|
Samping songket bezakan pangkat dan kedudukan
Oleh Shaarani Ismail
SEJARAHNYA, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.
Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa.
Namun, ia tidak bermakna sesiapa saja mahu atau boleh memakai atau memilikinya kerana sejajar sejarahnya, songket masih lagi tergolong sebagai busana warisan yang mahal dan hanya yang berkemampuan, mampu memiliki songket kualiti terbaik.
Semakin tinggi kualiti fabrik dan benang yang digunakan, semakin rumit corak yang dihasilkan, semakin mahal harga songket yang dihasilkan. Ditambah pula faktor kerumitan proses tenunan, lebih-lebih lagi jika ia tenunan tangan. Tidak hairanlah jika harga songket boleh mencecah puluhan ribu ringgit!
Percaya atau tidak, hanya dengan sekali pandang, sudah dapat diagak mahal murahnya songket yang dipakai. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan songket atau samping songket yang digayakan rakan, anggota keluarga atau sesiapa saja.
Keunikan corak, kilauan benang emas atau perak pada samping cukup untuk `mengkhabarkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tenunan mewah lambang status
Oleh Fairuz Zaidan
MEMBELEK sehelai demi sehelai tenunan songket milik Tengku Yusof Almarhum Tengku Zainal, ternyata ahli perniagaan yang juga kerabat diraja Selangor itu mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memiliki samping kebanggaan bangsa Melayu.
Bukan saja tenunan emas sebagaimana yang biasa kita lihat bila pemakaian baju Melayu, Tengku Yusof atau lebih mesra dengan panggilan TY juga memiliki beberapa helai samping yang bermotifkan flora bercorak besar.
Ternyata, corak bunga yang ditenun dengan pelbagai warna benang itu memberikan inspirasi dan pengaruh cukup eksklusif terutama bila digayakan bersama baju Melayu.
Kata TY, kecintaannya pada samping songket sudah berputik sejak kecil lagi kerana ayahandanya sendiri, Almarhum Tengku Zainal Karib memang menitikberatkan pemakaian samping setiap kali menghadiri majlis rasmi di istana.
Beliau berkata, dengan cara itu, ia secara tidak langsung mendidiknya dalam membudayakan pemakaian samping secara lengkap termasuk memakai mengikut tema warna pakaian.
揝etiap kali ingin menggayakan baju Melayu, biasanya sehari sebelumnya saya sudah bersiap-siap memilih baju dan samping manakah yang bersesuaian.
揃ukan itu saja, tidak lengkap menggayakan baju kebangsaan ini jika tidak digandingkan bersama butang baju mengikut warna pakaian, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Me suka gak ngan songket
dan masih simpan sepersalinan my mum nyer wed songket...
tapi kualiti dah tak elok.. kerana kurang berjaga
sayang nak buang.. simpan sebagai sejarah.
Myself ada beli sepasang songket kashmir masa pi Singapore last year
dia nyer songket.. sama mcm songket melayu kita
cantik dan harganya S 50. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Songket
Busana alam Melayu hampir pupus kerana dianggap terbatas untuk digayakan
KAIN songket adalah antara warisan tradisional yang semakin dilupakan generasi hari ini. Walaupun ada sesetengah masyarakat Melayu hari ini menyimpan kain songket sebagai warisan pusaka, masih ramai yang tidak memilikinya. Lebih mengecewakan, ada yang tidak mengetahui cara memakai kain yang baik dan betul.
Pensyarah Institut Seni Malaysia Melaka, Dr Mohd Nefi Imran pada Seminar dan Bengkel Busana Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, berkata cara songket dipakai hari ini berbeza zaman dulu.
揙rang Melayu Semenanjung menggunakan kain songket dalam pelbagai majlis dan perjumpaan keraian istana terutama bagi perempuan dan lelaki dewasa. Hari ini, songket kelihatan lebih cenderung digayakan golongan lelaki yang digunakan sebagai samping. Ini berbeza dengan zaman dulu iaitu kaum wanita yang mempopularkan kain songket di alam Melayu sehingga hujung tahun 60an, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
KAIN SONGKET DARI TANAH SRIWIJAYA
Sehelai kain tenun songket dari Palembang, mempunyai banyak makna, dan mempunyai nilai sejarah. Kain ini mungkin sebagai peninggalan nenek moyang si pemilik yang ditenun selama satu tahun, mungkin sebagai mahar, mungkin sebagai busana kebesaran adat pengantin , mungkin sebagai benda koleksi keluarga yang berharga, dan masih banyak lagi kemungkinan yang lain.
Kain tenun songket Palembang ini, sangat menarik, ditelusuri sejarahnya, maknanya, dan teknik pembuatannya. Kalau kita menilik warnanya yang khas, dan motif hiasnya yang indah, pastilah kita berkesimpulan bahwa songket ini dibuat dengan keterampilan, ketelatenan, kesabaran,dan daya kreasi yang tinggi.Marilah kita "melongok" bagaimana kain tersebut dibuat, sedikit sejarahnya dan tentang motif hiasnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
Teknik Pembuatan
Bahan baku kain songket Palembang ini adalah berbagai jenis benang, seperti benang kapas, atau yang lebih lembut dari bahan benang sutera. Untuk membuat kain songket yang bagus, bahan bakunya berupa benang putih yang diimpor dari India, Cina atau Thailand. Sebelum ditenun, bahan baku diberi warna dengan jalan dicelup dengan bahan warna yang dikehendaki. Warna dominan dari tenun songket Palembang ini merah. Namun, saat ini penenun dari Palembang ini sudah menggunakan berbagai warna, yaitu warna yang biasa digunakan untuk tekstil.
Dahulu, kain songket tradisional dicelup dengan warna - warna yang didapat dari alam, dan teknik ini diteruskan ke anak cucu secara turun temurun. Biasanya warna merah, didapat dari pengolahan kayu sepang dengan jalan mengambil inti kayunya dan direbus, dan mengkudu, yang didapat dari akarnya.
Warna biru didapat dari indigo, warna kuning didapat dari dari kunyit. Untuk mendapatkan warna sekunder seperti hijau, oranye dan ungu, dilakukan percampuran cat dari warna primer merah, biru dan kuning. Untuk mencegah agar warna tidak luntur atau pudar pada waktu pencelupan ditambahkan tawas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
Setelah benang diberi warna, lalu ditenun dengan alat yang sederhana. Penempatan benang-benang telah dihitung dengan teliti. Benang yang memanjang atau vertikal disebut lungsi, benang yang ditempatkan melebar atau horizontal disebut benang pakan. Hasil persilangan kedua jenis benang ini terangkai menjadi kain. Untuk mendapatkan motif songket berbenang emas, ditambahkan benang emas yang sudah dihitung dan ditenunkan di antara hasil tenunan tadi.
Karena rumitnya proses bertenun ini, sehelai kain dapat diselesaikan dalam waktu ber bulan-bulan. Apalagi di masa lalu, menenun dikerjakan oleh para ibu pada waktu senggang ketika pekerjaan mengurus rumah tangga atau bertani telah selesai. Tenun songket biasanya diberi motif berwarna emas. Benang emas yang dipakai ada tiga jenis, yaitu benang emas cabutan, benang emas Sartibi dan benang emas Bangkok. Benang emas cabutan didapat dari kain songket antik yang sebagian kainnya sudah rusak, yang diurai kembali. Benang emas cabutan masih kuat karena dibuat dari benang katun yang dicelupkan ke dalam cairan emas 24 karat. |
|
|
|
|
|
|
akmala This user has been deleted
|
Pengerjaaan yang rumit dengan mengurai kembali benang yang sudah ditenun ini menghasilkan kain songket yang baru yang berkesan antik. Dengan pembuatan dan pengerjaan yang harus sangat telaten ini wajarlah harga kain songket bisa berlipat ganda. Jenis yang kedua, benang emas Sartibi, yaitu benang emas sintetis dari pabrik benang di Jepang. Benang ini halus, dan tidak mengkilap, hasil tenunannya lebih halus dan ringan. Jenis benang emas yang ketiga yaitu benang Bangkok yang mengkilap dan memang didatangkan dari Bangkok.
Motif hias songket biasanya berbentuk geometris atau hasil stilisasi dari flora dan fauna, yang masing-masing mempunyai arti perlambangan yang baik. Misalnya bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga melati dan bunga mawar yang wangi yang melambangkan kesucian, keanggunan, rezeki dan segala kebaikan.
Motif benang emas yang rapat dan mendominasi permukaan kain disebut songket tepus, sedangkan yang motif emasnya tersebar disebut songket tawur. Pada tepi kain biasa dibuat motif tumpal, segitiga atau segi tiga terputus, yang disebut motif pucuk rebung. Tunas rebung yang tumbuh menjadi batang bambu yang kuat dan lentur, tidak tumbang diterpa angin ini melambangkan harapan yang baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
powerpuff_gurl This user has been deleted
|
betul ker diorang kata ader songkek yang mencecah RM 6000...and if so..whut makes it different? workmanship ke....material kerr aper eh? just curious |
|
|
|
|
|
|
|
i have always liked songket...
tapi kalo dah berpuluh ribu ringgit huhu....kena kawen dgn raja tu namenyer. |
|
|
|
|
|
|
|
Songket Selangor lebih murah, kekalkan mutu
Oleh Rafidah Mat Ruzki
TIDAK lengkap berbaju Melayu pada pagi hari raya atau menghadiri majlis rasmi kalau tidak dengan samping bertenun songket. Apatah lagi jika si pemakai adalah raja sehari yang gementar menunggu saat dinikahkan dengan pasangan tercinta, sudah pasti mahu samping songket yang dipakai sepadan dengan tona baju Melayu dan sedondon pula dengan baju pengantin perempuan.
Begitu pun, apabila menyebut songket, ramai beranggapan harganya mahal dan hanya untuk orang berada sehingga menghalang minat mereka untuk mengenakan fabrik itu. Namun, kini penggemar songket tidak perlu lagi risau mengenai harga samping songket kerana sudah ada kain songket dengan harga berpatutan di pasaran.
Bermula dengan kontrak menyediakan pakaian untuk Kementerian Pertahanan termasuk samping songket untuk pakaian rasmi anggota tentera, Lunas Atur (M) Sdn Bhd (Lunas Atur), pengeluar songket di Selangor, kini menghasilkan samping songket lebih murah tetapi mengekalkan kualiti yang sama.
Songket berjenama Mahkota Songket keluaran Lunas Atur, bukan saja berkualiti, malah harganya jauh lebih murah berbanding songket yang dihasilkan oleh penenun songket tradisional.
Pengurusnya, Leena Hassan, 27, berkata perusahaan menenun songket dimulakan sejak 2003 selepas syarikat itu mendapat tempahan daripada Kementerian Pertahanan.
Ketika itu, katanya, Lunas Atur menempah songket dari Pakistan, tetapi selepas melihat keupayaan mereka menghasilkan songket dengan menggunakan mesin tenun, Leena terfikir untuk berbuat perkara sama di negara sendiri.
Leena kemudian membeli empat mesin tenun songket bernilai lebih RM100,000 sebuah dan membawa seorang tenaga kerja dari Pakistan untuk mengajar pekerja tempatan mengendali dan menghasilkan songket.
"Penggunaan mesin tenun membolehkan songket dihasilkan pada kadar segera berbanding cara tradisional yang mengambil masa lama untuk menghasilkan sehelai kain songket.
"Mesin menenun boleh menghasilkan sehingga 30 helai songket berbanding sehelai songket dalam masa sebulan jika ia ditenun dengan cara tradisional," katanya.
Lunas Atur mempunyai dua mesin menerai dan mesin memproses benang untuk memudahkan kerja menenun songket. Mahkota Songket turut menawarkan songket yang dibuat dengan cara tradisional.
Songket yang lebih eksklusif itu berharga lebih RM1,000 bagi songket yang menggunakan benang sutera dan kurang RM1,000 bagi benang biasa, manakala samping songket yang dihasilkan dengan menggunakan mesin tenun adalah antara RM30 hingga RM100 sehelai.
Beliau berkata, corak yang digunakan adalah gabungan corak moden dan tradisional kerana ramai penggemar songket yang menggemari corak tradisional.
"Jika coraknya terlalu moden, ramai yang bertanya adakah itu songket. Ada juga yang mempertikaikan 'keaslian' Mahkota Songket kerana berpendapat ia tidak asli jika tidak dihasilkan di Terengganu," katanya.
Selain keupayaan menghasilkan songket yang lebih banyak dalam masa singkat berbanding cara tradisional, Lunas Atur juga adalah pembekal bahan mentah untuk menghasilkan songket.
Leena berkata, benang songket yang dijualnya diperoleh dari Jepun, China dan Jerman.
Walaupun Lunas Atur menghasilkan songket secara pukal, pembeli masih boleh menempah songket pada harga yang berpatutan.
Katanya, harga songket yang ditempah khas bergantung kepada warna, jenis benang dan jangka masa yang diperlukan untuk menghasilkan songket.
FAKTA:
Sebuah mesin tenun boleh menghasilkan sehingga 30 helai songket sebulan.
Corak songket ditebuk pada kepingan kertas keras dipanggil 'punch card' sebelum corak itu 'dibaca' dan diterjemahkan menjadi tenunan songket.
Harga songket yang ditenun dengan mesin adalah antara RM30 hingga RM100 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Kerjatangan drp benang emas memang popular di kalangan bangsawan Melayu zaman dulu. Sekarang ni bangsawan Melayu suka pakai stail barat... |
|
|
|
|
|
|
|
Tokoh Kraf hasilkan songket eksklusif
Oleh NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 6 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
Motif songket bercirikan orang Melayu
Oleh: MERAN ABU BAKAR
SONGKET adalah hasil tenunan tangan tradisional orang Melayu yang amat berharga. Ia ditenun dengan alat 慿ek |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin ketepikan songket kerana glamor
JIKA ditanya kepada bakal raja sehari, apakah fesyen pengantin yang hendak dipakai semasa hari persandingan, sudah tentu jawapannya ialah baju renda (lace).
Sukar hendak mencari pengantin yang mahu memakai baju songket. Pelbagai alasan yang diberi untuk menolak baju songket. Ketinggalan zaman, panas, tidak moden dan bermacam-macam lagi.
Justeru lama kelamaan akan tenggelamlah songket pada hari perkahwinan. Akan tiada lagi gambar pengantin bersongket yang boleh ditunjukkan kepada anak cucu. Yang ada cuma gambar pengantin dengan busana renda yang jarang dan mengikut liuk lentuk bentuk badan.
Menurut pensyarah Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam, Profesor Madya Abdul Shukor Ismail, pengantin sekarang suka kepada glamor.
憫Mereka terpengaruh dengan acara-acara glamor seperti 憆ed carpet |
|
|
|
|
|
|
|
Songket too expensive
KUALA LUMPUR: Songket producers have been asked to oreduce prices of the fabric to avoid it being used for weddings and special occassions only.
Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim in making the call, said ordinary citizens could not afford the material which cost anywhere between RM3,000 and RM4,000 a piece.
"Only the kain sampin can be bought by most", he told reporters after opening a symposium on songket yesterday.
He said lower cost of locally produced songket would also enable songket manufacturers to compete with their Indian and Indonesian counterparts.
About 300 people attended the symposium, organised by TV3, the Culture, Arts and Heritage Ministry and Malaysian Handicrafts to help put locally produce
songket on the world map he told reporters Bernama.
Attention to detail : Dr Rais taking a closer look at one of the products |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by powerpuff_gurl at 4-1-2007 12:39 AM
betul ker diorang kata ader songkek yang mencecah RM 6000...and if so..whut makes it different? workmanship ke....material kerr aper eh? just curious
Aku pernah jumpa orang jual kain songket harga RM 17,000.00 kat PWTC masa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005.
Tali pinggang yang aku pakai sekarang ni pun belum cecah RM 170.00 pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa harga yang korang rasa berpatutan bagi sepasang songket eksklusif?
Ada cadangan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 jkkkj's post
Susah nak cakap. Bergantung kepada corak dan material. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 powerpuff_gurl's post
Tentu ada semahal itu. Saya biasa tenguk songket yg rega ribu2 ni. Memang cantik, kalau ikut hati nak beli walaupun tak mampu. he he he...
Sayang, sekarang songket di Malaysia sudah tidak ditenun atas kain kapas lagi. Saya bertanya kepada pembuat songket di Kelantan. Jawapannya harga benang kapas terlalu mahal. sebab tu lah kita tenguk sekarang songket dalam pasaran semuanya dari polyester. Saya tak suka kain polyester nih, panas dan tak cantik, nampak tak asli / class macam songket lama dulu.
Sesiapa yg ada songket lama ditenun atas benang kapas simpanlah baik2. Payah dah nak dapat dan kalau adapun tentu tersangat mahal. Saya ada beberapa pasang yg saya akan turunkan kepada anak saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|