CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4358|Reply: 15

'pak sanggup' kah dia?

[Copy link]
benq This user has been deleted
Post time 16-8-2006 09:29 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum semua..
masalah ini adalah benar, dan berlaku terhadap orang yang saya kenali.

seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang wanita yang tidak suci.
lelaki tersebut masih bujang dan tidak pernah berzina sehingga kini (dan mudah2an sampai bila2..)

perempuan tersebut pula sudah beberapa kali bercinta dan dikecewakan lelaki. dia sudah biasa berzina dengan bekas boyfren pertama dan bekas boyfren keduanya dulu. malah perempuan itu pernah tinggal bersekedudukan dengan boyfren keduanya untuk suatu masa yang lama.

namun kedua2 percintaan itu hanya berakhir dengan kekecewaan di pihak perempuan itu.
janji2 mereka untuk berkahwin dengannya hanya tinggal 'janji manis'.

ternyata boyfren pertamanya seorang yang sangat tidak bertanggungjawab..
manakala boyfren keduanya pula hanya mengambil kesempatan terhadap keadaannya..

setelah 2 tahun meninggalkan 'dunia gelapnya' itu, perempuan itu ditakdirkan bertemu dengan lelaki ini.
setelah beberapa minggu berkawan, lelaki yang sudah terpikat dengan perempuan ini mula ingin merapati perempuan ini untuk mengenalinya lebih rapat.

namun lelaki itu telah dikejutkan dan dikecewakan sehebat-hebatnya oleh perempuan itu apabila perempuan itu membuat pengakuan tentang dirinya, pengalamannya dan 'zaman gelap' hidupnya yang lepas.

namun dipendekkan cerita, lelaki itu akhirnya membuat keputusan yang sangat tidak disangka2..;
dia sanggup menerima perempuan itu.

kini mereka merancang untuk berkahwin.

lelaki tersebut ikhlas untuk mengahwini perempuan itu walaupun dia sedia maklum tentang latar belakang perempuan itu.
malah tujuan utama lelaki tersebut ingin mengahwini perempuan itu adalah untuk mengelakkan perempuan itu dari terus terperangkap dalam kancah maksiat dan zina dengan lelaki lain di masa depan yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap keadaan perempuan yang tiada hala dan masa depan itu.

apa yang saya ingin tanyakan kepada saudara semua ialah;

i) adakah lelaki itu termasuk dalam kategori 'dayus'?
ii) berhakkah lelaki itu mengahwini perempuan itu sedangkan yang patut bertanggungjawab adalah boyfren pertama atau kedua perempuan itu?
iii) apakah hukum perkahwinan mereka?
iv) apakah pandangan saudara semua tentang tindakan lelaki tersebut?

terima kasih,
semoga Allah memberi rahmat kepada saudara semua.
wassalam..

[ Last edited by  benq at 16-8-2006 11:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by benq at 16-8-2006 09:29 PM
1.  adakah lelaki itu termasuk dalam kategori 'dayus'?

2. berhakkah lelaki itu mengahwini perempuan itu sedangkan yang patut bertanggungjawab adalah boyfren pertama atau kedua perempuan itu?

3. apakah hukum perkahwinan mereka?

4. apakah pandangan saudara semua tentang tindakan lelaki tersebut


1. Laki tu x dayus , malahan sbg saviour lak , psl selamatkan pompuan tu , tp make sure lps kawin , kena bimbing la pompuan tu elok2 ke arah jln yg diredhai allah

2. Kalau dia nak , dia blh kawin , tu kan hak dia , unless la kalau dia kena paksa. Sbnarnya ininlah kesalahan kebanyakan orang islam especialy pd pasangan brzina x kira la yg dah masih bujang atau dah kawin.
Dorang ingat DENGAN BERKAHWIN DGN PASANGAN YANG DORANG BERZINA TU JE , dosa dorang akan trhapus , actually bkn mcm tu

Utk lbh jelas , kita tgk pasangan zina yg dah berkawin utk lebh jelas lg. Biasanya isteri org yg dah zina dgn laki yg lain , akan mintak cerai dgn suami dia pasal nak kawin dgn laki baru iaitu bf dia. Yg dia lupa ialah dosanya pd suaminya sendiri semasa dia brzina dgn bf dia psl dia masih isteri org masa tu
Dorang igt , dgn berkawin, dosa zina tu akan burn automatically , so pemahaman ni salah

3.  Perkawinan dorang sah , yg dilarang dalam berkawin dalm islam ialah dgn isteri
orang dan mahram


4. Kalau kau tnya aku , aku nak tanya niat mamat ni dulu la. Kalau dia suka pompuan tu psl pompuan tu lawa, cthnya , tp niat dia masa kawin dgn pompuan tu jg utk bimbing dia , teruskanlah, x ada halangan. X ramai org sanggup buat camni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by benq at 16-8-2006 09:29 PM
assalamualaikum semua..
masalah ini adalah benar, dan berlaku terhadap orang yang saya kenali.

seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang wanita yang tidak suci.
lelaki tersebut masih bujan ...


hmmm....

memang mase silam die kelam betul....itu hakikat yg perit untuk seorang laki2....

tapi takpelah, bile pompuan tu ngaku kat mamat tu pasal keburukkan dier, pada pendapat saye die berani dan sangat jujur dalam hubungan dan mungkin die tidak selesa jika berahsia dengan teman lelaki die...that means die tak nak ade barrier antara die dan patner die...thats so admirable..
.bukan senang nak cari pompuan camtu skang nih...dan kejujuran memang baik untuk hubungan interpersonal.....

dan jawapan2 lain saudara bateesta telah jelaskan dengan terang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 12:09 AM | Show all posts
Teringat pasal seorang lelaki ni yang nikah dengan seorang perempuan bekas pelacur yang menghidapi AIDS hanya kerana kesiankan perempuan tu teringin sangat bergelar seorang isteri sebelum meninggal kerana HIV....

Mungkin rahmat tuhan kerana keikhlasan lelaki itu sekarang murah sungguh rezeki dia sangat berjaya dalam perniagaan.

Balik pada soalan thread....

Kalau perempuan tu sudah bertaubat nasuha dan kesal dengan keterlanjuran dia dahulu, taat pada suami dan beriman pada Allah swt insya Allah okay....

Kita takda hak untuk menghukum dia, tahap keikhlasannya antara dia dan Allah swt Yang Maha Mengetahui

Lain2 Bateeta dah jawab dengan baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 05:36 AM | Show all posts
Waalaikumussalam Benq,

Ucapan tahniah untuk lelaki tu dan didoakan agar dia terus membantu perempuan @ bakal isteri dia ni ke jalan Allah.... dan harap semoga dia tak terikut dengan cara perempuan tu...

[ Last edited by  ct_og at 17-8-2006 05:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 10:34 AM | Show all posts
kan kejam kalo manusia ni xde peluang ke2..semoga wanita itu benar2 bertaubat
masih ade lelaki yg berhati mulai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by kepito at 18-8-2006 10:34 AM
kan kejam kalo manusia ni xde peluang ke2..semoga wanita itu benar2 bertaubat
masih ade lelaki yg berhati mulai..



YA MASIH ADA LAGI LELAKI YANG BERHATI MULIA..... :pray::lebai:


Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 11:35 AM | Show all posts
Kenapa lelaki especially lelaki MELAYU selalu tak dapat menerima perempuan yang sudah tidak suci lagi?Bukan kah itu satu amal jariah jika kita bela dan bimbing dia ke jalan yang benar?Jiran aku membenarkan anak teruna mereka untuk menikah dengan seorang bekas GRO yang sekarang ini menjadi seorang isteri yang amat mulia.Stop the nonsense about marrying a virgin.How many virgins are left in this world nowadays?Zaman itu sudah berlalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by ssbrosi at 18-8-2006 11:35 AM
Kenapa lelaki especially lelaki MELAYU selalu tak dapat menerima perempuan yang sudah tidak suci lagi?Bukan kah itu satu amal jariah jika kita bela dan bimbing dia ke jalan yang benar?Jiran aku mem ...



ini bukan persoalan perempuan tu virgin ke tak.Memang zaman sekarang semua ambik mudah..dgn menggembar gemburkan..masalah virgin tak penting sangat.Lama-lama jadi budaya bahawa 'alahh...skerg zaman moden.apa nak jaga sangat virgin2 ni'.Bila semua org dan genarasi tu mengambil mudah setiap dosa yang dilaukan maka..tak mustahil generasi budak2 seterusnya ..akan sampai satu tahap' alahh...kita boleh berzinah...sbb semua org akan tak kisah benda2 ni lagi.' Ini ke pandangan orang islam?Ini bukan mendidik dan membudayakan perbuatan zinah tu dosa besar. Ada tanya tak apa sebab virgin tu takde? jatuh ke?naik besikal ke?Bagi aku nak berkahwin sama ada perempuan tu tak virgin pun tak pe.Macam kes diatas..memang mulia hati lelaki tu.Biasanya berzinah sebab melakukan kehidupan bebas.Duduk dgn bohjan.Jadi minah rempit.Mana pegi agama kalau semua nak amik mudah?Zinah tu dosa besar tau dak?Sampai hukuman yg terkandung dlm alquran pun sgt berat.Impak dia besar.Jadi bagi kes2 budak/orang tua berzinah, hidup enjoy, dan akhirnya menyesal sebenarnya tak cukup shj dengan bertaubat.Insaf.Seharusnya orang yang melakukan zinah harus dihukum..dilaksanakan seperti yg disyariatkan..pastu barulah insaf dan bertaubat sepenuhnya.Tapi kt negara ni..apa la yg boleh disyariatkan.
Mcm org mencuri..lepas mencuri..tetiba menyesal.Terus bertaubat.Mana boleh.Dia kena jalani dulu hukuman2.Kena mohon maaf.kena pulangkan balik apa yg dicuri.Kena potong tangan.Hah!itu barulah dikatakan insaf dan bertaubat.
Kalau semua amik mudah..payah ler.Hari ni rogol perempuan...lepas dah lega..baru nyesal.bertaubat kunun..insaf.boleh ke camni?

-Sallos-
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 18-8-2006 02:30 PM



ini bukan persoalan perempuan tu virgin ke tak.Memang zaman sekarang semua ambik mudah..dgn menggembar gemburkan..masalah virgin tak penting sangat.Lama-lama jadi budaya bahawa 'alahh...skerg ...

:setuju:

ya..ya..
.
bersikap boleh menerima seorang gadis tanpa dara tidak bermakna kita tidak kisah langsung...setiap gadis perlu jaga diri elok2...sepatutnya.....dan kita patut membenci gadis yang hilang dara kerana itu melambangkan perangainya yang hina....
takut bila lelaki mula menerima perempuan tanpa dara nanti  seks bebas akan terus berleluasa....
kes2 seperti ini sepatutnya terpinggir dan bukan perkare biasa......

sepertin kata back hand...berzina bukan perkara main2...ia dosa besar gila....
boleh menyebabkan diri jauh ngan tuhan sejauh2 nya...
so kita kene benci perkare nih...
tapi org skrg tak kisah langsung...

Ingat lelaki boleh menerima perempuan tanpa dara....tapi ingatlah, janganlah mengharap sangat...
hilangkan  dara tu bolehker....tak BOLEH>>>>

walaupun saye menyokong mamat tersebut, saya still tak prefer pompuan tanpa dara....
nasihat yg forumner2 beri di sini yang menyokong hanya kerana perkara tersebut dah lepas...so maybe menerima dan memaafkan lebih baik...
tetapi dalam konteks sebenar hilang dara memang patut dibenci.......

for me pompuan tanpa dara deserve dibenci kerana perbuatan mereka sendiri...
Bukan saye kate, Tuhan kate....
fairlah kerana setiap perbuatan ade hukuman die....nak lawan tuhan ker...
dan memaafkan memang bagus, tuhan juge pengampun....tapi itu bukan jalan untuk perkare hina seperti itu dipandang remeh.....

so jgn le kate tak penting dare2 ni, penting...
bukan selaput dare tu yang penting, perangai anak dare tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:05 PM | Show all posts
aku boleh terima pompuan tanpa dara, everybody make mistake yg penting dia dah taubat.lagipun ramai gak kan pompuan yg hilang dara sbb bersukan dll.kalau berdara pun perangai macam hampeh buat apa?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by ssbrosi at 18-8-2006 11:35 AM
Kenapa lelaki especially lelaki MELAYU selalu tak dapat menerima perempuan yang sudah tidak suci lagi?Bukan kah itu satu amal jariah jika kita bela dan bimbing dia ke jalan yang benar?Jiran aku mem ...



ini bukan pasal ada dara ke takde dara...tapi bila seorg wanita itu dah takde dara, ia menunjukkan kegagalan seorg wanita itu utk mempertahankan maruah dirinya dan hidup dgn cara yg sepatutnya....mcm ni ke jenis bini yg diinginkan? maruah sendiri tak terjaga, mcmmana dia nak jaga maruah suami dan anak2 dia nanti??

tapi dlm kes ni, perempuan tu jujur bgtau hal sebenarnya dan aku rasa pompuan tu nak ubah hidup dia yg gelap itu, cuma dia perlu guidance dan Allah kurniakan laki ni utk membantunya...laki itu sgt mulia nak jugak pompuan tu dgn niat nak bimbing...aku harap pompuan tu betul2 le guna peluang kedua yg diberikan utk bertaubat dan berubah...

aku setuju dgn pendapat back_hand...jika kita mula tak kisah nak terima seorang wanita begini  jadi isteri, kite samalah mcm org barat yg tak penah kisah bini dia tu dara ke tak, yg penting aku dpt dia sudah....org perempuan akan jadi tak kisah menyerahkan body kpd laki yg belum jadi suami sbb dlm masyarakat kita dah ada satu situasi di mana org dah tak kisah berbinikan perempuan tak berdara....

[ Last edited by  kads at 18-8-2006 04:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 18-8-2006 02:54 PM

:setuju:

ya..ya..
.
bersikap boleh menerima seorang gadis tanpa dara tidak bermakna kita tidak kisah langsung...setiap gadis perlu jaga diri elok2...sepatutnya.....dan kita patut membenci ga ...



aku stuju dgn ussopp ...hilang dara adalah satu perkara yg patut dibenci sbb benda ni dosa besar wei..skali ko buat,walaupun Allah akan mengampunkannya sekiranya ko bertaubat nasuha tapi dapatkah ko memaafkan diri ko sendiri...ko akan rasa berdosa sepanjang hayat walaupun ko bersolat sepanjang malam

tapi, aku tetap berpendapat jika dia dah bertaubat, apa salahnya memberi second chance...pasal hukuman plak biarlah Allah tentukan memandangkan kat malaysia ni tak diamalkan hukuman hudud...tak kena kat dunia, kena kat akhirat plak

[ Last edited by  kads at 18-8-2006 04:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 18-8-2006 04:05 PM
aku boleh terima pompuan tanpa dara, everybody make mistake yg penting dia dah taubat.lagipun ramai gak kan pompuan yg hilang dara sbb bersukan dll.kalau berdara pun perangai macam hampeh buat apa?


kalo ada dara= mungkin baik munkin tidak

kalo x da dara=conform hampeh...

kalo hilang dara sebab sukan tu lain cita la....bro...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by kads at 18-8-2006 04:23 PM


api, aku tetap berpendapat jika dia dah bertaubat, apa salahnya memberi second chance...pasal hukuman plak biarlah Allah tentukan memandangkan kat malaysia ni tak diamalkan hukuman hudud...tak kena kat dunia, kena kat akhirat plak
.



ya...
kalo dah lepas dan dia bertaubat, kene maafkan...
tapi  pompuan yang belum hilang dara jangan senang2 la senang2  je... sematkan di hati walaupun skrg ni zaman modern,
dara penting kerana melambangkan peribadi wanita....and you should be proud of it....
laki pun samer aaaa.....mentang2 la takde selaput...


kesimpulan dia... aku masih teruna...

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 18-8-2006 04:42 PM



ya...
kalo dah lepas dan dia bertaubat, kene maafkan...
tapi  pompuan yang belum hilang dara jangan senang2 la senang2  je... sematkan di hati walaupun skrg ni zaman modern,
dara penting k ...


:setuju:takde apa yg lebih berharga bagi sorg wanita selain maruah dirinya, bukan harta atau apa saja di dunia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.091562 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list