CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

Selamat hari Pahlawan kepada semua

[Copy link]
Post time 31-7-2006 12:36 PM | Show all posts
Tafakurrrrr Junam Senjata!!!!!!!! diikuti dengan Tiupan Biurgle "Last Post"
Selamat Hari Pahlawan kepada semua Pahlawan Tanah Air Tercinta
Samaada Dulu, Kini dan selama-lamayna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 12:45 PM | Show all posts

A`kum

Moga roh2 pejuang keamanan dicucuri Rahmat dan diletakkan dikalangan Syuhada`..Amin.
Perjuangan belum selesai...
Banyak medan perlukan pejuang2...
"SELAMAT HARI PAHLAWAN"
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 01:06 PM | Show all posts
Nie sajak yang dideklamasikan pagi tadi di Tugu Negara...


SAJAK PAHLAWAN
Ciptaan: Mejar (B) Mohamed B. Awang


Merengkok nadi dan sendulah hati
kerana semalam kesah sayu memamah diri
dalam kehitaman sejarah bumi ini
matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi
dengan peluru dan darah
dengan keringat yang tumpah

Pahlawan
matimu mati melingkar sejarah
matimu hanya mati pada jasad
dan matimu hanya mati dari jagat

Pahlawan
ketahuilah kamu bahawa kematianmu
cuma dikenang dalam doa dan restu
cuma diukir nama pada sebuah tugu
dan cuma semusim sekali dibawa berlagu
padalah
biarkanlah tugu menjadi keramat dan jihad
dan biarkan lah ia dikenang dengan tekad
bahawa kami penyambung wasiat
bisa ada warisan
dalam darah
dalam sejarah

Pahlawan
kami anak-anak mengugat zaman
bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah
tapi
sakan mengukit sejarah sepertimu  jua
demi ibu
tanah bertuah ku rela rebah
demi ibu
tanah bertuah ku rela menitis darah

Pahlawan
hari ini harimu dalam kenangan
kerana jasa dan bakti yang terbilang
kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang

Pahlawan
semadilah dikau
dengan bunga-bunga di kalungan
lambang kenangan
dan itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan
kerana, bintang-bintang kebesaran
sudah tak bererti padamu

Pahlawan
semadi
dan semadilah
hingga harimu ke mari lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 02:44 PM | Show all posts
yezz...........selamat hari pahlawan gak kat sume agensi keselamatan negara
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 04:03 PM | Show all posts
31 Julai, 2006 15:50 PM     

Generasi Muda Malaysia Mesti Pertahan Keamanan Negara, Kata Kanang


Laporan Khas oleh Harlina Samson

SRI AMAN, 31 Julai (Bernama) -- Keamanan dan kesejahteraan hidup yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini seharusnya menjadi penyuntik semangat untuk generasi muda negara insaf dan terus berusaha mempertahankannya, kata seorang pahlawan negara.

Bekas Pegawai Waran I Kanang Anak Langkau berkata generasi muda negara kini beruntung kerana tidak menghadapi ancaman peperangan dan pemberontakan seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia.

Berbanding dengan rakyat di negara lain seperti di Palestin, Lubnan dan Iraq, anak muda malahan remaja terpaksa menggalas senjata dan berjuang demi mempertahankan diri dan meneruskan kehidupan, katanya.

"Sekarang di Malaysia aman, janganlah buat pekerjaan yang tidak baik seperti hisap dadah, merompak dan membunuh. Bentuklah satu kehidupan yang sejahtera. (Anak) yang masih sekolah, janganlah hampakan ibu bapa, belajarlah bersungguh-sungguh. Tuntut ilmu supaya jadi orang pandai... tidak rugi.

"Kalau tidak pandai belajar, bukan orang lain yang menyesal tapi diri sendiri yang menyesal dan susah. Peluang tidak datang selalu, maka gunakanlah sepenuhnya," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini.

WIRA NEGARA

Kanang, 61, merupakan satu-satunya wira negara yang masih hidup dan dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) Pingat Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya.

Seorang renjer yang terkenal dengan moto "Agi Idup Agi Ngalaban" (berjuang selagi masih hidup/fight as long as you're alive), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul.

Merenung tajam kepada akhbar di sisi yang menyiarkan berita serangan Israel ke atas Lubnan, Kanang bukan sahaja berasa marah tetapi mual dengan berita-berita peperangan yang menjadi paparan media massa akhir-akhir ini.

Mengingati peritnya detik peperangan, Kanang mengimbas zaman ketika beliau berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bertugas di perbatasan untuk mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh khususnya komunis.

Zaman 1960-an sehingga awal 80-an, Malaysia yang masih menghadapi ancaman komunis dan anasir subversif memerlukan para anggota ATM sentiasa bertungkus lumus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara tercinta.

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN

Berasal dari Kanowit, Kanang yang dilahirkan pada 2 Mac, 1945 dan mempunyai kepakaran memburu, meneroka dan memburu di dalam hutan, menganggotai ATM pada 1961 sebagai Iban "tracker".

Pada awal 1962, Kanang kemudiannya menyertai "Jungle Warfare School" di Ulu Tiram, Johor, selama tiga bulan sebelum beliau berkhidmat dengan unit "42nd Royal Marine Commandos" yang berpangkalan di Johor.

Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, Kanang merupakan antara anggota pasukan yang pertama di hantar ke Kota Tinggi, Johor, untuk menghalang kemasukan askar Indonesia.

Kanang, yang pernah bertugas dengan unit "1st Royal New Zealand Army" di Sarawak semasa zaman konfrontasi, kemudiannya berkhidmat dengan "Sarawak Rangers" yang akhirnya menjadi kumpulan "trackers" profesional pertama dalam "1st Ranger Regiment" ATM.

Kanang, yang mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh, berjuang bermati-matian walaupun kecederan parah yang dialami hampir meragut nyawanya.

DIANUGERAHI PINGAT

Pada 19 Feb 1980 Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer yang diketuai Kapt Johnson ak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya.

Kanang, yang berjaya mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh, tetapi digempur musuh sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederan parah.

Beliau yang mengalami kecederan parah di perut dan belakang badan bersabung nyawa untuk terus hidup dan berada di hospital selama 14 bulan.

Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya itulah Kanang dianugerahi Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987.

Sebagaimana parut luka yang masih ada di perut dan belakang badannya, Kanang berkata "lukanya kembali berdarah" apabila membaca berita peperangan.

Bagaimanapun, Kanang bersyukur darah perjuangan yang ada ditubuhnya kini mengalir di dalam anak bongsunya Langgi, 24, yang kini berkhidmat dengan Regimen Diraja Artilari (Royal Artillery Regiment) di Temerloh.

KELUARGA SEBAGAI PENDORONG SEMANGAT

Bercerita tentang hidupnya kini, Kanang seakan ingin menebus kembali masa lampau dirinya yang sering tidak dapat bersama isteri tercinta kerana kesibukan bertugas demi mempertahankan kedaulatan negara.

Bagi pahlawan negara ini, tiada apa yang lebih berharga kini selain bersama-sama meniti kehidupan dengan Helen Latai anak Intie, 57, yang selama ini puas berkorban dan sentiasa menjadi pendorong semangat berjuang demi negara.

"Saya mahu balas dendam. Sekarang, saya mahu 24 jam tengok muka dia sahaja. Ke mana sahaja saya akan bawa dia, tidak boleh ditinggal lagi," begitulah kata-kata Kanang.

Sambil merenung wajah isteri yang duduk di hadapannya, beliau berkata sepanjang 26 tahun beliau berkhidmat ATM, isteri dan keluarganya sering ditinggalkan, bukan sehari dua malahan berbulan-bulan, demi tugas di perbatasan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Kanang berkata kepada penulis bahawa "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal nama."

Benar kata pepatah itu, Kanang sudah pun membuktikannya.

Sempena Hari Pahlawan, kata Kanang pengiktirafan kepada para perwira bukan hanya sekadar memberi pingat atau anugerah tetapi juga mendapat pengiktirafan dari masyarakat keseluruhannya.

Bagi balu dan anggota keluarga para perajurit, Kanang berkata Hari Pahlawan inilah masanya untuk mereka dikenang dan ditanya khabar berita.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 04:06 PM | Show all posts
Selamat Hari Pahlawan..terima kasih atas pengorbanan dan jasa2 mu
Reply

Use magic Report

Follow Us
aj3805 This user has been deleted
Post time 31-7-2006 05:35 PM | Show all posts
Selamat Hari Pahlawan kepada semua rakyat Malaysia dulu kini dan selamanya... eh mcm pernah ku dengar ayt ni tapi di mana yek
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 07:11 PM | Show all posts
selamat hari pahlawan kepada semua pahlawan nusa bangsa samada yang tengah serving atau dah bersara.

iklas dari ferryman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 07:49 PM | Show all posts
selamat hari pahlawan juge ku ucapkan kepada Hang Tuah bersaudara dan juge Tun Teja
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 08:26 PM | Show all posts
SELAMAT HARI PAHLAWAN
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 08:17 AM | Show all posts
A belated Selamat Hari Pahlawan from me. Nothing in the media of course, except if ur some over hyped "artiste" doing sumthin remotely interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:51 AM | Show all posts
Perbetulkan jika ingatan ku salah...bukan dah lama ke bunga poppy dah diganti dengan bunga raya ke untuk Hari Pahlawan?
[quote] 'Bunga raya simbol perjuangan'[url=http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080728092925/Article/index_html]
SIMBOLIK: Jeanne meletakkan replika bunga raya sebagai simbolik merasmikan sambutan Hari Pahlawan sambil diperhatikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kiri), dan Presiden Persatuan Bekas Perajurit Datuk Mohamad Ghani, di Angkasapuri, semalam.




Isteri Perdana Menteri ajak masyarakat hayati makna sambutan Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR: Bunga raya perlu diperkenalkan kembali sebagai simbolik perjuangan pahlawan tanah air, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Beliau berkata, pemilihan bunga raya bagi memperingati Hari Pahlawan adalah sesuai dan tepat kerana ia memenuhi ciri simbolik kepahlawanan negara sejati.

揗arilah kita hidupkan kembali tradisi ini agar ia menjadi satu kemegahan setiap kali diadakan kempen Hari Pahlawan,
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:36 AM | Show all posts
Selamat hari pahlawan kepada semua agensi keselamatan msia..terutama kepada ayah aku. you are truly hero with your own way..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 01:57 PM | Show all posts
sehingga kini (kalau tidak silap saya) telah 25 orang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Dari jumlah itu, 11 orang penerima adalah daripada anggota tentera. 5 orang pegawai dan 5 orang lagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP).
Hanya 3 anggota, 2 orang pegawai dan seorang LLP yang masih hidup ketika menerima pingat tersebut. Mereka kini telah pun menamatkan perkhidmatan masing-masing. Manakala 7 orang penerima anugerah tersebut telah terkorban sewaktu pertempuran dengan pengganas komunis atau ketika menjalankan tugas sebagai anggota PBB.

siapakah mereka yang masih hidup itu????

selamat hari pahlawan kepada semua rakan-rakan yang pernah dan sedang berkhidmat......

[ Last edited by  zulupapa at 31-7-2008 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 02:41 PM | Show all posts

Reply #35 zulupapa's post

salah seorang ialah Kanang anak Langkau

dulu masa zaman skolah wa cukup suka baca buku Kanang Cerita Seorang Pahlawan tu..smpi lunyai wa kerjakan buku sepupu wa hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2008 03:45 PM | Show all posts

Reply #36 innocentti's post

betul.......namun siapakah nama pegawai tu????
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #36 innocentti's post

tak ada org nak buat movie atau TV siri ker berdasarkan pengalaman beliau ni????

rugi kalau tak di dokumentasikan....stakat buku tak cukup rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 05:40 PM | Show all posts

Reply #38 Periuk_api1209's post

satu kerugian buat ATM dan Rejimen Renjer Diraja khasnya jika tiada dokumentasi berkaitan dengan beliau. Saya sendiri ketika berkhidmat di `E' Troop, `C' Battery, Rejimen Ke-3 Meriam, pernah membantu platun beliau (Platun UCIS, 8 Renjer) ketika Gerakan Setia 8/79 yang dilancarkan disekitar kawasan Hutan Korbu (Pos Legap & Pos Yam) untuk membenteras Markas Pasukan Pengempur Ke-5 (5th Assault Unit) yang diketuai oleh CCM Nam Yat.
Bantuan tembakan meriam banyak dilakukan dalam pertempuran tersebut dan penggeledahan dilakukan selepas tembakan meriam diberhentikan. Malah sekumpulan anggota meriam terdiri daripada seorang pegawai dan 3 anggota LLP telah bertindak sebagai FOO.
Dalam ops ini 3 pengganas komunis salah seorangnya wanita berjaya dibunuh oleh platun beliau. Atas keberanian yang luar biasa yang ditunjukkan sepanjang pertempuran tersebut maka Sjn Kanang bersama-sama Kpl Micheal di ab=nugerahkan pingat PGB.
Sjn Kanang menerima pingat tersebut pada tahun 1980 oleh YDA iaitu Sultan Haji Ahmad Shah manakala  Kpl Micheal di anugerahkan pingat PGB pada tahun 1984 oleh YDA iaitu Sultan Iskandar
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 08:56 AM | Show all posts
Selamat Hari Pahlawan kepada semua anggota dan bekas anggota keselematan.

Salah sorang penerima SP yang masih hidup ialah (correct me if I'm wrong) ialah Lt Jeneral Dato' Seri Zaini Hj Mohd Said
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.224131 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list