CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: holdfast

Pengalaman menarik yang ader kaitan ngan MILITARY!

[Copy link]
Post time 22-11-2006 05:21 PM | Show all posts
Sambung lagi nostalgia saya dan kenangan manis masih terswimpan didalam memori.

Kali ini saya cerita semasa menghadiri Kursus  Kopassus peringkat 'Swamp Phase'

Salah satu silibus semasa peringkat "Swamp Phase" adalah latihan Ikhtiar Hidup peringkat Rawa atau lebih dikenali dengan "Swampy Area Survival Course". di muara sungai berhampiran dengan Bandar  Ciilacap dan (Pulau) Nusa Kembangan.

Silibus ini memakan masa dalam 3 hari 2 malam. Persekitaran kawasan adalah keadaan paya yang mana keadaan air yang mempunyai 3 rasa dalam masa yang berbeza. Ketika air surut rasa air tawar dan sedikit kepayauaan  adakala rasa payau terus  dan ketika air laut pasang airnya semestinya masin. Disitu boleh katakan zon pertembungan antara air tawar dan air laut.

Sambung sebelah malam lak .....waktu office hour dan habis,  slot "punch Card" OK .....


OK sambung balik.........

Salah satu sumber protein yang senang didapati di persekitaran adalah Ikan Dua Alam (Belacak). Saiz yang didapati ada sebesar Ibu Jari kaki. Nak tangkap sekorpun punya lah susah, dah lah perut kosong. Orang kata tak berbaloi dengan apa yang didapati berbanding dengan tenaga untuk mendapatkan nya. Ada suatu ketika ketika air sedang pasang semua pelatih sedang mencari rezeki. Entah macamana nak jadikan cerita seorang pelatih telah ter nampak seekor 'sang rangkap" sambil bertempik BUAYA!!!!!. Maka apatah lah berterabur semua pelatih memanjat pokok Bakau yang sedia ada. Masing-masing semua terkedu duduk diatas pohon-pohon bakau sehingga tunggu air surut.

Seingat saya pada hari kedua saya ternampak seorang nelayan didalam sebuah perahu kolek. Walaupun keadaan yang mana Sang Buaya masih terbayang (terngiang) dalam ingatan. Oleh kerana desakan naluri (kelaparan), dengan penuh yakin saya menyelam kearah Nelayan tersebut sambil meminta bantuan dalam bentuk apa-apa makanan sekalipun. Secara kebetulan dia terdapat sedikit ubi kayu didalam perahu nya. Saya katakan terpaksa menyelam dijarak lebih kurang 30 ke 40 meter tanpa timbul sehingga sampai ke Perahu Nelayan tersebut bagi mengelakkan dari penglihatan JL yang mungkin ada berdekatan.

Alhamdullillah ubi tersebut direbus dengan air Laut dengan rasa  kemasinan terlampau ( terlebih garam). Memandangkan perut kosong, walau pun terasa amat masin terpaksa juga dimakan sehingga licin tanpa sebarang kesan takut dapat dikesani oleh JL.

Apabila habis makan, oleh kerana terlalu masin maka terasa amat-amat dahaga, memandangkan air yang begitu keruh dan masih pasang (masin) ketika itu air tidak dapat diperolihi. Nak jadikan cerita tak lama selepas itu hari pun hujan dengan mengunakan 'Ponco Jawa". Untuk pengetahuan juga Ponco dia orang ketka seakan-kaiin kanvas. Dengan ponco ini digunakan untuk menadah air hujan. Oleh kerana kedahagaan yang melampau, air tidak sempat dimasak lagi terus di diminum. Ubi rasanya terlampau masin, selepas itu terpaksa minum air hujan yang ditadah dengan 'Ponco Jawa'  dengan rasa yang pahit pulak (ala-ala tongkat Ali gitu). Apa-apa pun tidak terjadi sebarang cirit-birit. Alhamdullillah.

Latihan Survival ini dapat dilaksanakan tanpa dikesani  sebarang salah laku oleh JL sepanjang 3 hari latihan Survival ini.  Latihan ini juga merupakan penghujung kepada Kursus Kopassus (peringkat penamat) sebelum penganugerahan "Beret Merah, Dagger serta Wing Kopassus (RPKAD) yang juga dilakukan di Pulau Nusa Kembangan. Sesungguhnya Pulau ini banyak memberi kenangan manis (nostalgia) bagi diri saya dan pelatih-pelatih yang lain.   

Rumusan:-

Oleh kerana desakan (perut)  maka tidak mustahil sesuatu tindakan diluar jangkaan boleh dilakukan tanpa rasa sebarang ketakutan menyelubungi diri.  

Selepas ini  bersambung...........

Latihan  peringkat Hutan di Kawasan Hutan "Tangkuban Perahu" yang penuh dengan misteri dan lagenda di pergunungan pinggir Bandaraya Bandung.

[ Last edited by  xwo2gk at 23-11-2006 12:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by xwo2gk at 20-11-2006 01:39 PM
As far I'm concern, what I has stated in the article not in catagories of clasiffied words. Indeed it's a normal training for whole individual  involve  in the army life. Only the approach of t ...

ehwahhhh... cakap owang puteh.... tapi gua respek la... alangkah bagusnya kalau rank and file askar kita sekarang berkebolehan macam xwo2 kita ni.... malahan ramai pegawai kita sekarang yg kurang berkebolehan berbahasa inggeris ni.... bravo xwo2gk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 07:15 PM | Show all posts
habih  member dah hantar bahasa Kentang takkan saya nak jawab bahasa keledek lak kan?
Boleh lah sikit setakat nak jawab sepatah dua kata tu, setakat bahasa-bahasa pasar je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 09:12 AM | Show all posts

Reply #43 xwo2gk's post

nak tanya sikitler...bukan ke komando kita memang patut fasih berbahasa inggeris...ialah time co-training takkan nak cakap melayu atau ada penterjemah 24 jam...lagipun yang saya baca kebolehan bercakap pelbagai bahasa memang satu keutamaan nak jadi komando, betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 10:44 AM | Show all posts
Selain daripada tahap akademik anggota dititikberatkan oleh ATM, malah dari segi memahiran bidang tertentu juga diambilkira. Salah satu kemahiran dalam pelbagai bahasa juga diimplementasikan juga. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada unit Ajar (Education). Setiap unit ada diperuntukkan anggota Ajar Kor Perkhidmatan AM (KPA).

Seperti yang saya perkatakan selain dari akademik anggota seperti mengadakan Kursus Insentif SRP (PMR), SPM malah saya kira STPM pun kemungkinan telah adalah dijalankan oleh unit tersebut. Begitu juga kemahiran berbahasa kedua juga ada seliakan oleh unit tersebut. Dari pemerhatian saya selain dari bahasa Ingeris malah bahasa Vietnam, Thailand ada juga dititikberatkan.

Bagi saya sememang nya berpendidikan dan  belajar aliran Ingeris sejak Sekolah Rendah sehingga Menengah.  Boleh lah juga berbahasa sedemikian setakat BAHASA PASAR.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:04 AM | Show all posts

Reply #45 xwo2gk's post

bagi saya kalau orang lama macam kita tak reti bahasa inggeris pasar sikit pun tak tau ler nak kata apa Xwo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by xwo2gk at 22-11-2006 17:21
Sambung lagi nostalgia saya dan kenangan manis masih terswimpan didalam memori.

Kali ini saya cerita semasa menghadiri Kursus  Kopassus peringkat 'Swamp Phase'

Salah satu silibus semasa perin ...


P/S Susunan peringkat latihan  ini tidak mengikut susunatur format latihan sebenar. (Not proper sequence)

[ Last edited by  xwo2gk at 23-11-2006 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057805 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list