CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ay4

epidural......

[Copy link]
Post time 1-3-2006 12:32 PM | Show all posts
Akak punya epidural pun ada cerita gak.

Kena ambik epidural sebab health problem.  Tapi dah masuk maximum dose pun masih lagi boleh rasa sensation.  Baby dah nak keluar...akak tak dibolehkan teran sebab will elevate my problem.  Anaesthetist dan gynae pun hairan...Disebabkan urgent sangat,  diorang bagi spinal block.  Numb satu badan.  Itu kira habis power nye bius akak rasa.. Alhamdulillah semua ok.

Jadi bukan saja effect dia berlainan, keberkesanan dia pun berlainan gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 03:03 PM | Show all posts
dah 2 x epidural...tpi alhamdulillah...tk de plk rasa sakit belakang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 05:06 PM | Show all posts
pernah ambik  epidural.  Masa dlm. pantang tak sakit belakang. Bila dah habis pantang baru sakit belakang. Tapi tak lama dlm 2 - 3 bulan aje..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 10:36 AM | Show all posts
aku pun penah ambil epidural 3 tahun yg lepas.........xde lak sakit pinggang.......

coz masa tu dah lama sgt x keluar lg baby d sakit sangat........doc pun yg syorkn.....

klu blh masa bpantang d lepas pantang selalu pakai hot pack tu @ selalu

letak minyak panas kt belakang tu.......sbb dulu takut jg sakit pinggang ni.......

aku sampai anak setahun lebih pun letak lg minyak panas tu.....

tp kena rajin d ingat le......inisiatif sendri klu x nak sakit.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 11:41 AM | Show all posts
masa time amik epidural tu, sebelah badan je kebas. sebelah lagi stil rasa sakit mcm biasa.hhmmm...ntahlah kenapa.lama kat labor room tu,d ari kul 11am till 5pm baru baby kuar.basah abis baju peluh.last2 kena vacum.coz baby mendongak, tu yg push2 x bole.dah nak terjatuh rasa, coz tilam tu di alas mcm sarung plastic. nurse2 pun siap tolong tolak perut kasi baby turun. still xleh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 11:43 AM | Show all posts
Ya allah patut laa saya sakit belakang sekarang..anak dah dekat dua tahun tp kesan tuh masih terasa!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2006 12:16 PM | Show all posts
so, cara nak kurangkan sakit belakang ni kena rajin letak hot pack la yer? cold pack tak jalan ker? buka apa, rumah aku tak dak microwave ler nak panaskan hot pack.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 1-3-2006 07:56 AM



heh..heh...itu control ayu namanya ay4:cak:


kak fi...nak control ayu apernyer depan hubby...lainlah kalu masa sbelum kawin dulu....kalu makan 1 jam tak abis lagi..kontrol ayu katakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by kawahapi at 1-3-2006 09:37 AM
oo, ada side effect plak ek? x sakit masa bersalin tp lepas tu sakit belakang plak. dah la bulih tahan gak rege epidural neh..


mana ader benda 100% perfect...sesuatu kesempurnaan mesti ader cacatnyer..btul tak???:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by snid at 1-3-2006 12:26 PM
Snid dulu ambik...before ambik tu memang dah ada sakit belakang sebab masa sekolah bawak beg berpuluh kilo everyday, pastu my b**bs agak besar, memang effect tulang belakang. MAsa doktor injek tu I ...


betul tu...masa ay4 ambik epidural...tak der rasa nak meneran...itu pun bila diaorg kata push i pushlah....bila baby dah keluar masa time jahit..doktor panik kejap...sebab my hubby kata ader benda terburai...siap panggil doktor pakar...nasib baik rahim i tak keluar...doktor kata cuma pintu nserviks jer...fuh...:pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by angelina_jollie at 2-3-2006 10:36 AM
aku pun penah ambil epidural 3 tahun yg lepas.........xde lak sakit pinggang.......

coz masa tu dah lama sgt x keluar lg baby d sakit sangat........doc pun yg syorkn.....

klu blh masa bpantan ...


masalahnyer nak buat rajin tu yg den maleh skit nih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 04:05 PM | Show all posts
...contrary to what pple believe...epidural nie actually bukanlah punca sakit belakang kita...dah banyak research and studies yang dibuat berkaitan ngan theory nie...and conclusion from these research and studies semuanya tidak menunjukkan kaitan antara epidural ngan backpain...most of the time...u may and do feel some tenderness or slight pain at the epidural site...but it should not and unlikely to cause back pain...

...tapi...what they believe causes your backpain is the pregnancy tu sendiri...bila kita pregnant...rahim kita yang makin hari makin membesar tu will cause our abdominal muscles to become weakened dan nie jugak akan affect dan merubah posture kita...thus putting a strain on our back....so our back may continue to ache until our stomach muscles regain their strength and tone...

...also...they believe that another contributing factor or reason is due to your labour progress itself...you can also end up with a sore back as the result of a prolong or difficult labor....cos during labor you may have used muscles you dont normally use...and you wll feel the effects for some time...

...kadang2 tu...tanpa kita perasan...cara kita duduk pon bley membuat belakang kita makin sakit...esp bila kita breastfeed baby...tanpa kita sedari...kita banyak menunduk dari duduk tegak waktu breastfeeding...most of the time kita perhatikan ibu2 yang breastfeed nie sit in a hunch back position...this further bley make our back pain worsen...

...so...untuk elakkan dari dapat sakit belakang nie...kita kenalah buat regular exercise...always maintain good sitting posture...and masa nak pick up barang tu...kenalah lakukan the proper technique of lifting or picking this up...tak bley main bongkok jer...have to be more health conscious nowadays...esp lepas bersalin...bley tak??...heh...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 12:18 PM | Show all posts
akak juge pernah ambil epidural masa hendka melahirkan anak ketiga...sebab dah tak thn sngt nak menangggung kesakitan...doktor tersebut jelas dgn terperinci kesan2nya tp akak tetap ingin mengambilnya...alhamdulillah akak tidak pernah mengalamai sebarang sakit belakang....lagi satu utk mengelakkan kesan2 nya masa doktor nak inject tu kita klu blh jgn bergerak supaya ubat itu tidak merebak ke tempat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by noamee at 4-3-2006 12:18 PM
akak juge pernah ambil epidural masa hendka melahirkan anak ketiga...sebab dah tak thn sngt nak menangggung kesakitan...doktor tersebut jelas dgn terperinci kesan2nya tp akak tetap ingin mengambiln ...


patutlah...masa doc. inject tu i bergerak skit....patutlah nurse tu ckp jgn bergerak....ialah terkejut...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 08:52 PM | Show all posts
amik epidural memang tak rasa sakit langsung ke masa nak push baby tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2006 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by miss_baby at 10-3-2006 08:52 PM
amik epidural memang tak rasa sakit langsung ke masa nak push baby tu?


Memang rasa tak sakit, miss baby....Pasal tu la nak push pun kena ttunggu doktor suruh push...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 03:19 PM | Show all posts

Epidural

Epidural kurangkan sakit bersalin


PEMBEDAHAN Caesarean Section dengan kaedah pembiusan epidural.

Oleh: NAJIBAH HASSAN


PENGALAMAN yang sering dikongsi oleh ibu-ibu yang pernah melalui proses melahirkan anak sering kali dibayangi dengan cerita-cerita cemas, mendebarkan dan tidak kurang menakutkan.

Bagi sesetengah wanita, pengalaman itu memungkinkan mereka berasa serik untuk menempuh pengalaman pahit buat kali kedua. Mereka akan berfikir berkali-kali sebelum membuat keputusan untuk menambah zuriat.

Wanita yang belum menempuh saat-saat itu pula menganggap ia umpama satu trauma psikologi yang panjang sehinggalah mereka melalui sendiri pengalaman tersebut.

Pakar Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Mahamarowi Omar berkata, melahirkan anak adalah satu proses yang amat menyakitkan terutama bagi anak pertama.

Menurut beliau, kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal dengan sempurna boleh mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.

``Ini berlaku akibat daripada rembesan hormon-hormon seperti adrenalin dan non-adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit.

``Pada masa yang sama juga anak yang berada dalam kandungan secara tidak langsung akan merasa ketidakselesaan,'' katanya.

Dr. Mahamarowi berkata, apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

``Keadaan ini boleh menimbulkan bahaya kepada kedua-dua nyawa iaitu ibu dan anak,'' ujarnya.

Masalah ini lebih ketara lagi bagi wanita yang menghadapi masalah darah tinggi ketika hamil (pre-eclampsia) atau mengalami masalah jantung seperti injap jantung yang sempit dan berlubang.

Menurut beliau, tahap kesakitan semasa melahirkan anak mungkin berbeza-beza antara wanita. Ada yang mudah dan begitu juga sebaliknya.

Malah, berdasarkan pengalaman mereka yang pernah melalui proses itu, kesakitan yang dilalui semasa melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kelemahan teknik mengurangkan sakit bersalin secara konvensional

Bagaimanapun, kata Dr. Mahamarowi, pakar-pakar perubatan tidak memandang sepi masalah yang dihadapi oleh wanita.

``Banyak kaedah telah diperkenalkan untuk mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran seperti suntikan morfin dan pethidine,'' katanya.

Namun, penggunaan ubat-ubatan ini tidak lagi begitu popular pada masa kini kerana ia mempunyai kesan sampingan.

Ubat-ubat yang disuntik itu akan menyerap masuk ke dalam tubuh bayi dan ini menyebabkan bayi terbabit mengalami kesukaran bernafas apabila dilahirkan.

``Selain itu ibu-ibu terbabit juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah seperti rasa mengantuk, gatal-gatal, loya, muntah dan kesukaran untuk bernafas,'' ujarnya.

Selain kaedah ini, kaedah lain yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan ketika proses kelahiran ialah dengan meminta ibu-ibu menyedut sejenis gas yang dipanggil entonox (O2 + N2O).

Kaedah ini masih lagi diamalkan di kebanyakan hospital di Malaysia tetapi keberkesanan gas ini bergantung kepada teknik semasa penyedutan.

``Bagaimanapun, kaedah ini boleh menyebabkan ibu-ibu rasa mengantuk dan kurang bertenaga semasa proses kelahiran jika tidak diberi dengan cara yang betul,'' katanya.

Penggunaan pembiusan epidural

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana satu tiub plastik kecil yang dipanggil ``epidural catheter'' dimasukkan di bahagian tulang belakang pesakit.

Tiub ini akan dicucuk dan diletakkan di dalam ruang epidural tulang belakang.

Setelah tiub ini dimasukkan, sejenis ubat yang dipanggil sebagai pembiusan setempat (local anaesthetic) akan disuntik ke dalam ruang epidural.

Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi untuk seketika.

``Kesannya rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut ini tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan,'' katanya.

Dengan kaedah ini, ibu-ibu tidak akan merasai kesakitan yang amat sangat melainkan rasa sedikit senak akibat pengecutan rahim.

Dr. Mahamarowi memberitahu, proses pembiusan ini mengambil masa kurang daripada 10 minit dan kesannya dapat dirasainya dalam tempoh beberapa minit, bergantung kepada keperluannya dan jenis ubat bius yang digunakan.

``Kesannya juga dapat bertahan selama yang diperlukan atau sehingga proses kelahiran selesai,'' katanya.

Ubat bius seperti Lignocaine, Bupivacaine dan Ropivacaine selalu digunakan dalam kaedah ini di hospital-hospital di Malaysia.

Dos ubat pembiusan bergantung pada beberapa faktor seperti saiz badan pesakit, tahap kesakitan dan juga peringkat proses kelahiran.

Kaedah pembiusan epidural tidak hanya digunakan untuk mengurangkan kesakitan semasa melahirkan anak tetapi juga digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan caesarean bagi ibu-ibu yang tidak mampu melahirkan anak secara normal.

``Cuma ubat yang digunakan itu ditukar kepada dos yang lebih tinggi,'' ujarnya.

Dengan kaedah ini pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Dr. Mahamarowi memberitahu, bukan semua pesakit boleh menerima pembiusan epidural.

``Pesakit-pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah atau yang mempunyai jangkitan kuman dalam darah atau yang berada dalam keadaan pendarahan yang teruk (hypovolaemic shock) tidak boleh menerima pembiusan epidural,'' katanya.

Sebagai langkah awal untuk memperkenalkan kaedah ini kepada orang ramai, HUSM telah memberi galakan kepada kakitangan hospital untuk menggunakan kaedah ini dengan harapan ia dapat menyebarluaskan teknik ini kepada masyarakat.

Sambutan terhadap penggunaan epidural di USM semakin baik.

Keperluan pembiusan epidural

Ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mempunyai hak dan boleh memohon untuk menggunakan kaedah pembiusan epidural.

Bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan oleh pakar pembiusan, pakar perbidanan dan sakit puan dan juga bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri.

Kebaikan epidural

* Ibu-ibu tidak akan berasa sakit. Mereka akan melahirkan anak dengan lebih selesa dan selamat.

* Bagi ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau pre-eclampsia, mereka amat digalakkan bersalin melalui kaedah ini.

* Anak-anak yang dilahirkan dengan kaedah ini biasanya lebih selamat dan sihat, di samping itu ibu dapat memegang dan memberi susu ibu sejurus selepas anak dilahirkan.

Salah tanggapan terhadap kaedah pembiusan epidural

Banyak pihak beranggapan bahawa kaedah ini akan menyebabkan sakit belakang, kepala dan kelumpuhan. Ini menyebabkan ramai ibu tidak begitu tertarik untuk menggunakan kaedah epidural.

Sesetengah ibu menganggap apabila kaedah ini digunakan, doktor akan mengambil air tulang belakang yang akan menyebabkan kerencatan akal.

Tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.

Walaupun ada sesetengah pesakit mengalami sakit belakang selepas pembiusan epidural tetapi adalah tidak tepat untuk menyalahkan kesakitan itu kepada pembiusan epidural semata-mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 04:02 PM | Show all posts
Thanks for the info syd.

Sewaktu dane mendpt tahu dane mengandung twins, mmg dane sudah berhasrat akan memilih c section tetapi setelah mendengar pengalaman kawan2 yg pernah menjalani c section dan khuatir tidak dpt menyusukan anak dengan selesa selepas c section, dane telah membuat keputusan utk bersalin secara normal dengan menggunakn epidural.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 04:03 PM | Show all posts
i dulu pun guna epidural gak sbb tak tahan sakit terlalu lama sampai dekat 8hrs.. mmg ngeri tgk jarum epidural nie!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 04:07 PM | Show all posts
eh, rasanya takde masalah kalau nak susukan anak kalau c-sect

boleh mengiring etc
sokongan moral dari ahli famili mmg diperlukan sangat waktu tuh
lagipun lagi banyak kita bergerak
lepas bedah, lagi bagus

memula mmg lenguh skit
lepas tuh ok dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.109491 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list