CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15810|Reply: 13

NGO's yang beri perkhidmatan kpd keluarga pesakit mental (schizophrenia)

[Copy link]
Post time 21-8-2006 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Ada tak yang tahu agensi-agensi yg menawarkan perkhidmatan sokongan sosial kpd ahli keluarga yang menjaga pesakit skizofrenia ni kat Malaysia? Pesakit Mental ni ramai kat Malaysia dan boleh serang sesiapa saja. Kerajaan menyerahkan keluarga menjaga pesakit dalam komuniti tp nak tahu bentuk sokongan yg diterima oleh keluarga. Minta jasa baik kengkawan any idea pasal ngo's ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 08:37 PM | Show all posts

salam

I nak tahu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by dhiairfan at 21-8-2006 11:34 PM
Ada tak yang tahu agensi-agensi yg menawarkan perkhidmatan sokongan sosial kpd ahli keluarga yang menjaga pesakit skizofrenia ni kat Malaysia? Pesakit Mental ni ramai kat Malaysia dan boleh serang  ...


Ini ada sedikit info tentang Persatuan Kesihatan Mental Malaysia:

Kumpulan Sokongan Keluarga (FSG)
[ Train-The-Trainers Workshop | National Alliance for Carers of the Mentally Ill | Public Forum 2001 ]

--------------------------------------------------------------------------------

Three movies to watch
i) A Beautiful Mind -about Schizophrenia (based on a true story)
ii) My Sister's Keeper -about Schizophrenia- based on a true story)
iii) A Caveman's Valentine (Fiction)

   
Adakah Anda Perihatin Terhadap Saudara Yang Berpenyakit Mental?
Kumpulan Sokongan Keluarga, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia ditubuh untuk membantu orang-orang seperti anda. Ianya membekalkan kepada keperluan khas anda.

MMHA merupakah sebuah pertubuhan sukarela bukan bermotifkan keuntungan didaftar dengan Pendaftar Persatuan sejak 1968.

Ianya diurus oleh jawatankuasa yang dipilih yang terdiri daripada para professional dan sukarelawan-sukarelwan lain yang komited dalam mempromosi kesihatan mental di dalam komuniti.

Kumpulan Sokongan Keluarga (FSG), ialah sebuah kumpulan bantuan-diri yang beroperasi di bawah payung MMHA. Ianya diuruskan oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada penjaga-penjaga ahli keluarga yang berpenyakit mental dan seorang psiktari sebagai penasihat.


Bagaimanakah kumpulan sokongan keluarga membantu ahli-ahli keluarga pesakit mental?
Ianya menawarkan pendidikan melalui ucapan-ucapan awam dan forum-forum mengenai asas-usul, rawatan dan pengurusan berlainan jenis penyalit mental.

Ianya menawarkan peluang-peluang kepada ahli-ahli untuk berkongsi masalah-masalah dan pengalaman dengan orang lain yang memlalui keperitan yang sama dan belajar daripada satu dengan yang lain.


Apakah dia Objektif Jangka Panjang Kumpulan Sokongan Keluarga.
Untuk membolehkan ahli-ahli untuk berkerja bersama untuk:-

Membantu saudara-saudara mereka yang sakit hidup lebih bermakna dan produktif dengan menyediakan pusat pembangunan kemahiran-kemahiran (untuk melatih mereka di dalam kemahiran-kemahiran asas kerja dan/atau bengkel tertutup untuk menawarkan sesuatu seakan-akan pekerjaan dalam persekitaran tertutup).

Menawarkan penjagaan di rumah kediaman kepada saudara-saudara yang berpenyakit, baik secara sementara.atau seara kekeal.

Meneruskan usaha MMHA untuk mengurangkan stigma berkaitan dengan penyakit mental di dalam komuniti agar mereka yang berpenyakit mental akan mendapat penerimaan yang luas.

Untuk membantu MMHA memperjuangkan untuk mendapat lebih banyak faedah-faedah untuk pesakit mental ataupun penjaga mereka.


Anda boleh membantu kami untuk mencapai kesemua ini dan objektif-objektif lain dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Keluarga kami.
Ianya adalah PERCUMA bila anda menjadi ahli MMHA, yang mana memerlukan suatu bayaran kecil sahaja setiap tahun.

Keahlian di MMHA melayakan anda untuk menerima maklumat-maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MMHA, menggunakan Pusat Sumber dan menikmati faedah-faedah lain yang akan diperkenalkan di masa depan.


Sebagai ahli Kumpulan Sokongan Keluarga MMHA, anda akan:
Menerima maklumat-maklumat mengenai ucapan-ucapan dan forum-forum awam yang dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Keluarga (FSG)

Menerima nasihat melalui talipon atau email berkenaan bagaimana menangani krisis anda atau situasi-situasi yang mencabar.

Mencadangkan atau menyertai projek-projek yang disokong oleh FSG untuk membantu pesakit mental


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Malaysian Mental Health Association
8, Jalan 4/33, Off Jalan Othman,
46000 Petaling Java.

Tel.no.: 03-7782 5499 or 03-7783 5432
E-mail: mmha@streamyx.com

http://www.mentalhealth.org.my/w ... rt_group_bahasa.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 11:33 AM | Show all posts
Sekarang ni penyakit mental semankin meningkat & menular...

Ada beberapa org member sekolah yg kini menghadapi penyakit mental.  Sayang sebab mereka mempunyai paras rupa yg cantik.  Dengar cerita kena buatan org.  

Ishhh takut gak nak bertindak tak tentu pasal pd manusia2 yg busuk hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 07:42 AM | Show all posts
terima kasih pada yang reply subject ni. kajian yang telah saya buat mendapat ramai pesakit mental especially skizofrenia ni berada disekililing kita. setiap tahun secara puratanya 68% (20, 000orang) pesakit mental dikeluarkan daripada hospital mental berbanding penyakit mental yang lain. ini bermakna kita dikelilingi oleh pesakit skizofrenia. Di lembah klang saja cukup ramai. ada yang jadi driver teksi (ramai gak), duduk diam je kata rumah, merayau-rayau dan banyak lagi. tp jangan risau, berkat sokongan keluarga dan pengambilan ubat yang konsistent mereka ni macam manusia normal yang lain. seperti juga orang yang ada kencing manis, darah tinggi yang perlu mengambil ubat untuk mengawal penyakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:34 PM | Show all posts
terima kasih atas maklumat yang banyak ni...

skrg ni , banyak orang yang memerlukan support group seperti ini...

hkl juga ada perkhidmatan sebegini....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2007 10:58 AM | Show all posts
boleh tolong bagi no contact utk pusat penjagaan atau pemulihan pesakit2 camni tak??
sepupu chubby kena tekanan mental pas masuk latihan askar, skrg kat dia ade kat rumah chubby...
skrg ngah nak cari tempat pemulihan dulu
boleh sape2 tolong tak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 09:25 PM | Show all posts
chubby!!!

I cadangkan u bawa dia jumpa doktor cepat. Memang ada stigma takut orang kata yang bukan2 pasal dia. tapi lagi cepat jumpa doktor lagi bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2007 06:09 AM | Show all posts
ermmm interesting eiks... nak tahu juga sekiranya ada support group for schizo.
bukan saja kat malaysia mcm tu.. kat sini pon ada juga.
one of my husband x-workmate didapati mati dalam rumah dia sendiri setelah jiran complen cium bau busuk.  tau2 dia dah rotten dlm rumah tu.
dengar cerita dr hubby, dia pernah ambik cuti hingga 2 tahun sbb sakit.. org kata dia mengalami tekanan jiwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #9 eva's post

support group tak banyak dikenalpasti selain yg kerajaan bagi. Kat PJ tu dibawah Persatuan Kesihatan Mental Malaysia ada satu. Lain-lain tak sure. Ramai sgt yg ada penyakit ni. Dasar kerajaan adalah Pemulihan dalam Komuniti dan kalau yg baru keluar drp wad akan diberi perawatan dirumah till pesakit boleh berdikari. Memang baik usaha kerajaan ni but concern saya adalah ada diantara keluarga ni punya pendapatan isi rumah yg sikit, anak ramai lak tu, ada anak cacat sorang, ayah lah stroke pas tu kena jaga pula pesakit mental ni. So primary caregiver amat tertekan dan akhirnya penjaga tu pula yg sakit mental. Kalau lah ada "Magic stick" nak je saya wish diorang ni tak sakit mental atau ada half way house ke, day care utk diorang ke. tak da la terbiar je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by dhiairfan at 26-9-2006 07:42 AM
terima kasih pada yang reply subject ni. kajian yang telah saya buat mendapat ramai pesakit mental especially skizofrenia ni berada disekililing kita. setiap tahun secara puratanya 68% (20, 000or ...


the number is increasing kan
cuma nak tanya... jumlah 20,000 tuh termsk onset, current n recurrent?
if onset jer berapa peratus?
if current berapa peratus?
and if recurrent berapa peratus?

Thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 08:09 PM | Show all posts

Reply #11 nuha's post

data perangkaan kerajaan tidak menunjukan onset/current/recurrent. Perangkaan kerajaan hanya menunjukkan bilang pesakit skizofrenia yang keluar drp hospital pada tahun-tahun tertentu saja. We lack the statistical figure. Saya pun try gak dapatkannya but....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by chubby_ninie at 28-6-2007 10:58 AM
boleh tolong bagi no contact utk pusat penjagaan atau pemulihan pesakit2 camni tak??
sepupu chubby kena tekanan mental pas masuk latihan askar, skrg kat dia ade kat rumah chubby...
skrg ngah na ...


saya ade kenal seorang doktor...dimana dia boleh merawat orang yang sakit mental niii.....ape pun awak PM saya o.k...leh saya bawa awak utnuk jumpa dia ....klinik dia ade kat area sri petaling ....kuala lumpur ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 11:25 PM | Show all posts
aslkm...saya ingin mencelah dan memberikan pendapat mengenai sakit mental dan yang setaraf dengan nye.....Biasanyer ia bermula dari masaalah dan suara hati yang akhir nye tak dapat dikawal lagi oleh individu itu seolah olah individu itu menjadi 2..keadaan dimana pesakit berkenaan mendengar 2 suara yang sangat mahir perkataannye sehingga pesakit tak tahu mana satu suara hati nye dan suara hati yang satu lagi.

Perbualan dalam fikiran pesakit mental berterusan dan tak putus-putus sehingga membuat kerohanian mereka penuh dengan unsur negatif .Bagaimana hendak membantu pesakit dengan nasihat dan sebagainya kerana kita akan berhenti rehat sedangkan perbualan dalam diri pesakit berterusan sampailah waktu tidur.

Saya ingin menambah dan tuan-tuan boleh terima dan menolak pandangan saya
kesemua kerosakan dan ketidakseimbangan manusia ada pendorong (jentera)nya yang bertugas untuk mendorong ,mengekal dan menambahkan kemusnahan total fungsi fikiran dan jasmani manusia.

Pandangan kontroversi ini mungkin tidak boleh diterima dari sudut sains tetapi sampai bila sains hanya mampu mengatakan bumi ini terapung kerana tarikan graviti sedangkan kita tak pernah melihatnya begitu juga dengan jentera pembisik yang membisikkan kedada pesakit tersebut sehingga pesakit kehilangan kawalan terhadap pemikiran mereka yang tak dapat nak dibuktikan kehadiran mereka dalam mengekalkan kesakitan ini.

Tuan-tuan boleh lupakan pandangan tersebut atau simpan sehingga suatu hari dapat dibuktikan dengan kaedah tertentu sehingga sains tak mampu menolak pandangan kontroversi ini maka barulah mudah untuk memulihkan pesakit dan bukan dengan cara yang ada sekadar pil tidur dan sebagainya kerana pesakit telah terlalu jauh dalam kerohanian mereka sendiri dan hanya fizikal mereka yang dekat dengan kita .


Sebenarnya mereka tak gila tetapi terlalu sakit sehingga terpaksa melakukan perbuatan yang ganjil dengan tujuan untuk menghindari dari mendengar perbualan halunisasi ini.Saya berharap saya sudah pun memjumpai kaedah tertentu untuk memulihkan tetapi belum diuji sepenuhnya.Setakat ni dulu bicara saya dalam forum ini.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.777787 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list