CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
Post time 5-10-2006 11:17 AM | Show all posts
Air Susu Badan Berlebihan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil. Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu set! engah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.

Petua Sayang Suami
Bagi wanita yang inginkan lebih tenaga sewaktu berjima' dgn suami, amalkan petua ini selama 3 hari berturut-turut. Anda perlulah bangun tidur sebelum suami terjaga kerana petua ini tidak mujarab jika suami sudah terjaga. Rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan (sebaiknya bunga yg berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Kemudian baru kejutkan suami untuk mengetahui hasilnya. InsyaAllah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 11:17 AM | Show all posts
Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air ber! warna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Memulihkan Bibir Faraj Yang Lebam
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.

Petua Kemutan Faraj
Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami.  Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari.  Utk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk ! melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu.  Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:18 AM | Show all posts
Mengelak Alat Sulit Berbau
1. Ambil dua helai daun sireh dan juga pucuk pegaga. Rebus keduanya hingga hampir hancur. Sejukkan air rebusan tadi dan cucilah alat sulit 2-3 kali sehari. InsyaAllah, bau dan gatal-gatal pada alat sulit akan hilang.

2.Ini ada petua Jawa untuk mengharumkan faraj. Ambil daun kemangi sebanyak 25 gram, pandan wangi sebanyak 5 gram, gula aren (batu) juga 5 gram serta garam secukup rasa. Daun kemangi dan pandan wangi ditumbuk lumat dan kemudian dicampur setengah gelas air. Tapis dan perah airnya. Campur garam dan gula aren se! cukup rasa. Bancuh sehingga sekata. Minum selepas makan malam dan menjelang tidur. Amalkan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:18 AM | Show all posts
Menguatkan Tenaga Batin
Petua 1 : Petua ini telah dicuba dan ramai yang mengakui telah berjaya. InsyaAllah disamping melakukan senamam setiap pagi, cuba amalkan minum madu lebah dan campurkan dengan minyak lenga. Madu lebah 1/2 cawan dicampur dengan minyak lenga 1/2 cawan. Minum setiap pagi.

Petua 2 : Ambil 2 biji telur ayam kampung, satu sudu besar air kunyit, satu sudu besar madu lebah asli, setengah sudu air limau nipis. Campur ramuan tersebut dan kacau sehingga sebati. Minum 2 kali seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:19 AM | Show all posts
Petua Kek! al Langsing
Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada ! kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.  
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.  
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.  
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. ! Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:20 AM | Show all posts
Petua Meningkatkan Penghadaman
1. Makan dalam keadaan tenang.
2. Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.
3. Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.
4. Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
5. ! Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.
7. Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2006 11:21 AM | Show all posts
Mencantikkan Payudara
Petua 1 : Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. BAsahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih.

Petua 2 : Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan di sekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas den! gan air bersih.

Melembut Dan Melicinkan Kulit
Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkan selama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:21 AM | Show all posts
Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.

Petua Mengharumkan Air Mani
1.Adakala air mani perempuan berbau maung dan memeningkan kepal! a. Untuk mengharumkan air mani, perah limau kapas di dalam gelas. Masukkan gula batu dan bancuh dengan air hangat. Amalkan minum selama 3 pagi berturut-turut atau bila-bila masa sahaja. InsyaAllah ada perubahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 11:22 AM | Show all posts
Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1 : Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2 : Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3 : Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan. Amalkan sehingga nampak hasilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:22 AM | Show all posts
Wah...petuanya mengancam sekali.  Mulan nak simpanlah petua ni untuk bekal bila dah kahwin nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:23 AM | Show all posts
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2 : Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 3 : Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 4 : Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.

Menghilan! g Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.

Petua Pulih Dara
Ramuan terdiri drp 12 biji pinang muda sebesar ibu jari (boleh dibeli dari kedai India) dan gambir Sarawak sebesar kuku telunjuk (boleh dibeli dari kedai ubat cina dan penjual ubat kaki lima). Pinang muda ini dibelah dua. Pastikan isinya masih lembut dan bergetah. Tumbuk isi pinang muda ini dan kemudian diperah bagi mendapatkan air pekat bergetah berwarna kemerahan. Campurkan dengan gambir Sarawak yang telah dihancurkan terlebih dahulu. Kacau rata2 dan panaskan di atas api yang sederhana sehingga terbentuk cecair pekat seperti gam (tak begitu kuat melekat apabila disentuh). Celupkan ram! uan ini dgn cotton bud atau kapas yang digulung. Perlahan2 masukkan ke dalam lubang faraj yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Lakukan sorong tarik dengan berhati-hati sebanyak 3-4 kali. Peringkat awal, mungkin rasa pedih sedikit. Jgn membasuh faraj atau buang air selama 3 jam setelah melakukan rawatan ini atau anda terpaksa mengulangnya sekali lagi. Seeloknya dilakukan rawatan petua ini pada sebelah malam atau selepas subuh. Jangan lakukan ketika sedang haid. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rawatan ini selama 44 hari. Jika anda melakukan rawatan petua ini dengan betul, lubang faraj anda seakan diselaputi kulit nipis seperti selaput. Jika bergesel zakar, anda akan berasa faraj anda begitu ketat dan pedih. Ini adalah kerana air pinang muda dan gambir sarawak akan mula bertindak mengetatkan permukaan dalam dan luar faraj apabila air mazi mengalir dari faraj. Apabila air ini bergabung dan menitis ke kain cadar, seperti ada tanda titisan darah bayu (jernih).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 5-10-2006 11:23 AM
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2 : Campurkan sebuku ragi, sed ...


:tq::tq::tq::pmuka::pmuka::pmuka:......hahahahahahahhaa...sudah lama kutunggu petua dari mu.....tima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 13-7-2006 05:33 PM
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil bebera ...


yang  minum air kanji nee.. boleh sebabkan badan naik tau.. hati hati..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:23 AM | Show all posts
Malas nak beli toner..ada sesape tahu petua kecantikan untuk segarkan muka sebagai gantikan toner?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 02:06 PM | Show all posts
ya Allah,banyaknya petua...ni memang petua turun temurun ke anj2208  ..semua ni anj amalkan ker..bagusnya dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 07:33 PM | Show all posts
kalau tak amalkan pun...bagus gak utk semua yg membaca...tak gitu..hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2006 10:49 AM | Show all posts
tak der sesaper lagi yg ader petua turun temurun.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 11:03 AM | Show all posts

Reply #274 askoputra's post

gune ais ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 11:52 AM | Show all posts
eemmmm...dah lamer tak menjenguk kat thread nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 12:01 PM | Show all posts
kalau ada yg mabuk dalam kereta...n nak g jalan jauh...

ambil 3 sudu besar madu lebah asli, kemudian bubuh sedikit garam n minum....

kot tak pun....ambil ubi keledek, makan ketika mula naik kenderaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.087894 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list