CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8168|Reply: 40

Philosophy as a branch of knowledge ... still seswai ke skang?

[Copy link]
Post time 4-11-2006 06:09 PM | Show all posts |Read mode


aku nak komen pasal sesetengah orang yg berpendapat bahawa bidang philosophy ialah bidang yg tak sesuai lagi ntuk dipelajari dizaman moden ini ... aku banyak wat survey pasal mende nehh kat student?  UIAM aku nehh ... rata rata berpendapat bahawa leave that knowledge to the book ...

jadi aku nak tanya pendapat korang plak ... still seswai lagi ke ntuk belajar falsafah sebagai satu cabang ilmu dizaman yg penuh ngan rational? thinking nehh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 09:32 PM | Show all posts
ramai lerr yang berpengetahuan tapi kurang berilmu pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 01:14 AM | Show all posts
menuntut ilmu itu suruhan Nabi kan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 4-11-2006 06:09 PM


aku nak komen pasal sesetengah orang yg berpendapat bahawa bidang philosophy ialah bidang yg tak sesuai lagi ntuk dipelajar ...


when you talk about rational thinking, that is what philosophy is all about...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 11:44 AM | Show all posts
jika ilmu/pengetahuan itu ada bahagian yg mendasarinya, iaitu ontologi (apa yg mampu kita ketahui), epistemologi (bagaimana kita boleh memperolehinya) dan axiologi (nilai pengetahuan, moral dan etika), maka meninggalkan falsafah akan membuat kita paling tidak tinggalkan 2 persoalan ie ontologi dan axiologi.

kita pasti akan terbabas... seperti terbabasnya sains dalam pencariannya dan nilai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 11:48 AM | Show all posts
sains hanya tertumpa pada kajian2 fizikal/material/objective truth/natural science/social sciences(?).

bagaimana kita mahu menjawab persoalan yg berkaitan dengan metafizik (di luar fizik, yg ghaib)?

tentang kepercayaan (belief) dan iman ( faith)?

moral dan etika, malah estetika juga berada di luar bidang sains.

agama juga tidak boleh semata2 ditunjang oleh sains... falsafah juga ada peranan. Ilmu kalam (ilmu ketuhanan, yg menghasilkan sifat 20 misalnya, atau teologi Imam Asy'ari pegangan sebahagian besar ahlisunnah waljamaah misalnya) di dalam Islam adalah produk tulen falsafah, bukan produk sains.

[ Last edited by  petola at 5-11-2006 11:56 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2006 01:02 PM | Show all posts


thanx bro petola ... you make me learn a lot from a paragraph of your posting
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 6-11-2006 01:02 PM


thanx bro petola ... you make me learn a lot from a paragraph of your posting


not at all.

jika kita perhatikan hampir semua bidang ilmu moden dilatari oleh falsafah.

kita jumpa philosophy of science, of history, of language, of knowledge, of politics, of education, of economy, of law, of mind etc etc termasuk falsafah agama.

hingga kadang2 ruang atau subjek perbincangan antara sains (dalam maknanya yg luas) dengan falsafah sudah begitu kabur.

falsafah sepatutnya membincarakan perkara2 yg berbentuk rasional/spekulatif berbeza dengan sains yg bergerak secara empirikal (melalui kajian dan pemerhatian).

jika sesuatu perkara itu boleh dibincang atau dikaji atau dibuktikan menggunakan sains tetapi dibincang menggunakan pendekatan falsafah, maka falsafah mungkin akan dimalukan kemudiannya oleh sains. Banyak terbukti sepanjang sejarah falsafah dan sains perkara seumpama itu berlaku. Mungkin waktu itu kedua2 bidang itu tidak ada perbezaannya kerana sains dengan kaedah saintifiknya belum kukuh.

kesalahan2 falsafah seperti ini ada dibicarakan contohnya oleh Mortimer J Adler. Falsafah katanya perlu bercakap tentang First Order Question sementara sains tentang Second Order Question. Apa makna pi cari... hehehe

walaupun begitu umat Islam umumnya berpendapat bahawa semua persoalan falsafah telah dapat dijawab oleh agama Islam. Maka berfalsafah sudah tidak perlu lagi. Sebab itu bidang ini hampir pupus di dunia Islam khususnya di kalangan penganut ahli sunnah waljamaah. Ia masih subur dalam tradisi ilmu penganut syiah.

kalau kita perhati, pemikiran rasional umat Islam yg begitu subur pada zaman kegemilangan Islam dulu, turut berkubur bersama berkuburkan pemikiran falsafah itu. Banyak orang menyalahkan teologi dan pemikiran Imam al-Ghazali yg `memperlekeh' pemikiran rasional atas perkara ini.

terkuburnya pemikiran falsafah juga telah menguburkan pemikiran saintifik umat Islam... lalu tidak ada perkembangan baru bidang sains di dunia Islam sejak hampir 1000 tahun dulu.

pada saya pemikiran falsafah perlu beriringan dengan pemikiran sains. Ia akan saling membantu. Teori2 sains pada saya hanya boleh timbul dengan adanya pemikiran falsafah, khususnya dengan kuatnya unsur logik atau mantiq dalam falsafah. Ilmu berkembang pesat di Barat kerana mereka tidak meninggalkan falsafah.

pendapat saya saja.

[ Last edited by  petola at 6-11-2006 11:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2006 10:56 PM | Show all posts
:tq:   :tq:    :tq:   
saudara petola memberikan definisi tepat...

to me, bidang falsafah memainkan peranan utk membentuk moral n deep thinking of the society.
kalo tgk rakyat mesia (also asian) skrg, rata2 sume bijak pandai tapi kureng sket dr segi moral w'pun kita lagi look highly upon religion as way of life.
mcm budaya Caucasians, rata2 sume asal dari England...yg penuh dgn literature n all sorts of arts...so sbb tu org kata derang lebih civilized.

bukannya menyanjung mereka tapi saje nak buat comparison.... it may sounds shallow but just a direct juxtaposition...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 01:12 AM | Show all posts
kalau saya tanya apa bukti tuhan itu wujud... bagaimana agaknya anda nak menjawab soalan itu?

adakah anda akan jawab Tuhan wujud sebab Tuhan ada beritahu begitu dalam kitab suci?

jika begitu jawapan anda maka jawapan itu adalah berasaskan kepercayaan atau belief anda. Kita tak perlu sebab atau alasan atau bukti untuk percaya sesuatu. Tanpa ada sebab, alasan atau bukti  apa2 pun kita masih boleh percaya sesuatu. Rasionaliti tidak diperlukan untuk kita percaya sesuatu.

tetapi akal kita perlukan sesuatu yg boleh diterimanya untuk menjadikan kita yakin pada sesuatu. Keyakinan itu adalah iman atau faith (berbeza drp kepercayaan/belief). Ia boleh berkurang dan bertambah mengikut darjah kekuatan alasan dan bukti yg kita ada. Jadi sesuatu yg rasional itu ialah sesuatu yg boleh diterima akal... biasa kita panggil logik akal,yg drp segi makna tidak begitu tepat.

rasionaliti inilah yg menjadi asas pemikiran falsafah.

untuk menjawab soalan apa bukti Tuhan itu wujud, kita terpaksa menggunakan argumen rasional untuk menjawabnya kerana adalah tidak mungkin kita menunjukkan bukti fizikal Tuhan itu secara saintifik. Argumen rasional inilah yg digunakan oleh ahli2 kalam jika dalam Islam dan ahli2 teologi dalam agama2 lain.

umumnya mereka menggunakan pendekatan argumen ontologi, argumen kosmologi dan argumen teleologi, argumen pengalaman beragama dan argumen moral untuk membuktikan Tuhan itu wujud.

galakkan Allah agar kita melihat dan merenung alam ini sebagai bukti kewujudannya jatuh dalam argumen kosmologi.

insyaallah saya akan tulis setiap satu argumen itu jika ada kesempatan untuk menunjukkan bahawa semua itu adalah perbahasan falsafah, dan bukan sains. Hanya falsafah yg dapat memberikan jawapan bagi soalan di atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 4-11-2006 06:09 PM


aku nak komen pasal sesetengah orang yg berpendapat bahawa bidang philosophy ialah bidang yg tak sesuai lagi ntuk dipelajar ...



Apa lak tak sesuai... tu kata mereka yang tak faham... tamadun islam merundum sebab ramai orang Islam tak faham Al-Quran sedangkan dalam Al-Quran tu ada falsafahnya yang tersendiri... so nak naikan balik tamadun Islam.... falsafah kena le tahu... ilmu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 07:44 AM | Show all posts
Falsafah dalam Al-Quran tak pernah sampai takat pengakhir...dia akan berkembang dan berkembang bersesuaian dengan keadaan manusia dizaman tu... yang tak berubah adalah penetapannya sedangkan kaedahnya masih boleh difikirkan bersama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 10:36 PM | Show all posts
Philosophy tu penting dan sangat abstrak. The only subject where  you can read from front to back or back to front. Dalam urusan mencari 'The Absolute truth' jawapan yang absolute tidak penting tetapi process penjanaan akal melalui logik tu yang penting dan enak sekali.:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 10-11-2006 01:12 AM
kalau saya tanya apa bukti tuhan itu wujud... bagaimana agaknya anda nak menjawab soalan itu?

adakah anda akan jawab Tuhan wujud sebab Tuhan ada beritahu begitu dalam kitab suci?

jika begitu  ...


Shabas ! Munkin anda satu-satu nya spesis di dunia ini yang maseh lagi menghayati subjek ini. :pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 12:47 PM | Show all posts
ini sekadar nak tahu, kena dalam PhD - doc of philosophy - hierarchy yg tinggi tu phD seblem professorship lah? maan pun apa apa mesti dapat PhD then oklah kitahu itu tertinngi tapi saya tak dapat nak hayati kenapa falsafah itu dalam pelbagai bidang dianggap tinggi?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 06:15 PM | Show all posts

Reply #15 mbhcsf's post

Ph D (Doctor of Philosopy)

Mengikut tradisi dizaman Middle Ages  gelaran anugrah Doktor cuma tiga bidang Ilmu sahaja. Theology, Perubatan dan Undang-undang. Jadi para ilmuan tersebut di panggil Doctor of Theology, Doctor of Medicine dan Doctor of Law. Lain-lain penghususan di letakkan di bawah Philosophy umpamanya engineering, social science, mathematics dll. Jadi para ilmuan tersebut di anugrah PhD.
Thamrong also a PhD ( Pole holes Digger)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 02:45 AM | Show all posts

Reply #1 topeng perak's post

Why Study Philosophy?
For the Greeks "philosophy" meant "love of wisdom". Socrates, Plato and Aristotle made wisdom a practical matter: knowing the right way to live and why it is the right way. To know these things they thought you had, first, to understand yourself. From one point of view you are just another natural object like a stone or a tree. So even for practical wisdom, we need a big theory, one that covers the whole of reality and our place in it.

Philosophy has changed a lot since the days of classical Athens, but modern philosophers still grapple with many of the same kinds of questions; questions such as:

Is there a God?
What is the nature of the mind?
How do we tell which actions are right or wrong?
How do good arguments differ from bad arguments?
What is knowledge? How does science work?
What is freedom? Am I free?
What is beauty? What is art?
Curiosity about these questions is a good reason to study philosophy. Another is the desire to improve your reasoning skills. The exercise of thinking hard can produce astonishing and paradoxical results, revealing how many things we ordinarily take for granted. Philosophy will teach you habits of rigor, of constructive doubt, and of clear thinking.:gantuk::gantuk:
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 01:58 PM | Show all posts

Reply #1 topeng perak's post

Why Study Philosophy?


What is Philosophy?
"The unexamined life", said Socrates, "is not worth living."
Philosophy involves a critical examination of our most fundamental beliefs about truth and reality, right and wrong. It challenges many of our assumptions about what we know and how we should live. It is an "interface" discipline, concerned with how different views of the world clash or fit together, and with how far different perspectives (moral, scientific, religious, metaphysical, personal) may be reconciled.

It is also concerned with how different views of the world fit together. Can we, for example, reconcile moral, scientific, religious, personal, and metaphysical perspectives on the universe?

Like the great majority of university disciplines, Philosophy is not a directly vocational subject. Instead it gives you the opportunity - perhaps the only chance many people will have in their lives - for extended reflection on and discussion of, in those immortal words, "life, the universe, and everything".

Nevertheless, a training in Philosophy does provide you with a number of transferable skills that are highly prized by employers in every area of business or professional life. The ability to think clearly, to reason logically, to expound and evaluate arguments, to reject facile assumptions and search for coherent principles of thought and action - no student of Philosophy leaves their study of the subject without having picked up these valuable skills.

What can you do with Philosophy?

Philosophy (like the great majority of university disciplines) is not a directly vocational subject such as law or medicine. But a training in philosophy develops the ability to think clearly and reason logically, to expound and evaluate arguments, to reject facile assumptions and search for coherent principles of thought and action.

Philosophical training is highly prized by employers in every area of business or professional life where these vitally important general "transferable" skills are at a premium.

We include among our former graduates those who have gone on to follow careers in business and management, social work, politics, the probation service, the armed forces, insurance, banking, librarianship, the Civil Service, local government, journalism and accountancy.

For students who wish to go on to postgraduate work in Philosophy, the Department offers several M.A. taught course programmes, as well as more advanced research facilities leading to the degrees of M.Phil. and Ph.D. Some of our B.A. graduates go on to gain postgraduate teaching qualifications for teaching careers at primary and secondary school level; others take professional qualifications in a variety of disciplines (law is a popular choice).

In short, the training offered by a degree in Philosophy is a valuable and respected qualification with which to proceed to a wide range of rewarding professional careers.

From Department of Philosophy, University of Reading United Kingdom:bgrin: Sorry cut and paste aje

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 4-11-2006 06:09 PM


aku nak komen pasal sesetengah orang yg berpendapat bahawa bidang philosophy ialah bidang yg tak sesuai lagi ntuk dipelaj ...


I wonder what are the reasons for your fellow students to think so.

Petola, thamrong ....thanks for your very good posts. :tq:  
Can you wonder what would happen if people would just have knowledge and not the wisdom to garner it for the good of humanity.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 02:03 PM | Show all posts
maybe tak sesuai dalam banyak ruang bilamana ruang tersebut di amik alih oleh teknoloji or keberkesanan dunia sains dan matematik.

menolak falsafah ialah seperti menolak pengunaan akal, being rationale, mencari sebab , cause effect etc.

simply believe tanpa basis (dengan berrasional) serupa macam meja takdok kaki, rumah tiada tiang.

dulu tiang cuma diameter kecik..halus, kecil macam kaki gajah , sekarang tiang sudah besar dan berbagai bentuk rupa but SUBSTANCE nya depa tiang..sesuatu yang menegakkan sesuatu lain.

sains memungkinkan keberadaan dan efektif realiti, sesuai masa waktu dan keadaan.

falsafah yang telah melahirkan sains. falsafah actually terlalu umum so i think dalam dunia islam dulu depa tak fokus sangat, seme nya berjalan atas nama 'AGAMA', cuma bila bertembung dengan history YUNANI, kedapatan ada penjurusan mula berlaku , dan penjurusan makin lebar bila dunia sains memasuki peradaban manusia so terbentuk 3 cabang ilmu, agama falsafah dan sains.

saya berpendapat falsafah dan sains itu cabang ilmu agama. hanya mungkin kerna zaman ni keberatan di tekan pada persoalan sains mungkin fungsi falsafah tidak jelas, di mana kita lihat sains dan teknoloji telah merubah segalanya aspek hidup seseorang manusia kala ini.

yang bekeras mau tetapkan agama itu agama dan sains itu sains, mungkin sukar menerima setiap tusukan baru dunia sains. sains ialah realiti, pada saya ianya ALAT, kemudahan. manakala falsafah pada saya ialah FANTASI, hanya berlegar di minda, itu lah dunia dan itu lah akhiratnya. pada saya yang paling utama ialah SIKAP. Sikap manusia menentukan kesinambungan hidup mereka.

maybe misal kalau dunia tasauf orang islam 'DI SAINS' kan, agaknya nanti ada metoda saintifik dalam baik pulih 'hati' manusia  yang terus langsung baik pulih keadaan dunia yang dirosakkan oleh sains(read HUMAN).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.094095 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list