CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6839|Reply: 33

ASWJ Wajib Taklid Kpd Salah 1 Mazhab 4?

[Copy link]
Post time 28-9-2006 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Mengapa hanya mazhab 4 shj?  Bukankah ada byk mazhab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Bee_Doc This user has been deleted
Post time 29-9-2006 11:07 AM | Show all posts
Mengapa hanya mazhab 4 shj?  Bukankah ada byk mazhab


Rasionalnya kerana 4 mazhab ini terus berkembang dan ada penerusnya samada melalui pemerintah ataupun ulama2 mazhab.

No.        Madzhab        Imam Madzhab        Keterangan
1        Hanafi        Abu Hanifah al-Nu憁an (w. 150/767)                             Berkembang
2        Maliki        Malik bin Anas al-Asbahi (w. 179/795)                             Berkembang
3        Syafi慽        Muhammad bin Idris al-Syafi慽 (w. 204/820)        Berkembang
4        Hanbali        Ahmad bin Hanbal (w. 241/855)                              Berkembang
5        Laisi        al-Lais bin Sa慳d (w. 175/791)                             Terhenti
6        Auza慽        Abu Amir al-Auza慽 (w. 157/774)                             Terhenti
7        Tsauri        Sufyan al-Tsauri (w. 161/778)                             Terhenti
8        Sufyani        Sufyan bin Uyainah (w. 198/814)                             Terhenti
9        Ishaqi        Ishaq bin Rahwabah (w. 238/859)                             Terhenti
10        Zhahiri        Daud bin Ali al-Asfahani (w. 270/883)                             Terhenti
11        Thabari        Ibn Jarir al-Thabari (w. 310/924)                             Terhenti
12        Abu Tsaur        Ibrahim bin Khalid al-Baghdadi (w. 246/860)        Terhenti
13        Nakha抜        Syarik bin Abdillah al-Nakha抜 (w. 177/794)        Terhenti
14        Ja慺ari        Ja慺ar bin Muhammad al-Baqir (w. 148/765)        Berkembang
15        Zaidi        Zaid bin Ali Zainal Abidin (w. 122/740)                              Berkembang
16        Isma慽li        Isma慽l bin Ja慺ar al-Shadik (w. 138/755)        Berkembang
17        Fathimi        Abdallah al-Mahdi (w. 305/919)                              Terhenti
18        慖badi        Muhammad bin 慖bad (w. 93/712?)                              Berkembang

Sumber: Hasbi Ash Shiddieqy (1963); Shabhi Mahmashani (1977); Halm (1991); Hallaq (2000); dan http://www.soas.ac.uk/centres/islamiclaw/html.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 28-9-2006 11:45 AM
Salam,

Mengapa hanya mazhab 4 shj?  Bukankah ada byk mazhab.


Dalam ASWJ hanya 4 mazhab ini sajalah yang masih ada pengikut mereka sedangkan pengikut-pengikut mazhab lain sudah pupus dan tidak diamalkan lagi. Begitu juga dalam Syiah, yang berkembang pesat adalah dari mazhab Ithna-Asyariyah manakala Zaidiyah dan Ismailliyah semakin mengecil bilangan pengikut mereka.
Namun begitu ada juga mazhab baru yang muncul seperti Wahabiyah dan mazhab-mazhab tajaan Yahudiyah bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 29-9-2006 11:28 AM


Dalam ASWJ hanya 4 mazhab ini sajalah yang masih ada pengikut mereka sedangkan pengikut-pengikut mazhab lain sudah pupus dan tidak diamalkan lagi. Begitu juga dalam Syiah, yang berkembang pesat ...


Salam...................
Bagaimana pula saya yang tiada bermazhab?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 2-10-2006 01:44 PM


Salam...................
Bagaimana pula saya yang tiada bermazhab?


Mengikuti mazhab bermaksud mengikuti satu-satu aliran pemikiran sama ada yang di asaskan oleh seseorang ulama atau pemikir mahu pun boleh jadi juga sekumpulan ulama yang membentuk satu pemikiran baru. Wahabi juga mendakwa mereka tidak bermazhab pada hal dalam masa yang sama mereka mengikuti pendapat dan pandangan dari pelbagai ulama dan dihimpunkan menjadi satu aliran pemikiran baru dan membentuk mazhab tersendiri.

Rasanya tidak ada individu yang boleh mendakwa mereka tidak bermazhab disebabkan tidak upaya membina gugusan pemikiran mereka sendiri. Kalau ada seseorang yang didakwa lebih berupaya mengeluarkan fikiran dari dirinya sendiri serta di ikuti oleh individu tersebut maka bermazhab jugalah dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 05:04 PM | Show all posts
So, timbulnya taklid kpd mazhab2 empat ini, atr lain adalah krn usaha2 murid/ pengikut dr mujtahidin yg berpengaruh dlm masyarakat itu utk mengembangkan pendapat gurunya.

Maka bolehlah dikatakan hakim2 atau qhadi2 yg berkuasa di Malaysia suatu masa dahulu melaksanakan hukum2 berdasarkan hasil ijtihad imam Shafie.

Seterusnya fahaman Imam Shafie ini dibuat kitab atau dibukukan agar mudah dipelajari oleh masyarakat setempat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2006 06:04 PM | Show all posts
adakah perlu memilih satu dari yang 4, atau boleh mengikut keempat2 sekaligus?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 2-10-2006 06:04 PM
adakah perlu memilih satu dari yang 4, atau boleh mengikut keempat2 sekaligus?


Jika kita memilih hanya satu dari yang 4, adakah benar-benar mengikuti yang hanya satu tersebut. Contohnya jika hanya memilih Syafei saja maka adakah benar-benar yang di ikuti tersebut bersandarkan hanya dari Imam Syafei saja ataupun mengikuti berbagai Imam yang caca-merba mengikut kemudahan selera?

Kalau memilih ke-empat-empat pula maka timbul persoalan mengapa? Tentu salah seorang dari mereka ada membuat kesalahan dan kesilapan maka dari itu tentunya kita tak yakin pada imam-imam tersebut yang boleh di nilai serta dikritik. Antara imam-imam yang 4 itu ada yang sampai hina-menghina sesama mereka. Imam Abu Haniffah misalnya adalah antara imam yang teruk dikritik sewaktu hidupnya dulu.

Berbeza dengan pengikut syiah yang dianggap sah bertaklid hanya kepada Imam yang masih hidup. Takkan takda Imam hidup sekarang ini mampu menyaingi keilmuan imam-imam yang terdahulu. Dengan kecanggihan pelbagai alat-alat mencapai keilmuan maka tak mustahillah Imam hidup sekarang ini menjadi penerus keilmuan terdahulu malah mungkin lebih hebat lagi terutama menyelesaikan masalah-masalah isu semasa.


[ Last edited by  Gravedigger at 4-10-2006 01:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 03:09 PM | Show all posts
Apa kebaikan mazhab? Mazhab adalah untuk permudahkan sahaja. Tetapi keempat itu asasnya ajaran Rasulullah SAW? Kenapa harus pilih satu mazhab?? Sedangankan pengasas2 mazhab ini bukan Rasul? Dan mereka mempunyai KELEMAHAN masing2 seperti manusia biasa! Masing2 tidak pernah mengakui bahawa mazhab mereka adalah SEBENAR2 AJARAN ISLAM! Kenapa perlu pilih satu? Apa yg dituntut oleh Rasulullah SAW pada umatnya adalah berpegang kepada sunnah & al quran! Kesemua ajaran yg paling hampir dengan ajaran Rasulullah SAW harus dan wajib kita turuti serta patuhi!! Ini JELAS!! Untuk mengetahui dan pelajarinya, perlu ada usaha dan kesungguhan ke arah tersebut. Jangan belajar agama dengan cara mengikut org yg terdahulu, atau dengan adat istiadat nenek moyang. Sebab kita di Malaysia banyak terpengaruh dengan adat istiadat HINDU!! Syirik & Khurafat harus dijauhi sama sekali. Jangan percaya dengan benda2 ghaib kononya boleh memudaratkat kita. Yakini Allah SWT, insyaallah kita akan selamat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 4-10-2006 01:26 PM


Jika kita memilih hanya satu dari yang 4, adakah benar-benar mengikuti yang hanya satu tersebut. Contohnya jika hanya memilih Syafei saja maka adakah benar-benar yang di ikuti tersebut bersanda ...


dalam masyarakat umum di malaysia, hanya 4 mazhab sahaja yang di consider sebagai normal bagi pengamalnya
lain cam tak normal la, ada gak unsur2 dia rasa cam amalkan ajaran sesat jer
lagilah mazhab2 yang tak dikenali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:50 AM | Show all posts
Originally posted by alibabas at 4-10-2006 03:09 PM
Apa kebaikan mazhab? Mazhab adalah untuk permudahkan sahaja. Tetapi keempat itu asasnya ajaran Rasulullah SAW? Kenapa harus pilih satu mazhab?? Sedangankan pengasas2 mazhab ini bukan Rasul? Dan mer ...


Ishk..ishk mana ada kebaikan kalau ikut mazhab. Menurut fatwa dari ulama-ulama wahabiah mengikut mazhab tu sebagai haram dan sesat tapi kalau ikut imam-imam pengasas mazhab secara caca-merba ngak apa deh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 4-10-2006 05:15 PM


dalam masyarakat umum di malaysia, hanya 4 mazhab sahaja yang di consider sebagai normal bagi pengamalnya
lain cam tak normal la, ada gak unsur2 dia rasa cam amalkan ajaran sesat jer
lagilah  ...


Rasanya tidak juga...yang dianggap normal cuma yang diamalkan oleh golongan Tamil Muslim yang bermazhab Hanafi dan golongan Melayu yang bermazhab Syafei saja. Cubalah beramal mengikut mazhab Hanbali yang boleh terkentut semasa sembahyang dan Maliki yang meluruskan tangan semasa berdiri sembahyang....pastinya akan di pandang serong juga oleh masyarakat.
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 5-10-2006 12:11 PM | Show all posts
Segala apa yg hampir dan sama dengan apa yg dibuat oleh Rasulullah SAW perlu diambil dan diamalkan tanpa mengira MAZHAB!! Nak tahu kena belajar.....kalau dah rasa diri sempurna dengan mazhab yg satu nk buat macam mana.... lebih percayakan ulama' daripada Rasulullah SAW....masyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:26 PM | Show all posts
citer skit alibabas jalan mana yg mengikuti Rasulullah 100% itu? Mana dia jalan yg lurus tu alibabas
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:39 PM | Show all posts
imam2 mazhab tak penah suruh kita lurus bendul ikut depa...

kalau percaya pada 4 mazhab tu... berkenaan suatu hal, bandingkan hujah2 mereka... ayat mana depa pakai hadis mana depa ambik...

dan akhirnya pilih yg paling meyakinkan...

kemudian serah pada Allah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:01 PM | Show all posts
dari itu janganlah kita hentam menghentam lagi, apa yg mereka amalkan berdasarkan keyakinan
tapi ramai lagi yg beramal yakin tapi tak tau rujukan di mana
hanya mengamal apa yg telah diwariskan
tak gitu realiti masyarakat kita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2006 01:37 PM | Show all posts

Pemerintah memainkan peranan penting....

Sepertimana Imam Abu Hanifah dan Imam Malik teruji dengan tuduhan memberikan perangsang dan sokongan kepada para pemberontak dan penentang kerajaan begitulah juga yang dihadapi oleh Imam Syafi'i. Beliau telah dituduh bersepakat dengan golongan Syiah pada tahun 174 H.

Beliau telah dipanggil ke Iraq untuk disoal siasat oleh khalifah mengenai tuduhan ini. Hampir-hampir beliau mendapat seksaan dengan sebab perkara ini kalaulah Allah tidak merahmatinya dengan didatangkan Al-Fadhal bin Al-Rabil yang mempertahankannya.

Imam Syafi'i sewaktu mempertahankan dirinya daripada tuduhan berpihak kepada Syiah tersebut berkata kepada Khalifah Harun Al-Rasyid : " Adakah patut aku meninggalkan orang yang mengatakan bahawa aku adalah anak saudaranya ( beliau maksudkan di sini ialah Khalifah Al-Rasyid) dan aku pergi kepada orang yang mengatakan bahawa aku adalah hambanya ( beliau maksudkan di sini ialah ketua Syiah di ketika itu )?"

Alasan yang diberikan oleh Imam Syafi'i ini dapat mempengaruhi jiwa Al-Rasyid lalu beliau mengampunkannya dan memerintahkan agar beliau dibebaskan dan dihantar pulang.

Begitulah bentuk-bentuk ujian dan tribulasi yang dihadapi oleh para ulama. Mereka teruji dengan berbagai-bagai jenis ujian khususnya dari pihak pemerintah yang memegang kuasa pemerintahan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 5-10-2006 12:39 PM
kalau percaya pada 4 mazhab tu... berkenaan suatu hal, bandingkan hujah2 mereka... ayat mana depa pakai hadis mana depa ambik...

dan akhirnya pilih yg paling meyakinkan...



Dan siapakah yang layak membanding-bandingkan hujjah2 imam-imam mazhab tersebut. Jika ada orang yang boleh menilai semula dan menolak pandangan salah seorang dari imam tersebut maka pastilah orang tersebut lebih hebat lagi dari 4 imam yang dah sedia ada serta di iktiraf di seluruh alam buana ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5-10-2006 02:01 PM
Dan siapakah yang layak membanding-bandingkan hujjah2 imam-imam mazhab tersebut. Jika ada orang yang boleh menilai semula dan menolak pandangan salah seorang dari imam tersebut maka pastilah orang tersebut lebih hebat lagi dari 4 imam yang dah sedia ada serta di iktiraf di seluruh alam buana ini.


memilih satu tak semestinya bermakna mengatakan yang lain itu salah

nak pi market nih...
naik moto ka... kancil ka... citra...

hang pilih sendiri la no...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 05:57 PM | Show all posts
Adakah sikap taqlid ini membuktikan keadaan politik negara2 Islam tidak stabil & terpecah.

Seterusnya menyebabkan kerajaan islam berpecah & menjadi lemah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.285552 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list