CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: laislabonita

DIVA POPULAR

[Copy link]
Post time 2-11-2006 07:48 PM | Show all posts

Tiada jaminan filem raya capai box office

Oleh Zainuri Misfar

Kutipan kasar Diva Popular tak sampai RM1 juta manakala Bilut hanya RM200,000.


DUA filem yang ditayangkan semasa Hari Raya Puasa, Diva Popular dan Bilut mempunyai nasib berbeza dari segi kutipan kasarnya selepas hampir seminggu ditayangkan.

Filem Diva Popular mencatatkan kutipan kasar yang mencecah RM800,000, sedangkan filem Bilut pula agak hambar kerana angka pungutannya dalam lingkungan RM200,000.

Ia adalah petunjuk bahawa tidak ada jaminan kepada mana-mana filem yang ditayangkan semasa musim cuti perayaan besar ini, boleh memberikan kutipan mencecah box-office.

Ini diakui Erma Fatima selaku produser dan penerbit filem Diva Popular serta penerbit filem Bilut, Khatijah Abu Hassan. Kedua-dua filem ini mula ditayangkan di seluruh negara pada 24 Oktober lalu.

揔ita akui bahawa pada hari raya itu sendiri, ramai yang tidak menonton filem. Waktu itu adalah masa untuk berziarah atau berhari raya.

揔ebanyakan orang yang tinggal di bandar utama seperti Kuala Lumpur, sedang bercuti dan balik kampung,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 07:51 PM | Show all posts

Terhibur geletis Erna Teteye, Tasha



KUALI kemek...aksi dalam klip video.

Diva Popular mengajak penonton berhibur dengan kerenah dunia artis

ORANG kita memang mudah sangat terasa hati. Jadi janganlah terkejut kalau ada terdengar pihak yang merungut filem Diva Popular melampau batas dan lancang menyentuh hal-hal berkaitan peribadi banyak pihak dalam industri. Semua ini sekadar hiburan semata-mata.

Memang benar jenaka dan sindiran Erma Fatima itu ditujukan kepada semua - pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, juru mekap, krew filem, pengurus artis, wartawan, pendek kata semua orang kena tempias.

Cuma penulis tertanya-tanya, betul ke orang bergosip, babak mandi bunga di bawah jambatan itu pengalaman Erma menyindir dirinya sendiri? Hee, hee... Hanya Erma yang tahu!

Apapun Diva Popular adalah pelarian Erma daripada cerita bercorak heavy drama seperti Embun dan Perempuan Melayu Terakhir yang diarahkan dengan jayanya sebelum ini.Ternyata pengalaman bergelumang dalam dunia hiburan membuatkan Erma begitu masak dengan asam garam sehinggalah hipokrasi dunia hiburan Dengki khianat, lagak diva dan primadona adalah perkara biasa.



LAKONAN Sheila sebagai pengurus artis yang
lebih sudu dari kuah.

Erma juga berani kerana menggunakan lesen besar iaitu jenaka dalam menyindir. Babak ilmu pengasih, bual sial dan dan suntikan Botox demi mengekalkan populariti adalah antara elemen komedi dalam filem ini.

Lakonan lebih tertumpu kepada aksi geletis Erna Teteye (Umie) dan musuhnya, Tasha (Ezlynn) dan diapi-apikan oleh pengurus masing-masing (Jojo) Afdlin Shauki dan Rin (Sheila Rusly). Selain itu, Azean sebagai produser, Puan Julia, tidak ketinggalan berperangai over dengan bahasa Inggerisnya.

Tidak ketinggalan membuat cameo adalah wartawan hiburan Harian Metro, Rudy Imran dan jurumekap artis yang popular, Jiji dan Izzat. Selain itu, Datuk Sharifah Aini juga membuat kemunculan khas sebagai majistret.

Dengan erti kata lain, keriuhan Diva Popular adalah sambungan kepada drama Pengantin Popular yang pernah diarahkan Rashid Sibir. Ia lakonan Erma sendiri bersama Ogy Ahmad Daud.

Lokasi Diva Popular bertumpu di sekitar ibu negara selain malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABP-BH04) di Arena of Stars.

Info Diva Popular

PENGARAH: Erma Fatima
PELAKON : Umie Aida, Ezlynn, Sheila Rusly, Afdlin Shauki, Azean Irdawaty, Awie, M Rajoli, Ellie Suriaty
GENRE : Komedi
TAYANGAN UMUM: Mulai 24 Oktober 2006

Reply

Use magic Report

diana_ralin This user has been deleted
Post time 2-11-2006 08:49 PM | Show all posts
x best yer citer ni...
ok kite tggu plak komen korang ttg filem cinta dan cicak man...:pmuka:
hrp2 cicak man best...:pray:
filem cinta...mls nak tgk...dah tau mesti lagi hampeh dr diva popular...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 02:38 AM | Show all posts

yeah

WAtak azean irdawaty tue Sindir Julie Dahlan ke..kan ke producer tue eng dier mmg fail tapi tetap nak
speaking...

tak terbayang ape reaksi kak Nita tengok cite nie..pe reaksi Umie aida sendiri tang dagu tue...
pe reaksi semua artis2 yg g tengok preview ari tue........sempat lagik dier kutuk Aqashah dalam satu scene tue..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 02:44 AM | Show all posts
mmg mostly semua kena laser la dalam cite ni.. bygkan sharifah aini sendiri aku rasa macam kena sindir sedangkan watak yg sindir die tu die sendiri lakonkan.. yg mandi bawah jambatan, yg tu mmg sindir erma fatima sendiri kan.. kuali kemek sindir CT Nurhaliza (atau CT Sarah)... pastu artis2 mi segera pun ada disindir... azean irdawaty pun ada disindir dan die sendiri melakonkan watak tsb yg menyindir diri die...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 03:04 AM | Show all posts
ermmm... no komenlah..


















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2006 01:53 PM | Show all posts
tak best sangat
aku tgk dah ari tu
ending dia boring.

aku prefer pengantin popular lagik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 01:55 PM | Show all posts
ahaha.. memang cite ni tak ramai orang tgk
aku gi beli tiket utk show pukul 7. masa tu dah pukul 5 ptg..
tgk utk show pukul 4:45 , still ada 100 kerusi
ape ke hal lah..


masa kul 7 tu pun.. byk seat kosong
:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 02:01 PM | Show all posts
rasa2nya criter ni kena tahu Gossip artis baru boleh faham, sebab tu RN kata ramai artis yg marah2 ngan filem ni dlm Fenomena Seni padahal kita yg tengok ni mcm x ada apa2

aku lebih suka tengok Pengantin Popular sebab isu dia lebih dekat dan orang faham
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 03:34 AM | Show all posts

yeah

Peliknyer kat Poster ada Pic kak nita pose ngan gaun merah..ngan leher ropol2 dier <<cube tengok dekat..nampak sgt
leher tue...tapi dalam pilem kuar sekerat je...last part amik award...

Azwan ali tue baru kuar dari taman rama2 ke..baju penuh ngan rama2...fesyen pe...anak siapa le tue..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 12:18 PM | Show all posts
citer2 org terOVER
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 12:59 PM | Show all posts
Pelakon2 semuanya bagus2 tapi filem tak bagus .. emm
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:50 PM | Show all posts
rugi..rugi..rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:00 AM | Show all posts

Filem Diva Popular, Best Ke?

Ada sesiapa kat cnie dah tgk filem Diva Popular...Macamane best ke? Macam banyak sindiran pedas kat artis malaysia...Ada yang macam kena batang hidung sendiri. Betul Ke?...Kalu dah ada thread nie...delete aje lah ok!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:05 AM | Show all posts
Sepatutnya nak bg hangat lagi, cuba teka artis mana yg kena sindir dlm filem ni baru best
Sebab kalau tengok filem ni, tapi Gossip apa pon x tahu memang x boleh nak tangkap jalan cerita ni
Cerita ni bukan mcm drama Pengantin Popular, sindiran tu memang lawak dan kena dekat artis yg nak kena tembak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:06 AM | Show all posts
salimrock kata pilem ni tak bes langsung,dia nak tido
tp dia dendiam je depan aweks dia,nak jaga hati la katakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 10:08 AM | Show all posts
kawan kita pun sama dia kata dia boleh terlelap dalam panggung tenguk crita nie... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:10 AM | Show all posts
takper....
kita tunggu raya taun depan...
konfirm kuar tv nyer.....
ahaks :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by andah_amon at 7-11-2006 10:10 AM
takper....
kita tunggu raya taun depan...
konfirm kuar tv nyer.....
ahaks :lol



kat astrooo ria
confirm..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:16 AM | Show all posts
rasanya time raye haji ceritanie boleh kluar kut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.060517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list