CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

MERGED : All About Makkah & Madinah

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-7-2006 02:02 PM | Show all posts
Sejarah Masjidil-Haram

Asal Masjidil-Haram tidaklah sebesar apa yang kelihatan dewasa ini. Ia telah melalui pembaikan dan pembesaran dari semasa ke semasa. Pembesaran ini membuktikan bahawa bilangan umat Islam yang beriman kian bertambah dan berkeupayaan menunaikan rukun Islam yang kelima.

Imam Abul Hassan Mawardi dan lain-lain ada meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding dan datarannya tidaklah seluas hari ini.

Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab.

Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan.

Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, Abdullah ibn Zubair iaitu cucu Saidina Abu Bakar juga telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid.

Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Masjidil-Haram telah dibangunkan dengan ketinggian seninya.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini.

Kalimah-kalimah al-Qur'n telah disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.

Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca memperelokkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah.

Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti.

Kebakaran bermula dari bahagian Rubat Naziral-Khas yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Bab'Azurah di sebelah barat Masjidil-Haram.

Amir Besak Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya.

Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri.

Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah seperti Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi.

Menara ini kemudiannya diperbaiki oleh seorang menteri dari Mosul pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi.

Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dariMesir.

Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M.

Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Kini Masjidil-Haram telah mempunyai sebanyak sembilan menara, berdiri tegak dengan indahnya, dengan alunan kemerduan suara azan yang setiap masuk waktu memanggil umatnya untuk menunaikan perintah Allah dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 01:38 PM | Show all posts
hi..

teman baik saya sorg yg bukan islam..saya penah tunjuk kat dia gambar2 masa saya pegi umrah..dia dah simpan cita2 nak ikut ke mekah & madinah.kalau tak silap saya, ada limit /sempadan sampai mana aje org bukan islam bole masuk mekah..ada sesiapa ada maklumat lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 12:15 AM | Show all posts
mekah dan madinah ni, walau dah 2 3 kali pergi, tapi masih nak pergi lagi....

rindu sungguh terhadap both places. mudah2an di makbulkan allah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by ipah at 22-7-2006 01:38 PM
hi..

teman baik saya sorg yg bukan islam..saya penah tunjuk kat dia gambar2 masa saya pegi umrah..dia dah simpan cita2 nak ikut ke mekah & madinah.kalau tak silap saya, ada limit /sempadan s ...


Tak salah aku, orang bukan islam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah haram.Kalau nak tahu sempadannya ialah tempat kita bermiqat . Apabila kita bermiqat, kita kena pergi dahulu ke tanah halal. Selepas berniat di tanah halal, baru kita boleh masuk ke tanah haram

Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tanda Sempadan:

Tan'im         : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.
Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.
Ja'ranah         : Di sebelah timur sejauh 16 km.
Adhah            : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.
Hudaibiyah     : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.

Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.

Juhfah:

Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.


--------------------------------------------------------------------------------

Abyar Ali (Zul Hulaifah):

Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.


--------------------------------------------------------------------------------

Qarnul Manazil:

Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.


--------------------------------------------------------------------------------

Zaatu Irqin:

Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.


--------------------------------------------------------------------------------

Yalamlam:

Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk
Yaman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 10:15 AM | Show all posts
Gambar-gambar ni aku petik dari http://zuhrikamarzaman.fotopages.com/. Sungguh menarik sekali gambar yang diambilnya. Aku harap dia tak keberatan untuk berkongsi besama-sama dengan kita semua.

















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by ai_ai_ai at 17-7-2006 04:51 PM
tapi masa kat sana bukan senang2 nak ambik gambar masjidil haram tauu....
ada security jaga.... :geram:


tul tu ai_ai_ai...:ah:

sib tak baik kamera kena rampas...:kant:

skrg pon henpon yg ada kemudahan kamera ni tak leh bawak ke sana ...ni salah satu syarat yg dikuarkan leh pihak Berkuasa Arab Saudi..utk para Jemaah Haji....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2006 04:54 PM | Show all posts
yang kubah hijau tu masjid nabawi kat madinah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 12:42 AM | Show all posts

Reply #14 holmes's post

subhanaallah cantik sungguh..... thanks holmes 4 sharing the pics..
ooo tak bole bawak camera yek masa kat masjidil haram?
teringinnya nak pg sana....kalau ada rezeki....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 08:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 01:53 AM | Show all posts

air zam zam

saya baru balik mnggu lepas dai mekah n madinah
air zam2 yg disediakn.. kalau yg suam.. ada tulisan extra in arabic.. di depan tong2 tu. kalau x de tulisan.. airnya sejuk...mcm dlm peti sejuk.
suasana memng tenang..lupa anak isteri....
lecturer blues
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 12:32 PM | Show all posts
cantiknya mekah dan madinah..
alhamduilillah dah sampai ker sana bulan 5 lepas...syukur kepada allah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 01:02 PM | Show all posts
Heemm saya setuju sangat sangat...memang tenang dan rilexxxx apabila di sana...tak terpikir langsung pasal benda lain....blh jadi blur biler tgh Mekkah...raser macam flotting ajer..dalam pikiran hanya memikirkan tentang kebesaran Allah sahaja dah kesalahan yang telah di lakukan masa dahulu....subbahanallah!!

Masa pergi tingkat dua nampak banyak budak menagis kener rotan ngan pak arab sebab tak dapat baca alquran dgn betul.....rotan dier maaaakkk ii!!....bukan rotan sebesar jari kelingking.... sebesar penumbuk rotan dier bagi...sian tgk budak budak tu kene rotan...main rotan ajer pak arab tu terlompat lompat budak tu mengaji...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by Daiken at 4-8-2006 01:02 PM
Heemm saya setuju sangat sangat...memang tenang dan rilexxxx apabila di sana...tak terpikir langsung pasal benda lain....blh jadi blur biler tgh Mekkah...raser macam flotting ajer..dalam pikiran ha ...

betul!!!..shima pong pernah tengok (haji tahun 2003)...masa tu dok ngaji tiba-tiba dengar bunyi kuat sangat, terkejut dibuatnya...rupanya ada budak kena rotan...tak sanggup tengok. Shima pong alih duduk tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by sol at 2-8-2006 01:53 AM
saya baru balik mnggu lepas dai mekah n madinah
air zam2 yg disediakn.. kalau yg suam.. ada tulisan extra in arabic.. di depan tong2 tu. kalau x de tulisan.. airnya sejuk...mcm dlm peti sejuk.
su ...

air zam-zam yg suam tu memang sedap!!!....shima pantang jumpa tong air zam-zam suam mesti stop... minum. Selalu air zam-zam ada kat saie..pasal tu shima selalu stop minum (7 X stop).
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 03:02 PM | Show all posts
Satu lagi Masjidilharam ni seni binaan nyer yaallah...sungguh mengagumkan...tersaangat lah meryerlah detail nyer dah jugak material yang dierowang guna utk bina mesjid ni sunggguh mengagumkan sentiasa sejuk sampai nak tertido kalau dok lama lama dalam tu...dari segi bau.....baunya hanya lah satu bau sahaja di dalam tu...wangiiiiiii........samaaa ajer baunya

Saper-saper ader peluang pergi kesana saya sarankan....baik habis kan maser di dalam mesjidilharam tu dari pada dalam bilik hotel....tak rugi...nak tido pon tido ler...selesa ooo.....banyak benda nak tgk...jgn ngayap tempat lain udah ler...sesat nanti.....Lihat pada gambar sahaja sudah cukup mengagumkan...bayangkan kalau pergi sannerr....ishishishihhsish..silap silap blh pengsan....lagi lagi tgk kaabah depan mata hehehehe macam taknak balik... macam tgk dalam tv pulak...
Reply

Use magic Report

Shadow This user has been deleted
Post time 7-8-2006 02:59 PM | Show all posts
Teringat masa ke Madinah dan Mekah last year....urusan kerja. Sesambil tu ambik kesempatan wat umrah...Masa kerja g la amik gambar satu hospital nih. Tup...tup....kamera kena rampas dek satu mamat Arab ni. Haru biru kejap lerr bertekak ngan mamat nih....mati2 dia tanak kasik. Nasib baik ada kawan Arab kasik slow talk sama mamat tuh...baru dia kasik balik kamera tuh.. Gabra kejap wooo.... Pas tuh member Arab tuh pesan kalo nak amik gambar kena kasik tau dulu ato tgk dulu kalo line clear ker tak...hehe.

Tapi back to topic...mmg gambar2 Mekah and Madinah tuh meruntun jiwa...leh wat cair...rasa begitu kerdil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 10:20 PM | Show all posts
Subhanallah... Maha Besar Allah... jika dari dalam gambar pun ada yang rasa damai... apakah lagi jika di sana?  Sungguhlah Allah... hanya Engkau yang memasukkan rasa tenang ke dalam hati manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 14-7-2006 12:15 AM

holmes, Shima mintak izin ambil gambar ni boleh... nak buat back ground utk buku Ziarah Umrah....TQ
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 12:26 AM | Show all posts

Reply #26 shimakichi's post

bleh sja....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 01:59 PM | Show all posts
hmm...kalau di bulan ramadhan ni boleh pergi ke sana...seronoknya tak terkata...
ya allah kau murahkan lah rezeki aku supaya aku dapat sampai ke sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065865 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list