CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4105|Reply: 20

Bantuan dan petisyen untuk Palestin/Lubnan (merge syd, fa_wuque)

 Close [Copy link]
Post time 24-6-2006 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Saban hari nyawa saudara kita di Palestin melayang !




Mangsa terbaru serangan rejim Zionis pada Rabu, 21/06/06 di selatan Jalur Gaza.




Mohammed Roka, 5 tahun (kanan) dan kakaknya Needa yang terbunuh dalam serangan ganas rejim Zionis pada Selasa, 20/06/06 di Gaza."



RM1 setiap bulan kepada Palestin

Masukkan derma anda ke dalam akaun:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
----------------
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019



post dikeluarkan dari thread asal ~ ibnur

[ Last edited by  ibnur at 3-8-2006 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2006 10:07 AM | Show all posts
Menyegerakan Pengeluaran zakat Untuk Palastien

Dr. Yusuf al-Qaradhawi membenarkan umat Islam segera mengeluarkan zakat harta khusus untuk membantu Palastine meringankan bebanan mereka setelah  
negara-negara barat menghentikan bantuan mereka, sambil menganggap menghulurkan bantuan kepada Palastine adalah suatu kewajipan atas setiap umat Islam.

Akhbar al-Syarq Qatar, Sabtu 22 April 2006, menyebut jawapan dari al-Qaradhawi terhadap soalan sekitar menyegerakan pengeluaran zakat tahun hadapan bagi orang yang telah mengeluarkan zakat hartanya (sebagai berkata) :
"Ya, dia boleh memberikan zakat tahun hadapannya, kerana Nabi saw telah membenarkan menyegerakan pengeluaran zakat bagi sesuatu sebab atau lainnya, maka ini adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan penyegeraan mengeluarkan zakat untuk diberikan kepada orang-orang Palastine dan membantu mereka. Orang mukmin adalah saudara bagi orang mukmin yang lain, dia tidak boleh membiarkannya. Ini adalah dari KEWAJIPAN persaudaraan di dalam Islam.

Beliau (al-Qaradhawi) menambah : Kita memberi kepada mereka zakat dan apa yang lain daripada zakat... maka zakat adalah hak yang awal bukan yang akhir, disana ada lagi hak yang lain dari zakat. Tidak harus seorang yang kaya hidup berseronok dengan kekayaannya sedang jiran-jirannya fakir hingga tidak mampu untuk hidup... Hak bantu-membantu itu adalah mesti atas semua orang."

Tambah beliau lagi : "Di sana juga adanya sedekah sunat, maka sebaik-baik kebaikan adalah dengan kita membantu saudara kita berdiri berhadapan dengan kebatilan (musuh) yang angkuh di buka bumi."

Al-Qaradhawi berpendapat orang-orang Palastien mempunyai hak terhadap zakat orang-orang Islam, beliau berkata :
"Tidak boleh kita meninggalkan mereka (walau) dalam sebahagian waktu sehingga mereka tidak memiliki tepung untuk dimakan. Ke atas kita mesti memberi berbagai bantuan, kita memberi kepada mereka zakat harta kita dengan kefarduan zakat. Mereka berhak terhadapnya dalam banyak sebab. Mereka orang-orang fakir dan miskin, orang-orang yang dalam kelaparan, mereka orang-orang yang dibebani dengan hutang yang membebankan tanggungan mereka. Mereka orang-orang yang dikeluarkan dari tanah-tanah dan harta-benda mereka. Mereka pula mujahid pada jalan ALLAH... beparakah dari hak zakat ada pada mereka"

Kefardhuan-Kefardhuan Yang Wajib
Dalam masa yang sama, al-Qaradhawi menyeru bangsa Arab Islam untuk membantu bangsa Palastien dan kerajaan mereka, beliau berkata :
"AKU MELIHAT BAHAWASANYA MEMBANTU SAUDARA KITA PALASTIEN, BUKANLAH DARI BAB TABARRU' YANG SUNAT. BAHKAN IA ADALAH DARI KEFARDHUAN-KEFARDHUAN YANG WAJIB. MAKA PERKARA WAJIB ITU ADALAH SUATU YANG MESTI ATAS UMAT ISLAM."

Beliau menyambung :
"TIDAK BOLEH BAGI UMAT ISLAM MENINGGALKAN SAUDARA KITA MATI DALAM KEADAAN KELAPARAN, SEDANGKAN DI SISI MEREKA ADA LEBIHAN HARTA. BUKAN DARI (AJARAN ISLAM), UNTUK KITA MAKAN HINGGA PENUH PERUT-PERUT KITA, LALU KITA MEMBUANG LEBIHAN KE TEMPAT BUANGAN, SEDANGKAN SAUDARA KITA MENDERITA KELAPARAN."

Beliau menambah bahawasanya membantu Palastien :
"Bukanlah dalam bab kelebihan untuk membantu saudara-saudara kita. Bahkan mereka memiliki banyak sebab untuk menerima bantuan kita. MEREKA ORANG YANG MEMPERTAHANKAN DARAH MEREKA... MEREKA MEMIKUL SEMUA INI BUKAN DISEBABKAN (PALASTIEN) TANAH MEREKA, SEBALIKNYA DISEBABKAN (PALASTIEN) ADALAH TANAH ISLAM... AKU BERKEYAKINAN BAHAWASANYA ORANG-ORANG MUSLIM DI SELURUH DUNIA BERTANGGUNGJAWAB MEMBEBASKAN PALASTIEN, DAN MEMBEBASKAN MASJID AL-AQSA. MASJID AL-AQSA BUKANLAH MILIK ORANG-ORANG PALASTIEN, BAHKAN IA ADALAH MILIK ORANG ISLAM KESELURUHANNYA. KALAULAH ORANG-ORANG PALASTIEN MENINGGALKAN DARI MEMPERTAHANKANNYA. PASTI KEWAJIPAN KE ATAS SEMUA ORANG ISLAM DISELURUH ALAM  BANGUN MEMPERTAHANKANNYA."

Penterjemah : Abdul Kadir
sumber : http://www.islam-online.net/Arab ... /22/article07.shtml



RM1 setiap bulan kepada Palestin

Masukkan derma anda ke dalam akaun:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
----------------
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 01:55 PM | Show all posts
Kerahkan Sumber Yang Ada Utk Membantu Palestin !!

Ini adalah mangsa terbaru kekejaman rejim Zionis pada serangan 06/07/06 di perkampungan Beit Lahya. Bantulah mereka sedaya upaya !!"





Masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
----------------
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019


sumber: palestinkini.info

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2006 06:34 PM | Show all posts

Tahanan Palestine di Israel: Fakta yang dilupakan


Dengan lebih kurang 20% daripada penduduk Palestine pernah ditahan di penjara Israel sebanyak sekali atau lebih, anda mungkin tidak akan jumpa mana2 keluarga Palestine yang tidak mempunyai anggota keluarga yang tidak terlibat.

Bila orang2 Barat 揵ising
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 09:05 AM | Show all posts

Sumbangan Tabung & petisyen Lubnan/Palestine (merged: fa_wuque)

Bantuan untuk mangsa serangan rejim Yahudi



PANTAS BERTINDAK: Sukarelawan Lubnan berusaha menyelamatkan
seorang remaja perempuan yang cedera terkena serangan udara
Israel di bandar Tyre, selatan negara itu, kelmarin. Kabinet
Israel membuat keputusan untuk memperhebat serangan
udara terhadap Lubnan dalam satu mesyuarat, semalam.

KITA mungkin resah dan mengutuk kekejaman Israel di Lubnan. Kita juga mungkin bertanya mengapa mereka yang tidak berdosa harus menderita. Namun hakikatnya, wanita dan kanak-kanak sedang meratap di Lubnan.

Hiba, yang baru berusia lapan tahun dan berasal dari Beirut, adalah antara ribuan kanak-kanak yang menghadapi trauma akibat konflik yang dicetuskan orang dewasa.

Dia sentiasa mendengar bunyi letupan dan dihantui mimpi ngeri akibat terperangkap di sebuah kampung yang dibedil hebat pesawat tentera Yahudi sejak 10 hari lalu.

Bersama 600,000 lagi kanak-kanak Lubnan lain, Hiba kini tidak lagi mempunyai tempat tinggal manakala angka korban akibat kekejaman Israel terus meningkat.

Menurut Tabung Pendidikan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), lebih separuh mangsa yang kehilangan tempat tinggal di Lubnan ialah kanak-kanak.

揔ami diberitahu bahawa sepertiga daripada yang terbunuh atau cedera ialah kanak-kanak,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 28-7-2006 09:05 AM
Bantuan untuk mangsa serangan rejim Yahudi



PANTAS BERTINDAK: Sukarelawan Lubnan berusaha menyelamatkan
seorang remaja perempuan yang  ...


Sumbang lah! Jangan sampai kera dihutan disusui anak dirumah mati kelaparan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2006 10:02 PM | Show all posts

tumpang lalu sat...

PLIS PLIS PLIS!!! DO SIGN THIS PETISYEN... http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/ we have to play our part... it just take 2 minutes... that the least we can do... kalau sanggup tgk ISLAM terhina di bumi Malaysia... just ignore this msg... n nanti JAWAB dpan ALLAH... what did u do when ISLAM being insult...? r u ready to answer that question? n plis...pass this around x rugi sesen pun kalo org dpt sejuta kali pun... n last one our enemy dah already kutip 50 000 signature to support their course... CPAT SIGN!!! pastikan kita sampai 100 000... lawan dieorg...kalo bukan kite yg beragama ISLAM yg nak sign nih sape lagi....

me forward jek....tanyala diri sendiri...bagaimana kita menghabiskan usia kita...??bape byk jasa kite demi ISLAM?di mana letaknya sensitiviti kite...

mintak maap tersalah silap :hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by fa_wuque at 31-7-2006 10:02 PM
PLIS PLIS PLIS!!! DO SIGN THIS PETISYEN... http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/ we have to play our part... it just take 2 minutes... that the least we can do... just ignore this msg... n nanti JAWAB dpan ALLAH... what did u do when ISLAM being insult...? r u ready to answer that question? ...



Mula mintak tolong , guna prkataan plizzzzz
Pastu ugut pulak :geram::hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 11:22 PM | Show all posts
kalau byk duit anak dan kera pun boleh susukan sekali.lagi banyak pahala apa!!
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 2-8-2006 03:06 PM | Show all posts
ya..aku dah sign..jangan pdulikan bateesta tuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 03:50 PM | Show all posts
Salam,


Alhamdulillah,
syukurlah engkau sudah sign tetapi jangan merasa puas hati kerana engkau masih belum bebas dari soalan ini;

what did u do when ISLAM being insult...? r u ready to answer that question?


Adalah suatu hal yang TIDAK TEPAT untuk pembuka thread ini mengaitkan petisyen ini dengan soalan yang akan diajukan Allah SWT terhadap diri kita kelak.. Ada tugas yang lebih BESAR dan lebih penting lagi untuk kita umat Islam KERJAkan disaat2 agama diperkotak-katikkan oleh orang2 yang tidak percaya itu.....


Fikir2kanlah....


p/s: lain kali jangan buat ugutan camtu lagitau.... :pray:






Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 06:37 PM | Show all posts
aku pun dah sign dah.cuma aku nak tanya satu apa kesannya kpd pihak yg berkuasa.zaman skrg ni 'mata duit' lebih tajam dari'mata pena'.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 07:59 PM | Show all posts
sign petisyen?boleh sign aja laa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 08:09 PM | Show all posts
Yang pemuda-pemuda ni tak habis-habis lagi ke hantar memorandum.  Mungkin maumerudum ni....


100 juta pemuda ikrar lawan Israel

Indonesia, Malaysia akan serah memo kepada OIC

JAKARTA: Kira-kira 100 juta pemuda Indonesia dan Malaysia berikrar akan menggembleng sokongan pemimpin dan generasi muda dunia yang cintakan keamanan untuk menentang keganasan Israel yang terus menzalimi rakyat Palestin dan Lubnan.

Sebagai langkah pertama usaha yang digerakkan bersama oleh Pemuda Umno Malaysia dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) itu ialah akan menyerahkan memorandum mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak tegas menghentikan kezaliman rejim Zionis itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 12:30 AM | Show all posts

Reply #10 ibnur's post

ko rasa israel tu amek pot ke kat memorandum mcm ni? aku rasa buang masa jelah.kertas memorandum tu diaorg buang terus.aku nampak satu je kebaikan memo ni iaitu utk menunjukkan sokongan kpd yg mengusahakannya itupun kalau diaorg tak sign sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 12:46 AM | Show all posts
ya tak ya jugak kan elbeck..  walaupun USAn dgn Israel tak ambek pot, tapi boleh jugak tunjuk kita ambik pot.  Kalo gitu sop...  moh kita derma kat hamas dengan hizbullah..  kat thread mana ari tu ada dia punya tabung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 11:12 AM | Show all posts

Bantuan dan petisyen untuk Palestin/Lubnan

Pagi ni OIC bersidang... jom sama-sama kita doakan agar ada penyelesaian bagi masalah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 04:47 PM | Show all posts

Ingin ke Palestin?

Ingin ke Palestin?
oleh : Maszlee Malik
Posted on Monday, August 14

http://www.palestinkini.info/mod ... rticle&sid=1194

Di antara sms, emel dan juga YM yang sering saya terima ialah "Bagaimana saya boleh pergi ke Palestin untuk berjihad?". Bukan seorang dua, malah puluhan, jika tidak ratusan. Bukan hanya dari kalangan lelaki, malah juga dari wanita. Begitulah semangat jihad dan cintakan Islam yang ada di dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya yakin, jika dibenarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Palestin untuk berjihad, nescaya Masjid al-Aqsa sekali lagi akan menyaksikan kemunculan Salahudin. Hanya Salahudin kali ini bukannya berketurunan Kurdi, tetapi mungkin Salahudin Jawa dari Sungai Besar, atau Banjar Air Hitam ataupun Bugis dari Benut. Moralnya, Palestin dan Masjid al-Aqsa masih tetap dan akan tetap berada di dalam hati setiap Muslim.

Apa yang boleh saya lakukan untuk Palestin?, itulah soalan yang sering dikemukakan oleh ramai di kalangan para pemuda dan pemudi Islam. Sekadar menghadiri ceramah-ceramah, mengikuti perkembangan terkini dan juga menangisi syahid-syahid yang gugur dibunuh oleh tentera-tentera Zionis? Adakah itu sudah cukup?

Atau mungkin juga menghulurkan sumbangan, wang ringgit, gelang, cincin dan subang ke dalam tabung Palestin. Adakah itu sudah memadai?

Keluar berdemo, menandatangani memorandum bantahan dan juga memboikot barangan Israel dan AS. Sudah cukupkah itu semua?

Atau mungkin juga bangun di dua pertiga malam dan panjatkan doa kepada Allah SWT agar membantu para mujahidin dan mujahidah di Palestin. Adakah itu juga sudah cukup?

Saya yakin ratusan, malah ribuan dari kalangan para pemuda dan umat Islam kita mampu melakukan lebih daripada itu. Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin. Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi sudah cukup menjadi perangsang untuk umat Islam bangkit mengikuti jejak langkah mereka untuk bersama menuju ke syurga Illahi. Persoalannya. Adakah di sana punya ruang untuk rakyat Malaysia untuk berjihad di bumi Palestin?

Teringatkan kata-kata wakil kerajaan Palestin (HAMAS) yang datang ke Malaysia. Apabila beliau ditanyakan bagaimanakah caranya rakyat Malaysia dapat membantu saudara mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi, beliau menjawab:

"Anda semua tidak perlu pergi ke sana. Ianya amat membahayakan. Rakyat Palestin masih lagi cukup untuk membebaskan al-Aqsa. Kami telah pun mengorbankan nyawa, dunia dan keluarga kami untuk tujuan tersebut. Apa yang kami perlukan adalah sokongan berterusan anda dari segi material. Sekatan dan tekanan yang dikenakan ke atas kami amat payah. Kami perlukan bantuan anda agar kami dapat terus hidup dan terus berjuang. Selain daripada sumbangan material daripada anda, kami juga perlukan tekanan dari negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa ke atas rejim Zionis agar menghentikan sekatan yang zalim ini. Anda boleh mempengaruhi kerajaan anda dan juga masyarakat antarabangsa untuk melakukannya. Akhir sekali, doa anda semua yang ikhlas dan bersunguh-sungguh adalah bekalan kami di dalam perjuangan"
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 04:48 PM | Show all posts
Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin.


Ya, memang benar. Mereka perlukan bantuan kewangan dan material yang berterusan daripada kita untuk terus hidup. Bukanlah mereka mengemis, tetapi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka langsung mematikan ekonomi mereka. Mereka tidak berupaya untuk mengimport dan mengekspot mahupun melakukan apa-apa urusan dagang dengan pihak luar. Mereka hanya ada sebuah kerajaan untuk memerintah rakyat tanpa menguasai ekonomi serta jalan akses dan keluar daripada tanah air mereka sendiri. Tanpa sumber yang tetap, tanpa keupayaan untuk menjual hasil nasional mereka, bagaimanakah caranya untuk mereka akan dapat terus hidup?

Maka, sumbangan berterusan haruslah dilakukan. Janganlah hanya sekali sahaja menyumbang dan kemudian tidak menyumbang lagi. Nombor-nombor akaun pertubuhan yang menyalurkan derma telah pun anda miliki (atau layari laman web: www.palestinkini.info). Jadikan amalan anda pada setiap bulan untuk memasukkan sebahagian daripada gaji anda ke dalam salah satu akaun tersebut. Insha Allah, amalan yang berterusan, walaupun sedikit, nilainya amat tinggi di sisi Allah SWT. Yakinlah, walaupun seringgit yang anda sumbangkan, tetapi jika ianya berterusan, ianya akan mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Berkenaan dengan doa pula. Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah. Jika diri kita dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian, ianya akan melambatkan jawapan kepada doa tersebut. Oleh yang demikian, usaha untuk menjauhi, mengurangkan dan meninggalkan terus maksiat perlulah dilakukan secara berterusan agar doa kita akan cepat mendapatkan jawapannya. Usaha untuk mengajak masyarakat dan orang lain untuk sama-sama meninggalkan maksiat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT juga perlu diperhebatkan. Ramainya orang yang beriman dan orang yang salih berdoa akan mempercepatkan lagi jawapan dari Allah yang Esa.


Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah


Mencari waktu yang sesuai untuk berdoa juga adalah penting. Sepertiga malam terakhir, di kala orang ramai nyenyak tidur merupakan waktu yang amat sesuai. Jika benar kita ingin berkorban, maka korbankanlah tidur kita untuk menghadap Allah SWT di waktu tersebut. Hadapkan diri kita dengan penuh keikhlasan, harapan dan pengharapan kepada Yang Maha Mendengar. Berdoalah secara bersungguh-sungguh.

Sunnah Rasulullah SAW di waktu peperangan juga janganlah ditinggalkan. Rasulullah SAW akan melakukan Qunut Nazilah di kala berlakunya peperangan dan kecelakaan ke atas umat Islam. Di Malaysia, sunnah ini jarang diamalkan. Demi mendapatkan kemenangan buat umat Islam, maka sunnah ini perlu dihidupkan semula.

Akhir sekali, usaha memperhebatkan kempen pungutan derma, menyebarkan kesedaran dan juga menyokong segala usaha berkaitan isu Palestin merupakan tanggungjawab kita semua. Kesemuanya akan menjadi bekalan kita untuk bertemu Allah SWT di akhirat nanti. Ianya akan menjadi jawapan jika Allah AWT bertanyakan kepada kita: "Apakah yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa ketika ia di ambanr keruntuhan?, Apakah yang kita lakukan ketika saudara mara kita di sana bertungkus lumus berusaha untuk memerdekakannya?, Apakah juga yang telah kita lakukan ketika saudara-mara kita dibunuh, disembelih dan juga dizalimi demi memerdekakan Masjid al-Aqsa..."

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua! "
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 10:08 AM | Show all posts
Sumbangan Aman Palestin ringankan derita pelarian
Oleh SITI AINIZA KAMSARI


Abdullah Zaik (berdiri dua dari kiri) sedang membahagi-bahagikan hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada pelarian Palestin di Kem Burj, Beirut.
--------------------------------------------------------------------------------

APABILA peperangan meletus, menyebabkan yang menderita bertambah sengsara kehidupan mereka. Ini merujuk kepada saudara seagama, rakyat Palestin yang menghuni khemah-khemah pelarian di sekitar Lebanon.

Peperangan yang berlaku selama 34 hari baru-baru ini antara tentera Israel dengan tentera Hezbollah, Lebanon telah mengundang padah yang lebih parah kepada rakyat Palestin yang dalam buangan.

Ini kerana mereka lebih tertekan akibat kesan peperangan dan sumber kewangan yang begitu terhad.

Difahamkan juga penempatan pelarian Palestin yang sebegitu daif, turut dijadikan penempatan sementara kepada rakyat Lebanon yang berlindung beberapa ketika sewaktu perang melanda.

Pertubuhan Aman Palestin Malaysia selaku badan kemanusiaan khusus untuk umat Islam Palestin begitu merasai penderitaan yang ditanggung ini. Walaupun masih dalam suasana peperangan dan terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan. Namun Aman Palestin tetap memikul tanggungjawab yang berat bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin itu.

Mereka tiada pilihan kecuali berusaha untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada rakyat Palestin.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, niat mereka itu akhirnya kesampaian apabila sejumlah bantuan yang bernilai USD84,600 (RM311,320.79) berjaya disalurkan kepada umat Islam Palestin di Lebanon baru-baru ini.

Ini dijayakan oleh Pasukan Misi Bantuan Kecemasan Untuk Rakyat Palestin di Lebanon yang diketuai oleh Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau menjayakan misi itu bersama-sama dengan anggota Aman Palestin yang lain. Ini termasuk salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, Shamsul Maarif Ismail, jurulatih Dr. Tengku Shahrom Tengku Shahadan dan petugas media, Mohd. Faris Fadlullah.

Abdullah Zaik berkata, mereka berada selama hampir seminggu di Lebanon, iaitu sejak 19 Ogos lalu bagi menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia yang mengisi tabung Palestin menerusi kelolaan Aman Palestin.

揇alam misi ini, Aman Palestin berjaya menyerahkan bantuan makanan untuk penempatan rakyat Palestin di Kem Burj, Beirut.

揝elain itu, kita turut menyumbangkan sebuah kenderaan ambulans di Pusat Perubatan Hamzah di Tyre,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list