View: 6591|Reply: 30
|
PEMIKIR DAN AHLI FIKIR
[Copy link]
|
|
Siapakah yang layak disebut sebagai ahli fikir atau pemikir?
Kengkadang disebut... pemikir moden, pemikir zaman silam, dan sebagainya.
Apakah kelayakan nak memohon jawatan ini? Ada tak mana-mana jabatan atau kerajaan atau swasta yang menggunakan perkhidamatan pegawai pemikir? atau ada tak ahli fikir perunding yg memikir bila ada dapat kontrek?
Kalau tak ada semua tu, macamana ahli fikir atau pemikir ni cari makan? Atau adakah mereka kena jadi penyanyi untuk cari makan sambil pikir-pikir, hangguk-hangguk, geleng-geleng?
Kalau ler ada kerja pikir-pikir pastu bercakap boleh dapat duit, pakat jom kita apply.
pening mikir nya ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMIKIR DAN AHLI FIKIR
Semua orang boleh menjadi pemikir dan ahli pemikir jika dia menggunakan akalnya untuk mencari kebenaran. Proses berfikir menghasilkan pengetahuan. Allah menyuruh manusia menggunakan akal untuk berfikir... fikir-fikirkanlah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang yang suka berpikir sampai berserabut kepala tu macam mana abg ib....
apa istilah yang sesuai...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu ...... saya nak fikir dulu.
...... terganggu fikirannya.... ahli fikiran terganggu
[ Last edited by ibnur at 31-7-2006 09:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"Ingat, dunia sekarang sedang kebanjiran ahli-ahli peseronok dan ketandusan ahli-ahli fikir, jika mahasiswa Islam pun sudah turut sama dilambung dan dibuai oleh gelombang-gelombang seronok ini, maka di manakah lagi kita akan mendapat atau memperolehi ahli-ahli fikir itu" ~ Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz
jangan terpedaya dengan Ahli Fikir yang berseronok...... |
|
|
|
|
|
|
|
jika kita dapat menyimpulkan sesuatu berdasarkan pemahaman dan pemikiran kita sendiri, maka kita adalah pemikir.
tetapi jika kita hanya terima pendapat orang lain, tanpa ada proses menyaring maka kita bukan pemikir.
syarat utama... jangan takut dengan apa saja ilmu atau bentuk pemikiran atau aliran orang lain... kerana itu semua adalah alat2 bantu proses menyaring dan membuat kesimpulan. Robohkan semua tembok... supaya pemandangan lebih jelas.
kepuasan ialah apabila kita pasti akan sesuatu yg kita percayai dan pegang.
jika apa yg kita ketahui itu untuk kegunaan sendiri, maka kita akan menjadi orang yg lebih baik. Jika disebarkan maka kebaikan itu akan mendatangi orang lain.
berfikir adalah kerja sambung menyambung... jika sesuatu perkara itu penting ia akan terus menerus menjadi bahan fikir orang lain.
pemikiran ahli2 falsafah yunani kira2 2500 dulu masih terus menerus menjadi bahan dan landasan berfikir orang sampai kini.
[ Last edited by petola at 1-8-2006 11:58 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan at 31-7-2006 04:34 PM
kalau orang yang suka berpikir sampai berserabut kepala tu macam mana abg ib....
apa istilah yang sesuai...
intan,
yg kepala berserabut ialah jenis orang yg tak tahu atau tak guna kaedah berfikir yg betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 1-8-2006 12:00 PM
intan,
yg kepala berserabut ialah jenis orang yg tak tahu atau tak guna kaedah berfikir yg betul...
mungkin juga orang suka berfikir walaupun perkara itu remeh dan tak perlu dipikirkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 1-8-2006 09:27 AM
saya suka memikir...
jangan sampai berkerut dahi syd...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hehe intan
orang yang kenal aku
selalu ckp aku nih 'lost'
ntah apa yang dok pikir |
|
|
|
|
|
|
|
in every civilisation usually ada pemikir - without thinkers there wouldn't be any civilisation. Ibn Sina, Farabi, Ibn Khaldun etc adalah cth pemikir. They don;t limit their areas of thinking. They really explored their capacity to it's fullest - amazing! Boleh jadi ahli matematik, bahasa, perubatan, fizik, sejarah, linguistik etc...really amazing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seterusnya.... jom kita berfikir...
Kalau berfikir untuk menjana harta mungkin jadi kapitalis
Kalau berfikir untuk menjana negara mungkin jadi nasionalis
Kalau berfikir untuk menjana bangsa mungkin jadi racist
Kalau berfikir untuk menjana manusia mungkin jadi humanist
Kalau selalu berfikir sambil menaip boleh jadi typist.
Jadi, apa yang kita nak fikir lah ni untuk menjana sesuatu....
Macam filem Hollywood... boleh berfikir sesuatu yang beyond logic... star wars... star trek... yang pasti tak tercapai dgn teknoloji sedia ada. jadinya ia hanya khayalan sekarang dan mungkin tercapai dizaman akan datang.
okay... setakat ni nak rehat dulu... pagi tadi punya idea dari fikir-fikir sampai malam dah hilang pulak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ooo baru teringat .....
beberapa jenis pemikiran...
Critical Thinking is primarily concerned with judging the truth value of statements and seeking error.
Lateral Thinking is more concerned with the movement value of statements and ideas, how to move from them to other statements and ideas.
dan beberapa lagi....
Creative Thinking
Provocative Thinking
Logical Thinking
baru pasal pikir jer ni.... belum menjana lagi dah macam poning aih.... |
|
|
|
|
|
|
|
PEMIKIR DAN AHLI FIKIR
Selagi hidup.. selagi itu le orang berfikir... cuma tahap dan cara pemikirannya yang berbeza... jika otak menghadapi masalah... emosi tidak terkawal... nafsu mengatasi akal... maka proses pemikiran yang betul akan terganggu... tu yang ada orang yang sakit mental... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana cara berfikir yang menjanakan kecermelangan? Dan supaya tidak sakit mental.
Adakah dengan berfikir secara kritikal dengan fakta-fakta lojik. Dan setelah disesuaikan agenda itu dengan fakta-fakta lojik, kita beralih pada pemikiran lateral.
Mungkin kita mulakan dengan creative thinking diikuti kritikal thinking kemudian lateral thinking.
Contoh:-
Pada tahun 1800, seorang pemikir menyatakan dia hendak ke bulan. Tentu sekali dia diketawakan kerana ia tidak lojik pada zaman tersebut. Tetapi walaupun tak lojik, dia telah melakukan satu creative thinking. Selepas itu beralih kepada critical thinking. Criticak thinking pula menyatakan mana boleh sampai bulan pada zaman tersebut. Teknoloji pun belum ada. Jadi tersimpanlah hasrat nak ke bulan itu ke zaman yang sesuai. Sehinggalah sampai ke satu masa dimana ajenda nak ke bulan itu boleh difikirkan secara lateral, iaitu dengan mencipta peralatan untuk ke bulan.
Mungkin pada tahun 1800, pemikir itu akan dikata sakit mental.... agaknya... atau dianggap sebagai seorang yang berwawasan.... bergantung kepada hujah pemikirannya mungkin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada zaman dahulu dengan ilmu dan kaedah yang ada memang sukar mengesan sama ada orang itu pesakit mental atau tidak. Dengan adanya kepakaran terkini yang mempunyai pengetahuan dan teknologi, seorang pesakit mental yang sebenar dapat dikenalpasti. Manusia kini lebih bebas menyuarakan apa yang difikirkan walaupun agak mustahil memandangkan penerimaan manusia zaman ini lebih berfikiran terbuka terhadap penemuan yang baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana berfikir secara kritikal tetapi tidak provokatif?
Satu idea kreatif boleh dihasilkan jika kita fikir banyak kalau-kalau.... kalau begini... kalau begitu.. sampai yang tak lojik pun dikalaukan. seperti wayang 'planet of the apes'. lojik tak kalau gorila dan mawas menjadi khalifah di bumi ini? bagi yang beragama islam sudah tentunya ini tak mungkin terjadi. tetapi hollywood berjaya meraih keuntungan dengan teori banyak kalau-kalau. cuma ia tak lojik. (apa yang tak lojik?).
katalah ada orang terfikir bahawa mawas dan gorilla boleh jadi khalifah jika apa yang dalam cerita tu benar-benar terjadi sepertinya. tentu pimikir-pemikir kritikal akan senang hati mentertawakan orang-orang berfikiran pelik itu. dan mungkin sampai gaduh.
jadi kenapa boleh timbul perbalahan dalam proses mengeluarkan pemikiran-pemikiran kreatif dan kritikus? mungkin contohnya seperti banyak yang terdapat dalam forum CARI. iaitu sifat tak mau menerima kritikan, tak mau menerima kekurangan, sifat nak menang saja, sifat memperbodohkan orang ingat sendiri sahaja pandai dan lain-lain.
atau mungkin seseorang itu malu dan takut maruahnya tercemar, macam ler orang kenal dia kat forum ni. tukar nick jer la kalau takut malu, kan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ahli fikir?angguk angguk geleng geleng?? |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Dalam melakukan pemikiran, kita perlu untuk menunjukkan hasil. Jika tiada hasil, dia lebih kepada angan-angan. So tak mengapakan jika berangan-angan untuk mencapai hasil? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|