CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23039|Reply: 69

Nilai filem P. Ramlee sudah ketinggalan zaman

[Copy link]
Post time 25-7-2006 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Nilai filem P. Ramlee sudah ketinggalan zaman

DI SINI saya ingin memberikan satu komentar ikhlas tentang salah sebuah filem Tan Sri P. Ramlee iaitu Ibu Mertuaku. Dari mula jalan cerita sehinggalah ke penamatnya, saya mengamati dengan penuh kesedihan, kesadisan dan kemuraman. Inilah satu-satunya filem genre drama Tan Sri P. Ramlee yang penuh unsur melankolik dan balada.

Filem seharusnya menonjolkan kebijaksanaan watak. Bukan watak yang menggambarkan betapa sempitnya pandangan dan membiarkan diri hanyut dibawa arus keadaan.

Kassim Selamat seharusnya menjadi watak yang lebih dinamis dan progresif, kalaupun tidak pragmatik.

Di sebalik sifatnya suka menghiburkan peminat dan penonton, kita pula melihat watak Kassim Selamat yang gagal menghiburkan dirinya sendiri, walau apapun musibah yang menimpa dirinya.

Mengapa pula harus Kassim Selamat membawa isterinya jauh ke negeri lain setelah berkahwin? Bukankah baik jika Kassim dan isterinya menyewa di rumah lain di daerah yang sama daerah tempat beliau bekerja.

Kemudian ditunjuk pula Kassim dan isterinya 慴erjoli sakan
Single Polls, Total 65 Users voted
11.36% (10)
87.50% (77)
1.14% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2006 10:59 AM | Show all posts
NI BUKAN PATUT KAT BOARD MOVIES & TV KER?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 06:27 PM | Show all posts
satu contoh saja yang penulis beri --
tapi pada pendapat saya filem P Ramlee
most of them -- untuk semua zaman --  dari filem
pertama dia panggilan pulau   sampai yang terakhir
laksamana do re mi --    saya menonton hampir
kesemua filem P Ramlee kerana filem beliau lah
pada pendapat saya yang tak akan jemu2 di tonton

cuba tengok filem masam masam manis -- saya rasa
saya dah tengok macam lebih 10 kali   - beli CD lagi --
dan everytime mesti jugak gelak dengan telatah
beliau  dan lakonan sh hanim yang memang tak leh
berlakon tapi still a fun movie -- dan komedinya sangat
menghiburkan..

cuba tengok anakku sazali -- camana anak2 yang tak berterimakasih
kepada ibu bapa - dengan lakonan yang berkesan - dan in fact --
banyak unsur2 teladan yang patut di ambil  bila hidup dalam
kemewahan  ada yang lupa diri ---   

filem P Ramlee sangat balance -- meaning - dia tidak hanya plot
kalau orang kaya  mesti jahat dan kedekut   - kalau orang miskin mesti
baik dan jadi hero -- tapi lebih kepada unsur2 hidupan kita day to day...

saya tidak bersetuju bahawa filem2 P Ramlee sudah ketinggalan zaman --
filem2 beliau  -- juga telah dibuat thesis oleh some students in jurusan
arts cuz of the artistics and plots and kesusasteraan yang di sebalik
jalan cerita itu...

i am very passionate about movies - and always critical about it..
and those are my views about P Ramlee's movies...


p/s: irrelevant - but i have never watched any malay movies
but only P Ramlee's and old movies just cuz malay movies nowadays tak ada
nilai commercial and the actors / actress cant even act..
kaku!...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 06:58 PM | Show all posts
Setuju dengan pendapat Dexa.

Semua filem bukanlah sempurna atau perfect.. ada kekurangannya.

Dalam soal Ibu Mertua ku... it happens to everybody dari dulu sampai sekarang
cuma yg berbeza, keadaan & situasi.
Senang bagi penulis memberi kan komen, sebab bukan si penulis yg berada di
tempat Kassim Selamat.  Saya rasa, sesiapa pun yg menerima khabar berita tu
akan sedih dan menangis.  Hendak di cari pada waktu itu, mungkin tiada duit dan
sementelah, tidak akan diterima si ibu mertua.

Saya rasa, filem2 P.Ramlee amat bagus, dan untuk kita jadikan panduan
serta tauladan.  Analisis apa yg patut, yg buruk jadikan sempadan.


*My 2 sens *
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 08:20 PM | Show all posts

i concur with seri...
in short --
most filem2 P Ramlee -- relevant  sepanjang zaman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 09:43 AM | Show all posts
Filem P. Ramlee relevan sepanjang zaman

Saya agak tertarik dengan komen saudara Hazimy Hassan yang disiarkan pada 25 Julai 2006 mengenai filem P. Ramlee perlu dinilai semula. Beliau menyatakan bahawa filem Ibu Mertuaku sudah ketinggalan zaman, tidak sesuai malahan melanggar norma masyarakat Islam di negara ini.

Seandainya kita lihat balik filem tersebut, dan kita bandingkan dengan masyarakat kita di zaman ini, bukankah masih banyak kesamaannya? Masalah masyarakat Melayu yang digambarkan oleh P. Ramlee dalam filem beliau 40 tahun dahulu masih lagi relevan kini.

Pertama, mengenai Kassim yang hanya menurut kehendak isterinya. Takut nanti isterinya merajuk. Seperti seorang lelaki dayus. Namun inilah yang sering berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya golongan pelajar sekolah dan universiti yang sanggup meninggalkan kewajipan mereka untuk belajar kerana hanyut bercinta dan hanya menurut kehendak kekasihnya.

Dari sudut lain pula, ramai orang kita tidak berani untuk menunjukkan bakat dan kemampuan yang ada, sebaliknya hanya menurut kehendak jenama Melayu, tunggu, mengharapkan bantuan dan hanya berserah pada nasib. Tidak mahu tampil berlainan daripada orang lain, takut nanti dikata orang.

Kedua, mengenai Kassim dan isterinya bermain judi. Ini juga masih terjadi. Kita boleh sahaja melihat di kedai-kedai nombor ekor berapa ramai umat Islam Melayu yang membeli nombor ekor. Babak ini juga memaparkan betapa pendek akalnya Kassim, seorang Melayu berjudi dengan mengharapkan wangnya akan berganda.

Perkara ini masih juga berlaku, masyarakat kita apabila ditawarkan dengan pelbagai skim cepat kaya, mudah sahaja terpengaruh dan tertipu dan akhirnya merana. Percaya pada pujukan orang lain tanpa berfikir panjang inilah masalah orang kita.

Dan jika filem ini menggambarkan masyarakat Melayu tidak mengamalkan Islam, bandingkan dengan hari ini berapa ramai umat Melayu Islam cukup menunaikan solat lima waktu.

Ketiga, Kassim seorang Melayu tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan. Sering sahaja kita terdengar di sana sini orang kita merungut tidak mendapat bantuan sewajarnya, pada hal mereka sepatutnya tidak perlu bantuan. Budaya mengharap dan tidak bersyukur inilah punca masalah masyarakat kita hari ini.

Keempat dan yang terakhir, sikap Kassim yang hanya memendam perasaan. Boleh dikatakan inilah masalah kita. Orang kita sering memendam perasaan. Tidak berani untuk ke hadapan merencanakan apa yang ada di dalam fikirannya. Dan inilah sebab utama mengapa negara kita masih lagi bertungkus-lumus membantu memajukan masyarakat Melayu sekalipun sudah 49 tahun merdeka.

Lihat, betapa geniusnya seorang seniman bernama P. Ramlee membincangkan masalah masyarakat Melayu kita hanya melalui satu karyanya. Ini hanyalah contoh yang mudah. Banyak lagi yang boleh dibincangkan. Menilai sesuatu karya bukanlah setakat melihat jalan ceritanya sahaja. Sememang pemikiran P. Ramlee melampaui zamannya.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2006 09:44 AM | Show all posts
Filem mesti punyai unsur tidak logik

Saya tertarik membaca komentar ikhlas Hazimy Hassan berkaitan dengan nilai filem P.Ramlee sudah ketinggalan zaman. Sebagai generasi baru, maka jurang generasi filem yang semakin ketara mungkin membuatkan Hazimy memikirkan filem Ibu Mertuaku itu tidak perlu ditayangkan lagi.

Pada ketika filem itu diterbitkan lebih tiga dekad lalu, mungkin ia dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat waktu itu. Sebenarnya apa yang hendak dikomenkan oleh Hazimy ialah berkaitan satu isu sahaja iaitu unsur 憀ogik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 09:46 AM | Show all posts
ada orang bpendapat, filem hanya salah satu cabang hiburan
dan ada yang berfikir dan berpendapat, filem tuh salah satu cabang nak sampaikan mesej
yelah, tgk melangut dpn tv 1-2 jam
kalau tak dpt apa2, buang karan jer lah

kalau drama ker filem yang ke arah mendidik, aku rasa impaknya besar pada kita semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 09:50 AM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

kebanyakan filem sekarang sekadar ke cabang hiburan...
contoh yang jelas -- filem2 dari kumpulan senario
(saya tak pernah tengok tetapi saya baca ulasan pengkritik
mengenai plot dan jalan cerita)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 09:52 AM | Show all posts
dan posting #7 tuh...secara halus ditujukan pada jenis2 yang seupama dexa katakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 09:56 AM | Show all posts

Reply #10 Syd's post

saya suka baca jawaban dari pembaca tu...
banyak point yang bernas dan make sense...
dan banyak gak kita belajar dari tu....

saya memang suka semua filem P Ramlee and interested
in movies -- dan critics about movies...  thanks for this articles
dan kalau ada lagi  pastekan ye syd  ( saya memang lousy dalam
paste2 articles  - suka baca yang you paste aje.. )
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 11:18 AM | Show all posts
tak lh kago suka cite ni tau
Reply

Use magic Report

semut_merah This user has been deleted
Post time 27-7-2006 02:35 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

saya amat tertarik dgn penilaian bernas dan tersirat oleh penulis Amin Fauzan...
mengapa kita tidak kaitkan dengan situasi sekarang??jelas, kita tidak ubah seperti yang digambarkan oleh seniman P.Ramlee pada puluhan tahun yg lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 10:58 PM | Show all posts
TIDAK :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 03:39 AM | Show all posts
setiap kali ulang mesti nak tgk ...ntah dimana bes nye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 03:08 PM | Show all posts

Reply #15 mr_mrs_smith's post

sama la dengan saya..
ndak ndak  cerita masam masam manis!!
dah belas2 kali tengok - beli cd lagi tu..

kelakar tengok arwah sharifah hanim nyanyi
lagu perwiraku --gelek -  tangan semacam  and then
bila p  ramlee sergah dia  "OHH NI KERJA CIKGU.."
dia punya muka 'TERPERANJAT'  so  unnatural..
tapi  stillllll layan aje... :nerd:


[ Last edited by  dexa at 30-7-2006 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2006 07:35 PM | Show all posts
tadi tengok last 45 min cerita Jangan Tinggal Daku --
lagu2 dalam filem ni - best ---
tapi lakonan Noor Azizah - tak mencabar langsung ----
saya ingat lagi dia first berlakun cerita Enam Jahanam tu -
yang tu - memang langsung kaku -   yang ni improve sikit --
tapi -- setakat tu je la -----
sony abdullah pulak yang jadi bf dia nama rosli tu - good lord --
tak reti berlakon langsung --- kaku - buat2 -  tak real -- dan sooooo
cant move --- p ramlee -- yang ni tak payah sebut la -
lakonan dia memang berkesan ---

apa yang saya nak tekankan sebenarnya ialah PLOT cerita tu
yang -- interesting -- mengenai keluarga - yang adik beradik
tersisih - dan apa akan berlaku jika tidak mendapat kasih sayang
sepenuhnya.......

juga muda mudi dari zaman dulu yang sibuk dengan clubbing sampai 2pagi --
yang sampai sekarang pun -- masih ada lagi.....

p ramlee -- filem2 dia  relevan hingga ke hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 07:46 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 25-7-2006 10:02 AM
Nilai filem P. Ramlee sudah ketinggalan zaman

DI SINI saya ingin memberikan satu komentar ikhlas tentang salah sebuah filem Tan Sri P. Ramlee iaitu Ibu Mertuaku. Dari mula jalan cerita sehingg ...




...Filem seharusnya menonjolkan kebijaksanaan watak. Bukan watak yang menggambarkan betapa sempitnya pandangan dan membiarkan diri hanyut dibawa arus keadaan..."

Bagi Naru, 'ketidakbijaksanaan' watak (banyak watak sebenarnya dalam Ibu Mertuaku - IM) itulah yang menjadi MORAL of the story.... sebagai SINDIRAN sinis betapa manusia, masyarakat mudah menyerah, tunduk pada keadaan, malas berusaha, megah dgn kekayaan & darjat... & mudah melupakan Allah...  

Maksud tersirat dalam cerita IM, malah dalam lain2 filem P.Rmle - supaya kita jangan mengikut apa2 yg buruk/negatif yg 'dipersembahkan' dlm filem...

just my koMen.

[ Last edited by  Naru at 2-4-2008 07:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:44 PM | Show all posts

Reply #18 Naru's post

setuju.

orang ni tak faham yang watak dalam filem TAK MESTI sempurna. TAK MESTI kita perlu setuju dengan tindakan watak dlm filem. kita sebagai penonton perlu judge sendiri watak tu. dia tak faham bahasa filem dan fungsi 'metafora' dlm filem. bengong

kalau semua watak dlm filem baik-baik belaka, sempurna akhlak, baik tak payah buat filem. kalau nak buat jugak buat untuk RTM bawah filem negara malaysia punya production.

[ Last edited by  maberik at 2-4-2008 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 06:58 PM | Show all posts
P.Ramlee antara org yg ikhlas berkarya dlm setiap hasil seninya
Disebabkan keikhlasan ini lah, filem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056001 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list