CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Calla lily

[MERGED]Petua, Pemakanan, Vitamin utk yg nak, sedang dan selepas pregnant

  [Copy link]
Post time 23-10-2012 06:54 PM | Show all posts
Saya baru je keguguran..biasa supplement apa yg boleh diambil ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 12:33 PM | Show all posts
Kepentingan Kalsium & Wanita Hamil

Anda tidak suka minum susu, bau susu meloyakan? Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari. Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala1 peratus untuk darah dan jaringannya. Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

Antara peranan kalsium ialah

Penting ketika proses ovulasi

Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya. Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim. Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.

Untuk tulang

Tulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat. Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil  meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang , janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya. Akibatnya tulang ibu kurang  kalsium , menjadi rapuh dan keropos.

Untuk gigi

Jika ibu kurang kalsium, gigi mudah rapuh, berlubang, goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi


Untuk Jantung

Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat. Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam? Jawapannya ialah Kalsium. Ketika jantung mengepam , ion kalsium mengatur degupannya, kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang. Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.

Untuk Sistem Imun

Sistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya . Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit  sperti keradangan kulit dan jerawat.

Untuk pertumbuhan dan kesihatan janin

Selama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu. kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.


Bagaimana Ostematrix (kalsium) Shaklee boleh membantu ibu hamil





Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat utama

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangkan, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema dan gusi berdarah.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Meringankan stress

Memperbaiki masalah haid

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Sesuai untuk semua golongan terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan bayi


Jika anda ingin mendapatkan vitamin sila email arnisyazila@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 11:31 AM | Show all posts
sya ada spirulina elken yg dh expire tahun lepas.. huhu.. ada la dlm 50 bijik lagi kot.. sya breastfeeding.. rasa2nye okay ke kalo nk makan lagi ye?? sayang la pulak.. sebab mahal kan.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 06:38 PM | Show all posts
syasyafina posted on 29-10-2012 11:31 AM
sya ada spirulina elken yg dh expire tahun lepas.. huhu.. ada la dlm 50 bijik lagi kot.. sya breastf ...

Eh..jgn.. dah expired kan.. tak elok.

Mcm myself, Alhamdulillah tgh pregnant 15 weeks. I just amik Acid Folic, Spirulina dr FEVM and Susu Anmum Materna. Susu tu tak leh missed. Else sakit la skala badan. Calcium tu mmg penting lah tgh pregnant ni.. Sy tak amik pil vitamin C, tp every nite and morning saya akan melantak Buah oren sunkist tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 06:51 PM | Show all posts
shasha10 posted on 29-10-2012 06:38 PM
Eh..jgn.. dah expired kan.. tak elok.

Mcm myself, Alhamdulillah tgh pregnant 15 weeks. I just  ...

tu la.. takut gak nk mkn, ye la, sebab takut effect kat baby lak melalui susu kan.. jadinye sya mmg tunggu habis iberet folic ngan neurogain ni je la.. pastu sya baru nk start mkn pil herba dlm set berpantang amway tu..

masa pregnant, 1st trimester sya makan folic acid ngan aspirin, 2nd trimester sya amek iron tablet yg pure punye ng neurogain, 3rd trimester sya makan virgin cocnut oil bukan kapsul, tp minyak nye..huhu.. ngan iberet folic..  n susu fresh.. vitamin C makan jugak stok yg nurse klinik desa bagi.. tp bile dh habis tak topup dah.. tp spanjang pregnant tak makan spirulina.. tu la igt nk try masa breastfeeding ni.. tp tgk2 mak punye dh expire la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 08:48 AM | Show all posts
assalamu'alaikum...
saya org baru kt sini...sy dok survey pemakanan utk mengelakkan bayi kita kena jaundice selepas dilahirkan..
ada sesiapa dkt sini yg sudi berkongsi x petua pemakanan yg sihat utk mengelakkan jaundice terkena pd bayi kita?
sy ada terbaca jugak pasal mengamalkan minum susu kambing...ataupun pengambilan pil susu kambing bg yg xboleh minum susu..

kalau ada petua yg lelain utk mengelakkan jaundice ats izin Tuhan jugak, mintak kongsi ye...terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2013 11:01 PM | Show all posts
faraada posted on 12-12-2012 08:48 AM
assalamu'alaikum...
saya org baru kt sini...sy dok survey pemakanan utk mengelakkan bayi kita kena  ...

Wsalam faraada,

Masa fiza pregnant pregnant hari tu, banyak jugak fiza buat research mengenai jaundice ni. Antara punca jaundice ni kerana pemakanan ibu yg banyak makan processed food (makanan segera, makanan dalam tin dll). Sepanjang kehamilan, mmg fiza kurangkan makan makanan2 proses, lebih banyak makan makanan semulajadi spt sayuran, buahan segar, nasi,ikan etc. Selain dari tu, lepas 7 bulan ke atas fiza amalkan minum secawan susu kambing segar setiap hari dan air kelapa segar.

Dari awal kehamilan lagi, fiza makan supplement Nutrilite Amway. Pada trimester 1, fiza makan calcium magnesium, iron folic, vitamin c dan all plant protein powder. Trimester ke 2 fiza tambah salmon omega. Kenapa fiza pilih Nutrilite? Mcm faraada juga, fiza agak risau bila fikirkan ttg jaundice pada baby yg akan lahir. Bertambah risau bila faktor pemakanan ibu antara punca penyebab jaundice. Pemakanan kita sekarang ni terlalu banyak bahan kimia dan bahan artificial. Hinggakan fiza nak consume supplement pun takut sbb supplement juga boleh memberi kesan bahaya kepada badan jika ianya daripada bahan sintetik. Utk pengetahuan faraada dan forumer kat sini,  kesan supplement yg diperbuat dari bahan sintetik bukan shj membahayakan baby dlm kandungan, tp juga membahayakan kita sendiri. Kesan jangka panjang pengambilan non organic supplement ini spt kerosakan hati, kerosakan buah pinggang dan keracunan darah. Salah satu cara nak tau supplement tu sintetik ke tak, yg sintetik biasanya ada silika gel dan harganya murah.

Apabila fiza jumpa produk nutrilite ini, fiza dapati ianya  100% oraganik dan dihasilkan menggunakan hasil tanaman yg 100% bebas bahan kimia dan racun serangga. Nutrilite sudah berusia 75tahun dan antara peneraju utama produk nutrisi di dunia. Paling menarik nutrilite mempunyai ladangnya sendiri dan produk yang dihasilkan adalah melalui R&D dan  ujian yang ketat. Faraada dan forumer lain boleh search sdri info ttg produk nutrilite di website www.amway.my. Banyak produk supplement di pasaran yg claim organic tetapi sejauh mana organik nya produk2 tersebut? Owh yer, produk nutrilite and all amway's products mempunyai jaminan pulangan wang. Kalau kita tak puas hati dgn produk tersebut, boleh return dan dpt balik wang kita. So tak perlu risau sgt kan? Rasanya takde lagi kot supplement lain yg bagi money back guarantee kan? Kalau produk tak bagus, takkan mereka boleh bagi jaminan sebegini kan. Antara sbb2 tersebut la fiza yakin utk consume supplement nutrilite semasa mengandung. Alhamdulillah fiza teruskan makan supplement nutrilite hingga hari ini. Dapat full breastfeed sehingga 2 tahun.

Selain mengamalkan produk nutrilite, fiza juga amalkan makan buah delima hampir setiap hari selain drp makan almond dan walnut. Almond dan walnut bagus utk otak baby. Alhamdulillah, baby fiza lahir sihat dan tiada jaundice. Yang penting, solat hajat dan sentiasa doa minta baby dijauhkan dari sebarang penyakit. Insya Allah. Itu shj perkongsian fiza, diharap ianya membantu.


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 10:08 AM | Show all posts
nhafizaj posted on 6-2-2013 11:01 PM
Wsalam faraada,

Masa fiza pregnant pregnant hari tu, banyak jugak fiza buat research mengenai j ...

terima kasih fiza for all your advices...
sekarang alhamdulillah kandungan sy dah nak masuk 8 bulan..
setakat ni sepanjang mengandung, sy ambil pil susu kambing memandangkan sy xlarat nak telan susu dah sebab setiap hari pun sy dah consume Anmum Materna..selain daripada tu sy ambil multivitamin yg diberi doktor...
disamping pengambilan makanan segar seperti buah limau,anggur,kismis dsb.nya....
terima kasih sekali lg kpd fiza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2013 09:02 AM | Show all posts
Makanan Sebelum Kehamilan

Pada tahap persediaan sebelum kehamilan, fokus nutrisi adalah untuk menambahkan nutrien-nutrien yang diperlukan bagi kesihatan telur (ovum) dan sperma serta mengurangkan faktor-faktor yang boleh membahayakan kedua-duanya . Vitamin A dan C dan lain-lain antioksidan dapat membantu melindungi telur (ovum) dan sperma daripada dirosakkan oleh bahan kimia dan bahan pencemar. Paras zinc yang rendah boleh menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita, sementara paras asid folik haruslah tinggi untuk mengelakkan kecacatan kelahiran. Paras protein pemakanan yang baik juga diperlukan untuk satu konsepsi.



Semua sayur-sayuran mentah seperti brokoli, kubos Brussels, kubis, kubis bunga, pak choi dan kailan mengandungi bahan kimia yang berasaskan sulfur yang dipanggil glucosinolate yang membantu tubuh menghindarkan bahan-bahan yang merbahaya seperti bahan pencemar dan logam bertoksik. Bahan-bahan ini akan terhasil di dalam sistem reproduktif lelaki dan wanita dan akan mengurangkan peluang kesuburan anda.

Glucosinolate juga menggalakkan keseimbangan di antara hormon seksual wanita iaitu estrogen dan progesteron yang mana ia menggalakkan kitaran haid yang sihat serta peluang wanita untuk hamil. Ia mempunyai vitamin C, Vitamin E dan karotenoid lutein dan Beta Karoten untuk perlindungan antioksidan daripada kerosakkan telur (ovum) dan sperma.

Brokoli mempunyai paras asid folik yang tinggi juga membantu untuk mengelakkan kecacatan kelahiran dan kelahiran pramatang. Jika anda ingin memgekalkan rasa dan nutrien di dalam brokoli , kukus atau goreng kilas dan pastikan anda tidak terlalu memasaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 04:45 PM | Show all posts
salam uols..

nak tanya saya peknen anak fes, dah 13w, tp xbuat buku pink lg.. just cek up 2kali kat kinik pvte, n doc tuh just scan tgk baby n soh ai makan asid folic.. xde amek darah ker, cek urine ke apa.... xpe ker eh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 02:51 PM | Show all posts
luvly_snow8608 posted on 14-3-2013 04:45 PM
salam uols..

nak tanya saya peknen anak fes, dah 13w, tp xbuat buku pink lg.. just cek up 2kali k ...

Kebiasaanya private klinik takde buat tapi kalu pegi kerajaan atau semi kerajaan mcm PPUM mmg setiap kali check up akan check air kencing dan bp.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 02:52 PM | Show all posts
Dari wall Dr Hamid Arshat

Dua penyakit dalam peranakan wanita yang sering mengganggu kesuburan ialah endometriosis, PCOS dan fibroids. Faktor baka mungkin memainkan peranan. Tapi faktor pemakanan yang tak seimbang dan tak berkhasiat adalah punca utama. Dari kecil sejak kanak2 lagi tidak makan sayur2 dan buah2 . Terlalu banyak makan fast dan junk foods - berger hotdogs nuggets saja - kandungan nitrite, pengawet dan perisa sangat tinggi . Terlalu banyak makan ayam, tidak makan ikan atau daging. Terlalu banyak minuman dari botol dan tin - coco cola pepsi sprite dll minuman cordial - kesemuanya terlalu banyak bahan pemanis. Perlu ajar anak2 makan bahan2 yg berzat dan berkhasiat untuk cegah penyakit dalam rahim.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 09:46 AM | Show all posts
Morning Sickness - Alahan Semasa Mengandung




Eeei busuknya bau makanan ni, tambah tidak selesa tekak langsung tidak boleh menjamah sebarang makanan, rasa loya, mual dan muntah-muntah menjadi rutin harian. Simpton ini sering dikaitkan alahan orang mengandung atau "morning sickness". Situasi ini biasanya terjadi di sekitar minggu ke enam kehamilan dan beransur-ansur perlahan sekitar minggu ke 15 ada juga yang berterusan hingga bersalin. Terdapat  juga wanita yang tidak mengalami morning sickness semasa mengandung.

Saya ingin kongsikan beberapa tip untuk elak morning sickness

Elakkan sebarang bau atau makanan yang boleh mencetuskan rasa loya dan mual. Mungkin dengan memakan makanan yang berada pada suhu bilik membantu mengurangkan rasa loya anda kerana makanan begini kurang bau berbanding makanan yang baru dimasak.

Sentiasa menyimpan snek seperti biskut kraker di sisi anda setiap masa. Makan makanan atau snek berkhasiat dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sepanjang hari supaya perut anda tidak kosong. Ambil makanan yang lembut tetapi tinggi kandungan protein atau karbohidrat kerana keduanya boleh mengurangkan loya. Contohnya kraker, biskut, yogurt rendah lemak, atau makanlah makanan yang menyelerakan anda, saya sendiri suka makan kismis dan kurma



Elakkan makanan yang berlemak, ia mengambil masa untuk dihadamkan terutama ketika hamil. Elakkan juga makanan yang pedas, berasid, bergoreng dimana ia boleh mengganggu perut dan sistem penghadaman.

Jika anda banyak muntah, minum minuman ringan isotonik yang mengandungi glukos, garam dan potasium bagi menggantikan kehilangan elektrolit.

Luangkan masa untuk berehat dan tidur seketika. Bersiar-siar mengambil udara, berbual dengan teman atau membaca Al-Quran dapat mengurangkan tekanan dan ketidakselesaan yang dialami.

Pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan loya dikalangan sesetengah wanita dan selamat diambil.

Halia juga dikatakan sebagai penawar alternatif mengurangkan masalah dalam perut, rasa loya dan mual.

Jika semua cara tersebut masih tidak sesuai sila rujuk dengan doktor anda.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 10:51 AM | Show all posts
skang tgh pregnant 2nd baby,baru 6wks+..
kali nih cubaan berpuasa gagal,da 4hari tinggal pose..
sume gara2 gastrik...ya ALLAH pedihnya perut nih xleh nk crita...
tekak nih pon loya n rasa nk muntah jer..
sakitnya yg amat perut nih...
ape pemakanan yg bagus yer...
laksa bole makn x..??
teringin laaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:51 PM | Show all posts
runie posted on 31-7-2013 10:51 AM
skang tgh pregnant 2nd baby,baru 6wks+..
kali nih cubaan berpuasa gagal,da 4hari tinggal pose..
su ...

Minum ESP untuk legakan sikit sakit perut tu.

:-)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2013 10:30 AM | Show all posts
faraada posted on 10-2-2013 10:08 AM
terima kasih fiza for all your advices...
sekarang alhamdulillah kandungan sy dah nak masuk 8  ...

pil susu kambeng u makan jenama ape??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2013 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam.

I x rau I dah preknen 6 wiks... dh belasah makan acar neneas dan jelantah nasi minyak...

Tp skrg asik sakit perottt je..perot rasex sedap.... dah 7 wiks... normalkah?

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:58 AM | Show all posts
True-X posted on 9-9-2013 07:04 PM
Salam.

I x rau I dah preknen 6 wiks... dh belasah makan acar neneas dan jelantah nasi minyak...
...

mungkin itu normal...mungkin jugak sbb acar nenas.just monitor lah..
kalau sakit sgt2 tu...baik jmpa doc.

ada org sakit2 perut normal...smpi 12weeks jgk.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 08:49 PM | Show all posts
ilham_ryana posted on 10-9-2013 08:58 AM
mungkin itu normal...mungkin jugak sbb acar nenas.just monitor lah..
kalau sakit sgt2 tu...baik j ...

oo normal ek.... risau gak... perut asik rase x sedap je...

tp mabi i akan jumpe doktor bile dah masuk 2 bulan nnt

thanks for ur reply..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam...tadi I dh g chek kt klinik..ade anemia ngan high sugar la

Susu ape yg less sugar swsuwei utk diebetic?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.413483 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list