CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

TALAM CORP-RUMAH TERBENGKALAI KAT PUNCAK JALIL

[Copy link]
Post time 19-4-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by askRULE at 21-3-2008 09:09 PM
dh lame tread nie terbengkalai..

any progress on TALAM issues nie??

i plan nak beli rumah area puncak jalil this year


Nak beli rumah Talam tu boleh tapi make sure beli pada harga yg murah..Nego habis2an and penjimatan tu kena gunakan untuk repair n lebih2 leh renovate sikit2..

Saya pernah stay di Puncak Jalil menyewa n masalah biasa Talamnya rumah ni ialah leakage bersepah2...Antara quality problems dia:-

1. Ceiling byk yg bocor..Punca maybe dari atap..
2. Sinki selalu bocor
3. Parquet banyak yg dah tercabut
4. Piping luar pun kalau x silap plastik je dari meter ke dalam
5. Plug point mmg x banyak
6. Rumah saya tu dia leaking daripada master bedroomnya bathroom turun ke bawah kat main door.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2008 07:14 PM | Show all posts
Sape2 beli rumah under Talam memang very unlucky..coz I pun duduk kat rumah yg developt by Talam.. workmanshipnye masyaallah x tahu nak kate..,duduk x sampai 5 tahun bathroomnyr dah bocor..kalau sape pernah tengok Apt. Vista Lavender kat Taman Kinrara..tengok guard house korang dah boleh imagine mcmana rupa rumahnye..Tempat buang sampahnye lagi cantik dari guard house..nak jualpun payah xlaku...habih dah beli kenajele stay kat sini nak nyesalpun xguna...tapi setahu I  banyak project talam dah take over by IJM...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:42 AM | Show all posts
my aunt pun kena gak.....dh bertahun2.......
katanya siap sblm raya cina.....tahun tk cakap plak.....
sian diaorg sampai skrg menyewa......
appoint lawyer pun tkleh wat pe sb dh declare bankrap....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 08:42 AM | Show all posts
ini ada informasi untuk semua pembeli rumah under TALAM....

IT扴 5TH MAY 2008, MONDAY AT BLOK K, DAMANSARA GOVT BUILDING, KPKT [KEMENTRIAN PERUMAHAN & KEMAJUAN TANAH] AT 1.30PM. CONTACT THE PRO-TEM COMMITTEE V.CHAIRMAN, ENCIK SAIFULAS; TEL.NO.012-2770432. ANYONE WHO HAS DISATISFACTION WITH THIS LOW DIRT DEVELOPER SHOULD BE THERE!EXECUTIONER.

PLEASE BE THERE TO SHOW YOU SUPPORT TO HELP US GET OUR HOUSES. PLEASE SPREADTHIS NEWS TO AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE IN ORDER THAT THEY COULD APPLY LEAVE ON THAT DAY
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 06:53 AM | Show all posts
Sampai bila harus sabar?

Oleh A. JAILANI ABDULLAH


HILANG SABAR... Pembeli rumah Lestari Permai di Puchong yang sudah menunggu hampir empat tahun berkumpul di kawasan perumahan mereka yang terbengkalai bagi menuntut pemaju menyiapkan rumah mereka, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 6 Mei - Tidak tertahan lagi dengan masalah kelewatan dan alasan demi alasan yang diberikan oleh pemaju, gabungan empat Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Rumah yang dibina oleh Talam Corporation (Talam) bertindak menghantar memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), semalam.

Lebih 100 ahli jawatankuasa bertindak itu berkumpul di hadapan kementerian itu di Pusat Bandar Damansara di sini untuk berjumpa dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk menyerahkan memorandum itu.

Gabungan Jawatankuasa Bertindak itu terdiri daripada Jawatankuasa Taman Lestari Permai, Lestari Puchong, Puncak Jalil Fasa 10A dan Saujana Puchong Fasa 9.

Namun, oleh kerana Ka Chuan dan timbalannya tidak berada di pejabat pada ketika itu, mereka terpaksa berpuas hati untuk sekadar bertemu dengan Timbalan Ketua Pengarah Perumahan, Dr. G. Parameswaran.

Selain menyerahkan memorandum itu, kumpulan itu turut bermesyuarat dengan Parameswaran selama kira-kira tiga jam.

Difahamkan, mesyuarat itu berlangsung dalam suasana yang panas kerana banyak permintaan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh ahli jawatankuasa itu tidak dapat diberikan jawapan yang konkrit oleh pihak kementerian.

Mesyuarat itu cuba membincangkan jalan penyelesaian berhubung masalah kelewatan rumah mereka disiapkan, yang di antaranya telah terlewat hampir empat tahun daripada tarikh yang dijanjikan.

"Perjumpaan hari ini juga tidak berhasil... kami hanya membazir masa dan minyak kenderaan dan akhirnya terpaksa bersabar lagi selepas menunggu empat tahun dan mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan agensi-agensi terbabit dan juga pihak pemaju.

"Kami diminta bersabar dan menghadiri satu lagi pertemuan pada Isnin depan. Kami bersetuju untuk memberikan satu lagi peluang kepada semua pihak terlibat," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Taman Puncak Jalil Fasa 10A, Ayamany Sinakalai.

Bagaimanapun, pembeli terbabit menetapkan beberapa syarat dalam pertemuan minggu depan dan yang paling utama ialah Ka Chuan atau timbalannya mesti menghadiri perjumpaan itu.

Selain itu, mereka turut mahu perjumpaan itu dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi Talam dan IJM Corporation Berhad.

IJM merupakan syarikat yang telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk mengambil alih empat projek perumahan yang terbabit dalam isu itu daripada Talam.

Gabungan Jawatankuasa Bertindak itu juga memberi amaran jika mereka yang disebutkan nama itu tidak menghadiri pertemuan tersebut, mereka akan berarak ke Parlimen.

Menjelaskan alasan mengapa mereka mahu pihak atasan menghadiri pertemuan itu, Ayamany berkata, mereka mahukan penjelasan terus daripada Ka Chuan mengapa tiada tindakan dikenakan ke atas Talam berhubung masalah-masalah yang mereka timbulkan.

"Kami juga mahukan ketua pegawai eksekutif Talam dan IJM Corporation berada dalam perjumpaan itu kerana selama ini perjumpaan demi perjumpaan hanyalah dengan pegawai yang tidak boleh membuat keputusan.

"Kami sudah muak dan tidak boleh bersabar lagi dengan perjumpaan dengan pihak bawahan yang tidak boleh membuat keputusan.

"Jika mereka ini tidak ada di dalam perjumpaan itu, kami akan berarak ke Parlimen," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi Lestari Puchong, K.P. Leong berkata, mereka mendakwa kebanyakan rumah terbabit telah 80 peratus siap.

"Talam telah mengutip bayaran sebanyak 80 peratus daripada pembeli dan tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk menyiapkan baki kerja mereka.

"Ke mana perginya wang yang mereka peroleh selama ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi Saujana Puchong Fasa 9, Ahmad Nasuhar Hassan pula berkata, mereka tidak dapat menerima alasan Talam bahawa projek itu tidak dapat disiapkan kerana masalah kewangan.

Katanya, ini kerana akhbar pernah melaporkan bahawa Talam diberikan projek Lebuh Raya Pantai Barat oleh kerajaan dengan harapan wang yang mereka peroleh daripada projek besar itu dapat digunakan untuk menyempurnakan projek-projek perumahan mereka yang telah terlewat.

Beliau turut membawa keratan akhbar yang melaporkan berita itu sebagai bukti.

Ayamany turut menyokong kenyataan Ahmad Nasuhar dengan menunjukkan keratan akhbar lain yang melaporkan bahawa Talam akan melabur berbilion ringgit untuk projek hartanah di China.

"Kalau dia (Talam) ada duit untuk labur di China, mengapa rumah kami di sini tidak disiapkan," katanya.

Sementara itu, Parameswaran berkata, dakwaan pembeli-pembeli bahawa pihak kementerian tidak mengambil sebarang tindakan adalah tidak benar.

"Kami sentiasa memantau Talam. Antara tindakan KPKT ialah tidak memberikan projek perumahan lagi kepada Talam dan menyenaraihitamkan lembaga pengarah dan syarikat itu.

"Selain itu, kami membuat tinjauan ke tapak projek dan mengadakan mesyuarat dengan Talam setiap bulan, selain dengan agensi lain yang terbabit," katanya.

Mengenai perjumpaan yang diatur pada Isnin depan, Parameswaran berkata, beliau akan berusaha agar menteri atau timbalannya menghadiri pertemuan itu.

"Saya tidak boleh berjanji kerana kita tahu menteri atau timbalannya sibuk dan belum tentu mereka mempunyai kelapangan pada hari yang diaturkan," ujarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 06:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by cikgutuition at 19-4-2008 04:00 PM


Nak beli rumah Talam tu boleh tapi make sure beli pada harga yg murah..Nego habis2an and penjimatan tu kena gunakan untuk repair n lebih2 leh renovate sikit2..

Saya pernah stay di Puncak J ...


thanks 4 the info..

dgr citer, Talam dh handover oleh IJM...blh sape2 comfirmkn??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 09:43 AM | Show all posts
hari ini, ada lagi perjumpaan pembeli2 rumah under talam.. harap lebih ramai dapt berkumpul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 10:22 AM | Show all posts
nak bg pampasan sehingga RM30000 di atas kelewatan.. yer yer jer la... bila kita dah buat mcm2, baru la diaorg keluarkan kenyataan mcm ni... tu pun MUNGKIN...

hari ni perjumpaan pukul 1... harap2 dpt la keputusan yg positif...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 03:53 PM | Show all posts
apa ye cerita perjumpaan diorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 04:02 PM | Show all posts
My bos antara org yg terkena ngan talam ni. siap ambik cuti 2day nak g meeting rumah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 04:57 PM | Show all posts
my husband pegi meeting td sbb dia antara AJK persatuan penduduk lestari permai... meeting habis pukul 3.00++ ptg td... terpaksa amik cuti utk pegi meeting ni... last week punya meeting x de kata putus... insyaallah esok me update..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by zaida at 12-5-2008 04:57 PM
my husband pegi meeting td sbb dia antara AJK persatuan penduduk lestari permai... meeting habis pukul 3.00++ ptg td... terpaksa amik cuti utk pegi meeting ni... last week punya meeting x de kata ...


ples update pasal meting tue k
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:28 AM | Show all posts
apa citer ye... sape2 yg pergi, tolong update ye..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #73 askRULE's post

meeting ptg semlm dipengerusikan oleh Timbalan Menteri KPKT... turut dihadiri oleh AJK & wakil penduduk dari 4 projek yg terbengkalai termasuk taman lestari permai... dan juga ahli parlimen yg x dibenarkan masuk (gobind singh)... Gobind singh x dibenarkan masuk atas alasan x mau perkara ini dipolitikkan...

janji2 TALAM selama ni (termasuk pampasan RM30,000) mmg ckp kosong semata... dlm meeting semlm wakil TALAM menyatakan yg TALAM mmg x de modal utk meneruskan projek dan terpaksa menjual aset2 yg ada utk meneruskan projek yg terbengkalai.. penyerahan kepada IJM pun x de kata putus lg...

dlm masa dua minggu lg kita akan dpt feedback dr TALAM... x tau la apa lg helah diaorg lps ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:17 PM | Show all posts
ok, thanks..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by zaida at 13-5-2008 09:37 AM
meeting ptg semlm dipengerusikan oleh Timbalan Menteri KPKT... turut dihadiri oleh AJK & wakil penduduk dari 4 projek yg terbengkalai termasuk taman lestari permai... dan juga ahli parlimen yg x  ...


ermm..nampknye bertahun lagi la kes nie nak selesai

kerajaan negeri xblh msuk campur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:19 AM | Show all posts
Kepada pembeli rumah la cottage harap dapat masuk sini..

http://groups.yahoo.com/group/lacottage/

thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 07:28 AM | Show all posts
acuallybukan jer Talam ada masalah perumahan ni... macam nurul .. dulu tinggal kat kondo tropika Paridese USJ 17... rumah condo tu memang elit.... so nurul nasihatkan JANGAN beli rumah under SIME UEP SUBANG JAYA... Kat blok A tu.. memang problem sangat2  ada ke patut satu blok tu tak de pendawaian bumi, hari tu nurul masukkan kes ni dalam tribunal pengguna, so dia ambik tindakan untuk pasang pendawaian bumi di rumah elektrik jer, yang dalam rumah box elektrik boleh menyebabkan high voltage dan tiada savety... ramai jiran dah pindah dari blok tu... alih2 tak menang kes.... alasan hakim'dah tahu rumah tu ada masalah , kenapa masih duduk lagi ?

Acually dalam kes rumah terbengkalai, tiada CF, kebocoran dan lain2 ramai yang suka menunding jari. Last2 pengguna dipersalahkan dan tidak terbela..

TOLONG SEBARKAN KES INI AGAR TIDAK MEMBELI CONDO DI USJ 17 (berhampiran fly over ke putrajaya)

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:58 AM | Show all posts
rasanya rumah dh siapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.137190 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list