CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: laislabonita

SALAH BAPAK

[Copy link]
Post time 9-11-2006 11:22 AM | Show all posts
sian Pak Cik Badul .. Dier dah tak relevan dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2006 12:22 PM | Show all posts
ok ke citer ni :stp:
kalau dolu2 zaman 80an citer pakcik badul ni mmg meletopss...
harap2 citer ni ok...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 01:30 PM | Show all posts

SALAH BAPAK

Badul bengang sikap Apek, Umie
Oleh Norhadiani Baharom

PENGARAH, pelakon dan pelawak AR Badul terkilan dengan sikap dua bintang utama filem arahannya, Salah Bapak kerana tidak memberikan komitmen untuk mempromosikan filem itu.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie, 57, mengatakan pihaknya sudah meminta kerjasama Saiful Apek dan Umie Aida untuk membantu promosi Salah Bapak yang bakal ditayangkan di pawagam pada 16 November ini.

Katanya, dia memulakan promosi pertama untuk memaklumkan tayangan filem arahannya itu kepada wartawan melalui majlis berbuka puasa tetapi Apek dan Umie tidak dapat memberi kerjasama.

?erjasama awal sudah gagal bagaimana agaknya selepas ini. Paling saya kesal kerana perkara ini sudah saya maklumkan sebulan awal dan meminta mereka pilih satu tarikh yang sesuai supaya dapat saya adakan majlis bertemu wartawan.

?ampai sudah tiada berita. Umie Aida lagi teruk. Berpuluh kali saya telefon dan puas saya hantar pesanan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tetapi langsung tidak berjawab, jauh sekali menghubungi saya semula.

?ahu tidak mahu terpaksa jugalah saya laksanakan majlis tanpa mereka. Kalau tidak bagaimana nasib pelakon lain yang membintangi filem ini kerana mereka juga berhak mendapat publisiti sebelum filem masuk panggung,? katanya.

Katanya, dia muak dan tidak faham dengan sikap artis baru kerana masalah seperti ini tidak pernah berlaku kepada artis seangkatannya.

?rtis sekarang sibuk dengan masalah mereka selain mementingkan aktiviti sendiri. Kalau zaman kami dulu, saya ibaratkan kalau bapa sedang nazak sekalipun mereka akan selesaikan kerja,? katanya.

Badul juga mengakui tayangan Salah Bapak agak lewat walaupun pembikinannya sudah lama iaitu akhir 2004. Katanya, kerana beberapa masalah dan konflik dalaman yang berlaku menyebabkan tayangan filem ini tergendala.

?aya tidak putus asa dan cuba memujuk produser supaya melepaskan filem ini untuk tayangan akhir tahun ini. Pelbagai usaha dan rundingan saya lakukan dengan pihak pengurusan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd, hingga akhirnya filem ini dapat ditayangkan.

?udah tentu saya gembira kerana akhirnya dapat melihat filem ini ditayangkan kepada penonton. Maklumlah saya cari rezeki dengan cara begini. Kalau tidak ditayangkan macam mana mahu makan,? katanya.

Salah Bapak yang turut dijayakan Aida Rahim, Hamid Gurkha, Amran Tompel, Allahyarham Ismail Din, Param, Khaty Azian dan Latiff Ibrahim, berlatarkan kehidupan masyarakat Malaysia.

Katanya, filem bercorak komedi itu mengetengahkan jalan cerita yang ringkas dan amat sesuai ditonton pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.

?aya cuba mengangkat kehidupan golongan miskin sebagai topik utama. Ia diwarnakan lagi dengan pelbagai babak serta dialog lucu.

?aya juga tidak bimbang dikatakan ketinggalan zaman apabila kembali pada kehidupan masyarakat era 80-an. Memang negara kita semakin maju tapi masih ada orang yang ketinggalan.

?alau mahu bikin filem yang hebat, bajetnya mesti besar. Kalau ada yang sanggup memberi kepercayaan, saya juga boleh menghasilkan filem sehebat pengarah baru,? katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 04:02 PM | Show all posts
Macam2 ler pak cik badul ku ini .. karang baik2 la tu ... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 05:55 PM | Show all posts

Reply #23 aisyah_putri's post

huhuhuhu.. sian AR Badul...


















Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 12:49 PM | Show all posts
Kesian kat producer & director .. kalau pelakon2 tak boleh join promotion ..

Apek sakit .. Umie plk ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2006 10:44 PM | Show all posts
wei badul tu tau ker tak yg si apek tu tgh MC lama skang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2006 12:38 AM | Show all posts
tayangan bermula hari ni...

macam tak meluas je tayangan satu Malaysia... dah la promosi marketing fail... sampai sekarang aku taktau cite ni pasal apa sbb tak jumpa2 lagi sinopsis...

;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 08:29 AM | Show all posts
cam tak buat promotion je ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 06:05 PM | Show all posts
yerla... sesaper yg dah nengok... review la kt sini .. best ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 01:28 AM | Show all posts
aku baca paper aritu, a.r badul kata filem ni nyaris2 tak siap sebab separuh jalan shooting produser tak yakin dgn filem ni...puasla badul convincekan mintak siapkan gak shooting, last2 siap gak...

kalo dah produser sendiri awal2 dah tak yakin dgn filem, takyahla harap pape dari filem badul nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 01:52 AM | Show all posts

Reply #31 iscol_klang's post

LOL!! ade ke yang yakin lagi dengan arahan badul ni skang pun... huhuhu...


















Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2006 12:20 PM | Show all posts
sian pak cik badul ... dulu citer dier besh jugak . tp nengok poster dier .. cam citer kartun plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 02:38 AM | Show all posts
dah tgk film ni... ishh.. sgt2 low class film ni... dan tak berkualiti... teringat lak aku kat cite Cinta Tiada Restu yg hampeh dan low class tu... dan kat TGV rasenye mmg dah takde tayangan utk minggu kedua, kirenye hanya bertahan 1minggu je... mesti tak laku gile...

rasenye TOTO tu lagi ok, at least ada la gak aku puas hati utk certain perkara...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 03:11 AM | Show all posts

Reply #34 laislabonita's post

aku mmg salute ngan ko lah ita.. semua muvi ko tengok... :clap:


















Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 01:07 PM | Show all posts
x besh .. lg teruk dr TOTO ... ishk!!! naper lah membazir duit rakyat ... buat citer cenggini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 07:08 PM | Show all posts
berapa juta filem ni dah kutip ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by cabai at 23-11-2006 07:08 PM
berapa juta filem ni dah kutip ?


tak baik kau...

tanyalah, berapa ratus ringgit dah kutip...? :nerd:

-masa aku nak pergi tengok hari tu pun, berapa byk tayangan kena cancel sbb takde penonton. last2 aku pun cancel la, sbb lambat sgt nak tunggu next show.. kalau aku tunggu pun mungkin aku sorang je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 07:17 PM | Show all posts
ye ker ???? .. sian ko ... ??? takkan x sampai seribu ringgit kot
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 08:10 PM | Show all posts

Reply #34 laislabonita's post

uuu.. toto tu aku tgk tasampai 15 minit..lg kan klu ko cakap centu..mesti aku takleh tgk langsung... rasenye badul elok tumpukan kpd bidang lakonan jek :ah: aku mmg klu cite arahan die yg skang..tak kire la drama mmg aku takkan tengok :kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.293103 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list