CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23988|Reply: 36

Masa Kesuburan Wanita

[Copy link]
Post time 21-11-2006 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Tumpang lalu... Aku ada persoalan.

1. Apa tanda kesuburan wanita?

2. Waktu kesuburan wanita?

3. Mudah atau tidak untuk mengenali masa kesuburan wanita itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 09:14 PM | Show all posts
tumpang lalu cik puan. hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:21 AM | Show all posts
Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat.

Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.

Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya.

Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:23 AM | Show all posts
catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:25 AM | Show all posts
Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?

Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.

Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.

Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 01:00 PM | Show all posts
tq cik puan yana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by rosfarizal at 23-11-2006 01:00 PM
tq cik puan yana


Sama².....:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 03:28 PM | Show all posts
tq puan yana......... pandai la hang... baru aku tau.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 03:29 PM | Show all posts
ala nak senang citer........ 5 hari lepas habis period.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 01:18 AM | Show all posts
bermakna waktu subur tu sebelum haid atau selepas haid...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 23-11-2006 03:28 PM
tq puan yana......... pandai la hang... baru aku tau.......


poyo laa ko....:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 11:58 AM | Show all posts
tq... tq..... good info
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by yana79 at 23-11-2006 10:23 AM
catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunaka ...


ya betul.....
:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 10:54 PM | Show all posts
Hmm... teringat aku bio form 5...

Kitar haid berlaku dlm masa 28 hari...

Hari 1-7 adalah pengeluaran haid (bergantung pada orang kadang2 singkat, kadang2 lama. Tengok usia gak)

Masa subur ialah hari ke 10-19. Sebab ovulasi berlaku pada hari ke-14. Ovum bleh idup dlm 24 jam jek. Tapi sperma kuat skit, bleh idup 72-120 jam (3-5 hari). Sebab tu masa subur tu lebih kurang 6-10 ari la...

Pastu kalau tiada persenyawaan berlaku, maka dinding endometrium (dinding rahim) akan runtuh, darah haid kuar lagi...

Jawapan bagi soklan ko:-

1.  Kalau wanita tu subur, sudah tentulah kitar haid die normal (~28 hari). Aku rasa nilah tanda utama kesuburan wanita tu... Kalau nak tengok dari wajah ke ape ke, itu aku tak tahula... Kalau tak normal, mesti disebabkan ketidakseimbangan hormon (dah tua, ataupun penyakit)...

2. Dah dijawab dlm penerangan aku di atas...

3. Ade beberapa teknik. Senang susah, aku tak pasti sebab aku bukan pompuan. Antara teknik yg aku tahu ialah mengukur suhu badan. Ukur suhu badan setiap hari lepas bangun tido. Kalau suhu badan jatuh dari normal, that means ovulation pada hari tu (correct me if I'm wrong). Masalahnya suhu badan ni dipengaruhi faktor lain cam penyakit dsb...

Cara kedua ialah check kepekatan mukus (lendir pada faraj tu). Kalau tak silap aku kalau mukus tu cair drp biasa, maka hari tu ovulation berlaku (again, correct me if i'm wrong). Tapi masalah cara ni ialah, susah nak cakap mukus tu pekat ke cair...

Cara ketiga, jumpa doktor.

Ada cara lain lagi kot, aku tak ingat la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:11 AM | Show all posts
posting lucah...dicensor!!! (Mod)

[ Last edited by  alphawolf at 30-11-2006 10:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 11:45 AM | Show all posts
untuk menentukan masa subur mmg agak susah sbb tak semua wanita mempunyai haid yg teratur (28 hari)...so nasib2 lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 04:24 PM | Show all posts
hari ke 14 selepas haid hari pertama adalah waktu yg betul2 subur kerana ovulasi @ keluarnye telur pd waktu itu dan begitu juga 2 hari sebelum hari ke 14 dan 2 hari selepas hari ke 14 juga dipanggil waktu subur, klau bersama pd 5 hari ni gerenti sangkut (jika diizinkan tuhan ), cara ni betul2 berguna utk org yg haidnya teratur setiap bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 06:16 PM | Show all posts
Thanks everyone... good info
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 02:09 AM | Show all posts
1. Apa tanda kesuburan wanita?

Bagi yg dah kawin...time bini naik miang

2. Waktu kesuburan wanita?

Lepas 3-4 hari period kot...

3. Mudah atau tidak untuk mengenali masa kesuburan wanita itu?

Senang jer...macam jawapan soklan 1 tadi..


Ada betul ke kaum pompuan? Saya ni lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #16 d_giggsy's post

betul tu..
tak sume pompuan punye kitaran haid yg tetap..
so kalau nak dptkan zuriat..
kna cuba setiap masa lah kot??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.073278 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list