CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: GAIA

D' Banquet - Filem Seni Berskala EPIK ?

[Copy link]
 Author| Post time 6-10-2006 06:25 PM | Show all posts
Review oleh Fadz(www.tontonfilem.blog-city.com)


The Banquet (2006) - Kenduri Warna & Suara

Ini adalah sebuah contoh filem yang berat tetapi sangat teliti pembikinannya, ia boleh ditafsir sebagai sebuah filem epik, sejarah, kung-fu serta romantik. Kesemua genre itu diisi dengan baik sekali, malah menimbulkan emosi yang memilukan apabila menonton babak akhir filem ini.

Filem ini memang mesin bintang Zhang Zi Yi, menyurat dan menyiratkan kekuatan dan kecekalannya sebagai seorang pelakon Asia Cina yang disegani. Kena dengan watak Zhang yang keras dan lembut pada satu masa (kecuali filem awalnya berserta Zhang Yimao, The Road Home), Zi Yi berlakon sebagai Maharani yang cuba bermain kuasa dalam perbendaharaan dinasti yang sangat kelelakian, chauvanis dan didominasi oleh kumpulan lelaki. Zi Yi memulakan kembali watak-watak 'wanita berpelir' dengan sentuhan lembut tetapi menyesakkan.

Dalam kehitaman wataknya, jelas ada cinta dan harapan setiap manusia, untuk bersama dengan orang yang dikasihi. Zi Yi mengadunkan kejahatannya dan kebaikannya dengan licik sekali, kita dapat percaya, walaupun tampak tidak logik, segala rancangannya agak berjaya pada akhirnya.

Aku tidak tahu jika sejarah dalam filem ini benar-benar wujud dalam sejarah ketamadunan Cina klasik. Tetapi permainan politik yang dipakai dalam filem ini, boleh saja ditafsir dalam pelbagai maksud dan biacara. Ia, sebenarnya membicarakan, bagaimana sesebuah kerajaan boleh naik dan jatuh, hanya kerana seorang perempuan. Perkara ini tidak dapat lari daripada budaya Asia, terutama Cina, memaparkan perempuan sebagai aduan Yin dalam Yang, ia mencipta harmoni, tetapi kalau ia ditumpuk kekuasaan, berlakulah kekacauan.

Sebuah filem yang baik walaupun idea dan temanya sudah banyak kali dikitar oleh pembikin filem Cina epik, masih satu filem yang baik pembikinannya dan turut menyentuh perasaan.  

Originally posted by reinloch at 3-10-2006 10:10 PM
Yang saya suka ialah semua watak dipamerkan sebagai tidak bermoral sempurna, suatu ciri yang jarang dijumpai.

Pandangan yg menarik...umm..leh explain skit tak....rasa2nya ciri2 watak x bermoral sempurna ni nampak mcm semakin ketara dlm tv series USA cam Desperate Housewives n Nip/Tuck tu....

Originally posted by skyati at 5-10-2006 06:20 PM
citer nee 18 sx ke? sebab masa aku tgk macam ada part yang tuttt sikit la..

Rasa2nya more to 18SG.....part yg jelas kena tutt ialah kepala kena pancung tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 06:23 AM | Show all posts

Reply #21 GAIA's post

takla, lebih to 18PL kot sbb ganas ada, pastu part masa Zhang Zhi Yi ngan Emperor tu lagi...............
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 05:39 PM | Show all posts
tadi nak pi tengok citer nih tapi dah takder tayangan....hampeh tulll...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 12:47 AM | Show all posts
aiyoo pesal peach tgk cam tak best jer..dlm thriller tu kungfu2, bile tgk starting jer byk kungfu..
yg len cam opera cina, romen2, emosi2...rasa lambat sgt nak abis..
masa tgk tu ramai sgt yg balik awal, satu row depan peach sekumpulan chinese, suma kuar awal
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:18 PM | Show all posts
mmg bes gila citer nih...beautiful film. wpon ada part slow, tapik biler start part lawan2 balik mmg best. very graceful dorang choreographed. plus palace dalam the banquet nih lawa lah...lain dari typical palace maharaja cina dalam citer2 len yang mostly painted kaler merah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:21 PM | Show all posts
hahaha tapik mmg part zhi yi ngan emperor tuh mesra2 dalam bilik...alahaiii lamanyer lah nak habis scene tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2006 12:55 PM | Show all posts
seorang kawan yg mahir tentang filem beritahu aku berkenaan ending dia...

Soalan yg patut ditanya ialah KENAPA dan bukannya SIAPA.....

adegan akhir itu adalah soalan kpd keseluruhan cerita....iaitu KENAPA wanita/permaisuri itu dibunuh....jawapannya ialaha kerana ia seorang wanita dan jawapan sepenuhnya ialah apa yg wanita ini buat sepanjang anda tonton dari awal sampai akhir cerita ini....

oleh itu...SIAPA yg menikamnya tidak lagi menjadi persoalan....

itu penjelasan dari org yg agak mahir dlm ilmu filem....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2006 08:54 PM | Show all posts
memang patut MAharani Wan kene tikam.:clap:, talam dua muka la dia tu.. kata nak jerat Maharaja, maknanya benci tapi bila Li dah mati dia pegi belai2 lagik orang tua tuh... pelik jer.. pastu siap suruh Menteri Yin bertindak macamlah Yin tu kawan sejenayah dia, tak pasal2 orang tua tuh kene...ending2nya dia sendiri jadi setan, gila kuasa.... syabas Zhang ZiYi.. filem ni nina bagi 8/10

yang pasti nina suka betol la citer ni... :hatdown: berseni, ngeri, menyentuh perasan, dan susunan dr satu plot ke satu plot tak boring. second round tengok by DVD ori, RM12.90... rasa2 kene edit tak? sebab sumer adegan dia sama dgn tengok kat cinema. pastu, apasal murah sangat DVD dia eh? :hmm: musykil ler ada sapa2 leh bagi jawapan?

lagu ending dia best lak tu :love:, leh kata tiap2 hari bukak ending part Zhang kene tikam sebab nak dengar lagu dia.. kat mana nak cari lagu ni eh?[/b
]

[ Last edited by  masnina at 31-12-2006 08:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2007 02:14 PM | Show all posts
Dvd ori tu potong tak masa part kepala kena potong tu ?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051695 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list