TLDM diketuai Leftenan Komander Roslee Mohamad Isa dengan diikuti tarian `Perang Para' oleh 10 Briged Para diketuai Leftenan Kolonel Lim Kiat Choy, yang julung-julung kali dipersembahkan pada istiadat mengarak panji-panji.
Istiadat mengarak panji-panji Yang di-Pertuan Agong diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin yang ke-63 hari ini dan juga sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Turut hadir ke istiadat itu adalah menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, atase pertahanan beberapa kedutaan serta diplomat asing di negara ini dan orang ramai.
Istiadat itu berakhir pada pukul 9.25 pagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 03:34 PM | Show all posts
Latarbelakang Acara Dalam ATM

Panji-panji Agong - Tugas pembawa sekali seumur hidupOleh ZABRY MOHAMAD
DALAM Angkatan Tentera Malaysia, panji-panji dikurniakan kepada sesebuah rejimen sebagai tanda penghargaan terhadap perkhidmatan dan kesetiaannya kepada raja dan negara.
Setiap rejimen mempunyai dua panji-panji iaitu Panji-Panji Rejimen dan Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Panji-Panji Rejimen melambangkan kesetiaan semua anggotanya kepada batalion. Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong pula sebagai kesetiaan rejimen kepada raja.
Dalam perbarisan, tugas membawa panji-panji akan diserahkan kepada pegawai-pegawai muda dalam sesebuah rejimen.
Bagi Kapten Muhammad Abdullah, 30, kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk membawa panji-panji baru Yang di-Pertuan Agong Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) baru-baru ini disifatkan sebagai satu penghormatan yang cukup tinggi.
Menurutnya, tanggungjawab yang diberikan itu amat berat kerana panji-panji begitu disanjung tinggi dan diberikan penghormatan yang mulia oleh setiap anggota tentera.
Tugas itu juga adalah yang pertama dan terakhir sepanjang hayatnya.
Ini kerana panji-panji hanya ditukar selepas ia lusuh atau rosak.
``Mengikut tradisi, panji-panji akan diganti 18 tahun sekali.
``Dalam tempoh tersebut, pastinya saya tidak lagi berpeluang membawanya kerana tugas itu akan diserahkan kepada pegawai lain yang lebih muda,'' katanya kepada ketika ditemui selepas istiadat pertukaran panji-panji Yang di-Pertuan Agong RAMD di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebagai peristiwa yang bakal dicatatkan dalam sejarah negara khususnya kepada RAMD, persiapan rapi semestinya diperlukan bagi memastikan istiadat itu berjalan lancar.
Muhammad dan anggota-anggota tentera yang terlibat dalam perbarisan menjalani latihan sejak empat minggu sebelum istiadat bermula.
Setiap hari mereka berlatih tidak kurang enam jam.
Malam sebelum istiadat itu pula mereka mengadakan sembahyang hajat dan majlis tahlil supaya tiada kejadian buruk berlaku.
Namun, istiadat sedemikian bukannya yang pertama buat beliau.
Muhammad pernah terlibat dengan beberapa istiadat lain iaitu perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dan perarakan Panji-Panji RAMD pada tahun 2002.
Beliau pernah menyertai perbarisan semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-13 pada tahun lepas.
Beliau juga turut serta dalam setiap istiadat perbarisan di Istana Negara, Parlimen, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan Wisma Pertahanan.
Antara kesemuanya, perbarisan semasa menyambut ketibaan lebih 100 pemimpin luar negara ketika Sidang Kemuncak NAM ke-13 merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan beliau.
Ketika itu, beliau terpaksa berada dalam kedudukan bersiap-sedia selama 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.
Ketibaan para pemimpin yang tidak menentu masa menyebabkan mereka terpaksa berbuat demikian.
``Kadang-kadang ketibaan mereka selang lima minit dan kadang-kala setengah jam sekali. Itu yang membuatkan kami terpaksa bersiap-sedia menunggu dalam masa 24 jam.
``Tapi bila dikenang semula, ia cukup menyeronokkan walaupun meletihkan,'' katanya mengakhiri perbualan.

Mengarak panji-panji - Lambang taat setia ATMOleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN
SEGAK, megah dan penuh semangat. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan penulis semasa menyaksikan istiadat mengarak panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi diberi penghormatan melaksanakan istiadat itu yang diadakan penuh gilang-gemilang kerana panji-panji merupakan lambang kemegahan, penghormatan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi organisasi itu kepada Raja dan negara.
Memandangkan hari itu jatuh pada musim cuti persekolahan, ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak dan ahli keluarga masing-masing menyaksikannya.
Cuaca redup yang menyelubungi langit memberikan suasana yang cukup selesa dan nyaman kepada para penonton.
Sebanyak 20 pegawai dan 507 anggota diketuai Leftenan Kolonel Mustapha Omar mempersembahkan Hormat Diraja sebaik ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid tepat pukul 8 pagi.
Ia diikuti 21 das tembakan meriam kehormatan dan terbang lintas lima helikopter ATM iaitu dua Nuri, dua Alloutte dan sebuah Fennec yang membawa bendera-bendera Jalur Gemilang, ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Baginda kemudiannya memeriksa perbarisan.
Sejurus selepas pemeriksaan perbarisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM dengan 92 anggota diketuai Leftenan Komander Khairel Anwar Haron membuka medan sebelum perarakan panji-panji dan perbarisan bermula.
Panji-panji yang diarak adalah yang dianugerahkan Seri Paduka kepada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Mac 1963, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 12 Mac 1966 dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 14 Mac 1967.
Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Endon Mahmood; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan isteri, Puan Sri Siti Hapsah Omar.
Turut hadir menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan atase pertahanan beberapa kedutaan serta suruhanjaya tinggi di negara ini.
Upacara berakhir kira-kira pukul 9 pagi.
Menurut sejarah, perkataan panji-panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh sesebuah ketumbukan tentera pada zaman dahulu.
Ketika itu, bendera berwarna-warni dibawa ke medan perang sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja pasukan masing-masing dan sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang mengetuai.
Panji-panji amat penting bagi mengenal pasukan sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua askar di medan perang.
Panji-panji akan dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir dan dianggap tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu pasukan daripada membiarkan panji-panji jatuh ke tangan musuh.
Pada awal kurun ke-19, upacara yang asalnya penuh bersejarah dan diarak dalam masa peperangan diubah coraknya menjadi istiadat mengarak panji-panji yang disesuaikan dengan muzik atau lagu.
Lagu-lagu yang digubah untuk istiadat tersebut diberi nama `troop' dan dari situ timbul rangkai kata `trooping the colours' atau istiadat mengarak panji-panji yang bertujuan menghidupkan semula tradisi ketenteraan zaman silam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 04:48 PM | Show all posts

Reply #7 huskers's post

Kalo ada apa yang boleh dikongsikan, kongsi ler....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 07:35 PM | Show all posts
sapa nak tgk panji baru no 1 skn n panji2 yg lain blehler datang kat TUDM subang nanti...

p/s : banyak pesawat buat statik display nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 07:47 PM | Show all posts


PEREBARISAN PANJI2 TAHUN 2006
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 09:37 AM | Show all posts

Reply #11 venez's post

bila ni? HUT TUDM ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 09:37 AM | Show all posts
venez......hari apa boleh pi tgk? open to public ker? (air force open day?)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 02:48 PM | Show all posts
sapa turun hari sabtu lepas......... sayang seklai bila lagu negaraku tenggelam dlm deruman helikopter - dpt dgr bhgn awal dan akhir sahaja.

ada soalan - kenapa masa lagu negara ku yg last (no 3) panji-panji mencecah tanah? bukan taboo ker panji-panji cecah tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 08:54 AM | Show all posts

Semua Pegawai, LLP dan civilian memberikan hormat kepada gun......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2007 02:34 PM | Show all posts
nape ada gambar yang tak buleh dilihat?
ke komputer ku yang bermasalah?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.165643 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list