View: 6709|Reply: 34
|
Antara Budaya Amani dan Budaya Mawi
[Copy link]
|
|
Salam,
Ketika menonton Festival Filem M'sia mlm tadi membuatkan I berfikir sejenak ttg maruah budaya bangsa kita.
Ini krn ucapan yg telah disampaikan oleh Pelakon Wanita Terbaik Syarifah Amani ttg budaya.
Sekiranya beliau anak didik I gerenti dah dapat my penampar Jepun he he he he he.
So what? Kalo beliau berasa beliau boleh bertindak demikian krn telah dianugerahkan sbg pelakon wanita terbaik itu adalah tindakan berasaskan pemikiran yg cetek. Penilaian kualiti dlm bidang filem ada aspek2 yg tlh ditentukan. Budaya adalah budaya... ciri2 tamadun yg boleh berubah. Adakah kita sanggup menggadai budaya nenek moyang kita semata2 utk memuaskan kehendak materialistik kita?
Dah ada yg respon baru I sentuh pasal Mawi... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Luahan hati Amani cetus kontroversi di FFM19
14-08-2006 12:05:18 PM
Radin Sri Ghazali
KUALA LUMPUR: Walaupun dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19, Sharifah Amani masih rasa sedih serta tidak puas hati terhadap layanan sesetengah pihak terhadap filem Gubra.
"Kalau bikin filem itu mencemarkan budaya, kita harus bikin banyak lagi filem," begitulah ungkapan yang diberi semasa menerima anugerahnya pada FFM-19 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Malah, ungkapan itu telah mencetuskan kontroversi di kalangan para hadirin yang melabelkan pelakon muda itu sebagai tidak sedar diri.
Amani serta mentornya, Yasmin Ahmad membuktikan bahawa Gubra masih unggul walaupun menerima banyak kutukan
(The Star)
"Itu bukan kenyataan saya tetapi petikan dari sebuah artikel dan saya rasa, saya perlu melontarkan balik kata-kata itu," jelas Amani apabila ditanya mengenai kenyataan 'berani mati' yang dilakukannya.
Malah, kenyataan itu yang diambil daripada salah sebuah akhbar tempatan telah mengklasifikasikan filem lakonan Amani di dalam Sepet dan Gubra sebagai filem yang mencemarkan budaya.
"Saya kesal...," keluh pelakon yang berusia 20 tahun itu mengenai kutukan serta tomahan yang diberi kepada Yasmin Ahmad serta krew Gubra dan Sepet.
"Kami bersusah payah serta berkerja keras untuk memastikan Gubra menjadi antara filem yang terbaik namun terdapat banyak pihak yang tidak dapat menghargainya langsung," jelas Amani lagi yang kelihatan sedih serta enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Ketika ditanya keengganannya menggunakan Bahasa Malaysia semasa berucap, beliau menjawab bahawa dirinya selesa menggunakan bahasa Inggeris.
"Saya berdarah kacukan dan dibesarkan dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan di rumah," ujar Amani, iaitu anak kedua dari pasangan aktres Fatimah Abu Bakar dan Syed Rashid.
Amani khuatir tidak dapat berbahasa Malaysia dengan sempurna kerana mungkin menggunakan slanga yang diibaratkan mencemarkan bahasa Malaysia.
"Tak kan saya mahu bertutur dengan menggunakan 'Gua' atau 'Lu' di majlis sebegini," tambah pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Sepet pada FFM ke-18 . Amani juga adalah adik kepada pelakon dan juruhebah Sharifah Aleya.
http://mstar.com.my/cms/content. ... 2-1eafe130-3d440b54 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 14-8-2006 03:26 PM
Salam,
Ketika menonton Festival Filem M'sia mlm tadi membuatkan I berfikir sejenak ttg maruah budaya bangsa kita.
Ini krn ucapan yg telah disampaikan oleh Pelakon Wanita Terbaik Syarifah Aman ...
Salam. Budaya nenek moyang yang anda banggakan mungkin berlainan dengan budaya nenek moyangnya, kecualilah kalau nenek dan moyang anda orang yang sama dengan nenek dan moyang Amani. Amani sudah menyatakan budaya dalam keluarganya sejak nenek dan moyangnya lagi adalah persekitaran berbahasa Inggeris. Lagipun beliau berdarah campuran pelbagai bangsa, jadi mengapa harus kita mengongkong Amani dengan budaya Melayu sedangkan pada hakikatnya beliau berhak ke atas pelbagai budaya lain lantaran daripada darah yang mengalir dalam tubuhnya? Bagi saya, Amani merupakan satu celebration of races yang amat jarang kita lihat di Malaysia. Beliau lambang anak muda berfikiran global yang dapat diketengahkan ke pentas dunia dan mampu meletakkan kita sama tinggi dengan orang lain.
Janganlah menyifatkan orang yang berbahasa Inggeris dan berbudaya lain daripada kita sebagai berbudaya barat. Bahasa Inggeris dicipta oleh Allah SWT untuk semua bukan untuk barat dan sebagainya. Kebetulannya, bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang tersohor pada masa kini, malahan kerajaan turut menggalakkan pembelajaran bahasa ini. Siapa kita untuk cepat menghukum si polan dan si polan mencemar budaya dan sebagainya sedangkan kita tidak mengenali orang itu dan tidak tahu latar belakangnya, apatah lagi untuk menamparnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak tengok FFM 19 ni. Tapi saya ada tengok ulasan dia selepas dapat anugerah tu. Kasihan betul tengok dia ni... nampak ketidak matangannya... boleh dia kata... "Saya marah sangat kalau saya tak menang, sebab saya dah buat dengan susah payah untuk filem tu." Apasal pulak dia nak marah... semua pelakun pun buat yang terbaik... tapi kalau dah tak ada rezeki tu, redha aje le.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 fleurzsa's post
aha...ini baru boleh dijadikan contoh utk topik 'budaya high class' aritu kan?
perasan hi class. :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by almondpecan at 15-8-2006 08:00 AM
Salam. Budaya nenek moyang yang anda banggakan mungkin berlainan dengan budaya nenek moyangnya, kecualilah kalau nenek dan moyang anda orang yang sama dengan nenek dan moyang Amani. Amani sud ...
Sekiranya Amani nak mencemarkan budaya nenek moyang beliau, siapalah I utk mempertikaikannya.
Dlm my family pun ada bangsa2 lain... so apabila bersama2 mereka I dididik supaya tidak berkata yg boleh menyinggung perasan mereka.
Masalahnya sekarang beliau tanpa segan silu menyatakan hasratnya utk terus mencemarkan budaya Melayu dlm filem. Budaya Melayu itu adalah budaya nenek moyang yg sgt2 I banggakan.
Filem2 lakonan Amani telah dibahaskan sbg mencemar budaya dlm berbagai media massa.... oleh berbagai pihak yg berketrampilan. I sebagai seorg pendidik turut prihatin di atas isu2 budaya. Utk pengetahuan shj... I telah menerima Anugerah Guru Cemerlang pd tahun 2003.
I dah biasa menampar pelajar2 yg berkata2 lucah di dalam kelas.... so terbawa2 pula dlm forum he he he he
Protokol dan adab dlm majlis Melayu, menghormati tuan rumah adalah sifat terpuji. Contohnya... org Melayu yg telah menetap di Perancis akan cuba menguasai bahasa Perancis... mereka tidak akan menggunakan bahasa Inggeris dlm majlis2 anjuran org Perancis walau pun bahasa Inggeris menjadi 'mother tongue' mereka.
Apalah sgt utk pergi ke pentas dunia sekiranya sanggup menikam budaya bangsa lain. Bangsa Cina dan Arab yg rapat dgn I semuanya menghormati budaya Melayu. Hmmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 15-8-2006 10:06 AM
aha...ini baru boleh dijadikan contoh utk topik 'budaya high class' aritu kan?
perasan hi class. :kant:
Amani ada cakap aim beliau seterusnya adalah utk menjadi kaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sayangidaku's post
setakat mana la dia nk high class...
kalau benda2 sensitif camtu pun xreti... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak tengok pesta filem tu tapi ada juga saya terbaca kebodohan budak airmani ni cakapkan ...dan ini komen saya dalam blog bibliobibuli...
http://thebookaholic.blogspot.co ... tover.html#comments
oh dear...ants in my pants again...i really feel insulted by the stupid comment by that retarded young actress what's her name amani some bitch or other 'i sound stupid when i speak in malay'...if i'm not mistaken she is a malay, and if so this bitch is only making a fool of herself by feeling so proud that she has some kind of speech impediment...
above all i detest wogs...people who are neither here nor there...people who are not proud of their own history and culture and race...and this amani bitch and the like should realize that never in a million years they'll turn white just because they speaks "better" english than their own mother tongue...grow up...
by the way, as you all know english or any other language per se has very little to do with good literature...i'm equally as happy to read any good literature from the world of tamils, telegu, mongols congolese or whatever as much as those by english or european writers (unfortunately only if available in good translations in the only second language i'm comfortable with..err..english)
dan ini...
i wasn't there when the silly lass said the silly thing...but let's not be pedantic...i know a few people like her...and i know some malay people that even stupidly pronounce malay words as though they are mat salleh...these are not only stupid but insulting not only to themselves but they offend me...people who are not proud of their own language must be sick in their head... and to admit (without shame) that they can not speak their own language better than some foreign language in public is moronic...
these very people who bend over backword trying to speak proper english and trying to sound like some generic american or english people but are careless or even derisory with regards to their own language is to me only shows how screwed up their self worth is
[ Last edited by Greenbottle3 at 21-8-2006 11:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang sekali - orang semuda dia mahu mencetuskan satu provokasi budaya (sesuatu yang baik mungkin?). Cuma yang I kesali - ia tercetus diitempat yang salah, di arena dan tempat yang tidak sesuai. Belum lagi dikira cara penyampaiannya. Sasarannya tidak mengena - mungkin Kak Yasmin patut mengajar adik Amani tentang "IMPACT" - bertahun pengalamannya bersama agensi Leo Burnett patut dperiturunkan kepada darah muda dan panas seperti dia...
Walau apapun, peristiwa ini cuma satu "no-issue". Perkara pokok tidak nampak jelas, tenggelam kerana mainan wayang sang batu api dan para protoganisnya. Amat menyedihkan, hal-hal enteng seperti ini yang mudah jadi bahan bualan massa. Masyarakat disini pula tidak banyak membantu, mudah menghukum dengan gaya sinis mereka yang biasa-biasa.
Sesuatu yang I pasti, ada perkara yang lebih besar disebalik semua kemelut ini. Bukan sekadar menghambur isi yang terbuku dihati, dendam kesumat, dengki dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya kita mengangkat dan melihat, timbunan yang telah kita sembunyikan dibawah permaidani kita selama ini. Ia sudah membonjol besar dan lebih dari menyakitkan mata, mampu memusnahkan apa yang kita bina selama ini...
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49 Malaysia!
tangtut1 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Greenbottle3 at 21-8-2006 11:28 PM
saya tak tengok pesta filem tu tapi ada juga saya terbaca kebodohan budak airmani ni cakapkan ...dan ini komen saya dalam blog bibliobibuli...
http://thebookaholic.blogspot.com/2006/08/english- ...
I like puan Sharon Bakar..... nice woman... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangtut1 at 22-8-2006 12:06 PM
Sayang sekali - orang semuda dia mahu mencetuskan satu provokasi budaya (sesuatu yang baik mungkin?). Cuma yang I kesali - ia tercetus diitempat yang salah, di arena dan tempat yang tidak sesuai. B ...
Pd I.....
Kita berkata kerana kita perihatin... bukan kita benci |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar sangat tengok sekumpulan manusia yang tak habis2 nak tegakkan budaya Melayu ni... budaya nenek moyang kononnya...
Maaf ye, sebenarnya apa budaya Melayu yang kita nak pertahankan ni? Percakapan? Pemakaian? Tatasusila?
Aku tak pernah rasa Amani tu mencemarkan budaya. Kalau dia selesa berbahasa Inggeris, biarkan dia. Kalau nak sangat balun si Amani tu, balun sekali menteri2, orang2 kenamaan yang cakap inggeris lagi lintang pukang dari si amani ni...
Dan tentang filem "mencemarkan budaya" tu, lihatle dari sudut lain. Filem lakonan dia ditentang oleh golongan2 tertentu yang tak pernah puas hati dengan olahan filem Yasmin Ahmad. "Filem mencemarkan budaya" ni lahir dari kata2 org2 yang dengki dengan Yasmin bukan dari si Amani tu sendiri, sedangkan bila saya tengok filem Yasmin tu, saya tak jumpa apa kesalahan besar dia...
Kalau nak balun filem tu, sile balun sekali filem Mohaideen yg jelas tunjukkan kedangkalan orang Melayu, filem Yusuf Haslam yang ada pub, disko etc.. Filem Remp-It yang ade wanita2 jalang2...
Dan kalau nak sangat tegakkan martabat budaya Melayu ni, jangan jadi bacul. Tegur dulu org2 yang ada kat sekeliling kamu dulu. Saudara-mara yang berpakaian tak senonoh, kawan2 yang hamburkan kate2 lucah...
Tak payah nak tunggu isu Amani baru nak berlagak jaga martabat Melayu.
Hakikatnya kita sendiri yang hakiskan budaya tu. Amani tu sekadar realiti apa yang terjadi kat MElayu sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baby_bro85 at 27-8-2006 10:06 PM
ttg mawi pulak??
Mawi tu nampak sederhana...
Just a typical Malay..
suka hiburan... hormat pd ketua & org tua... kurang hipokrit... suka kedamaian.. etc |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ~boolean at 28-8-2006 02:44 AM
Kelakar sangat tengok sekumpulan manusia yang tak habis2 nak tegakkan budaya Melayu ni... budaya nenek moyang kononnya...
Maaf ye, sebenarnya apa budaya Melayu yang kita nak pertahankan ni? Percak ...
Budaya Melayu yg kita nak pertahankan adalah tamadun, peradaban, cara berkelakuan dan berfikir atau kemajuan akal budi dlm Alam Melayu atau dunia Melayu yang wujud tidak kurang 3,500 tahun dahulu.
Kewujudan kedaulatan Melayu dpt mengekalkan kesatuan kebudayaan dan kebangsaan negara ini dan memberi identiti serta wadah bagi perpaduan penduduknya yang telah berkembang dari negara terpencil hingga mengandungi masyarakat berbilang bangsa.
Wujudnya budaya Melayu telah dapat membentuk masyarakat yang maju di samping mempunyai sistem pemerintahan, ekonomi dan agama yang tersendiri. Kita boleh lihat bhw cara penerimaan kita terhdp pengaruh dari luar menunjukkan bahawa masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang bertolak ansur dan sentiasa terbuka kepada idea-idea dari luar. Orang-orang Melayu telah menilai dan menyaring mana-mana yang berguna dan sesuai diterima oleh masyarakat Melayu.
Kita tak bolehm nafikan bhw kebudayaan Melayu telah melalui berbagai-bagai ujian tetapi tidak terhapus, bahkan telah disesuaikan dengan cara kehidupan masyarakat kita mengikut perubahan masa.
Mengenai perspektif Amani dan en ~boolean ...
Cuba u all fikir...
Kita harus boleh bezakan ttg kemahiran hidup dan kemahiran berfikir. Pd masa ini kita dpt melihat manusia2 cemerlang, cemerlang hanya dlm bidang yg mereka ceburi shj. Di luar bidang itu mereka tidak cemerlang.
I rasa dah bertahun2 isu memertabatkan budaya ini diketengahkan dr masa ke semasa. Kes Amani adalah yg terbaru dlm kronologi tersebut.
I rasa lagi bacul kalo tak boleh nak terima kelemahan sendiri dan cuba mengungkit2 kesalahan org lain pula... kononnya lebih salah drp dia.
Berani buat berani tanggung...ada dlm budaya Melayu...cth. org Melayu memang kurang berusaha... ada org Melayu nak salahkan org Cina atau org India atau lain2 bangsa yg kaya raya... atau halang mereka dlm bidang ekonomi negara ini?
Yg perasan bagus ini mentality barat je... Teori Superior Oleh Charles Darwin... Survival Of The Fittest, prinsip Hitler.
Mentality Melayu Melayu adalah halus, lemah lembut, kesederhanaan, tidak membesarkan diri, tidak menunjuk-nunjukkan kepandaian, Islam sbg pedoman, hidup berkumpulan, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul etc..
態ulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak rasa amani nak cakap omputeh tu satu kesalahan, tapi perbuatan beliau mengagung2kan perbuatan 'separa berdosa' iaitu suh orang reramai lagi buat filem ala sepet dan gubra, tu yang pelik
double standard.. kenapa bash rempit sedangkan itu pun realiti kehidupan?
berbalik kepada isu pertama: melayu dan bahasa.. saya sebagai orang islam, dan saya mempunyai prinsip tersendiri.. bagi diri saya, melayu cina india semua sama.. semua makhluk Tuhan.. jadi bila orang cakap Bill Gates pandai, saya bangga sebab apa? saya tau otaknya tu Allah saya yang bagi, jadi dia pandai pun sebab Allah saya, jadi saya tak kisahla dia bukan Melayu tapi saya tetap bangga dengan dia.. tapi itu pendapat saya
tentang yang kedua. orang selalu kata, kenapa nak bash Yasmin, sedangkan itulah realiti kehidupan sebenar kita yang dia paparkan dalam filem gubra/sepet/whatever. kalau kata2 dan prinsip itu diaplikasikan, then kenapa kita tak terima jer porno? dalam kehidupan kita pun ada orang camtu? kalau cerita tu dikatakan membawa pengajaran, then tanya diri kamu, sejauh mana cerita tu mengajar diri kamu? tak payah orang lain la nak applykan, apply pada diri sendiri.. citer rempit, apa pengajaran yang boleh diguna pakai? filem masih kurang tepat untuk dijadikan medium pengajaran. melainkan filem itu adalah filem dokumentari 100% tak edit, macam filem sirah rasulullah ker. filem tetap mahu tak mahu ada unsur fantasi, unsur tak realistik
jadi kesimpulannya: buat baik lebih mudah. riak tu tak bagus. al-quran pengajaran terlengkap. kalau orang melayu terkenal dengan budi bahasa, orang mat saleh pula terkenal dengan kreativiti mereka (dari bacaan). semua sama. yang indah tu dari Allah, takder bezanya pada kulit. tapi gubra tetap tak best di pandangan mataku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by artgeex at 28-8-2006 03:57 PM
saya tak rasa amani nak cakap omputeh tu satu kesalahan, tapi perbuatan beliau mengagung2kan perbuatan 'separa berdosa' iaitu suh orang reramai lagi buat filem ala sepet dan gubra, tu yang pelik
...
:setuju: Masalah cakap Inggeris tu kira boleh terima lagi.
Berdesing telinga I bila dia cakap pasal mencemarkan budaya itu. Dia cakap dlm bahasa Inggeris, lagi la apa yg disampaikan itu kedengaran lebih direct n clear.
Kita boleh jumpa budaya Barat kat mana2 di seluruh dunia. Adalah amat malang jika kita tak mertabatkan budaya kita di tempat kita sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi lagilah mencemar budaya Melayu - meraikan hiburan daripada pendidikan. Actually, dia bukan mencemar budaya Melayu, tapi mencemari ketamadunan manusia!
Empayer Roman jatuh kerana manusia sa-perti inilah. Empayer Islam jatuh kerana manusia seperti inilah.
Ini yang mahu dibikin contoh? Ini yang mahu dibikin budaya?
Insaflah wahai peminat mawi!
HA HA HA.
[ Last edited by pessoa at 1-9-2006 09:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Greenbottle3 at 21-8-2006 11:28 PM
.and this amani bitch and the like should realize that never in a million years they'll turn white just because they speaks "better" english than their own mother tongue...grow up....
Orang akan hanya mentertawakan sdr karena, bahasa apa yang saudara gunakan untuk mencemar kehormatan Cik Amani?
Apakah saudara kini putih melepak sa-umpama kemuncak gunung Kaukas?
:love: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|