CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ustaz_SUFI

GOODBYE BOYS

[Copy link]
Post time 11-9-2006 08:17 PM | Show all posts
teringat dulu erma fatimah pernah nak buat filem pasal gay tapi senyap je lepas tu...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2006 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by buiscasey at 11-9-2006 03:13 PM
la filem ker? aku ingatkan sambungan iklan ubat ketiak....


SAMELAH...

INGATKAN IKLAN DEODORANT...

RERUPANYA FILEM...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by Makcik_WOK at 11-9-2006 08:17 PM
teringat dulu erma fatimah pernah nak buat filem pasal gay tapi senyap je lepas tu...........


betul.siap kata nak amik m nasir berlakon sekali kan?.nama watak pompuan klu x silap siti nurbaya ke hapa tah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 08:27 PM | Show all posts

Goodbye Boys sentuh ego lelaki [Oleh Nurulhisham Abdul Latiff]

Karya kedua Bernard Chauly ini hanya menemui kaki wayang selama dua hari bermula 22 September

SEKIRANYA Gol & Gincu yang diterbitkan Red Films tahun lalu mudah menarik perhatian peminat filem tempatan, terutama remaja, untuk menyukai filem mengenai sekumpulan gadis dan aktiviti futsal mereka, Goodbye Boys yang juga dihasilkan syarikat berkenaan turut dirasakan mampu mengorak langkah serupa.

Andai dulu remaja perempuan menjadi tunjang penceritaan, kali ini sekumpulan remaja lelaki Ipoh yang mengembara sejauh 100 kilometer dalam masa lima hari, serta berhadapan dengan masalah diri masing-masing, dijadikan fokus cerita. Sebagaimana Gol & Gincu, Goodbye Boys sekali lagi diarahkan sutradara muda berbakat, Bernard Chauly.

Begitupun, peminat yang ingin menonton filem ini di pawagam seharusnya bertindak segera kerana Goodbye Boys hanya akan ditayangkan di beberapa panggung sekitar ibu kota selama dua hari saja, iaitu pada 22 dan 23 September ini.

Pas menyaksikan filem ini boleh didapati dengan mengambil bahagian dalam Peraduan Tayangan Eksklusif Goodbye Boys anjuran bersama Red Films, Rexona (selaku penaja utama), 8TV, Hot FM dan Fly FM.

Bagi penonton 8TV, selain panggilan telefon ke rancangan Quickie, mereka juga boleh menyertai peraduan SMS bermula 4 hingga 17 September. Manakala pendengar kedua-dua stesen radio tadi pula boleh menyertai kuiz di laman web mereka bermula 18 hingga 22 September.

Belum pun sempat menemui penonton, garapan Bernard yang kedua ini sudah pun terpilih untuk bersaing bersama beberapa filem Asia yang lain dalam kategori Winds of Asia di Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun, pada 21 Oktober ini.

揔ami menayangkan filem ini selama dua hari di sekitar Kuala Lumpur bagi memberikan peluang kepada rakyat negara kita menontonnya terlebih dulu, sebelum ia ditayangkan di Tokyo. Selain itu, ia juga ditayangkan secara percuma. Maknanya, penonton hanya perlu menyertai peraduan atau membuat panggilan telefon kepada penganjur peraduan untuk mendapatkan pas,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2006 08:28 PM | Show all posts
Fakta: Goodbye Boys

# Goodbye Boys menampilkan pelakon baru seperti Razif Hashim (yang kemudiannya muncul dalam siri Gol & Gincu dengan memegang watak Haikal) sebagai Ivan, Nas-T (Glenn), Jay Eng (Jin), David Eng (Leonard), Farid Ramlee (Aris), Daniel Henry (Xiao), Tommy Kuan (Aaron), Peter Khor (Wei Heen) dan Lisa Surihani (Lara).

# Keseluruhan penggambaran dilakukan di Perak.

# Selain memegang watak Xiao yang menghadapi masalah keluarga, Daniel juga adalah penata pakaian bagi filem ini.

# Tommy Kuan sanggup berhenti kerja sebagai penyunting video bagi mengejar impian bergelar pelakon berjaya.

# Nas-T adalah seorang DJ dan mempunyai kumpulan rap / hip hop sendiri dikenali sebagai Dragon Red.

# Farid Ramlee terpaksa berdiri selama empat jam bagi merakamkan suara latar untuk filem berkenaan.

# Lisa dan Razif pernah berlakon sebagai adik-beradik dalam sitkom Inggeris, Just Place, untuk siaran RTM sebelum memegang watak sepasang kekasih dalam Goodbye Boys.

# Peter Khor yang memegang watak Wei Heen adalah adik kepada pengacara 3R, Celina.

# Walaupun bekerja sebagai jurutera, David mengaku amat minat berlakon dan sanggup berhenti kerja sekiranya karier lakonannya berkembang satu hari nanti.

# Jay Eng adalah pelakon paling muda dalam filem ini (19 tahun) dan selepas majlis pratonton media, dia bergegas pulang kerana urusan pelajaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 04:06 AM | Show all posts
teruja sesangatnyer nak tengok muvi ni.. may be sbb arahan bernard..


















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2006 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 02:37 PM | Show all posts
VCD keluar 22/9 kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 06:24 PM | Show all posts
tensen ah....dahla nak dapatkan kupon online tu leceh.....sampai sana full house la pulak....maka tak meriahlah birthday aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 08:14 PM | Show all posts
lorrr...ingat iklan sambung2 pasal deodorant...rupenyer pilem.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 07:06 PM | Show all posts
akuy rase macam best jer.

mmg pelapis pelakon baru yg ader standart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2006 08:21 PM | Show all posts
ADE TAK YG GI TGK??

USTAZ RASE USTAZ TUNGGU VCD JE...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 01:08 AM | Show all posts
saye rase filem nih berbaloi trngok kat wayang la ust.

saya nampak pembaharuan dalam filem ni.

bukan macam filem razak mohaideen tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:42 AM | Show all posts
vcd ori bape hinggit?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by dacrusade at 26-9-2006 01:08 AM
saye rase filem nih berbaloi trngok kat wayang la ust.

saya nampak pembaharuan dalam filem ni.

bukan macam filem razak mohaideen tuh.

errr...ada perkembangan baru yg aku tak tahu ker? pasal tayangan kat wayang tu ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 08:08 PM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 26-9-2006 08:42 AM
vcd ori bape hinggit?


BIASANYA RM 19.90 KAN??...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 08:36 PM | Show all posts
citer budak-budak   mandi sungai  ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by saywell at 26-9-2006 08:36 PM
citer budak-budak   mandi sungai  ker


X JUGAK..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 08:52 PM | Show all posts

THE STORY

What happens when a gang of Form Five Ipoh boys embark on a 100km hike to fulfill a King Scouts requirement but come back on the road to becoming men?

Goodbye Boys is a simple journey with complicated realizations. Set in 1990, Malaysia, it is about a gang of pimply guys with raging hormones, undecided ambitions and formative identities. They set out on a grueling 5-day journey through the Kinta Valley

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 08:53 PM | Show all posts

THE CAST & CREW

The Cast & Crew

Casts

    * Jay Eng as Jin
    * Nas-T as Glenn
    * Razif Hashim as Ivan
    * Farid Ramlee as Aris
    * David Eng as Leonard
    * Peter Khor as Wei Heen
    * Daniel Henry as Xiao
    * Tommy Kuan as Aaron
    * Lisa Surihani as Lara

Crew

Director:  Bernard Chauly
Producer: Lina Tan      
Screenplay:  Bernard Chauly

Executive Producers : Lina Tan, Lee Mee Fung, Alan Tan
Associate Producers : Lee Mee Fung, Alan Tan     
Cinematographer : Haris Hue, Albert Hue
Line Producer/ First Asst. Director : Joanna Lee
Art Direction : Crystal Woo
Make-up & Hair : Susan Chaopradith
Wardrobe : Daniel Henry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.329755 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list