CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 13

Animal Planet turut terkena tempias program realiti

[Copy link]
Post time 21-7-2006 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Animal Planet turut terkena tempias program realiti - petikan Berita Harian


FENOMENA program realiti bukan saja menular di dalam dunia hiburan saja. Nampaknya kini, saluran Animal Planet juga tidak ketinggalan terkena tempias program realiti.

Sesuai dengan paparan saluran berkenaan yang menghidangkan kepada penonton dokumentari berkisar dunia haiwan. Program realiti yang menemui penonton sejak 9 Julai lalu sudah pasti berkenaan salah satu makhluk ciptaan tuhan di muka bumi ini iaitu haiwan.

Kita sering disogokkan dengan program realiti yang melahirkan bakat dalam bidang nyanyian. Chasing Nature barangkali sesuatu yang baru dan boleh disifatkan menarik kerana mencungkil bakat pelajar universiti untuk bergelar pereka atau mungkin boleh digelar sebagai saintis.

Program sebanyak 13 episod ini dikendalikan pengacara yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam dunia pengacaraan, Kamal Sidhu. Kredibiliti Kamal tidak boleh dipertikaikan kerana beliau pernah meraih anugerah Penyampai Terbaik serta menghasilkan Program Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia.

Chasing Nature yang memulakan penggambaran sejak Februari lalu akan memperlihatkan kepada penonton bagaimana sekumpulan pelajar universiti diberi tugasan mencipta bahagian tertentu haiwan. Antaranya mencipta ekor kala jengking yang amat berbisa, membina sarang labah-labah, mencipta sayap burung, zirafah, kelawar, beruk, bengkarung, ikan lumba-lumba, ular, singa dan kangaru.

Dalam setiap episod pelajar daripada universiti berbeza akan diberikan cabaran ini yang perlu disiapkan dalam tempoh lima hari saja. Selepas mereka cipta seperti yang disyaratkan dalam program ini, peserta harus mencuba bahan rekaan mereka.

Menariknya, program ini cuba membandingkan kebijaksanaan manusia dengan ciptaan Tuhan yang sudah cukup sempurna. Di sinilah mereka diuji sama ada mampu mencipta binatang yang dikehendaki seperti yang asal.

Kamal Sidhu yang pernah bergelar VJ MTV tanpa berfikir panjang menerima tawaran menjadi hos Chasing Nature biarpun terpaksa berkorban masa selama lima bulan menjalani penggambaran. Jangka waktu yang terlalu lama di set penggambaran menyebabkan hubungannya dengan krew program itu ibarat adik beradik.

Kepercayaan yang diberikan untuk mengacarakan program itu jelas Kamal ternyata tidak sia-sia kerana banyak pengetahuan yang dikutip. Apatah lagi dia memang meminati bidang sains kerana pernah menuntut dalam bidang itu semasa di peringkat sekolah dan universiti.

* dah kuor ker... cam bess jerk.. kenek nengok nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 09:15 AM | Show all posts
yo bro!!

wassup!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by blueharp at 21-7-2006 09:15 AM
yo bro!!

wassup!!!!!


gua ok... amboiiiiiiiiiiiii... dah besau baby tuh... aper nama nyer ???
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 09:49 AM | Show all posts
9heheheh...ooo..itu hero ka...qayyum nama dia...hehehhe

beb, how ur WP?? ada new setup kaaa???

ekceli aku punya still postpone la...bajet lari la..maklum la...RM-9 aku tak dapat..ekekke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 12:19 PM | Show all posts
aku pun cam nko gak... WP dah terbengkalai ler...

tinggal ler beberapa ekor ikan... sep baik ler filter ok... lama ler tahan kebersihan nyer tu... ehehehe..
udang aku baru je aritu arwah.. lani tinggei c yamatO je le
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 04:33 PM | Show all posts
bila nak tayang kat animal planet....ada info?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2006 05:02 PM | Show all posts
eh bila nak setat nih...tak sabor dah nie....huhuhu lagi best reality tv wat utk haiwan pada orang nih...coz haiwan tak reti nak pretend2 dan tak plastik cam orang....tak sabor lambat lagi ker..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 07:14 PM | Show all posts
Rasa macam ada tengok iklan dia nih...dorang kena apply balik benda nature tu dalam bentuk sains dan teknologi

ni jadual rancangan tu...

CHASING NATURE
Channel: Animal Planet(51)
Date: Wednesday, July 19, 2006
Time: 10:00:00 AM
Synopsis:
The students must build a huge web in the manner of the Golden Orb Spider, whose webs are the largest and strongest of all spider webs.

Also on this week:


DATE TIME
19-Jul-2006 4:00:00 PM
22-Jul-2006 12:00:00 PM
22-Jul-2006 11:00:00 PM
23-Jul-2006 5:00:00 AM
23-Jul-2006 6:00:00 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 03:14 AM | Show all posts
rancangan realiti best sebab kurang kos dan lebih menarik peminat sebab....
tak ada writer, jadi outcome adalah surprise...
walaupun kadang kadang tak surprise sebab nak naikkan rating, tapi bila rating naik...maknenya banyak lagi lah yang tengok
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 09:46 AM | Show all posts
i think Reality Show has been on Animal Planet for a while. Dulu ade rancangan King of the Jungle, utk cari host cam jeff corwin etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2006 01:16 PM | Show all posts
TQ Finn...

poyos jerk aku.. frust!
aku telepas.. tak dpt nengok satu pong... uwaaaaaaaaaaaaaa :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 04:54 PM | Show all posts
tak sempat nak tengok. pasal hamster tak ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 01:50 AM | Show all posts
Originally posted by yamatO at 24-7-2006 01:16 PM
TQ Finn...

poyos jerk aku.. frust!
aku telepas.. tak dpt nengok satu pong... uwaaaaaaaaaaaaaa :geram:

anytime...

minggu ni dorang ada task baru:-
Synopsis:
The Chasing Nature team builds a large water cannon to shoot liquid 'bullets' towards our 'prey'.

ni ada lagi tarikh siaran...

2-Aug-2006 10:00:00 AM
5-Aug-2006 12:00:00 PM
5-Aug-2006 11:00:00 PM
6-Aug-2006 5:00:00 AM
6-Aug-2006 6:00:00 PM

harap lepas ni tak terlepas tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by jazmin at 4-8-2006 04:54 PM
tak sempat nak tengok. pasal hamster tak ada ke?

kalau nak tengok esok ada ulangan...

pasal hamster so far buat masa ni cam takde je kat channel animal planet tu...

kalau siri realiti tv pasal kucing ada la...tapi rancangan tu tak sampai lagi kat channel animal planet kat astro...kena tunggu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.464065 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list