View: 2167|Reply: 14
|
PUNCA PADA MASAALAH JUNIOR MUSLIM?
[Copy link]
|
|
KEMPEN PENYUSUAN IBU?
Salam untuk semua................
Pada renungan saya setelah saya amati, teliti dan pertimbang, maka pada pendapat peribadi saya saya telah temui sebahagian dari jawapan kepada masaalah yang kita hadapi yang menimpa generasi muda pada masa ini bila saya terpandang pada mulanya ayat yang saya jumpa diawal -awal suroh didalam Al-Quraan.
Rupa-rupanya inilah antara punca-puncanya anak-anak generasi kini berkelakuan menghampiri hewan.
Dan saya yakin, jika kempen mengenai penyusuan ibu ini kita suntik dengan pemahaman yang jitu mengenai ayat ini, insyaALLAH generasi yang ada sekarang dan generasi akan datang akan kembali kepada norma-norma hidup yang kita impikan, InsyaALLAH.
Inilah ayatnya:
233]
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
Nah disini ada jawapan dan penawarnya.
Maka saya sarancadangkan kepada semua agar melihat kontek sebenar ayat ini mengapa ALLAH menyuruh ibu-ibu menyusukan anak-anak sendiri. Pada saya bila ianya suruhan, wajib kita lakukan kerana setiap perintah mestilah membawa kebaikan kerana ALLAH tidak sekali-kali berlaku zalim terhadap kita apatah lagi kita pula telah dilantik didunia ini denga ntugas sebagai Khalifah yang mewakiliNya! Biarlah kita genapkan musim penyusuan anak-anak kita selama dua tahun, iaitu DUA TAHUN GENAP! kerana itulah tempoh yang paling sempurna dan keajipan bapa pula menyediakan permakanan berkhasiat atau 'menurut cara yang sepatutnya' untuk membolehkan kilang susu ibu mem'produce' susu untuk dibekalkan kpd pengguna selama DUA TAHUN GENAP! Itulah kontrak yang ALLAH tetapkan antara ibu, ayah dan anak mengenai penyusuan
Jadi sebagai tambahan, saya juga mencadangkan supaya satu industri diujudkan dengan mengkormesilkan usaha mengambil upah menyusu anak bagi mereka yang mempunyai masaalah pengeluaran yang tidak mencukupi atau tiada produk langsung untuk memenuhi kontrak. Usaha pengkormersialan ini haruslah seiring dengan semangat yang ada pada ayat ini, iaitu tidak terlalu memikirkan keuntungan jangka pendek, tetapi keuntungan kepada umat secara jangka panjang demi mengembalikan norma-norma hidup yang diimpikan.
Sedang susu lembu berformula samada IGG ke atau VEGEMILK biarlah bapa-bapa bekalkan kepada Ibu atau Ibu-ibu yang tahap pengeluaran mereka membanggakan demi tugas membantu ibu-ibu lain dalam misi GENAP DUA TAHUN MEREKA!
Pada saya jika selama ini kempen dari KKM, NGO-NGO dan badan-badan politik gagal, maka saya serahkan pandangan saya ini untuk diperhalusi serta di lancarkan segera mengikut versi ini, jika versi-versi lain kurang berkesan. Dan sebagai usaha membantu, pihak pengamal media membantu dari segi diskaun iklan, atau sebaik-baiknya menyediakan ruan percuma kepada yang ingin mencari ibu susuan atau yang ingin menyediakan bekalan susu sebagai ibu susuan. Saya nampak pengamal media Muslimlah yang perlu bertindak dahulu kerana mungkin(ma'af jika saya bias)pengamal media lain mungkin memandang pada commercial value semata-mata dengan membelakangkan hasrat murni ini.
Melihat pada frasa ini:
Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya..........
Mungkin ini dapat kita bendung jika proses pembentukan junior muslim, kita landaskan kepada perintah ALLAH.
Dan saya menyeru semua untuk sama-sama menyumbang pendapat demi anak-anak kita..........
SALAMUN ALAIKUM! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin inilah langkah awal unutk kita mengatasi masaalah anak-anak muda Melayu yang rata-rata mengaku ISLAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Mengapakah remaja ketika ini terutamanya anak-anak Melayu beragama Islam mengalami masalah sosial?
Hal ini disebabkan mereka 攌ehilangan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 23-10-2006 10:14 AM
Mungkin inilah langkah awal unutk kita mengatasi masaalah anak-anak muda Melayu yang rata-rata mengaku ISLAM.
salam,
Sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah awal untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dikalangan ibu2 terutamanya di hospital2 kerajaan dan surah 2:223 juga dijustifikasikan kepada ibu muslim untuk menyusukan anak mereka. Jika saudara perasan tiada iklan di media massa mengenai susu(lembu) untuk bayi kurang dari ~3 tahun(anggaran nih) kerana telah dibanned kementrian kesihatan.
Pada hemat saya, kementrian kesihatan telah mengambil langkah bijak untuk mengalakkan ibu2 menyusukan bayi mereka, dan saya yakin apa yang di perintahkan oleh Allah didalam Qur'an pasti mempunyai hikmah(kebijaksanaan) disebalikkanya.
salam
[ Last edited by lolipop9 at 25-10-2006 09:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lolipop9 at 25-10-2006 09:44 AM
salam,
Sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah awal untuk menggalakkan penyusuan susu ibu dikalangan ibu2 terutamanya di hospital2 kerajaan dan surah 2:223 juga dijustifikasikan kepada i ...
SALAM untuk loli,pipi dan semua..............
Seperti yang saya katakan bahawa kempen ini menemui kegagalan(pada masa ini). Mungkin sekiranya diberi pendedahan bahawa inilah sebenarnya yang ALLAH perintahkan(walaupun ramai telah mengabaikan atau tidak diberi ilmu) demi kelangsungan pada kecemerlangan umat akhir zaman.
Pengetahuan mereka mungkin hanya bersandarkan hujah sains semata-mata menyebabkan penjiwaan mengenai kepentingan yang teraruh kepada WAJIB ini tidak terangkat keposisi yang sepatutnya, maka kesempurnaan pada perancangan sebaik manapun akan terbantut apabila fakta terpenting terketepi.
Sementara Hujah pipi lebih tertumpu kepada pembentukan pada peringkat mula pertengahan dan pertengahan pembesaran(belia), dimana individu sasaran telah tahu berfikir dan membuat pembezaan terhadap perbezaan(betulkah pandangan saya?). Jika kita rangkumkan bentangan saya dan kenyataan oleh loli dan digaulkan pula oleh kenyataan pipi, nah saya rasa awam akan lebih nampak akan pencerahan yang saya cuba lakukan terutama untuk pertimbangan........ Semuga anak-anak kita terasuh kearah kebaikan........Istajibullah! |
|
|
|
|
|
|
|
Salam................
Mat rempit dah jadi rempit!
Anak-anak kita yang baru lahir...............jangan biarkan collustum lembu jadi habuannya! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju dengan pendapat ko..:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katakpuruz at 31-10-2006 10:37 PM
Aku setuju dengan pendapat ko..:setuju:
Terima Kasih, Segala Puji Hanya Bagi ALLAH.................
Semuga ramai lagi yang sedar, bahawa untuk mencegah bukanlah perkara mustahil,
Allah dah sedia garis panduan yang amat terperinci,
tinggal lagi nak ikut atau tak nak ikut sahaja kerana ALLAH dah kata bukan Dia yang Berkehendak kepada makhluk
Tetapi ia adalah sebaliknya....................
ALLAHU 'Alaaam......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ayyohpeen's post
apesal ko pakai nick ayyohpeen?
ko pengikot dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa susu ibu bukan masalahnya. semuanya berpunca dari didikan mak bapak. aku tengok org Melayu Islam kita, suka sangat membiarkan anak berpeleseran. kadang2 bila anak keluar, bukan nak tanya pegi mana ker tak. kalau tanya pun, tak betul2 tanya. aku bukan nak puji mak bapak aku, tapi aku rasa mak bapak aku mmg salah satu model mak bapak yg bagus, kerana mereka dulu sangat strict dgn aku dalam soal keluar rumah dan pelajaran. aku nie pulak jenis yg mudah terpengaruh. nasib baik hasil didikan mereka, aku menjadi seorg yg lebih tahan dan berdikari.
kadang2 tu aku sedih bila tengok anak2 Melayu kita dgn selamba rocknya berjalan2 tepi jalan lepas pukul 10 malam. malah ada yg aku tengok ada yg berkeliaran tu masih kecil mgkin belum sekolah menengah pun. jadi masalahnya bukan kerana susu. org cina pun ramai yg tak susukan anak dan mereka awal2 dah tukar ke susu formula utk anak2 mereka, tapi tetap ada antara mereka yg anak mereka jadi org yg berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by audioslavefan at 5-11-2006 01:46 PM
apesal ko pakai nick ayyohpeen?
ko pengikot dia ke?
Salam untuk audioslavefan dan semua.................
Saya memerhati. Lama memerhati sehingga saya mendapat rumusan(sekadar rumusan hasil cernaan sendiri). Manusia itu suka bersangka-sangka dan mengagak-agak(terutama didunia maya), jadi bagi menguji kebenaran dari Firman ALLAH, dan juga bagi membuktikan bahawa Kalam ALLAH itu 'hidup' maka saya menguji 'crowd' to proved that GOD is ALWAYS n ALL THE WAY RIGHT. Memang telah beberapa kali nick ini disalah ertikan, tak mengapa. Saya tidak mengikut mana-mana makhluk hatta manusia, kerana didepan ALLAH nanti, Pemimpin akan berlepas diri dari Pengikutnya manakala pengikut terpingga-pingga keran dibiar lepas seperti kambing hilang 'kekawanan'(like a ship lost her herds)............sekadar untuk renungan.......
Al-Baqoroh: 165, 166, 167............
Minta ma'af kiranya menyinggung......
Allahu A'laam........... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 5-11-2006 04:01 PM
aku rasa susu ibu bukan masalahnya. semuanya berpunca dari didikan mak bapak. aku tengok org Melayu Islam kita, suka sangat membiarkan anak berpeleseran. kadang2 bila anak keluar, bukan nak tanya p ...
Inilah method yang ALLAH renteskan untuk kita amalkan............
Segala Puji hanya bagi ALLAH. Beruntung anda mendapat ibu dan bapa seperti itu, yang tahu tanggungjawab mereka, kerana ini juga tanggungjawab kepada ALLAH. Akan ditanya oleh Nya!
Mungkin Muntz tidak ternampak/terfikir pada sudut yang saya nampak/fikir, biar saya terangkan mengikut perspektif saya(sekadar untuk dipertimbangkan), jika anda pada peringkat awal telahpun mengikut apa yang ALLAH firmankan, maka the rest of the step will comfortly followed. Boleh nampak tak apa yang saya cuba ketengahkan? Kalau dari ALIF kita follow the established track that given by ALLAH the ALMIGHTY YNOT the rest?
semuanya berpunca dari didikan mak bapak. aku tengok org Melayu Islam kita, suka sangat membiarkan anak berpeleseran
Jadi tidaklah timbul soal mak bapa membiarkan anak berpeleseran(ini sudah peringkat dewasa dan tentunyamereka tidak lagi menyusu). Pada peringkat ini kalau kita bagi susu ibu satu tanker petronaspun dah tak leh wat per dah...... Soal berpelesran ini dah peringkat pertengahan dah. Saya sarankan kita mendalami ayat itu kerana ia berkaitan peringkat permulaan kita mendidik anak. Bukankah 'MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI'?............ Hanya REBUNG yang boleh dilentur.....
kadang2 tu aku sedih bila tengok anak2 Melayu kita dgn selamba rocknya berjalan2 tepi jalan lepas pukul 10 malam. malah ada yg aku tengok ada yg berkeliaran tu masih kecil mgkin belum sekolah menengah pun.
Kan dah diperingkat pertengahan..............
org cina pun ramai yg tak susukan anak dan mereka awal2 dah tukar ke susu formula utk anak2 mereka, tapi tetap ada antara mereka yg anak mereka jadi org yg berguna.
Ini kes rencam, tetapi bukan sesuatu yang patut untuk kita buat andaian kerana mereka jauh dari Kalam ALLAH dan kita sepatutnya sentiasa mengikut panduan yang ALLAH katakan pada kita. Tidakkah ALLAH berkata-kata?
Apapun ia hanya sekadar untuk dipertimbangkan..........:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ayyohpeen's post
ada points di situ lah. dan kalau ia memang dah datang dari Quran, kenapa harus aku menolak kan? apa pun, susu ibu ni mmg penting kerana Allah dah cipta khasiatnya cukup utk si bayi. kalau susu lembu, itu dari badan lembu dan cuma sesuai utk anak lembu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Muntz at 5-11-2006 08:57 PM
ada points di situ lah. dan kalau ia memang dah datang dari Quran, kenapa harus aku menolak kan? apa pun, susu ibu ni mmg penting kerana Allah dah cipta khasiatnya cukup utk si bayi. kalau susu lem ...
Salam...........
Segala Puji Hanya bagi ALLAH.......
TQ. Dan setelah peringkat awal itu kita lalui dengan jayanya(saya selalu terbayang selepas ini akan ada orang yang mengiklankan khidmat penyusuan keran ia digalakkan oleh ALLAH), maka apabila pada peringkat umur tiga tahun keatas pada saya mungkin kita boleh serapkan secara berperingkat-peringkat ttg kefahaman asas-asas agama mengikut chronology yang ALLAH perintahkan seperti pendedahan asas kepada pembentukan iman, iaitu menanamkan keyakinan mengenai keEsaan ALLAH sehingga pada tahap anak-anak kita boleh mula bercakap, kita lazimkan anak-anak kita dengan sebutan dan kalimat memuji ALLAH agar mereka tahu lahir mereka atas EhsanNya dan terangkan juga bahwa mereka telahpun mengikat satu perjanjian dengan ALLAH bahawa mereka telah berjanji 'tunduk dan patuh' pada ALLAH semasa didalam kandungan ibunya kerana itu adalah Fitrah, dan pada fasa ini biarlah mereka betul-betul dibelai pertumbuhan mereka kearah mengenal ALLAH dengan cara yang HAQ. Kemudian kita terangkan pula malaikat dan tugasnya sehingga mereka terbiasa, kemudian mengenai Kitab-kitab dan Al-Quraan terutamanya, setelah itu Nabi-nabi dan Rasul-Rasul serta tugas/fungsi mereka, Mula membiaskan mereka dengan bacaan Al-Quraan dan bersolat pada seusia lima ke enam tahun secara konsisten dan pada usia lapan kesepuluh tahun jinak-jinakkan pula mereka dengan amalan puasa seterusnya biarlah kita rajin bersedekah/berzakat dihadapan mereka sambil terangkan mengenai suruhan itu oleh ALLAH dan sebabnya serta biasakan tangan mereka menjadi platform kita unutk bersedekah/berzakat dan bila usia mereka mula memasuki belasan tahun bolehlah kita bersma-sama mereka mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam keseluruhannya kerana pada pendapat saya pada peringkat umur anak-anak yang menjangkau belasan tahun inilah perebutan bilik-bilik pada blok aqal akan berlaku, lalu mana-mana maklumat akan sahaja berebut-rebut menerobos secara rakus untuk mengisi blok-blok aqal ini. Maka pada period maklumat tanpa sempadan yang menjurus kepada 'global culture'lah yang patut diberi perhatian dari segi penapisan! Kalau dibiar minda anak kita tanpa dipandu dan sekiranya maklumat yang salah yang di'store' pada blok-blok ini, maka sukarlah untuk di'erase' atau di'delete'kan baik yang dapat di serapcerna secara konvensional mahupun secara maya
Namun jika Zon penampan telah kita bangunkan secara berperingkat-peringkat dan berterusan mengikut chronology yang ALLAH perintahkan, InsyaALLAH satu 'Toughest Shield' akan berdiri utuh melindungi baik siasah mahupun peradaban anak-anak kita bagi menangkis 'global culture shock'.... Ingat tak dulu? Hanya yang berjaya melanjutkan pelajaran keluar Negeri(barat) sahaja yang selalunya dikaitkan dengan 'culture shock' berbanding dengan era kini.
Perkara paling akhir ini walaupun kedudukannya diakhir namun ia adalah permulaan pada kepada segala-galanya yang diatas. Apakah diri kita ini sebenar-benarnya bersedia menjadi pembimbing pada generasi selepas kita iaitu anak-anak kita (yanbg sepatutnya didahulukan). Tanpa kita memahami setiap langkah yang sepatutnya, dengan apakah kita boleh berharap anak-anak kita berupaya dididik seumpamanya?
Marilah kita memulakannya terlebih dahulu, saya percaya dan yakin sekiranya kita berazam untuk yang terbaik lagi diredhoi, nescaya ALLAH tidak sekali-kali akan berlaku Zalim............SyurgaNya tidak di ujudkan secara sia-sia!!!
SUBHANALLAH!SUBHANALLAH!SUBHANALLAH!SUBHANALLAH!:pray:
ALLAHULALIMULHAKIM...............
*Mohon diperluaskan perbincangan kita sebagai pertimbangan bersama..................
Juga mohon ma'af sekiranya bahasa mahupun terma-terma yang saya gunapakai tidak tepat sehingga pemahaman anda diluar dari konteks yang saya maksudkan........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|