CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ry_ht

HEART, OST N Filem... Sessi sembang2..

[Copy link]
Post time 13-9-2006 09:23 AM | Show all posts






[ Last edited by  aisyah_putri at 13-9-2006 09:24 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 10:10 AM | Show all posts
apa website movie ni? nak dia punya wallpaper
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 12:52 PM | Show all posts
OMG!!!Lagu My Heart memang best giler............
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 13-9-2006 12:45 AM
takdek ker minus one my heartt nih..sesaper ader or da dpt minus one kasitahu ina kay..


minus one?erm luv ada guitar version lagu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 03:17 PM | Show all posts
bestnye OSt cite ni...even ramai ckp tak besh..wateva nak tgk jgk....tak peduli la....huahuahua
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by orglama at 13-9-2006 10:10 AM
apa website movie ni? nak dia punya wallpaper


www.heartmovie.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2006 10:11 AM | Show all posts
dah tgk citer ni..at 1st cite ni quite ok jgk..but then,ending dia sedey giler..conclusion, i know kenape org ckp cite ni boring..bcoz ending dia rachel mati..huhuhuhu..kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 01:43 PM | Show all posts
bosan tahap gaban :gantuk:
rugi soploh hengget!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by siti_nur at 14-9-2006 10:11 AM
dah tgk citer ni..at 1st cite ni quite ok jgk..but then,ending dia sedey giler..conclusion, i know kenape org ckp cite ni boring..bcoz ending dia rachel mati..huhuhuhu..kesian dia


taklah... jln cerita tu mmg boring dan predictable. in fact aku tak paham pon nape rachel tu mati. bunuh diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 10:09 PM | Show all posts
bukan minah tomboy nih berlakon dalam  30 hari mencari cinta.... ker???
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 11:16 PM | Show all posts

Reply #84 luv_boril's post

inapon ader yg tuh..tp chord gitar tinggila..tak sampai..:ketuk:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:00 AM | Show all posts
boring la cter ni.. dh la lama.. lembap sgguh.. klo nk rate cite ni aku bg 2.5star
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:06 AM | Show all posts
sedih  tgk rachel mati.  masa tgk cite nih aku x sabar2 nak tunggu luna mati but in the end rachel plak yg mati. frust gila  nf: tp cam x paham gak la. apsal lak doktor nak potong kaki rachel. dia jatuh bukit je. bkn kena diabetes :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 11:36 AM | Show all posts
Heart: antara cinta & sahabat

Oleh Suzan Ahmad


KETIKA ini lagu yang menghiasi filem mereka, Heart, mula menjadi kegilaan. Filem yang baru memulakan tayangan di Malaysia itu dikatakan begitu romantis dan melankolik hingga dijolok sebagai Kuch Kuch Hota Hai versi Indonesia.

Lalu, peluang bertemu ketiga-tiga pelakon utamanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah masa terbaik untuk Bintang Popular menyelami perasaan mahupun hati budi mereka.

Selepas beberapa jam bersama, terbukti, mereka - Nirina Raudatul Jannah Zubir (Nirina Zubir), 26; Irwansyah, 21, dan Acha Septriasa, 17, - insan yang ceria, mesra dan suka berterus terang.

Lebih penting, mereka begitu profesional dan matang. Namun nanti dulu, ada sesuatu yang dapat dihidu daripada bahasa tubuh Acha dan Irwansyah. Irwansyah kerap membetulkan rambut dan kadangkala merangkul pinggang Acha setiap kali mereka berjalan mahupun ketika bergambar. Cara pandangan mereka juga bukan sekadar sahabat biasa.

Jadi, memang betullah khabar angin mengatakan Acha dan Irwansyah adalah pasangan kekasih dalam dunia realiti.

Menerusi Heart, Irwansyah memegang watak Farel, anak muda yang mencintai Luna (Acha). Nirina pula melakonkan peranan gadis tomboy yang sememangnya happy-go-lucky dan mudah ketawa.

"Saya akui perasaan cinta antara kami banyak membantu lakonan kami dalam Heart," akur Irwansyah sambil menjeling Acha. Katanya lagi, "Untuk setakat ini, hanya Acha cinta sejati saya."

Bagi Acha, perasaan cintanya terhadap Irwansyah wujud daripada keserasian hati selepas mereka berkawan.

"Kami membiarkan perasaan itu berkembang tanpa paksaan. Bagi saya, cinta bisa mematangkan manusia dan membentuk diri menjadi insan yang lebih berpendirian," kata Acha bagaikan berfalsafah.

Sementara itu, Nirina mengakui pembabitannya dalam filem sentuhan Hanny R Saputra itu sungguh mencabar.

"Selain menjiwai watak, kami juga perlu menyanyi sendiri lagu-lagu untuk soundtrack Heart. Alasannya supaya kami lebih bersatu dengan watak lakonan kami itu. Saya kira itu cabaran paling besar yang harus kami hadapi kerana kami bukannya penyanyi," katanya yang baru saja dilantik sebagai duta Toyota Yaris.

Nirina juga berkata, mereka bertiga cukup bertuah kerana mendapat bimbingan daripada komposer handalan Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed. Antara lagu yang dimuatkan dalam soundtrack filem itu ialah My Heart, Pencinta Wanita dan Menghitung Hari 2.

Begitupun perkara itu bukan permasalahan besar buat Irwansyah kerana sudah dua tahun dia mengikuti kelas vokal malah mempunyai band sendiri. Ramai berpendapat, suara Irwansyah begitu keanak-anakan dan unik.

SINOPSIS:

RACHEL, gadis tomboy dan selamba. Farel pula anak muda kacak dan simple. Persefahaman yang terjalin sejak kecil menjadikan mereka terlalu akrab. Kemudian, Farel jatuh cinta pandang pertama dengan Luna, penulis komik misteri.

Rachel tidak kecil hati malah memberikan sokongan moral. Namun lama kelamaan, Rachel mula dihambat api cemburu dan mula merasa terpinggir. Pada waktu yang sama, dia juga berubah menjadi lebih feminin. Luna pula menyimpan satu rahsia besar tanpa diketahui Farel dan Rachel. Apakah pengorbanan yang perlu mereka bertiga tempuhi?

----petikan dr berita harian

[ Last edited by  Eddlisa_uyuk at 15-9-2006 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 11:41 AM | Show all posts
INFO HEART
PENGARAH: Hanny R Saputra
PELAKON: Nirina Zubir (Rachel), Acha Septriasa (Luna), Irwansyah (Farel)
GENRE: Drama romantis
EDARAN: Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB)
TAYANGAN UMUM: 7 September 2006


INFO ACHA
Nama penuh & komersial: Acha Septriasa
Tarikh lahir: 1 September 1989
Tempat lahir: Jakarta, Indonesia
Tinggi: 1.65 sm
Berat: 45 kilogram
Filem: Heart



INFO NIRINA ZUBIR
Nama penuh: Nirina Raudatul Jannah Zubir
Nama komersial: Nirina Zubir
Tarikh Lahir: 12 Mac 1980
Tempat Lahir: Jakarta, Indonesia
Tinggi: 1.58 sm
Berat: 46 kilogram
Kerjaya: Pengacara, DJ, pelakon dan model iklan
Filem: Mirror, Heart



INFO IRWANSYAH
Nama komersial: Irwansyah
Tarikh Lahir: 6 Mac 1985
Tinggi: 1.78sm
Berat: 63 kilogram
Tempat lahir: Jakarta, Indonesia
Drama: Drama bersiri Ku Tlah Jatuh Cinta & Heart
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 14-9-2006 03:11 PM


taklah... jln cerita tu mmg boring dan predictable. in fact aku tak paham pon nape rachel tu mati. bunuh diri ke?


aku pon x phm..
rachel mati sbb x mkn kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 05:17 PM | Show all posts
errmm..cite nih dr segi logik, mmg x logik..but sker la jgk cite nih..ade part mendatar esp ms part luna yg last2 tuh..kalo dr segi sedey, sedihle part yg rachel kat ospital tuh..

bg aku la, wtk rachel mati coz nk bg adil kat cite ni kot..kalo luna mati, x mgkin jgk farell akn ske kat rachel coz farell mmg cinta gile babas kat luna..but yg bodo psl cite nih, c rachel tuh pehal la nk g lari2 smpai jatuh kat lereng tuh..thats so sucks :nana:

bg aku, aku ske jek tgk cite nih wpon ade part x logik coz klaka sgt n lagu2 dia best :siok:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 05:49 PM | Show all posts
aku suke part rachel mula berubah feminin, kelakar la.. riuh rendah panggung tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 05:52 PM | Show all posts

Reply #98 aisyah_putri's post

hahaha..sexy kan dia tuh..boob dia :
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2006 12:44 AM | Show all posts
suka nyer lagu heart tuh.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061469 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list