CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7709|Reply: 2

Gatal kulit mungkin tanda alami aczema

[Copy link]
Post time 12-6-2006 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Pakar Kanak-kanak: Gatal kulit mungkin tanda alami aczema
Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah

Soalan:

Anak saya kini berusia tiga tahun. Sejak umurnya empat bulan saya dapati dia mengalami gatal-gatal kulit, sering menggaru terutama di bahagian siku, kepala, badan dan kaki, kadang-kadang sehingga luka.
Saya telah membawanya ke pakar kulit dan juga tradisional, namun masih tidak sembuh malah ada kadang kala ia menjadi semakin teruk pula. Saya turut menjaga pemakanannya dengan mengelak dari memakan ayam,sotong dan telur.
Untuk makluman tuan doktor, saya adalah seorang ibu yang juga mengalami sinus yang agak teruk mengambil ubat tefal & nasal spray Nasalcort AQ. Apakah masalah sebenarnya anak saya ini?

Ibu Risau,

Jawapan:

Dari apa yang puan ceritakan, kemungkinan besar anak mengalami eczema. Apatah lagi, puan sendiri mengalami penyakit sinus (sinusitis) di mana ia adalah salah satu dari golongan penyakit alahan.
Eczema boleh dicetuskan oleh beberapa faktor luaran seperti makanan tertentu. Puan telah pantangkan anak makan beberapa makanan yang selalunya disyaki sebagai makanan yang menyebabkan gatal. Saya ingin tahu, adakah ianya telah dibuktikan? Adakah benda atau makanan lain yang menyebabkan eczema masih tidak sembuh sepenuhnya atau berulang-ulang? Ada kemungkinan alergen-alergen ini tidak disedari oleh puan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2006 11:56 AM | Show all posts
Ekzema bukan disebabkan kuman


EKZEMA adalah inflamasi kulit yang menyebabkan kulit gatal, bertukar merah dan kadang-kadang boleh berair. Selalunya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif tetapi ada banyak sebab lain boleh menyebabkan ekzema berlaku.

Anda sebagai ibu bapa mungkin tertanya di bahagian kulit mana ekzema sering terjadi. Secara amnya bergantung kepada usia kanak-kanak itu. Bagi bayi kebanyakannya berlaku di bahagian kulit kepala, muka, tangan dan kaki. Bagi kanak-kanak prasekolah di bahagian pelipat sendi tangan dan kaki.

Masalah ekzema kanak-kanak sering berlaku sebelum umur lima tahun. Dengan kekerapan lebih kurang 15 peratus kanak-kanak mengalaminya.

Apabila kanak-kanak mencapai usia enam tahun lebih kurang 50 peratus daripada mereka akan pulih dari ekzema. Sebanyak 10 peratus daripada kanak kanak ini akan terus mengalami masalah ekzema dan selalunya kanak-kanak ini akan mengalami masalah kekeringan kulit dan kulit sensitif.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mengalami ekzema kerana ia adalah masalah keturunan. Kelazimannya ia berlaku kepada keluarga yang mengalami masalah resdung, lelah dan juga ekzema.

Lebih kurang 80 peratus daripada kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami masalah ekzema juga akan mengalami masalah ekzema. Bagaimanapun, meskipun tiada ahli keluarga yang mengalami masalah ekzema, sesetengah kanak-kanak boleh juga mengalami masalah itu.

Oleh kerana alahan adalah salah satu faktor ekzema, kanak-kanak ini juga boleh mengalami masalah lain seperti lelah dan resdung (allery sinusitis)

Adakah ekzema boleh berjangkit?

Tidak. Ekzema bukan disebabkan kuman. Kelazimannya ekzema disebabkan kulit yang terlalu sensitif dan bahan-bahan seperti hama habuk (house dust mites), bulu haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menyebabkan ekzema

Sesetengah makanan boleh menyebabkan ekzema. Jenis makanan yang boleh menyebabkan ekzema adalah berbeza dan tidak khusus.

Bagaimana mengurangkan kanak-kanak menggaru ?

Menggaru adalah rasmi utama bagi kanak-kanak yang mengalami ekzema. Ini disebabkan kegatalan yang berlaku dengan masalah ekzema. Bagaimanapun dengan menggaru bukan saja ia tidak memberhentikan kegatalan tetapi menyebabkan terasa lebih gatal dan juga menyebabkan inflamasi kulit iaitu kulit menjadi bengkak, merah dan juga luka. Kadangkala menyebabkan jangkitan kuman.

Oleh itu cara utama mengurangkan kanak-kanak menggaru adalah dengan mengurangkan kegatalan. Menggunakan krim pelembap adalah cara utama mengawal ekzema. Krim pelembap ini boleh di dapati dari farmasi dan tidak memerlukan priskripsi doktor. Penggunaan krim pelembap dengan banyak terutama selepas mandi akan mengawal masalah ekzema.

Beberapa perkara boleh menyebabkan ekzema bertambah buruk seperti sabun pambasuh, jenis pakaian seperti kain sintetik atau 搘ool
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 12:10 PM | Show all posts
dah byk thread eczema sebelum ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.379120 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list