CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5452|Reply: 10

Angelica Lee Sin Je

[Copy link]
taiqoaboi This user has been deleted
Post time 7-7-2006 02:50 AM | Show all posts |Read mode



PADA tahun 2002, nama Angelica Lee Sin Je mula melonjak kerana wataknya dalam filem The Eye mendapat perhatian ramai. Bakat Lee Sinje mula dikesan oleh pengarah Sylvia Chang semasa dia menyertai peraduan mencari bakat-bakat pelakon muda baru.
Memainkan peranan sebagai gadis yang mampu melihat hantu, Angelica telah memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Filem Hong Kong dan  Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Horse di Taiwan untuk filem The Eye.
Terbaru, filem seram lakonannya, Re-Cycle sudah mula ditayangkan di pawagam. KOSMO! berpeluang menemu bual  aktres kelahiran Malaysia ini menerusi telefon mengenai  sedikit sebanyak  pengalamannya  berlakon dalam Re-Cycle.

KOSMO!: Adakah anda menghadapi sebarang kesukaran semasa penggambaran?
ANGELICA: Hampir keseluruhan filem ini dilakonkan oleh saya seorang diri. Jadi saya mempunyai tanggungjawab berat untuk menarik minat penonton untuk bersama saya selama 90 minit. Kebanyakan adegan dilakonkan di belakang skrin biru dan saya perlu berlakon tanpa melihat sebarang benda di sekeliling. Ini yang membuatkan saya risau kerana tidak tahu keberkesanannya.

Bagaimana dengan keseronokan yang dilalui semasa penggambaran?
Saya suka berlakon di Thailand. Krew produksinya sangat profesional dan pemandangan di sana sangat indah. Apa yang penting semasa penggambaran, mereka menyediakan seorang chef di lokasi dan saya boleh menikmati makanan pada bila-bila masa semasa saya lapar. Saya sangat kuat makan.

Filem The Eye menerima sambutan luar biasa dan anda menerima anugerah untuk watak tersebut. Adakah anda berasa tertekan untuk menjayakan watak baru ini?
Tekanan memang ada kerana penonton memerlukan kesegaran. Filem ini bukan menitikberatkan keseraman sahaja tetapi mempunyai banyak elemen lain yang ditampilkan. Saya rasa lakonan saya kali ini lebih matang dan saya tidak berlakon hanya untuk mendapatkan anugerah.

Babak yang paling menakutkan bagi anda?
Rasanya babak semasa berada di dalam embrio. Fetus jadian yang digunakan kelihatan sangat hidup kerana dan yang tahannya ia  bergerak-gerak.  Seram tetapi saya menyukainya.

Dalam filem tersebut, anda ada menyatakan bahawa anda ingin bertemu dengan hantu dan roh. Dalam kehidupan realiti, adakah anda benar-benar ingin melihatnya?
Saya sendiri memang tidak pernah berjumpa dengan hantu atau roh tetapi mempercayai kewujudan mereka. Saya hanya berkata demikian dalam filem tetapi dalam kehidupan realiti, saya memang tidak berani.

Pernahkah anda berasa takut semasa penggambaran?
Sebanyak 99 peratus penggambaran tersebut dilakukan pada siang hari, jadi ia tidak menakutkan. Lagi pun semasa penggambaran, terdapat ramai orang di sekeliling. Selepas penggambaran, saya tidak akan membawa watak yang dipegang balik ke rumah.

Terdapat ramai pelakon lain yang boleh dipilih untuk memainkan watak ini. Mengapa rasanya pengarah memilih anda?
Mata saya agak besar. Jadi mungkin pengarah fikir saya boleh menggambarkan ekspresi yang diperlukan. Lagi pun saya sangat kurus dan apabila ditakutkan oleh hantu, penonton juga akan berasa takut semasa melihat saya menjerit atau terperanjat.

Anda seperti sudah sinonim dengan watak dalam filem seram. Selepas ini anda akan memainkan watak dalam filem genre yang sama?
Mungkin pada masa terdekat saya tidak akan memegang watak yang sama kecuali saya menerima skrip yang bagus. Saya sentiasa berharap untuk memainkan watak berlainan tetapi ia tidak bergantung kepada diri saya untuk membuat keputusan.
Selalunya, pengarah yang akan mencari pelakon untuk filem mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh pelakon adalah menunggu tawaran. Namun, saya tidak banyak menyimpan harapan kerana ia akan memenatkan saya nanti.

Dalam filem ini, anda memainkan watak sebagai seorang ibu. Adakah anda sudah bersedia dengan watak tersebut?
Pengalaman banyak mengajar saya dan saya rasa seorang pelakon perlu menjadi dewasa. Jikalau pengarah menyuruh saya memainkan watak dewasa, maka pengarah tersebut mempercayai kebolehan saya. Selepas melihat diri saya dalam filem ini, saya dapat melihat peningkatan dalam tahap lakonan saya.

Ini merupakan kali kedua anda bekerjasama dengan pengarah, adik-beradik Pang. Apakah perasaannya?
Mereka tidak pernah memarahi saya ataupun sesiapa. Saya amat menyanjungi kebolehan dan potensi mereka. Mereka faham dengan pendirian saya dan saya berasa gembira bekerja dengan mereka. Rasa selesa dan selamat.

Pernahkah anda terfikir untuk berlakon di Malaysia?
Ini merupakan impian saya tetapi rasanya peluang ini amat sukar untuk dicapai.

Selepas meraih kejayaan sebagai seorang aktres popular, apa yang ingin dilakukan oleh anda selain daripada berlakon?
Banyak masa saya dihabiskan dalam karier. Saya sebenarnya ingin mencari nilai kehidupan berbeza dan melakukan perkara yang disukai. Buat masa ini, saya ingin pergi melancong dan menghabiskan masa bersama keluarga saya. Melancong mampu membuka minda saya dan memberi sedikit sebanyak pedoman dalam kehidupan.

Bagaimana dengan perancangan untuk berkahwin?
Dari dulu saya bercakap mengenai perkahwinan tetapi sehingga kini saya masih mempunyai keraguan. Pada masa yang sama, saya mempunyai niat untuk berkahwin tetapi saya juga inginkan kebebasan.
Rasanya saya belum cukup bersedia lagi. Saya tidak akan memberikan sebarang tekanan ke atas perkara ini kerana apa yang saya impikan adalah kebahagiaan. Namun, jika saya berkahwin, saya tidak akan mengumumkannya. Biarlah orang mengetahuinya secara natural.

Anda sudah menetap di luar negara untuk jangkamasa yang panjang. Apa yang paling dirindui  anda di Malaysia?
Keluarga dan rakan-rakan saya serta matahari. Semasa berada di tempat yang sejuk, saya sentiasa terkenangkan pancaran matahari Malaysia. Tidak dilupakan juga makanan Malaysia. Kerana terlalu menikmati makanan Malaysia, saya kini terpaksa memasak sendiri.

[ Last edited by  taiqoaboi at 6-7-2006 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 09:56 AM | Show all posts
Dia nie pernah dpt award kan?....tp cite eye tu mmg best....yg jd doktor tu pun bleh tahan gak...
Reply

Use magic Report

dewi_panji This user has been deleted
Post time 9-7-2006 12:06 PM | Show all posts
mana gambarnya?
tak kenallah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 03:26 PM | Show all posts
dia mmg cantik ...



[ Last edited by  limau at 25-7-2008 03:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 03:37 PM | Show all posts
Lee Shin Jee....

Yup, dia ni one of my fav actress. Lakonan mantap. Filem terbaru yg The Missing tu pun best gak. Tapi minah ni terlalu banyak berlakun citer seram la. Maybe sbb dia terror wat mimik muka takut or saspen kot. Lagi sorang HK actress tu si Karina Lau eh... Karina Lam? eh eh? aku lupa nama minah tuh.

Muka Lee Shin Jee ni cam muka sorang lagi HK-TVB actress, Sonija Kwok... heheh... dedua aku ske
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by HideGulz at 25-7-2008 03:37 PM
Lee Shin Jee....

Yup, dia ni one of my fav actress. Lakonan mantap. Filem terbaru yg The Missing tu pun best gak. Tapi minah ni terlalu banyak berlakun citer seram la. Maybe sbb dia terror wat ...


yela, limau pon minat dia nie... kalao tak hk tu karena lam... dua2 asyik berlaon filem seram..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 25-7-2008 03:26 PM
dia mmg cantik ...

http://rds.yahoo.com/_ylt=A9G_bI9WgIlIXkMAVb2jzbkF/SIG=12eji9dap/EXP=1217057238/**http%3A//www.lovehkfilm.com/people/bk4376/lee_angelica_9.jpg


oooo...die nih...model iklan sk2 tak silap...cantik2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 04:54 PM | Show all posts
betul2 dia lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #8 limau's post

slalu blakon citer seram jer...

dah la part seram2 nih tak brape nak layan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by skymania at 25-7-2008 04:58 PM
slalu blakon citer seram jer...

dah la part seram2 nih tak brape nak layan....


oo, limau suka lak, hobi me sama ngan hee chul oppa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 08:14 PM | Show all posts
memang betul lah dia nak kahwin.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.102890 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list